About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Friday, November 2, 2012

Perempuan dan Key-board

Jumaat dah...2nd of November. Cepat masa berlalu. Memang la..sebab tak tunggu. Kalau tunggu, terasa lambat je.

Dok tak dok dah nak dekat ulangtahun kelahiran. Nak senja dah. 

Achievement..? Tak cukup! Bekalan akhirat apatah lagi.

Diam tak diam jugak, dah 10yrs keja kat sini. Entah sampai bila jodoh I dengan company ni. Alhamdulillah..so far, even though there's always ups and downs...tidak la selalunya down pun. Tiada isu yang tidak dapat ditangani, melainkan kita sendiri yang berfikir begitu. Ye dak..? Syukur ke hadrat Ilahi..rezeki masih di sini.


Dari 'bertatih' di alam pekerjaan, pengalaman setahun dua dan tak punya apa-apa melainkan liabiliti menggunung sehinggalah ke tahap sekarang. Ada la sikit, daripada takdak. Liabiliti dah berkurang sikit. Dan paling penting, boleh menyambung cita-cita yang tak kesampaian.


Bebel pulak pasal keja...hmmm...gitu la orang perempuan. Ada hari mood sensitip mai...mula la nak beremosi bagai. Pagi-pagi tadi dah sentap...kes kecik ja pun. Hal kat sinki pantry saja. Bukan apa..pantang tok nenek betul la..pot berisi sabun tu selalu I yang dok top-up sabun..entah insan mana la yang guna sampai habis tak reti top-up balik. Asal turn I nak menyabun ja...turn I jugak la jadi tukang top-up. Entah ke berapa puluh kali dah nasib tak menyebelahi.


Masak ayaq guna kettle elektrik kat pantry tu pun sama jugak! Sampai kering..! Ahkakkkkk jugak yang kena masak...balik balik ahkak...kijam sangat tau! Dah la ahkakkk ni jenis tak boleh berenggang dengan ayaq masak. Haisyyy...


Nasib baik hari Jumaat.....sabaq dok ada lagi. Kalau tak sabaq boleh la budak-budak kat opis ni dengaq  radio buruk dok berbunyi...sepanjang hari ada je la yang tak kena...haha. Jahat okey!





Now on page 125, under the chapter -- 'Mendamba Taufik Al-Khaliq' of 'XPDC Haji'. Written by Haji Zainal Haji Bujang, rasanya termasuk yang ni dah 5 judul travelog ada dalam simpanan I. Seronok baca pengalaman orang di Tanah Suci. Ada gambaran yang jelas, dan ada yang sebaliknya. Ini pun sebahagian usaha kita kannnn....nak mengenal dan menyelami Makkatul Mukarramah. Price..? RM 19.00 sahaja.


Next on my list is 'Bayu Kerinduan di Bumi Haramain' yang ditulis oleh Ustaz Ahmad Husni Abdul Rahman. Priced at RM 28.00. Kalau beli dua tiga naskhah sekali jadi tekanan pulak nak baca. Ini pun sebab nak lari dari tekanan asyik baca nota dan modul..sesekali baca pulak bacaan ringan macam ni. Ilmu dapat..pengalaman yang orang lain kongsi pun kita dapat. 

Panjang benor membebel yer.....perempuan dan key-board. Cover siap-siap next entry yang entah bila baru nak publish.




12 comments:

  1. salam sis
    akak tak baca lagi buku ni...cuma yg dah khatam-travelog haji-mengubah sempadan iman oleh Prof Kamil Ibrahim

    ReplyDelete
  2. Noted. Lepas ni nak gi carik pulak. T.kasih dik.
    Banyak pahala sabar tu, lebih2 lagi hari Jumaat, insyaAllah.

    ReplyDelete
  3. biaselah kan,, kt mne2 pon ade org mcmni,,
    habiskan tahu, nk top up tak tahu,,sabarlah ye =)

    ReplyDelete
  4. As Salam Siti Murni..

    Dunia pekerjaan, masaalah besar Dan kecil, peningkatan ability Dan tanggungjawab, emosi bersilih ganti antara suka, duka, benci menyampah... Hahaha... Cita2.. Pencapaian dunia, amalan akhirat.. Penambahan ilmu, kepuasan... and many more...

    Look back.. You still can manage to smile, because you manage to pass thru the passing phase..

    All the best my dear... :)

    ReplyDelete
  5. huhuhu...dah lama tuh 10 tahun... dah masuk kategori senior kat situ eh?

    ReplyDelete
  6. Den pun pantang tul sinki kotoq...nyampah n geli.....

    ReplyDelete
  7. Bila senior asyik kena buli, sebab junior dok anggap kita ni sanggup buat tak berkira.. Kesian kan?

    ReplyDelete
  8. as salam

    best nye buku ni tp jenuh jugak nak mengabuskan..buku2 akak byk tk abes lagi.huu

    ReplyDelete
  9. Akak pun kalau bab pantry di tempat keja tu ada jaaa yg menyakitkan hati tapi terpaksa sabaq banyak2.

    Nak masuk senja pun ok jugak dik. Tengok sunset tu haa, cantekkk ja bila ditembak, memberikan ketenangan & kagum mata memandang. Kan. Think positive :D

    ReplyDelete
  10. Salam singgah dan kenal.....(^_^)

    ReplyDelete
  11. Salam Kenal Sis..

    Seronok baca cerita bersahaja gini. Semoga ceria-ceria selalu.

    Apa2 pon DONE FOLLOW

    Style Me Gorgeous By Qashmere

    Blog Qashmere

    Take Care Sis

    ReplyDelete
  12. dah 10 tahun kerja at same company...lama tuh...bagus2...:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails