About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Tuesday, November 6, 2012

Trekking & Potluck di Pantai Kerachut, Penang National Park



Sand. Sea. Sky.

Paid off. Perjalanan mendaki, menuruni bukit dan melalui trek hutan yang tak lah teruk sangat that took one and half hour -- just to be here. The lovely white sands of Pantai Kerachut.

Enough the picture as introduction. Lets move on to the very first in the morning...sunday morning, I mean.
We gather at 2nd meetpoint, Caltex Tg. Tokong at around 8.30am, as scheduled, sementara menunggu peserta lain yang berkumpul di 1st meetpoint, Petronas Seberang Jaya. Behind schedule for about 45mins, barulah diteruskan dengan our convoy yang tak serupa convoy..menuju ke Teluk Bahang, where Penang National Park is located..hehe..



Berkumpul di entrance Taman Negara untuk pendaftaran, briefing, sarapan, get ready dengan senjata.


Kak Mawarni..sedang menghulurkan onde-onde. Boleh dikira sebagai AJK tetap F&B during this event.



Check-in in progress. 51 orang peserta kesemuanya.


Team PDCC, officemates kak Mawarni. Sorry, tak sempat nak kenal semua.



Group photo sebelum keberangkatan masuk para hulubalang JRRCMDU

 
Selesai dengan proses daftar masuk di pejabat perhilitan, semua peserta diberi simple briefing, briefing yang simple la..ish..briefing memang la simple! Bacaan doa juga turut disampaikan, dan bermulalah pengembaraan upin & ipin para peserta menuju ke Pantai Kerachut.

Alhamdulillah..walaupun at the very first it took days for us, me and my sis to confirm whether joining this event or not...luckily that day, dapat jugak kesempatan untuk 'mengepi'. Terasa ralat kalau tak join, sebab last event pun takdak rezeki nak join.

But suddenly, si sugarhoney dapat tanggungjawab ad-hoc untuk memimpin peserta sehinggalah tiba ke destinasi. Opkos terperanjat noks...bukannya otai dok pi sana banyak kali kannn. I can't remember exactly whether I've been to Kerachut before..daya ingatan hanya dapat merakam kenangan semasa di Sungai Tukun, Teluk Duyung dan Monkey Beach. Yalah...masa tu kan ke tengah kemaruk join Rakan Muda segala!

Melalut sudah..





Si Lia dah macam 'sherpa' kat Pergunungan Himalaya pulak I tengok..hehe... jadi pemandu untuk Cikgu Junita yang bersemangat waja untuk sampai ke destinasi. Cekal ok! Pic first tu si Sugarhoney...menonong ke hadapan..keloi pun tak dengaq sebab sibuk layan MP3, leader yang baru nak kebah demam seminggu. Pic bawah tu masa we all berhenti rehat sambil menanti kumpulan yang agak terkebelakang..tunggu dalam 10min..tak nampak rupa dan tak dengaq suara...perjalanan diteruskan.









Masa berehat sebentar bersama kit kat selama 10min tu la we all manfaatkan untuk bergambar walaupun sekejap dan cuba mengamati keindahan hutan pamah dan bukit dipterokap. Awesome dapat dengar bunyi air dari jeram dan sungai-sungai kecil sepanjang perjalanan. Refreshin gitu!






Eventho lengkap bersenjata dengan macro lens pada hari berkenaan, namun tiada lah jua berkesempatan panglima sugarhoney untuk menembak barang seekor dua unggas di rimba. Tanggungjawab sebagai panglima turus angkatan hulubalang tidak mengizinkannya berbuat demikian. Hanya incik kenon model cikai dari hulubalang bawahan dapat beroperasi dengan kadar minimum.



Last batch dengan slogan -- kecekalan anda, inspirasi kami. Apa yang penting kerjasama!


Peserta batch terakhir ni sebab depa bagi motivation kat cikgu Junita yang bersemangat kental meneruskan trekking tanpa mahu menyerah kalah. Kalau menyerah kalah pun sama ja penatnya. It doesnt mean diorang ni takda stamina naa...semua otai-otai ni. Dan we all yang di depan bukan tak ingat pada yang di belakang..kerisauan pada CJ tetap ada sebab sejurus sampai Kerachut...no network at all untuk menghubungi diorang. Kami pun tak pilih nak berada di hadapan sebenarnya..sebab tak boleh enjoy tembak apa-apa gambar..sangat berat beg usung SLR. Kesian adinda Sugarhoney. Takpa la dik non..kita cuba nasib di lain kali naa...






Reaching this area, menandakan we all semakin menghampiri destinasi. Sudah sejam perjalanan. Semakin dekat dan semakin terasa desiran bayu laut, especially di saat 5min terakhir sebelum menghampiri Pantai Kerachut. Masa tu panjat bukit tinggi pun takpa dah, dok terbayang pantai saja. 


Honestly, laluan Kerachut ni cuma hard at the beginning. Meqagaih tangga di bukit yang mula-mula tu yang penat. Selepas tu, memang alhamdulillah ok...just be careful dengan laluan licin dan daun-daun kering yang menutupi trek. Langkah keselamatan perlu diambilkira. As long as you maintain all the safety tips and measures, insyaallah..everything will be ok.






Nenjiaaa.....leader sampai dulu! Kerachut, here we are. Yang depan menonong tu entah la anak sapa...very active. Jenuh mama dia pesan, "walk behind kakak..walk behind kakak", dia dok buat dek situ la. Walaupun terjatuh, tersadung akaq pokok but bangun balik tanpa menangis ya..cekal!




3.5km route yang berbukit bukau dan segar mata memandang that took us 1.5hrs..alhamdulillah. Safely arrived.


 


To the left, to the left...Meromictic Lake. The one and only in Malaysia and another 19 places in the world. Nak tau apa dia tasik meromiktik...? Sila google. Jangan dok baloq liat sangat naa..yang pastinya, it just not the typical tasik. Kalau nak tengok tasik ni dengan air penuh yang katanya boleh membekalkan keperluan lebih 2500 rumah....sila mai pertengahan tahun bermula April-Mei.



HDR tak berapa menjadi kot.

On our right...










Tempat bercanda team trekking menikmati potluck sambil menanti ketibaan peserta lain di Pantai Kerachut





This is the only meals yang sempat dirakam kamera. Sebab apa yang lain-lain tak sempat...? Sebab......lapaq! Ni pun dah dua kali suap baru teringat...i have nothing to credit to Kak Mawarni kerana menyediakan food. Thanks kak Mawarni for lovely fried meehoon singapore yang tak perlu pi singapore. Alhamdulillah...:-) To Linda Ramli too...for free sample of cappucino collagen. Dalam hutan, tepi pantai pun boleh dapat ayaq panas (hot drinks), tak tau la sapa yang supply. Thanks semua lah..sebab semua pakat bawak potluck sampai tak tau sapa yang empunya kerja tangan.



Tiba meniba ada nelayan tang ni...hehe...

At around 2.30pm, lepas semua peserta last batch tiba, berehat dan menikmati potluck, we all proceed ke next destination dengan menaiki bot..Monkey Beach.






Best naik bot ni...no pening at all. Sedikit teruja eventhough at first tu ada sedikit gementar sebab tengok langit gelap dan ombak yang tinggi sesekali memukul bot...ibarat naik roller-coaster gayanya. Boat service ni can be hire from main jetty dekat entrance taman negara. RM 80 per boat yang boleh memuatkan 10 person.


Batu Arnab

Perjalanan lebih kurang 10-15min dari Pantai Kerachut menuju ke Monkey Beach memang best. Luckily, kapten bot yang we all naik tu ada bagi briefing pasal struktur batu batan yang unik sepanjang pinggir pantai taman negara ni..
 


Batu Buaya

Yang tak sempat rakam, Batu Penyu.


Cik Syadzwani, tersengih dalam kepeningan mengaudit tambang bot. Orang kuat event kali ni.


By the time we arrived Monkey Beach, hujan pun turun dengan lebatnya. Nasib baik ada a few pondok kecil tempat tumpang berteduh. Namun begitu titisan-titisan jernih tetap membasahi kepala ku yang sedia sakit...menyebabkan flu sehingga kini. *apa punya jenis sastera tak tau la..

Again...menikmati beraneka jenis potluck seperti karipap sardin yang marveles, sandwich, kek2 yang beraneka jenis dan rupa, serta kopi collagen yang menjadi rebutan. And again, tiada gambar. Sesi ice-breaking pun kat sini jugak..just a simple ice-breaking session...

Pukul 4.30..masa untuk pulang. 10min sahaja untuk ke jeti. Khusyuk menghayati keindahan taman negara melalui jalan laut. Kalau suruh trekking untuk perjalanan balik...memang tak dayo den!

We all bersurai sejurus selepas daftar keluar di Pejabat Perhilitan. Aktiviti seterusnya.....




We all dua beradik terpaksa dismiss from programme sebab dah ada program lain kat Queensbay. Sangat letih. Anyway, tetap happy throughout the event.
Thanks organizer, barisan admin yang bertungkus lumus dan semua peserta yang bagi full cooperation sepanjang program berjalan. 

Buah tangan terakhir sebelum meninggalkan Taman Negara Pulau Pinang...group photo dilupa jangan!



  

Next nak pi mana pulak...? Nak mula menabung!







28 comments:

  1. as salam

    best nye buat potluck sambil riadah..bab makan2 n jalan2 mmg best :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak tiha,

      seimbang aktiviti group ni. besides aktiviti makan-makan..ada jugak aktiviti riadah...best..!

      Delete
  2. mmm... tuh taman negara Penang ker... Teman ada terlihat sign board jer... tapi tak pernah pie sana pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Izni,

      A'ah..taman negara penang. the one and only in penang.

      Delete
  3. Walaupun penat tapi mengujakan ya? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakcik,

      ya kakcik...penat tapi bila sampai kat pantai tu...terasa berbaloi semua kepayahan.

      Delete
  4. Kakak terpikat dgn scenery yg Murni captured. Cantik-cantik anapak nyaman dan fresh sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakzakie,

      terima kasih, kak. ada sesetengah gambar yang tak berlabel tu dari rakaman lensa incik bos kami...incik zulkifli ahmad...

      Delete
  5. Aiseh bestlah tengok! Last time akak pi Pantai Kerachut & Monkey Beach bagai adalah zaman sekolah menengah dulu, lama tuuuhhh!

    Terima kasih kerana mengembalikan kenangan indah di situ dengan gambaq di entri ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,

      sama-sama kasih kak dinas... hehehe.

      tu dok teringat boypren lama pa...hehe...sambil mengimbau kenangan manis kat kerachut & monkey beach...

      Delete
  6. sejuk mata memandang melihat kehijauan tu.......

    ReplyDelete
  7. Cantiknya pantai ni...Masih suci gitu.
    Acara potluck tu Akak suka..
    Tp bab trekking tu Akak tak suka Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kasihredha,

      kawasan taman negara ni memang suci kak...kat kerachut ni tak boleh camping kalau tak silap. semua sampah2 mesti dibawa pulang.

      akak memang pandai...bab trekking tak suka nooo...takpa..yang pi tu pun tak semuanya trekking. ada dua orang yang pi dan balik naik bot. boleh saja.

      Delete
    2. dah jumpa yg expert.leh kita kogsi pengalamanyakan.

      Delete
  8. wah cantik2 la gambar.... ada gambar HDR eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. eelobor,

      thanks..tapi kita tak la pro macam dia tu..kan...hehe.

      ada hdr...try buat sikit..tapi tak lawo pun...huhu..

      Delete
  9. salam.
    Pastinya mencabar fizikal dan mentl. X larat dah ta nak join.

    *suka gambr tu.cantik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tirana,

      tenkiu. credit kepada photographer terlibat.
      memang mencabar especially bagi yang dalam tinggal aktiviti trekking ni..like me!

      Delete
  10. Rajin tol ampa pi makan masuk hutan keluaq hutan ramai2 kat group ni, kan? Kami kalau makan buleh la...nak masuk-keluar hutan tu kena pikiaq 10 kali dulu...heheeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. shasha,

      kalau ampa tak mau trekking tapi teringin nak mai picnik kat kerachut atau monkey beach ni...boleh hire boat. dont worry...hehe. both beaches memang cantik! if u want some time away from hustle bustle of georgetown..boleh la mai sini..

      Delete
  11. Akak sukeeee tengok gamba semuanya dan jugak baca citer2 ni. Macam baca majalah travel lah dik. Berbaloi2 berjalan jauh bila dapat tengok pemandangan cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak aidah,

      auuuwww....wa kembang kak! haha...boleh jadi travel journalist eh..?alamak..dah amik ekonomi..camne ni kak...nak tukor bidang pun dah tak boleh...hehe.

      Delete
  12. Camana nk join group nih..haha tingin gak nk xtvt lasak tp blogger tua cm sy ni valid lg ke join remaja.. :))

    ReplyDelete
  13. best..tahun lepas pun sy ada join trekking ke kerachut..ikut group opis:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails