Thursday, January 26, 2012

Kembara Cik Siti ke Turkey, Pamukkale ~ Part VII

Day 5: 26th December 2011

Lawatan kami teruskan ala-ala pelancong elit ke tempat pembuatan barangan kulit. Elit kau..! hahaha...'harun' tak beli pun..mahal bebenor! Terbeliak mata tengok price tag..in USD or EUR..untung la orang ada Eurocard. Boleh shopping kat sini.


Yang dikatakan untung tu sebab barangan kulit kat sini dikatakan berkualiti tinggi. Setiap satu jaket kulit dijahit dengan penuh ketelitian. Berkenan nak beli..tapi poket tak mengizinkan..haha. Lagipun rasa tak berbaloi nak habiskan minimum USD300 untuk sehelai jaket yang pakai nya setahun sekali pun belum tentu. Sure membazir...kan..?

Model lelaki tu muka diaaaa....macam Cico anak Uji Rashid taw! Ensem! Haha..hampeh...model jugak yang dia usha!


Sebelum lawatan ke butik kami dibawa ke fashion show sambil disajikan dengan 'apple tea'. Dapat la pilih jaket yang berkenan di hati sebelum masuk, lihat dan sentuh sendiri hasil pembuatannya. Seriously memang first time experience tengok fashion show macam ni..sedikit jakun..kikiki. Rasa macam kat Milan pulak..! Bajet elit tak abis2!

Rasanya none of us yang membeli barangan kulit kat sini..not even belt or wallet. Semua rasa tak berbaloi kot nak spend untuk benda-benda yang mahal macam ni. But according to Mr. Recep..American tourist..they totally like leather wears..murah compare kat US. So they tend to shop a lots here!

We gather at the entrance after 1/2 hour...next is lunch! Yeay!

Dorak Tours fleet...
We stopped for lunch at this one restaurant..tak ingat lah apa ke nama restaurant tu..dan tak ingat lagi dah nak snap a photo of it..lapar punya pasal.

Macam makan nasi dengan lauk ikan masin & mix vege wit chicken..hehe..telan aje lah.
Nasib baik la ada desert..cakes and fruits yang boleh ditelan..kalau harapkan nasi tu alamatnya lembik lutut la nak jalan jauh-jauh.

Pemandangan sepanjang jalan menuju Pamukkale
Ladang citrus




We had a short drive to Pamukkale soon after lunch. A brief introduction about Pamukkale -- Pamukkale dalam bahasa Turki bermaksud "cotton castle" dan terkenal dengan hotsprings (mata air panas) yang membentuk struktur stalactites hasil dari pengumpulan mineral kalsium bikarbonat. Nak cerita panjang lebar pun susah..tengok photo okey...

At the entrance -- one of the world heritage site

Pengunjung cuma dibenarkan turun sampai pool yang ke3 saja..not more than that..bahaya & sangat panas!

Sedap dapat rendam kaki dalam air panas kat sini..tapi awas..licin!
The waters, containing mainly calcium salts..good for skins :-)


Cantik kan? When I say cantik..means cantik lah..kan dah promised masa last entry. And honestly..saya totally jatuh chenta dengan Pamukkale, the amazing "cotton castle" especially . Spectacular view of its white cascades. Indah dan agungnya ciptaan Allah SWT kan.

To those yang really looking forward to visit Turkey..please ensure Pamukkale is on your itinerary. Tak sah kunjungan ke Turkey kalau tak ke sini.

breathtaking!
Kalau dari jauh, tak nampak dengan jeles 'terraces' tu..sekali pandang kelihatan macam tempat percutian luncur salji..memutih je!

Saya dengan si 'baby doll'..haisy..manja budak ni..merengek-rengek mintak ambil gambar dengan dia...kikikki

Tak jauh dari 'cotton castle' dan terletak di kawasan yang sama adalah Hierapolis, another archaeological site and ancient city. Memang letih nak tour habis Hierapolis ni. Menurut Mr. Recep, Hierapolis adalah pusat kesihatan terbesar zaman dahulu kala. Orang sakit akan datang sini buat rawatan dengan mandi antique pool dan mata air panas yang ada kat sini. Mengikut kajian, pool yang ada kat sini dapat mengubati macam-macam jenis penyakit kulit, mata, blood pressures, rheumatism etc. Yang sakit dan tak boleh survived..finally akan dikuburkan di sini. That why we can see a lot of tombs surrounding this area.




Jauh jugak nak menapak balik ke bas...tekanan kami redakan sambil berjalan..sambil berfotografi.

Antara objek yang menjadi mangsa...! Unik kan...

Just outside 'cotton castle' dan Hierapolis terdapat deretan kedai menjual souvenir..tapi tak seorang pun menyinggah..penat berjalan gamaknya..kikiki.



Hari dah semakin lewat..nearly 4pm..kat sini 5pm dah gelap gulita. We had our dinner normally by 6.30pm. Malam ni pulak belum tentu macammana makanannya..macammana biliknya..so..we make a move to our next hotel.


Ini la hotel nyer..the only 5-star hotel here in Pamukkale, Denizli -- Spa Hotel Colossae Thermal, Pamukkale. Terkenal sebab thermal pool nya..! Dan fakta menarik..hotel ni diberi lesen oleh Ministry of Health untuk Thermal Spa dan Physical Therapy Lab, ada ISO jugak tau! Besides, Thermal Pool, other facilities includes Fitness Center, Mud Pools and Beauty Center. Kiranya..kalau berlama-lama kat sini memang ada je la program boleh buat.

The hotel from the outside
Hotel ni tak ada lift yer..cuma 2 floor hotel, so sangat la penat mengheret luggage from one block to another block. Nak menambahkan 'naya' kami pada hari tu..me and my roommate dapat first floor room..humang aih! Kena panjat tangga..dah la luggage semakin penuh dengan souvenir!

Penat punya pasai..lupa nak snap pic dalam bilik pulak! Eiii..geram sangat! Room is nice..ada kettle facility kat sini..so, malam boleh bancuh kopi! Yippie! Rooms with private balcony..and wi-fi pun lajuuuuuu je! Seronok dapat keep in touch with family and friends kat facebook. We have around one hour..mandi...change..take a rest..then proceed with dinner.



It's day5..tiap-tiap hari menu yang more or less the same. Anyhow..I have to force myself to eat..because trip ni really tiring..a lots of walking..n cold weather..lapaq punye pasal telan aje lah. Sehingga lah ke hari-hari terakhir baru la we all dapat tau yang sebenarnya dipanggil 'kebab' kat sini adalah daging kat dalam pinggan tu..bukan macam yang kat Malaysia ni haaa..:-( Frustrating..we thought 'kebab' is really look like 'kebab'. And macaroni dalam pinggan tu...sikit pun takde rasa cheese. Memang lah tak baik asyik grumble about the food..but it is..chek just bagi persediaan mental untuk orang yang nak pi Turkey..sila pack makanan secukupnya. And the buffet..lagi sekali..humang aihhh..beratuq nalla punya panjang..! Bawak bersabaq la banyak-banyak..


While on the way out -- bos pesan.."tonight aah..don't forget..'belly dancing show'..at 1st floor". I was just like nodded and.."oo..okey..."


Adalah lebih baik kualiti gambar tidak memuaskan..bimbang ada yang tengok sambil terjegil bijik mata nanti!



But seriously amazed lah...lembut je body diorang ni..trained dari kecik gamaknya..dan chek pulak not even tergamak to try this at home...hahaha!


Dengan berkobar-kobarnya bagitau kawan-kawan lain..dan akhirnya..tipah tertipu lah! Belly dancing show at Bacchus Bar, 1st Floor hotel ni memang la on..tunggu punya tunggu, 'harun' tak nampak batang hidung kawan-kawan lain pun..it just 8 of us here. Serius kena 'kencing' dengan bos! Haiyaaa...dah la dia tak mai pastu no free flow drinks pulak..kena bayar okey! Nasib baiklah we just had a cappucino dan amoi bestie saya tu selamba badak je hirup 'tequila'..dan yang tak best nya kena bagi tips kat belly dancer yang perform tu...and guess what..haha...cepat-cepat settle bill dan larikkkk......!! Bos memang carik pasal..the next day dia memang akan terima nasib dia...hehe..tunggguuuu...





Wednesday, January 25, 2012

Kembara Cik Siti ke Turkey, Kusadasi ~ Part VI

Day 4: 25th December 2011



From Ephesus..kami bergerak menuju ke hotel penginapan kami untuk malam ini..and again just one night stay. Surmeli Efes Hotel, Kusadasi which is another 5-star hotel jadi pilihan untuk dimasukkan ke itinerary. Procedure check-in di Sumerli berbeza berbanding dua hotel sebelum ini..kena submit passport during check-in untuk verification..so memang agak mengambil masa.

Bilik kami menghadap outdoor pool dan hotel ni jugak ada indoor pool di lower level hotel. Biliknya biasa-biasa saja...yang penting selesa untuk merehatkan badan. Disebabkan our visit is during winter season..bilik menghadap pool dan seaview with spacious balcony pun tak ada maknanya. Seems like hotel ni lebih sesuai untuk penginapan musim panas...memang cantik pemandangan pantai sewaktu musim panas..itupun lepas saya google sejurus kembali ke Malaysia.

The first thing after check-in -- mandi dan rendam kaki dalam bath -tub dengan air panas..lenguh beb..so..that's the only cure untuk menyegarkan urat saraf.


Buffet dinner di Sumerli boleh tahan..tapi masih menu yang lebih kurang sama. Saya hadap potato wedges, chicken kebab, vege dan nasi pilaf malam tu..nasib baik kali ni nasi nya boleh diterima tekak. Salad bar dia memang banyak pilihan..so..selepas jadi kucen kami semua jadi kambeng pulak..meragut daun..haha...

Selepas dinner kami berlegar-legar sekitar lobby hotel. Berhadapan front office ada a few in-house souvenir shop..harganya tak lah terlalu mahal. I'm refrain myself from buying anything here..sebab rasa macam boleh dapat tempat yang lebih murah. Ada jugak kawan-kawan lain yang masih sibuk membeli.



Day 5: 26th December 2011

Pagi ni kena check-out lagi! Penat lah bila one-night stay ni..asyik mengheret luggage naik turun hotel. Destinasi pertama hari ni -- House of Virgin Mary (Maryam).

Dipercayai di rumah ini lah Virgin Mary menghabiskan detik-detik terakhir dalam hidup dia. Menurut cerita, Mary dibawa oleh St. John ke kawasan pergunungan di Selcuk ini. St. John telah mendirikan rumah yang 100% dibuat dari batu ni untuk Mary yang ketika itu sedang tenat.

Masa dalam rumah Virgin Mary tu tak dibenarkan ambil gambar..tapi yang kat luar ni ada sikit view dalam rumah tu saya kongsi kan..

'Water of Mary' -- Muslims..jangan sebarangan minum air kat situ yer...totally diragui!
'Prayer Wall' -- they write down their dreams, hopes & wishes..and put it up here. Jangan lah yer...tempat kita mengadu hanya pada Allah SWT..bukan kat dinding ni.
Cari punya cari..godek punya godek..rupa-rupanya tak ada gambar saya berlatarbelakangkan rumah Virgin Mary ni..hampa! Saya tepek gambar budak kecik assistant saya kat opis ni aje lah..aci..?
Some sort of perigi..I guess..lupa nak tanya Mr. Recep al-kisah di sebaliknya..letak di jalan masuk menuju rumah Mary.

Pada 15 Ogos setiap tahun, House of Virgin Mary ni pasti dilimpahi pengunjung penganut Kristian to commemorate Mary's Assumption. Sewaktu lawatan pun tak kurang crowd nya..ada lebih dari 3 tour group yang berkunjung. Jadi masa nak ke WC..toilet laaa...beraturnya nauzubillah..panjang seh!

Okey..mohon ampun..agak slow saya mengupdate kisah jalan-jalan ni..kekangan masa agaknya (alasan). I promised more interesting pictures on next entry..Part VII lawatan saya ke Turkey..insyaallah..

Monday, January 16, 2012

Kembara Cik Siti ke Turkey, Kusadasi ~ Part V


Day 4: 25th December 2011

A new day and a new journey. Hari ni merentas sejauh 200km dari Canakkale menuju ke Bergama, Turkey. 3 jam perjalanan dengan bermacam-macam warna alam yang kami lihat di sepanjang perjalanan.

Alhamdulillah..our coach's driver, Mr. Kadeer memang cukup expert dengan keadaan jalan dan cukup pakar menangani karenah pemandu lain yang asyik 'honk' asal ada saja yang tak kena. Sesekali terdengar jugak Mr. Kadeer memaki hamun (agaknya la..mana chek paham Turkish..bunyi macam marah je kan..) pemandu lain yang biadap dan parking sesuka hati. Dan sesekali jugak dia disabarkan oleh Mr. Recep..kihkih...cool je pakcik ni eh. Bentuk muka bumi kat sini boleh tahan berbukit bukau..banyak kona dan simpang siur..agak challenging sebab jalannya sempit. Tapi keadaan jalan memang best..smooth dan tak berlubang sana-sini.



semakin sedar yang kami mulai jauh dari hiruk pikuk kota besar menuju ke pedalaman

Rumah percutian musim panas

kedai kopi dan 'port' melepak, gebang-gebang politik, Turkish people suka bersembang dan pandai bercakap dalam segala hal berkaitan politk, ekonomi dan isu semasa...this is a fact..dan semuanya bermula dari kedai kopi.
Kiosk ATM

Singgahan pertama kami ialah di Akropolis (city of Pergamon), Bergama. Let me tell you briefly on Bergama (nama moden bandar ini)...erm, one of the district located within region of Izmir iaitu di Aegean, Semenanjung Anatolia...dan mempunyai penduduk yang agak padat. Bergama dalam bahasa Hittite bermaksud "high settlement/base" atau "pergamos" dalam bahasa Greek bermaksud "people of high city".

Pergamon a.k.a Akropolis (nama kuno nyer) is one of ancient Greek city yang terdapat di Turkey. Akropolis berperanan sebagai pusat pendidikan (sebab ada the outstanding library kat sini), sosial, kebudayaan dan keagamaan di zaman Hellenistic. So, monumen-monumen peninggalan ini lah yang akan kami telusuri sepanjang berada di sini. For some people..this maybe nothing..but to me..this is one of most expensive experience..setiap perjalanan adalah adalah knowledge untuk kita timba, there's no limit for it.

Cable car station

Penyambut tetamu..banyak ekor pulak tu yang berkerumun depan ticket entrance


Harus lah high city kan...nak sampai ke Akropolis kena guna cable car. Tapi tak lah sepanjang trek kabel Genting Highland ataupun Ngong Ping 360 di HK. Pendek je jaraknya, tapi tinggi tetap tinggi. Kata nyer..ada jugak laluan untuk kenderaan ke atas, tapi tak pasti lah kondisi laluan nya macammana. Once we reach at the top, melepasi ticket entrance dah terpaksa memanjat lagi. Very the senaman trip lah uols!

Mr. Recep..dah macam kurdish kan..haha..sedang menunggu kami..tak sabaq dia nak explain pasal Great Altar tu.

The Great Altar (Zeus Altar), seperti yang terkandung dalam Book of Revelation bagi penganut Kristian.


Akropolis memang sangat fabulous as we can see the district of Bergama dari atas bukit ni..and the Theater is absolutely amazing..besar dan sayuppp je. Gayat jugak pada mulanya..but I managed to fight the 'gayat' feel very well. Congrats to me!



View from the Theater..sayup kan..

My bestie, SLR beliau and city of Pergamon..
Breathtaking view..itu je dapat saya rungkai kan. Kalau boleh nak berlama-lama kat sini dan jerit sepuas hati. Reda sikit tekanan perasaan dan segala marah, sebak, sedih, kecewa, merana, lara, gelora rindu dendam yang terperuk dalam dada saya yang sangat susah nak keluar tu! Haih...senapas je ayat saya! haha....

Inilah the Theater tempat kami berdiri tadi..see the clear picture of it? Besar kan..80 rows that can fit 10,000 people..rasa macam nak buat konsert kat sini kan..haha
The Theater yang ada di Akropolis ni adalah yang tercuram di dunia yer..tuan-tuan dan puan-puan..the steepest!
30 minit masa diberikan untuk kami explore the upper part of Akropolis. Pemandangan sangat cantik dan senibina Temple of Trajan..mempesonakan! Untung my bestie bawak SLR..berbaloi-baloi. Saya? Malas nak mengangkut harta ismeth ulam raja adik saya tu.

Naik tangga, turun tangga..balik hotel kang pengsan ler jawab nya..
Cantik kan..?awek dalam gambar tu..haha..sila muntah ijau!
Top & below pics: Temple of Trajan.

Similar yang ada di Athen.
Beautiful Roman architecture..dan pohon yang kontang itewww..
Dari upper part Akropolis kami menuruni bukit menuju ke stesen kabel. Berhadapan dengan stesen kabel adalah deretan kedai menjual souvenir yang pelbagai, aksesori, pashmina dan fresh pomegranate juice. Pomegranate atau buah delima kat sini memang besar-besar, merah merekah dan segar bugar. Geram tengok!


Kena pandai bargain..tapi souvenir yang dijual kat sini lebih murah berbanding di Grand Bazaar.

Tulip-shaped glasses ni memang sangat popular di Turkey..it is part of their culture. Kalau tak kerana bimbang pecah, mesti saya dah borong cawan-cawan ni. Even masa sampai Esenboga Airport untuk flight balik ke Doha , dekat kedai duty free pun saya masih rasa 50-50 nak beli...adehh...gerammm!

Aksesori perhiasan wanita dengan motif  'evil eye'. Datang Turkey kena beli 'evil eye'..merata-rata boleh jumpa bendalah ni..just beli sebagai tanda kenangan atau hadiah..jangan percaya cerita mistik di sebalik nya ya....khurafat lak kang...

Gerai menjual jus buah delima yang fresh
And among the best part being here..peniaga kat sini sepatah dua boleh berbahasa melayu..they will ask if we are from Malaysia..dan lepas tu mula la dengan kempen diorang.."Lelong..lelong...! Murah..murah...! " Hahaha..bet..that's the only malay word yang diorang pandai kot.

Okey..soon after that perjalanan kami teruskan ke one of restaurant di Bergama..for our lunch. Tak best..so takde photos. Masa kat sini, my boss said.."food are really terrible". Mr. Recep sampai terkelu tak terkata apa. Haha..yes, it is..restaurant tu punya menu memang sucks! I just able to finished tomato soup and bread (again...). Pilaf rice, chicken menu..beef menu semua nya out dan rasa masam..maybe the way they cooked lah..and the recipe macam something wrong. Semua muka tak best je..! Haha..menyesal tak bawak maggi cup!

Ladang zaitun..bukan Zaitun atau Mak Ton punya ladang..
Sejurus selepas lunch perjalanan kami teruskan ke Ephesus. Kali ni kami disajikan dengan pemandangan ladang olives..ladang zaitun. Turkey merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport zaitun terbesar di dunia. No wonder la kiri kanan jalan nya penuh dengan pokok zaitun. And the land is not even private owned, it could be government land tapi boleh diusahakan dengan tanaman zaitun oleh rakyat..erm..with certain terms and conditions of course. And no wonder jugak lah..olives with bread and white cheese became traditional and common breakfast menu here. Baru la chek tauuuuu....

Tapi sebelum tu singgah sebentar di 'Anatolian Taste'. Masa untuk shopping!!


Turkish Delight dengan beraneka flavor

Teh atau 'Cay'..the famous one is of course Apple Tea or 'Elma Cay'. Turkish Coffee juga tak ketinggalan.
Okey..selingan membebel sekejap pasal teh dan culture kat Turkey ni. Erm..teh ni boleh dikira minuman kebangsaan la kat sini. It's everywhere u go..they will serve u a good hot tea as a sign of hospitality and friendship, it's the way they greet guess with an open heart. There's also a saying about tea, berbunyi macam ni, "Conversations without tea are like a night sky without the moon".  

Pendek kata, ke mana-mana saja pergi..mesti ada teh.It's part of turkish culture..and another thing..Turks never add milk to their tea! For coffee vise..walaupun saya penggemar coffee but sadly..saya tak suka Turkish Coffee..not up to my taste. Susah saya nak rungkaikan kenapa..tapi bila dah minum sekali, takde rasa nak ulang minum lagi..kenikmatannya tak sampai klimaks..hehe...

Saffron..rempah ratus paling mahal di dunia

Nak rempah apa..?...just name it. Yang sedia untuk ditimbang..atau pun yang dah dibotolkan in a set..tapi tak murah jugak harganya..tempat tourist kan..harus la harga kerat leher punya..


Anatolian Taste kami tinggalkan dengan beg-beg yang penuh dengan turkish delight, halvah, dried prunes, nuts, apple tea dan coffee di tangan. Saya membeli sekadar patut saja, hanya kopi dan  pistachio halvah.

Perjalanan ke Ephesus kami teruskan. Ephesus merupakan salah satu dari 7 keajaiban dunia, salah satu bandar kuno Roman yang menempatkan gereja, library, pusat penempatan, public toilet & baths, dan kuil di dalamnya. Gereja di Ephesus juga tercatat dalam 'Book of Revelation' sama seperti Zeus Altar. Kepercayaan agama is another issue, we are here just to discover the other part of this world..jauh perjalanan luas pengetahuan..:-)

Gambar-gambar di Ephesus memang cantik-cantik belaka...tak ter'upload' kat entry ni. Saya pilih randomly dan mana yang sempat saja ya...

Our group photo
Kucing gemok yang tengah on-heat..jinak melampau..bila digosok nak menyeringai pulak..sekeh kang..

Terrace house zaman dahulu kala

Temple of Hadrian
Group photo again di hadapan monumen yang sangat popular..

Roman Library of Celsus
Kami antara group pelancong yang bernasib baik pada lewat petang itu, kerana sewaktu kunjungan tak ada tour group lain berasak-asak..so peluang bergambar di hadapan Library of Celsus yang cukup popular ni sangat lah 'rare'..susah nak dapat peluang macam ni..diakui oleh Mr. Recep. And kerana peluang itu lah I manage to get this shot..pic atas tu..ingat senang ke nak ambik kalau ramai tourist..? Susah beb! Asyik snap kepala, kaki, tangan orang lain je...meluats tau!

The theater...(again..)haih..nak buat macammana..zaman dulu mana ada hiburan lain..kat sini la tempat diorang berhibur.

Theater kat sini memang antara yang the best..can accomodate 25,000 people. Kat sini lah kami disuruh menyanyikan lagu Negaraku..no one dares! Takut salah tatabahasa atau lupa lirik la tu. Bergema-gema tau tak uols...stage nya kat tengah-tengah..from the point I shoot this photo. Saya siap membayangkan 25,000 penonton tengah memberikan tepukan gemuruh kat saya yang nak perform lagu-lagu Kelly Clarkson..haha...boleh..?? Bajet retis gitu!

Jauh jugak nak menapak balik ke bas..demi menghiburkan hati yang tension penat berjalan..kami meneruskan langkah sambil memetik buah zaitun..ada pokok nya tapi tak banyak kat kawasan Ephesus ni.

Badan dah letih..dok nampak bilik hotel yang tak boleh dibayangkan lagi macammana rupa bentuk nya hari ni...dan makanannya entah yang macammana pulak kami kena hadap.

Nantikan sambungannya episod esok lusa...atau tulat tungging terbalik..boleh...? daa...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails