About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Friday, November 30, 2012

Bapak melampau dan terlampau!


Nicooooooooo! Agak melampau aksi itu ya!



Ni bukan manja lagi dah...dah masuk tahap mengada-ngada. Mummy redho ja dia mai dok mencelah di tengah kemesraan mummy & daddy. Tidoq nyenyak dan nampak sedap sangat pulak tu. Tak sampai hati nak tolak pi jauh-jauh. Kacau daun sungguh! Entah bila masa dia curi-curi masuk bilik, mentang-mentang pintu tutup tak rapat..ambik kesempatan la dia pun, nak tidoq sedap.

Mummy dia merengkam sampai ke pagi. Yang tau pun..the next morning tu tengok mummy dia dah meraban kat facebook...hehe...gara-gara tido terganggu dek bunyi 'snoring' dari si Nico ni..macam 'propeller'...hikhik.




Anak dia, si Muffin & Coffee pun dah cecah 3months...tapi si bapak ni tak tau la bila nak matang. Matang tang bergaduh hari tu sampai calar balar kat muka je la.....selain dari tu, masih tak menunjukkan sifat kebapaan dalam diri beliau. Nico..nico...buleh lagi dok mai tidoq celah orang. Tak malu sungguh.




Ni senario di suatu petang yang panas. Zon paling sejuk dalam rumah. Depan pintu bilik air dan bilik mandi. Mood bermalas-malasan lepas kenyang makan la ni....nak tengok tv pun mummy dok melepak kat sofa depan tu..dengan dok main lappy bagai. Kalau pi kacau, confirm kena marah sedas dua..baik lepak tang ni.




Pose melentik dari queen of the house, cik pong...mak bonda muffin & coffee. Kurus dah cik pong ni..kena buli dengan nico. Nico tu kalau buleh makan..bukan reti ingat anak bini. Muka dia saja dah conquer satu bowl berisi penuh brit tu. Nengok cik Pong ni kadang-kadang kesian, macam ratu dah turun takhta. 

Dulu, dia la the one and only dalam rumah tu..tidoq pun ala-ala ratu, atas katil master bedroom. La ni, tidoq kat stor belakang, kadang-kadang dalam cage dengan anak-anak.

Dulu, makan mewah, tak payah kongsi mangkok, tak payah catu makan. La ni..berebut dengan laki sendiri.

Dulu, tak dak anak-anak..boleh berhias dan melawa. La ni kena tata-rias anak-anak sekali. Tu pun, selalu jadi mangsa tamparan dan cepukan anak-anak. Mana nak layan karenah laki lagi...kesian cik Pong. Sabaq dik non...banyak dugaan hidup di dunia fana ni. Ikhlas naa... :p



Ibu dan anak yang sehati sejiwa. Depa dua ni rasanya ada persamaan dari segi karakter. Si coffee ni dia playful tapi tak sehebat si Muffin. Dan dia..biasanya beraksi sendirian. Buat hal sendiri. Macam mak dia. Agaknya pasai dia hitam macam dayang senandung, so dia low-profile dan humble gituu! Mak dia jaga ketat si hitam manis ni.....berbanding si Muffin yang memang saling tak tumpah macam pak dia. Ada sikit belagak sebab keputehan bulus mereka.

Kucing pun ada gak perasaan....agaknya, perasaan dua beranak ni macam perasaan I jugak...sensitip lagi emosi bila direndahkan sesuka hati dan sesedap mulut oleh orang lain.
Eh, apesal dok mai cerita perasaan sendiri pulak. Dah..dah..!



11 comments:

  1. Comei2nya anak2 mummy ni semua...
    Bapa besaq tak pa..depa jantan... Mak mesti mau jaga body.. Mentein slim w/pun dah beranak pinak...

    ReplyDelete
  2. salam murni.
    Beruntungnya ada tuan yg budiman

    ReplyDelete
  3. Comeynya diaaaaa. Gewam akak tengok. Bak mai sini sat. Pos laju...boleh? Hehehe.
    Camana tak comey, bapak dah tentu omputeh, mak pun ada kacukan penjajah belanda jugak nih. Jaga elok2 kucen2 tu naaa. Kucen cantik camni selalu jugak denga orang kidnap.

    ReplyDelete
  4. anak2 mummy n cucunye yg super duper comey....suka tgk muka coffee n muffin...

    ReplyDelete
  5. Comeyyyyyyy
    Nak sekor...nak buat anak angkat :D

    ReplyDelete
  6. Semua comei. Yg pose lentik tu kemain lagik :D

    Sapa la yg takkan terasa bila direndahkan oleh orang lain, dik. Kita sama :(

    ReplyDelete
  7. comel comel belaka kucing tuh....

    ReplyDelete
  8. wak pon sukak kucing chomey jugakkks.. ahakKs

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails