About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Tuesday, November 13, 2012

Oh my Penne

Finally...selesai jugak stok penne pasta dalam lemari. Habis semua dikerjakan dengan jayanya. First masak stir-fry dengan vege hari tu, lupa nak snap gambar. 

Second time masak ni..breakfast merangkap lunch.. save budget betul budak ni..




Penne pasta with meatball in tomato soup. Sedap. Licin hingga ke titisan sup yang terakhir. Sempat pulak tu keletung keletang di pagi hari. Kes korek apa yang ada di ceruk dapoq la ni..




Lastly, mak bonda buat sup daging...rebus sekali 'pasta corong' tu, makan dengan sup daging dan sambal kicap. Masa tu tengah flu, sampai sekarang pun flu tak okey lagi. Memang la sedap. Ndak-ndak pulak Penang tetiap hari hujan...cuaca sejuk..dapat sup panas-panas memang la best. Menu hari birthday pulak tu...hohoho...

Semakin lapar time buat entry ni..nak masak tapi saki baki makanan semalam tak abis lagi. Sambal tokua, ayam goreng, mee goreng untuk sarapan pagi tadi pun masih berbaki.

Actually teringin nak makan hidangan macam ni lagi....




Menu simple..juga di hari hujan renyai. Ikan masak rendang asam, ikan goreng dengan sambal goreng. Uols tau ke sambal goreng tu..? Ni..resepi turun temurun okeh...memang favorite sebab kepedasan cabai kering yang digoreng dengan sedikit minyak sampai hitam. Picit dengan asam jawa dan belacan..sikit will do. Makan nasi dengan sambal goreng dan telur goreng je pun dah cukup! Mau dua tiga kali tambah okey!
Lately, kalau mak bonda buat sambal goreng ni kena pesan siap2...less belacan please! Kalau tak, non-stop la anak dara pemalas ni achoomm sana sini...bersin tak mau-mau!

Lapar laaaaaa....niat hati nak bagi uols terliur...sudahnya sendiri yang tergoda..padan muka! Nak cari makan...nak cari makan!!


19 comments:

  1. as salam

    jelas tergoda dgn sambal hitam tu..tapi takleh belacan byk jugak nanti ahcoom hidung berair:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak tiha,

      sama lah...belacan sikit je. itu pun kalau boleh taknak bubuh belacan..

      Delete
  2. Dalam keluarga pasta, saya belum pernah try lagi penne ni...wah, siap campur dlm sup daging eh..hihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. daddy ziyyad,

      penne ni lebih mengenyangkan..saiz dia besar gamaknya.

      Delete
  3. wak pon tengok sedap tuu.. ehhhEee

    ReplyDelete
    Replies
    1. wak gelas...

      bukan takat tengok sedap..makan pun dah tentu2 sedap..hehe...over pulak..:D

      Delete
  4. Ikan masak rendang asam, huiyooohhh! I LIKE. Mintak ciket plisss :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak dinas..

      my peberet tauu...more halia, onions & garlic..sedap woooo...nak ka..? nanti nak masak lagi untuk kak dinas..

      Delete
  5. salam...

    bunyik penne macam nama makanan india plak...hehe kena2 deepavali ni....

    sedap2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam fatiha,

      india...???mai ceruk mana pulak india...itali yaaa dik nonnn...! tiada kena mengena dengan deepavali.

      Delete
  6. Akak mmg suka pasta..semua pun ok.
    Tak leh mkn belacan ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kasihredha,

      sama la kita kak...pasta dimasak ala itali mahupun pasta yang di fusion kan mengikut citarasa malaysia...saya suka!! a'ah kak..tak boleh makan belacan..alergik.

      Delete
  7. Apa ke menda sambal goreng lagu tu erk....sambal mcm pahang lah...ada sambal sendiri...sambal itam....den tak makan....ahakz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jebat,

      pembetulan yaa...sambal pahang macam hang buat entry kat blog hang hari tu guna ikan bilis kan...this one..no no no for ikan bilis ya...totally cabai kering, asam jawa dan sikit belacan. tak makan...? mai sini nak ajaq hang makan....confirm teringat-ingat punya..haha

      Delete
  8. Teringat masa kakak di Mekah ada hotel tu asyik bagi makan penne in tomato sour-soup, abang tak suka so kakak yg tukang perabis.

    Heee... sambal cili kering tu kakak tahulah Murni. Makan dgn lempeng pun sedap tau:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzakie,

      eh ye ke..boleh makan dengan lempeng..? biasa makan dengan nasi atau buat sambal untuk sup je..nanti nak cuba makan dengan lempeng pulak.

      Delete
  9. Pandainya Murni masak....sedap!!!! semuanya menepati selera akak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah,

      yang simple-simple tu insyaallah boleh...tak pandai..sebab baru dok belajar..hehehe

      Delete
  10. Ikan masak rendang asam tu akak tak pernah rasalah. Sambal goreng tu pun tak pernah rasa. Tapi dari rupanya dah tahu sedap. Boleh bertambah2 makan lagi ni. Bahaya..bahaya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails