About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Tuesday, December 4, 2012

Makan Trip: 111 Durian Balik Pulau & Mee Ketam Pondok Upeh

Ingat lagi tak...last year...dalam bulan jun macam tu I pernah buat review pasal durian Balik Pulau kat gerai my friend..? Durian kat gerai 111 tuuuuu...

Well...tahun ni ada pi lagi. Last weekend..program bersama group "makan-makan". Sempoi nak habaq hang...hehehe





See the flesh...rasa macam nak terkam lagi! * tak sedaq diri, tekak dah rasa perit macam ada duri..panas seh!

As usual..setiap program group sama ada ramai atau tak ramai yang join, tetap meriah dan havoc gitu. Bergegar jugak tapak gerai Puan Alfa Ayfa dan abam misai beliau, Encik Fuad menyambut kedatangan we all. Yang bergegaq tu bukan pasai we all pi hentak-hentak kaki ka apa semua, tapi sebab incik bos merangkap emcee pada hari berkenaan la...siap dengan P.A system beliau. Walaupun bergegak gempita, konsentrasi menjamah durian tidak terganggu ya..tuan-tuan dan puan-puan.




Ni la tokey durian, gerai 111...tengok aksi beliau selinap durian tu...takjub okes. Banyak pengalaman...macam tu la.





Makan la sampai "termonyeh-monyeh"...eh silap..termengah-mengah..hehe...sendawa pun bau durian. Pakej yang we all ambik adalah secara buffet dan dapat harga yang dikira terbaik kalau nak dibandingkan dengan tempat lain. Tokey bermurah hati bagi rambutan dan mineral water percuma untuk ahli group dan dalam masa yang sama setiap harga sekepala off RM2-00 dan dimasukkan ke tabung Gaza. Alhamdulillah..makan sambil beramal.






Kenduri sakan...



Durian gergasi.. 10kg beratnya



Tokey sampai tak menang tangan..customer lain pun kena layan jugak



See..very the meriah kannn...


Sebelum bergerak ke destinasi seterusnya, agenda wajib setiap kali event, mesti lah bergambar kenangan. Okey, untuk yang berminat nak mengetahui lebih lanjut atau nak buat tempahan boleh la jenguk facebook page 111 Durian Balik Pulau





Tak jauh pun kedai mee ketam ni dari gerai durian tadi..lebih kurang 1km je. Agak susah nak cari bagi orang yang tak biasa sampai sebab gerai ni bukan tepi jalan. Kena masuk melalui lorong kecil dan hanya berpandukan papan tanda pada pagar zink warna biru di Jalan Pondok Upeh. Tengok lah muka-muka tak sabar menikmati mee ketam itew....hehe

Mohon bersabaq banyak-banyak tengok gambar di bawah ni ya...






Mee udang, Mee Ketam, Mee Ketam Special dan Mee kuah biasa..semua ada. And one thing for sure..kuah sedap, pedas, rasa manis seafood, portion mee pun banyak, harga pun reasonable.




Wajah-wajah ceria selepas menikmati mee ketam

To those yang terasa nak try keenakan mee ketam tersebut boleh la call 019-5609838, Achik Leen. Kedai dibuka setiap hari kecuali Jumaat, dari 1.00 petang hingga 10.00 malam. Yang dah pi pun rasa nak pi lagi..hari tu pi tak ambik mee ketam..makan mee biasa sebab dah termonyeh-monyeh..ish..silap lagi..termengah-mengah makan durian..hehe.




Bingkisan dari Pondok Upeh...lovely natures! 


P/s: terima kasih En. Fuad dan Pn. Alfa Ayfa atas kemurahan hati dan ke'sporting'an anda menyambut delegasi "makan-makan" dengan hati terbuka dan penuh komited, walaupun di saat-saat akhir ada sedikit kekecohan. Terima kasih daun keladi..takdak ka durian free...??ekekek... Durian sempoi..insyaallah..tahun depan nak pi lagi.





26 comments:

  1. Replies
    1. sharinginfoz,

      sedapppp..tapi tak boleh tahan makan banyak2..

      Delete
  2. Durian Balik Pulau memang the best la :)

    ReplyDelete
  3. Wooooiiii weyyyy!

    Siti jaaaahhhhhattttt.....! tak ajak, tak mo kawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak azie...

      hehe..tu la..hari tu chek dah ajak..lajak mai penang..bleh bawak pi makan durian kat balik pulau ni haa...hehe

      Delete
  4. salam Murni Alfathunnisa
    tak pe tirana aduka paham.....
    santai santai je layan blog TA tu....
    pe pun thanks sharing...post durian tu.......memang tak dapat dinafikan .....ok je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tirana,

      insyaallah..kalau berkesempatan, tiap kali update saya cuba jengah semua blog kawan2.. :-)

      Delete
  5. Wow... kakak tengok durian yg 10kg tu siapa yg habiskan? Murni makan sorang ke hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzakie,

      yang 10kg tu sorang tak boleh habis..besor tu kak..isi nya pulak tebal..biji kecik..

      Delete
  6. Assalamualaikum,
    Dikau memang dah berjaya buatkan daku menung panjanggggggg jauhhhhhnyaaaa nak pi nun uthara sana! huh!

    Pos boleh?
    Aduhaiiii daku menderita tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. anyss,

      hehe...menung panjang lagi..? hari tu kan dah dapat durian nya..?hehe...tiap2 hari pun tak jemu ye. nak pos tak boleh...tuan punya badan kena pos kan diri nya mai penang ni ha...

      Delete
  7. Replies
    1. Ayu,

      rindu durian je..? kat i u tak rindu ke..?haha...

      Delete
  8. as salam

    nice picca..akak teringin nak makan megi ketam..cam ngidam heh:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak tiha,

      ada satu tempat jual megi ketam kat sini..kalau tak silap area batu maung. saya pun tak cuba lagi..kak tiha, nak puas..masak sendiri kat rumah..cari ketam fresh..waahh...jemput saya tau..! hehe...

      Delete
  9. Akak kan mee udang dah rasa. Mee ketam belum lagi. Nampak sedap sangat.
    Durian pulak memang tengah musim sekarang ni kan. Dalam fridge akak ada 3 tipuware durian MK dari MAHA fair hari tu. Setiap kali bukak fridge, tergugat iman akak dgn baunya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak aidah,

      musang kinggggg! i like! tahan ke akak tiap kali bukak fridge..takde colek2 seulas dua..?hehe...kalau saya..lagi dok tahan..silap2 ada sekali tu confirm saya usung dengan tupperware sekali dok depan tv..hehe.

      Delete
  10. kat juru pun ada satu kedai mee ketam..
    selalunya makan kat situ..
    memang sedap la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak diana,

      kedai mee ketam kat juru tu 'warung paksu'. ada dua lagi kedai further up dari situ. dekat sangat dah dengan tempat kerja dan dah selalu makan situ..kali ni nak try yang jauh sikit..tempat tak pernah cuba.

      Delete
  11. Wow... kalau tau dek ibu_suri ni jenuhlah IM....

    ReplyDelete
    Replies
    1. IM,

      hehe...jenuh la IM bawak ibu suri ronda-ronda balik pulau. sesekali apa salahnya IM...hehe

      Delete
  12. Bapak bosanya doyan tu....berapa hinggit agaknya erk..erk....

    ReplyDelete
  13. Makan byk durian mmg sakit tekak dibuatnya,huhu

    ReplyDelete
  14. salam siti murni.
    Jalan jalam malam bau durian lak.hehe

    ReplyDelete
  15. huhu pengsan tengok isi durian tu..kuning bekilat!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails