About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Sunday, October 21, 2012

Sup Bismi & Dinner @ Swensen's

Hujan sepanjang hari ni. Tiada aktiviti. Hanya di rumah. Cover tidur yang tak cukup kuota since last 2 days.

Buat apa selain tidur..? Makan. 

Tak masak. Sebab it just me alone..mak bonda di Kulim, tolong kawan baik beliau pindah rumah. Banyak yang mak bonda masak semalam. Masih berbaki kuah dalca daging, ayam goreng, karipap, dan not to be missed, sup daging yang I tapau dari Sup Bismi, Padang Brown food court.


Sup Daging Lembu bersama roti benggali.
Semalam jamah yang ini. Hari ni masih berbaki. Panaskan dan buat cicah roti benggali! Walla! 

Last week, teringin nak makan di Swensen's, memandangkan dah lama tak pergi dan tak mungkin nak pegi dinner sensorang and left my family behind, harusss lah angkut mak bonda dan Aji.

Luckily, we arrived half an hour earlier, full house jugak Swensen's walaupun malam weekdays.


Breaded Chicken Meuniere

Mak bonda teringin nak makan yang atas ni. Nasib baik sedap! As usual, licin. Totally tender chicken flesh with ranch sauce, coleslaw bersama fries yang gemok.


Spicy Grilled Chicken Burger

Aji opt for these, Spicy Grilled Chicken Burger. Namun begitu, dia lebih sedap dan seronok curi makan dari pinggan mak bonda nya! Hampeh! Takde can akak nya nak buat sama!...hehehe..


Mushroom Baked Rice

Mushroom baked rice ni memang a wrong choice that night. Supposed dengan keadaan perut yang tak berapa sedap, I should complete my dinner dengan banana split or gold rush saja. Mushroom baked rice ni ada sedikit bau, probably from oyster mushroom. Couldn't finish it. Bazir! Sumpah seranah diri sendiri. Next time, kalau sesiapa yang nak try Swensen's baked rice, choose their Chicken Baked Rice! Yang tu memang sedap. Recommended.


Terasa lapar balik perut ni masa buat entry...he he he...sabo ajelah!


16 comments:

  1. Memang la walla! Tapi mak dia yang nak pi berjalan, mak dia kena masak macam-macam nak tinggai anak dara. Amboiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie,

      jangan la jeles...mak cayang kat chek lebih..tu yang jadi lagu tu..hehehe.

      Delete
  2. Replies
    1. sharinginfoz,

      menu yang cukup sesuai di hari hujan..

      Delete
  3. Semua nampak sedap. Chicken baked rice pernah makan kat situ tapi mushroom tak pernah, nasib baik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,

      tak try pun tak rugi yang mushroom tu...dia ada sikit bau yang tak menyenangkan. mushroom lagipun banyak toksin, kena kurangkan..:-)

      Delete
  4. salam sis murni
    Pagi isnin nak bersarapan di sini bolehkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tirana,

      salam..
      nak sarapan dengan gambar saja la jawab nya..haha.

      Delete
  5. Hi Murni, love your dishes here, and that mushroom baked rice, first time saya tengok ni. Looks very sedap best.
    This the kind of lunch or breakfast I suka.
    Have a nice day, simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi uncle lee...

      mushroom baked rice, unfortunately..indah rupa dari rasa..haha. I still prefer their chicken baked rice.

      Delete
  6. Akak kan kalau masuk blog ni mesti rasa lapar tau...walaupun baru makan nasi. Yang paling teringin of coz lah yang atas sekali tu. Sup panas dan roti benggali. Slllluuuurp...sedapnyaaa dikala hujan2 macam ni. Hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Aidah,

      Hehehe...food blogger tak berapa nak menjadi..ikut sempat ja kak...kalau semua saya tempek kat blog ni..habis la...semua pakat sentap tak mau komen dah nanti....hehehe.

      hujan2 kena sup panas2 mcm dalam gambar tu..memang la sempoi sekali..

      Delete
  7. Sup cicah roti benggali... Bestnya... Kat sini tak dak roti tu... Teringat pulak roti benggali bubuh kaya ngan planta... Sedapnya...

    ReplyDelete
  8. pagi pagi belum bekfes tgk makanan can gini, buat akak rasa terasa lapar sangat... almaklimlah smlm makan ringan ringan je..

    ReplyDelete
  9. pekena sup time2 musim hujan nih mmg best kan...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails