About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Thursday, November 1, 2012

Tosai Telur satuuuuuu...! Teh Tarik kurang manis satuuuu!


Day after Aidiladha, malam hari sabtu tu la..boring pulak melepak kat rumah. Hang tengok muka aku, aku tengok muka hang...selak buku dua tiga muka surat pun tak jalan, tekan-tekan butang remote tv pun tak berkesan...fedap plak tiba meniba...

Sudahnya...mai la idea-idea nak merayap mengeteh bagai..

Bukan takat mengeteh..tapi meroti sekali..Kekdahnya, tiada nasi sebagai menu dinner pada malam berkenaan..just roti.

Setelah penat pusing pi mai pi mai kat Hasany Bookstores, mencari naskhah Al-Quran yang dipesan seseorang dan terbeli pulak buku dan majalah...akhirnya, mengeteh saja lah kat Husain, food court Carrefour, Seberang Jaya.

Panjangnya mukadimah..! Yang sebenaqnya nak habaq....


tosai dah nak kena 'gerit', nasib baik teringat nak snap...kalau tak snap pic pinggan licin je la..


They served the best tosai telur I've tasted so far! Serious sedap...! Tekstur lembut, rasa dia pun tak masam sangat. Kena pulak dengan kuah kari...di malam hari yang dingin dan kehujanan..and finished with a cuppa of teh tarik...masyaallah...superb..! Alhamdulillah....rezeki kurniaan Allah SWT. 2 gelas teh tarik, 1 gelas teh o ais, roti telur dan tosai telur RM 8.80 sahaja....tak termasuk fries mekdi untuk 'budak comei'.




18 comments:

  1. Akak suka tosai ghee. Sedap. Tapi lately macam tak boleh makan tosai pulak. Jadi heartburn sampai tengahari. Padahal tosai tu kira healthy choice kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Aidah,

      tosai ghee tu macammana pulak eh..? tak pernah pi try pun. yang dok tau tosai bawang, tosai telur and tosai biasa tu..kira kak aidah ni lagi terer dari chek ni..dah explore dulu... ;-)

      Delete
  2. Huhu... Tosei Marsala satuuuuu... Teh Tarik kurang manis laaaaagi satu.

    Siti Murni... Kakya memang sangat sukat tosei.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakya,

      owh..kita serupa! Nanti boleh la kita mengeteh dan meroti bersama-sama.

      Delete
  3. Salam
    Gambaran jelas ttg tosai tu
    Membuat Akak telan ayaq liuq...degug3

    ReplyDelete
    Replies
    1. kasihredha,

      alamak...tertelan ayaq liuq sudaa! haha...haruss bagi gambaran yang jelas dan terperinci supaya pembaca turut sama rasa seperti sedang menikmati tosai berkenaan...hehe...ayat tak menahan!

      Delete
  4. as salam

    lama dah akak tk makan makanan feveret anak buah ni...
    btw ada fries mcd..hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Tiha,

      fries tu untuk adik sepupu yang memang tak reti makan tosai..hehe...suruh order roti canai pun dia tak mau..dok nampak fries jugak.

      Delete
  5. sedapnyeeeee nak plak tosei garing garing cmtu walaaalhhhhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eny,

      Makan panas-panas pulak tu..fuhh..luar nampak garing, tapi yang best walaupun dah sejuk sikit, tosai ni tak liat..maklum la..makan sambil santai..lambat je nak menghabiskan sekeping tosai pun.

      Delete
  6. Uiisshhhh..igt kan tadi kedai mamak kat penang ada serve french fries sekali...ekekekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daddy Ziyyad,

      tu logo M besaq warna kuning lagi..berapa km boleh nampak...haha..okey tipu...sampai KM pergi nya..!

      Delete
  7. Tosei ayam satuuu! Itu tosei mesti cukup masam ah, tak masam wa tak mau! Kehkeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,

      Suka yang masam ka..? Alamak...chek still prefer yang kurang masam...teringat arwah aci Zainab jiran rumah kampung dulu...dia punya tosai masam semua cukup. Kegemaran arwah abah. Kak dinas, kalau rasa tosai dia mesti teringat-ingat punya...

      Delete
  8. Rapunzel,

    what you see is what you get.. :-)

    ReplyDelete
  9. Melihatkan tosai telur anda, cik siti....esok mesti nak carik! Aiyaahh...

    ReplyDelete
  10. Kakak ingatkan Murni tak makan tosei. Kakak hari itu sebulan mengidam kalah org mengandung sebab tempat selalu kakak beli dah tutup. Last malam tu abang beli jauh dari taman kakak - puas.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails