About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Friday, October 12, 2012

Tok, Opah, Granma, Wan or whatever you call them..


My tok amah...tertido di sofa, ahad lepas masa dia mai rumah. Letih benor dia...berjalan jauh rumah anak cucu..last sekali baru la singgah rumah 'burung merpati' kami ni..




Mengantuk sangat-sangat mungkin sebab baru lepas makan ubat batuk. Tak bagi, kesian pulak, teruk batuk nya. Dah bagi sampai terleleh pulak tido. Pak sedara datang nak ambik dia balik rumah pun tak jadi, kesian nengok..tak sampai hati nak kejut.

Zoom dekat sikit....





Cepat la haih masa berlalu. Macam baru ja beberapa hari lepas terasa macam seronok dok main kat laman rumah kampung tok. Menyicah bawah pokok pelam, tok yang tumbuk sambai habuan menyicah. Mengail tepi ban...tok jugak yang tolong pasang umpan...(ni keja dak sugarhoney...)....dan kalau kena tinggal dengan mak abah, depa pi dating, tok jugak la yang tolong mengasuh dak Aji yang masa tu kecik cinonet lagi....haha...sebut Aji..teringat kisah dia 'membuang' di sebalik pintu dapur! Nakei budak tu! Piat telinga baru tau.....dah la akak nya ni penggeli orangnya. Nasib baik la rumah tok kat sebelah je, jerit kat dapur panggil tok yang tolong uruskan 'poo' budak nakei tu!

Dah tak berapa ingat dah tok pun...kadang-kadang ingat, selebihnya lupa. Ada masa dia mai rumah, tapi kalut nak balik rumah pak sedara. Baru sampai pagi, petang dah suruh kita call pak sedara suruh mai ambik dia balik. Selagi tak call, selagi tu la tak senang duduk. Diungkit nya berkali-kali. 

Dia suka sangat makan kuih baulu sampaikan bila I tengok orang berjual kuih baulu kat mana-mana, automatik teringat dan beli kat tok. Dan baru tau jugak..dia suka makan roti canai dan KFC. Tapi, gigi dah tak ada..hehe..kena cari bahagian yang lembut dan betul-betul isi letak dalam pinggan dia...hehe...tok..tok..kadang-kadang teringat dia, boleh senyum sendiri jugak.

Betul kata mak sedara, nak jaga orang tua-tua ni perlukan kesabaran dan tak boleh layan tension..kena buat lawak sekali-sekala dengan depa.... :D Mak sedara dan pak sedara I tu memang banyak berjasa kat arwah wan dan tok jugak. Depa yang jaga. Anak-anak lain pakat ada tanggungjawab masing-masing. My mak bonda pulak ibu tunggal, dok dengan I dan adik. Di rumah tu pun sunyi, agak bahaya nak tinggalkan tok sorang-sorang di rumah sementara nak tunggu kami semua balik dari keja lewat petang nya.

Terima kasih la pakteh & makteh....





25 comments:

  1. Biarlah dia berehat menghilangkan penat. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakcik,

      itu yang tak sampai hati nak kejutkan..

      Delete
  2. Replies
    1. Rapunzel,

      hikhik...comel ye...esok nak kabor ke dia...

      Delete
  3. Terharulah kakak bila melihat tok Murni. Sayu hati pulak kakak boleh teringat arwah mak kakak pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakzakie,

      al-fatihah buat yang telah pergi, mudah-mudahan di tempatkan bersama orang yang beriman.

      Delete
  4. Replies
    1. sugarhoney,

      me sedih too..kadang-kadang teringat our childhood with tok..so sweet. now, things change, kan....

      Delete
  5. my arwah tok dulu pun nama Amah, jadi panggil tok Amah juga :D teringat kat dia bila baca entry ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eny,

      sama nama tok kita :D

      al-fatihah..buat yang telah pergi meninggalkan kita.

      Delete
  6. untung lah tok ramai anak cucu yang menyayangi...dpt jln2 tukar angin..org muda pun satu hr akn sampai ke fasa ni...bakal tua jgk nti..so, hormati sayangi dan hargai lah mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak norazis,

      ye betul tu kak..kita pun satu hari nanti akan sampai ke fasa ni. diorang pun perlukan kasih sayang...kadang2 rasa macam ada jugak mengabaikan tok ni..yelah sibuk dengan tuntutan kerja, pelajaran dsb nya... :-(

      Delete
  7. tok akak dah meninggal bulan 2 hari tu..tgk gambar ni rasa rindu plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Tiha,

      al-fatihah...moga arwah ditempatkan bersama orang yang soleh.

      Delete
  8. Semoga Allah SWT memberkati kehidupan Pak Teh & Mak Teh dik Murni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,

      Amin.

      Di zaman sekarang ni..susah benar mencari yang ikhlas. dalam menjaga orang tua-tua ni pun tak boleh ada rungutan, bersabar saja. bila merungut, dah jadi tak ikhlas...mintak diberikan kesabaran sajalah hendaknya.

      Delete
  9. Lenanya dia tidur....Kami tok ada 5, belah mak 1, belah bapak ada 4...lani tinggai 1 ja...itupun baru ni masuk hospital :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. shasha,

      ramai tok shasha..takpa lah..care depa selagi ada..sama2 kita buat noo..

      Delete
  10. If only I had my own old person with me...

    Nisa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nisa,

      sorry to ask, u living single..? how about your parents..?

      Delete
  11. Best lah ada nenek....den ni hah dah tak de nenek....tiba2 teringat plak zaman2 dulu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jebateja,

      al-fatihah.

      yalah jebat..ni lah penghibur..boleh jugak dok mengusik dia walaupun sekali-sekala.

      Delete
  12. tgk pic tok amah tiba2 terkenangkan arwah nenek akak...badannya lebih kurg tok amah n namanya pn hampir sama....nek salamah.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nza,

      Eh eh...betul la kak, nama pun hampir sama, che amah dan che salamah... :D
      al-fatihah buat yang telah pergi meninggalkan kita...

      Delete
  13. seronoknya ada opah..jeles tau ta..hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails