About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Saturday, November 24, 2012

Gambar tak ada kena mengena dengan cherita #1


Tekanannnnnn sangat this few days. Macam-macam hea berlaku. Office dengan masalah staf, karenah yang macam-macam sampai tak terlayan. Kawan-kawan dengan karenah kawan-kawan. Diri sendiri pun ter'emosi' terlebih-lebih, hormon tak stabil during waktu tertentu dalam setiap bulan. Mana dengan hal keluarga, ada beberapa urusan lagi yang masih 'tergantung'. 


Commercial break sat...breakfast bujang di pagi ahad yang entah bila.


Office -- nak bawak gi bercuti pun ada yang buat perangai. Ce bersyukur sikit..buat persediaan elok-elok, jangan over-demanding, jangan nak cari pasal, jangan nak cari gaduh. Yang freshie kena dengar cakap superior...yang lebih tahu, lebih experience dalam sesuatu hal. Jangan skip superior, jangan tunjuk pandai dan jangan suka-suka me'report' untuk sesetengah perkara kecil yang tak perlu sampai ke pengetahuan bos. Haisy...tu la budak2 muda sekarang! *ecece...bajet makan garam terlebih dahulu namfak! Seriously lah, kita dulu-dulu tak ada nya nak memandai sendiri tanpa nasihat superior....


Commercial break lagi..lunch box berisi nasi goreng cina di satu pagi yang sangat indah dan rajin


Study -- tahniah la untuk diri sendiri. Konon refrain myself la tak nak jenguk portal dalam seminggu dua sebab 3 assignment, ekonomi, english dan bahasa melayu dah siap submit ke PPPJJ. Tup tup opocot kau meletup....dapat pulak assignment kedua untuk sains politik....hehehe...terbaik lah! 4000 words essay, teori kedaulatan tradisional dan kedaulatan pluralisme serta hubungkait dengan demokrasi moden! 

Hehehehe...gelak dalam ke'tension'an -- sebab tak paham satu apa benda pun pasal tajuk ni. Rajin kannnn...ada modul tak nak baca! Entah apa nak di'kelentong'kan dalam essay ni nanti...library, he we come this weekend.


ABC @  Gurney Plaza food court, last thursday. Layan gambar aje la ye..


Adik hero -- dah semakin dekat hari nak mendaftarkan diri beliau di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Dan semakin membuatku rasa kosong..kosong....oooh *najwa latip!!!  Banyak lagi persediaan nak kena buat walaupun ahkaknya ni support gitu-gitu aje dari belakang, dia yang uruskan semua. Dalam manja, kena jugak independent bila dah tiba masanya. Yang paling sedih, of course la mak bonda, anak jantans kesayangan kann...banyak sangat yang dirisaukan sampai sometimes tu both anak perempuannya ni naik rimas, macam tak nak lepas je adik tu nak gi berjuang di medan ilmu, walhal selang satu negeri je pun jaraknya. Haisyy..takkan la sampai ke tuo nak dok celah ketiak mak.



Pari bakar set yang sangat tipu, belacan over quota.  Di sini menyesallll.....! Aaachooom!


Self-conflict -- there will be times, we need to be alone, lost in our own world. Have a sip of coffee, laid back and enjoy the rhythm of nature. Soooo seronok...a definition for 'peace of mind'. Really looking forward for a day macam tu..but when..? My poor time-management is to be blame.

To you beautiful peeps, reading this blog -- enjoy and have a great weekend. Semoga semuanya baik-baik, indah dan 'smooth' belaka buat kalian semua... nak pi bancuh kopi sat. Daaaaa!








28 comments:

  1. Sangat tabik dan kagum ok. Sebab masih kuat semangat untuk sambung belajar lagi. Selagi masih bujang solo ni, elok tambah ilmu tambah sijil. Cerah lagi masa depan. Kuatkan semangat ok! Chaiyok! Chaiyok! Siti boleh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tirana aduka sokong komen kak azieazah.

      Delete
    2. kak azie,

      terima kasih daun keladi...:-) semangat kadang2 membara, kadang2 down jugak. bila buat entry macam ni dan ada pulak kawan2 yang bagi semangat macam kak azie, rasa energetic kembali. tocey sekali lagi! :-)

      Delete
  2. Semua makanan tu sedap, even yg terlebih belacan tu sebab akak okeh takdak alergi. I like.

    Kuatkan semangat. Zaman belajaq memang macam tu. Sila pulun dengan sebaik mungkin. Nanti bila dah pegang skrol tu, akan rindukan zaman sibuk2 dok kat library buat research cari bahan rujukan, karang esei esemen ribu ribu perkataan, jamu mata tengok student masters yg terlebih umoq ehhh.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak dinas,

      tudiaa...kakak chek mai bagi semangat! Chek suka okey! terima kasih kakak! hari ni sepetang di library...mabuk sat..! takpa lah, hari kerja tak boleh nak pulun. dulu lepas abis buat diploma, dah start keja rindu nak belajar macam kat kolej..la ni dah belajaq asyik nak down pulak....

      psst...tengok foreign student dok lepak library 24hrs tu..fuhh..hensem2..macam maher zain! haha...cuci mata sat..okey jugak..

      Delete
  3. salam siti murni.

    Selagi masih ada peluang.gunakanlh sebaiknya..sabar dan berdoalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tirana,

      salam..
      terima kasih naa...insyaallah...saya cuba sebaik mungkin.

      Delete
  4. Errkkkk..baca tajuk " kedaulatan pluralisme " pun saya tak tahu nak hurai...ni pulak nak buat essay! hahaha

    Pari bakar terlebih belacan mmg tak best kan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daddy ziyyad,

      alhamdulillah..dah ada idea sikit tentang kedaulatan pluralisme tu..namun, masih perlukan bahan rujukan lain...sebab baaaaaaanyak nak kena hurai..hehe

      yelah..pari bakar tu dah la banyak hari dok teringin..sekali dah sampai atas meja..bau belacan tu dah potong selera makan...tak best betul!

      Delete
  5. Alaaa...soba lah....sampai satu hari nanti...akan ok semula balik...IsyaALLAH....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jebat,

      den sabo ni jebat oi..kalau tak sabo..tak tau la apa jadi..terima kasih incik jebat yang pandai buat puding...pstt..bila nak belanja pudding ...??

      Delete
  6. Replies
    1. kasihredha,

      elok la tu..kak mai sini rasa lapar, chek pi blog akak pun rasa lapar...hehe

      Delete
  7. macam nak lepas geram dengan makan best best je ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. abah zino,

      lepas geram pun ada jugak ni..makan tu kan macam terapi jugak..hehe

      Delete
  8. Akak kan bila dah tinggalkan alam blaja, rasa macam rindu. Tapi kompom kalau akak sambung blaja, akak akan tension jugak. Hahaha. Meh kita gelak sama2 hilangkan tension kejap. Hope everything will be easier for you next week, dik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak aidah,

      hehe...kadang2 tu kak, tension sampai tahap merapu meraban..asal jangan sampai sewel sudah..hehe...
      thanks kak... :-)

      Delete
  9. Kalau buat posting takda kena mengena denga gambar pun takpe, janji gambarnya MAKANAN :-)

    P/S: Kopi tu meh secawan~

    ReplyDelete
    Replies
    1. shasha,

      janji gambar makanan yer..haha...nanti tergoda dengan makanan jangan salahkan i yer..

      dua tiga cawan pun boleh sha..singgah la ke teratak hamba...

      Delete
  10. Budak2 sekarang memang lebih kuah dari sudu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. PM,

      yelah PM..tak boleh nak sabar sikit dan kawal emosi..tau nak meledak je...tak hormat superior pulak tu.

      Delete
  11. Jarang Murni tulih panjang lagu ni... Ni kira betui2 tertekan la ni..
    Relaks... Pulun buat assignment tu dulu.. pasai budak2 opis x yah pikiaq, pasai adik bongsu tu... Makchaq pun sama..bila anak2 nak balik asrama dekat ka jauh, lelaki ka pompuan memang macam tak nak lepas... Suka ja depa duduk kat rumah... He he

    Tapi yang best tu tengok commercial break tu... Teruih lapaq tengah2 malam ni..

    ReplyDelete
  12. Putaran hidup silih berganti tidak selalu smooth. Ada kalanya memerlukan pemerahan daya fikir yg lebih. Ada masa indah dan terlalu mudah..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails