About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 29, 2012

Wordless Wednesday #17: Mak bulus yang gebus




Monday, February 27, 2012

Lunch box pertama 2012

Alhamdulillah....kenyang! Burrppp....! Hahaha..keji giler...kenapa kena sendawa kuat-kuat, tak sopan langsung...hurm....bengong jugak Siti Murni nih!

Berjaya jugak bawak bekal...dan lunch box pertama untuk tahun 2012...hehe...kejayaan besar. Sebab tak mungkin la tergamak saya nak mintak mak bonda tolong siapkan bekal saya kan..harussss kena buat sendiri. Dengan gigihnya saya memasak di awal pagi. Work much easier because semalam dah prepare semua bahan-bahan untuk masak pagi tadi...tak la kelam kabut di ceruk dapur nan sempit itu.

Sedap jugak masakan sendiri..haha...angkat bakul masuk sendiri! Agaknya sebab jaranggggggg sangat masak sendiri..tu pasal la jadi gini. Buku resipi berbakul-bakul..belek berkali-kali, masak nye idak jugak.

Sambal tumis ikan tenggiri, sayur carrot & telur dadar
Staying with a mom is quite a big challenge untuk anak perempuan yang belum berkahwin like me...semua mak bonda yang buat. Selalunya angin malas..dok dengan mak, memang lah pampered. Sampai ada masanya saya rasa melampau sangat. Itu yang kadang-kadang terfikir nak duduk sendiri...baru ada akai.

And hopefully 2012, I'll be more independent especially when comes to household chores...memasak meal yang kita sendiri teringin nak makan, laundry..all the spring cleaning works kat umah tu.

Tak mungkin mak bonda nak lepaskan chek duduk sendiri walaupun dah berumah sendiri...dan lebih baik lah chek duduk dengan mak...dari bersendirian mengundang fitnah. So, bawak bekal is a first step to be independent (in my own way). Mudah-mudahan dapat diteruskan!



P/s: Encik Petronas and family now on the way to KL..bakal terbang untuk mengerjakan umrah. Alhamdulillah. Happy for him. Selamat menunaikan ibadah umrah, selamat pergi dan selamat kembali. Semoga beroleh ketenangan, kejernihan hati dan mudah-mudahan diberkati Allah SWT.  Waiting for him to come home..would it be another news...? Unsure..apa-apa pun -- redha..!


Sunday, February 26, 2012

Di sini kutemui erti kebahagiaan...


Jangan tertipu dengan tajuk yang tak menahan itu..! Gimik semata-mata..!

Entry luah perasaan hari ni...pathetic jugak saya ni..huhu. Saya baru lepas marahkan incik 'Petronas'..and I feel terribly bad! Kesian orang tu..dia bergurau salah masa.

Fikiran tengah runsing dengan macam-macam benda. Bukan dia tak tau masalah saya...tapi suka benor nyakat benda yang buat hati saya tambah panas. Dah la tak sensitip..lepas tu macam sindir-sindir saya..asyik ulang ayat saya ke dier.."hati beku.." Yes, u memang hati beku wahai incik 'Petronas'...sebab kebekuan hati u tu la kita jadi macam ni okey! 

Saya tau saya ni suka memendam, menjeruk rasa. Sakit yang saya pendam tu lama-lama jadi larva panas yang bakar diri saya sendiri...then when the times come..meletop la, kebabommm gunung berapi karakatao dalam hati saya ni..melimpah-limpah larva panas nya...dan larva panas tu akan makan diri orang yang menjadi punca nya. Lepas tu buat-buat naif kan..macam tak bersalah je..haisyyy...geram. Sudahnya chek jugak kena mintak maaf sebab melepaskan kemarahan cara gitu...

Now...baru la betul...di sini kutemui erti kebahagiaan..


Secawan kopi panas dan sang peneman yang tak pernah kenal erti jemu...buku! Ni la definisi bahagia hari ni...saya tenang cara begini..alone pun tak pa...just for a while at least. Mudah-mudahan hati panas saya ni reda dan larva-larva yang mencair tu akan membeku perlahan-lahan...meredap lagi dalam hati.

Dah takdir gamaknya...huhu. Ampun maaf buat incik Petronas..lain kali jangan bergurau masa saya tengah sensitip terlebih-lebih..tak pasal-pasal saya kena cari kopi panas dan stok buku belum baca buat penenang petang nanti....

Friday, February 24, 2012

Jom pakat-pakat bawak bekal...


Lunch tengahari kelmarin, saya tengok sorang adik ni yang sedang menikmati makan tengahari kat food court tempat keja dia. Suddenly hati saya tersentuh sangat...*tak semena-mena kans.. Dia makan bekal yang dibawa dari rumah...tengok pic tu.



Okey, balik cerita yang saya tetiba sayu tengok adik ni...kerja kat hypermarket tu memang tak seberapa gaji nya, penat pulak tak berbaloi dengan hasil..my adik bongsu pun pernah buat kerja yang sama..tak tahan sebulan dah cabotttt.

Bagi adik ni..probably dia takde option lain selain bawak bekal and save on expenses rather than makan kat foodcourt yang price nye agak mahal la...or probably..dah jemu tiap-tiap hari menu yang sama kat foodcourt @ cafetaria yang disediakan majikan. Or maybe, macam certain people..tak tahan makan kat luar kerana kandungan MSG yang tinggi dalam masakan boleh buat diorang sakit peyottt....kan..kan..*statement menyedapkan ati ke chek ni.


Whatever the reason yang menyebabkan adik ni bawak bekal -- dalam hati saya mendoakan mudah-mudahan suatu hari nanti adik ni tak perlu lagi bawak bekal tiap-tiap hari dan ada masanya boleh menikmati makanan sebagaimana layaknya..enjoy having good food dan dalam masa yang sama sentiasa bersyukur dengan rezeki dariNya.

Teringat pengalaman sendiri masa baru setahun dua bekerja kat company sekarang. Gaji di tahun-tahun terawal tu tak lah setinggi mana untuk menampung diri sendiri dan family of 4, bonda dan 2 orang adik saya. Adik bongsu masih sekolah waktu tu, adik yang tengah walaupun dah bekerja tapi masih goyah, tak stabil la der. Boleh kata tiap-tiap hari saya bawak bekal dari rumah untuk makan tengahari di office just to make ends meet. Biasanya menu nasi, kari, sambal tumis, lauk ikan atau telur goreng dengan vege, and sometimes kalau dah takde benda sangat nak masak, nasi goreng telur pun cukup dah. And that's one of the reason -- to make ends meet. The second reason is tak banyak pilihan nak makan kat luar...tempat baru nak developed waktu tu, tak banyak restoran dan kedai makan macam sekarang.One of my officemates selalu tanya, "tak jemu ke tiap-tiap hari bawak bekal?" Haih...tak la sentap, cuma terfikir, "If you're in my shoe, u mesti akan faham..sempat tak nak rasa jemu".


Ampun ler entry sedih pulak malam ni....saya bab-bab ni memang sensitip sket. And to conclude things -- that's why saya tak suka orang mempersoalkan, "eh..banyaknya duit ko, sakan..selalu nyer makan tempat best-best". Eh, macam nak aje saya jawab, "eh..banyaknya masa ko selalu perati tang mana aje aku makan kan..", tapi takde la saya jawab macam tu, tak suka masam-masam muka...hikhik.

As for me..I lived as it is...masa ada bersyukur apa yang ada, makan lah selagi halal, pamper yourself and appreciate your loved ones with good food. We work hard to earn money, apa salahnya once in a while manjakan perut dan tekak..explore good food. Masa tak ada, redho saja...setakat itu rezeki dan keberadaan kita. Kadang-kadang masa ada..selera pulak ditarik balik. So, simple kan...:) Live life as it is...insyaallah...yang penting jangan lupa dia yang maha Pemurah dan sentiasa memberi.

Sekarang pun ada rasa macam nak start bawak bekal balik macam kak Dinas kita yang ada sebab musababnya yang tersendiri...kan..kan..? For me, bukan apa,  tahun ni berazam nak buat sesuatu yang memerlukan perbelanjaan lebih...so terfikir-fikir jugak idea bawak bekal ke pejabat tu, dah lama saya tak buat except bekal breakfast ke office kadang-kadang tu. Hurm...let see if I able to make it happen again....




Thursday, February 23, 2012

Cik Siti & United Buddy Bears

6th Feb 2012 baru-baru ni sempena cuti sandwich Maulidur Rasul & Wesak Day saya mintak incik Awang bawak saya jalan-jalan Pavillion KL. Almaklumlah...susah bebenor saya nak cuti walaupun kat opis tu saya manjang free je...nunggu call dari bos baru ada keja. Nak jenjalan KL / Pavi ni pun actually hidden unplanned agenda...something's suddenly come up and as usual incik Awang selalu jadi mangsa when I have nobody to turn to.

Al-konon2 nya serabut la kan...terus mencanak je gi KL, nasib baik tak terer jalan KL je, kalau tak confirm cik bee aje yang jadi mangsa, tak ndak nye manjat bas supernice, maraliner bagai....! Dalam keserabutan saya kena dengar incik Awang berleter...funny gak kekadang tu, orang penyengap tetiba pot pet kan..dan tak sangka incik Awang berbakat jadi entertainer..tak pernah dibuat orang berdiri dalam ujan tengok pemandangan KL sambil flashmob lagu kat henpon..haha...Awang...Awang...kenapa la nama u Awang...minah kepoh punya pasal suddenly u dapat nama Awang....hikhik...OOT sudah!

Okey, nak cerita sambil tayang gambar masa kat Pavi hari tu..sempat jugak nengok 'United Buddy Bears' yang tengah exhibit kat sana. Alhamdulillah.....release tension sekejap. Saya kan suka benda-benda pelik urban and artsy gitewww.....



Untuk yang tak tau *errr ramai yang dah tau kot..tapi nak bagitau jugak...United Buddy Bears ni some sort of international exhibition which exhibit life-sized fibre-glass bears sculptures with objectives to promote unity with a message of peace, international understanding and tolerance among the nations, among different cultures and religions of the world....tapi dengan cara penuh kesenian gitu! Seni lah..tengok hasil kreativiti artis dari macam-macam negara....interesting sangat.

among 147 of them!
Incik Awang pun minat..tapi macam cover line..buat-buat smoking, padahal sambil tawaf kat situ sempat jeling-jeling jugak..nyampah okey!



The first buddy bear was created in Berlin, Germany..kira negara origin yang developed menatang ni la. And KL first time become a host untuk event ni starting December hari tu kalau tak silap...we should be proud, right..? Tak nak..? tak nak sudah...tak dapek den nolong...layan gambar okey..

As for me, apa yang dipamerkan is not just hasil seni tapi something with a message from each country..reflecting their cultures, customs and tradition. In that way, kita dapat belajar mengenal dan memahami other cultures and religions as well. Bukankah dari mutual understanding, peperangan dan krisis dapat dielakkan...?? Kan..?Haaa...angguk pun...asyik layan news perang, krisis sana sini..muak kan...sesekali ringankan kepala..open your heart & understand others. Buat apa cari musuh ber-emel, provoke, hacking sana sini sedangkan ada cara elok untuk berdamai....

Sekian. Mesej keamanan ini dibawakan oleh cik Siti.


p/s: Thanks incik Awang...menyedarkan saya with so many things I shouldn't do right from the start...


*OOT - Out of topic

Wednesday, February 22, 2012

Wordless Wednesday #16: Look at the kids!




Tuesday, February 21, 2012

Kuala Gula Day Trip : Misi Ketam Lembut

On last 4th Feb 2012, for the first time, group JRRCMDU telah mengadakan trip jalan-jalan cari makan secara berkonvoi ke Kuala Gula Sanctuary Resort, Kuala Kurau, Perak......interesting sangat!!! Trip kali pertama ni boleh dikatakan hasil kedegilan beberapa orang admin including me and my sis....ekekeke...

Yang jadi ketegaq tatau nak habaq tu gara-gara tengok gambar Ketam Lembut yang sangat marvellous dan popular kat Kuala Gula ni. Menu ketam lembut dan Kuala Gula pasti dah sinonim bagi penonton Majalah 3...sebab coverage berkenaan destinasi ni pernah ditayangkan di TV3 tak lama dulu.


tak cukup kuorum, tukang collect banner tertinggal..kesian beliau..

So, based on recommendations and a few review from other visitors, kami telah buat ketegaq dengan men'skip' arahan 'cip' JRRCMDU dengan mengeluarkan slogan, "tak kira apa nak jadi, sapa nak pi atau tak mau pi -- kami tetap nak pi..!!" Akhirnya 'cip' juga tunduk mengalah..pada ketam lembut...wakakaka...tak tahan godaan akhirnya 'cip' pun ikut sekali....


Total 8 buah kereta..yang nampak 3 je..lain-lain berterabur...

Dan alhamdulillah..berjaya jugak event terkejut tergempaq ni...ramai jugak peserta (admin & member group) bersama keluarga yang ikut berkonvoi. Meetpoint kami di Shell R&R Juru (Southbound) at around 11.30. Semuanya punctual. Perjalanan pun smooth dengan mengikut jadual. Sebelum bertolak..harus lah buat upacara photoshoot dan potong riben oleh YB Puan Sugarhoney selaku tukang sponsor riben kaler oren..senang nak recognize kereta kans...

Depart at 12.00 from Juru via North-South Expressway, then taking Jawi exit, jalan persekutuan to Nibong Tebal and Parit Buntar. From Nibong Tebal, kami melalui jalan-jalan kampong yang sangat lovely, hijau lagi mendamaikan sehinggalah tiba ke Kuala Kurau jam 1.00, sedang elok la perut tengah hip hop R&B kan....

Utamakan perut dulu..misi perlu dilaksanakan..ramai yang tak sabar menunggu review di fb..


Main attraction -- ketam lembut goreng tepung


Kailan Ikan Masin


Telur bungkus


asam pedas ikan semilang

Asam pedas ikan semilang ni memang kena dengan selera chek..totally rasa asam pedas utara. Asam pedas rebuih la maksudnya..bukan asam pedas tumis macam kat melaka nuuu...tapi kuah memang pedas! Superb sangat..chek tak makan ikan semilang...so, hirup kuah aje lah. Ketam lembut goreng tepung tu sekali imbas macam cucoq udang..tapi okey..sebab isi ketam nya yang manis. Rasanya kalau buat sweet n sour pun sedap ketam ni.



Kasi up lagi sekali..keyword -- ketam lembutttttttttt.......

For information -- restoran yang kami pilih ni JS Muara Restaurant letaknya bersebelahan Kuala Gula Sanctuary Resort. Merupakan 'floating restaurant' dan ada sangkar ikan nya sendiri. Boleh pilih nak makan ikan apa..siakap, semilang..just name it..dan just order je nak buat masak apa..jangan lupa bayar sudah nooo.....! As for 3 of us, satu family, dengan kesemua menu di atas bersama 3 jenis fresh juice, total bill tak sampai RM 50.00 pun. Plus mata yang dijamu pemandangan indah...?? Tak ternilai kan.....


JS Muara, floating restaurant -- sesekali bila bot lalu terasa jugak bergoyang kat atas tu..pening sebentar



Malaysia Truly Asia feels kehidupan ala kampung nelayan gitu...pemandangan memang cantik. Buat 'fishing fanatic' elok la ke sini barang semalam dua. Chalet-chalet di Kuala Gula Sanctuary Resort ni menanti kedatangan si pemancing..boleh fishing dari balkoni chalet je. Besides, yang berminat dengan kehidupan akuatik dan nak mengenal species burung boleh la spend masa kat sini atau ambil je package boat ride..ada program yang fits untuk peminat 'natgeo' yer..boleh refer front office resort ni..why I said peminat 'natgeo'..?? yelah...yang suka wild & natures kan....elok bebenor le tu..


Auuwww...diapit 2 ekor kumbang *tak merbahaya...takpa...hikhik






feeling-feeling pipi disapa sang bayu tika berdiri kat balkoni tu..owh..heavennya...*duniaa....


Yang nak ke sini semata-mata untuk ketam lembut, make sure call dulu untuk buat tempahan awal. Bukan apa, kalau gamble walk-in semata-mata nak menikmati ketam lembut, takut kang frust menonggeng pulak...benda cepat habis kan. Even, kalau yang nak beli bawak balik ketam lembut yang fresh tu pun kena tempah at least 2 days in advance.


satu lagi option selain JS Muara, Restoran Cenderawasih which situated within Kuala Gula Sanctuary Resort itself.

Info mengenai Kuala Gula Sanctuary Resort dan Restoran Cenderawasih yang turut menyediakan menu ketam lembut boleh didapati di FB. Search jangan tak search....chek nak layan sang helang kejap...


Di angkasa nan luas, Terbang sang helang bebas..Menebarkan sayapnya..Sungguh megah lagaknya, Helang mendabik dada, Membelahi angkasa...Dengan gaya perwira......


Teringat lagu Datuk Sharifah Aini -- Terbang Helang sejurus tengok foto ni. Untuk sang helang yang tak ada kerja nak buat...balik study lirik lagu ni baik-baik. Ada yang boleh dijadikan pengajaran....jangan seronok mendabik dada tengok orang di bawah...kita kat atas tak lama..sekejap saja.


Sunday, February 19, 2012

Kembara Cik Siti ke Turkey, Ankara ~ Part XI

Day 8: 29th December 2011

Hopefully this entry would be the last notes on my exciting journey di bumi anbia ini. Insyaallah...semoga Allah mempermudahkan catatan kali ni...*mode: hati terguris..

Dari Anadolu Muzesi..kami bergerak ke hotel penginapan terletak di tengah-tengah kesibukan kota Ankara.

statue of Mustafa Kemal Ataturk in Ulus Square

the busy streets of Ankara
Not much different with Malaysia..we could get stuck for hours just because of certain people parking haphazardly..by the road side..selfish kan..hmm..and disebabkan orang yang pentingkan diri sendiri macam ni..we all hampir-hampir lewat ke airport the next morning. Disebabkan hotel terletak di tengah-tengah bandar..with all cars parked by the roadside and even sampai betul2 junction..bas yang kitorang naik tak boleh nak buat turn..it take us more than 15mins to get out from that small t junction just because of one stupid selfish Audi. But luckily..Turkish people yang mulut bising but helpful..they help Mr. Kadeer to manuevre the bus sampai la berjaya keluar dari simpang tu...^_^ urut dada kelegaan.

Dedeman Ankara -- our last hotel in Turkey
Dedeman Ankara was our last hotel we r going to stay here in Turkey. This 5 star city hotel was kind of okay...not that great...but the bed was so good & comfy. Rates are quite expensive. But the hotel lift...so small..with the luggage we carry..it can only fits for two people inside..weird!





That night -- we all spend masa berjalan-jalan..took some 'fresh' air in the hustle bustle of Ankara. Hampir tersesat..but we managed to find our way back to hotel. Managed to buy some local mixed nuts at this one sundry shop to bring home...agak puas hati...berbaloi..it's about 17TL per bag of around 1kg. Local malls and boutique kebanyakannya dah tutup masa we all jalan-jalan sekitar kota waktu tu...so, nothing much to look & buy. Yang riuh hanya lah bunyi bising from roadside cafes and bars...especially along the streets berdekatan dengan our hotel.




The night ends a bit late..sejurus balik ke bilik..dah mula mengemas semula luggage.


Day 9: 30th December 2011

Today is the day! Antara happy nak balik dan sedih cuti dah berakhir. Malaysia is our home..even Turkey is a beautiful country...not even my bakal laki orang sini..so I really have to go back...haha..besides, sapa nak sara chek dok sini...laki2 Turkey yang gentleman ni..??haha...sudah-sudah la berangan wahai Siti Murni. U could not even tambat hati lelaki2 Malaya..who r u to tambat hati jejaka anatolia bermata biru...look at urself carefully my dear..there's so many things for u to achieve...remember ur dreams back home..all your cita-cita..ur career..ur family..ur kenangan...and probably ur significant other...:-)

That is me..memujuk diri sendiri...just ignore that stupid dialogue.

Breakfast before our check-out....



turkish pastries, sosej masam with mushroom, potatoes..& omelette and coffee
We left Dedeman Ankara for Esenboga Airport..catch our flight back to Doha and later to KL.





Masih sempat shopping @ duty free sementara menunggu departure...




 
Turkey has so many things that really captures my heart...Aya Sofia & Sultanahmet, Cotton Castle in Pamukkale, beautiful Ephesus..the legend of Troy..the scenic Acropolis..the unique fairy chimneys of Cappadocia, dan Anitkabir yang begitu gah di mata dunia...semuanya masih segar di ingatan. Insyaallah..jika ada rezeki..saya ingin kembali ke sini..especially Aya Sofia dan Sultanahmet..menghirup secangkir teh epal..dengan hembusan bayu selat Bosforus..dan ehem..ehem mungkin waktu tu si dia ada dengan saya....aminnnnnn....mana tau kan...:)

Berakhir sudah jurnal kembara saya di bumi Turkey ni..ampun dan maaf atas semua salah silap sepanjang penulisan jurnal ni..terlebih, terkurang dan mana-mana yang tersentuh tu..harap dimaafkan. Insyaallah selepas ni boleh la saya menyambung tugasan sebagai food blogger..kikiki..sejak bila agaknya kan...dah rindu nak buat entry makan-makan...dan entry berbau personal menyentuh soal hati mau pun sipolan bin sipolan pula insyaallah akan dikurangkan dan kalau boleh ditiadakan langsung...susah kalau sampai attract orang lain membaca dan kena pulak orang nak ambik kesempatan atas kelemahan kita...wallahualam.


p/s: mohon mintak izin penulis kalau nak copy atau salin balik ayat-ayat mahupun statement penulis dari blog ni....saya hanya insan yang bodoh..rasa malu pulak kalau orang pandai gunapakai ayat orang bodoh seperti daku...



Saturday, February 18, 2012

Kembara Cik Siti ke Turkey, Cappadocia - Ankara ~ Part X

Day 8: 29th December 2011

Ketegangan sudah mulai reda..ya..bagi sesetengah dari kami yang tak tahan berjauhan dengan ketiak mak..me..?sikit laaa...tak banyak, sikit je..sebab dah menjelang hari-hari terakhir berada di bumi anbia. Mula merasa rindu leteran bonda..rindu masakannya..rindu peluk cium nya...dan sampai ke tahap angau pada bihun goreng fishball bonda...!

Sejurus check-out dari Hilton, tempat pertama kami tuju dan tempat terakhir sebelum meninggalkan Cappadocia -- tempat pembuatan seramik! Kalau kelmarin dapat belajar tenun carpet, hari ni pulak dapat belajar buat seramik dan tembikar....balik Malaysia boleh mintak increment...*banyak cantikkkk!


Selepas penerangan ringkas oleh salah seorang pemilik Venessa Seramik, kami dibawa melihat pembikinan seramik secara dekat dari satu bengkel ke satu bengkel yang lain sehinggalah ke showroom..masa untuk shopping lagi.

Nahhh...hensem kan? single lagi ni..pewaris bisnes keluarga..tamau ke?tamau...? nak yang itu jugak....? hmm..lantok ler...


Kalau suruh chek buat...alamatnya sampai ke tuo la tak siap pinggan tu..haluih bebenor..

beberapa ruang dalam showroom. ruang sebelah kiri, untuk exclusive design yang harganya cecah ribuan USD.

Yang risau nak bawak naik flight then barang yang dibeli pecah..no more worries..diorang sediakan perkhidmatan penghantaran until your doorstep..insured! No more hustle..shopping as easy as it is....duit je kena standby.

From here, we left Cappadocia...heading for Ankara, the capital city of Turkey. Journey to Ankara would take us around 6 hours, quite a long journey. As usual, we made a few stops untuk..err..u know those things...pegi buang and so on..selebihnya..bertafakur dalam bas...like i did.


Bertafakur ke ni..? errr no no no....itu orang ngantuk tak leh nak tido. Erm..seriously lah..long journey ni banyak buat saya berfikir..about past, about now..about what to come....and after too many things happen lately...then I know..apa yang saya doakan dan harap sewaktu di sana sebenar terjawab sudah. Hilang sudah satu beban di kepala. Tak perlu lagi saya bertanya-tanya mana hujungnya....alhamdulillah.

Okey..out of topic..iklan penaja sebentar.

Di separuh perjalanan, we then make a stop at Salt Lake (Tuz Golu). Just a short glimpse here..



natural lake..bukan man-made

Was the 2nd largest lake in Turkey after Lake Van and produced around 64% of salt consumed in Turkey itself.

Produk kesihatan berasaskan garam semulajadi banyak dijual di deretan kedai sekitar Tuz Golu. Cuci mata aje.



It's half an hour here...and we proceed with our journey. Ankara dah tak jauh lagi..another 150km to go. It will be a late lunch for us...only upon reaching Ankara...huhu...gila starving! Nasib baik ramai kaki smuggle dalam bas...semangat kerjasama dan tak kedekut berkongsi makanan memang sangat tinggi dalam keadaan darurat macam ni..makananku..makananmu jua...tapi yang halal aje la..segala jenis fruits, pears, plums..yogurt yang sempat we all smuggle dari hotel..itu lah yang we all kongsi makan..the rest, depends where we stop..n buy those chocolates & keropok lays etc...

Anitkabir! Yes...our first destination in Ankara...Anitkabir, or also known as the mausoleum of Mustafa Kemal Ataturk...the founder of modern Turkey..and the first president of the republic. Lebih kepada memorial peringatan, mausoleum ni memang luas..dah la belum lunch..kena berjalan lagi...bebai wooo!

Hall of Honor


But this building..did capture my heart! Great Seljuk & Ottoman architecture...and the frontage of Anitkabir..sangat menggamit hati....entah kenapa...

Ceremonial Plaza that can accommodate 15,000 people

Men Statue

Road of Lions...the road will lead us to Ceremonial Plaza & Hall of Honor.
Ada 12 pasang singa semuanyaaaaa..jaga-jaga.

the tomb


ceremonial guard..bukan patung okey...ni betul2 human..chek pun tertipu..kalau tak silap, guard-changing every hour here..serius keraih macam patung!

Dari sini barulah kami bergerak untuk makan tengahari..dah macam makan petang lewatnya. Kali ni agak unik sebab restoran ni berkonsepkan old & traditional Ankara house...menu pun ala traditional Ankara. Jom....santap dulu di Hatipoglu Konagi Restaurant.


unik...
Tinggalkan sekejap the architecture..the ambience and surrounding...move to the menu....grrrrr...



Occay...this is rare! That was Trout..in my plate..with rice and potatoes.

Kind of funny..we all semua terkebil-kebil tengok Trout dalam pinggan tu...errmm..sort of "err..macammana nak makan ni eh..?" and I think I did it too obvious until the waiter datang berdiri sebelah take the fork n knife....and tadaaaaa....ready to eat...in just a blink..! tulang semua dah diasingkan ke tepi...! ko mampoo...?? hahaha....dah la tulang berselirat ikan tu. Baik sungguhhhhhh waiter berkenaan! Yang lain-lain pun buat muka tak malu mintak tolong buatkan..hahaha....cemburu buta kans....! But ikan is ikan...the sweetness of ikan sometimes not enough..so...we sprinkle a lot of peppers ke atas ikan berkenaan..baru la sedap! IMHO, the food was delivered in excellent way! So..4.5 star for this restaurant!

Perut kenyang...we start to roam almost every corner of the restaurant...layan pic ya...




entah ape si amoi ni tak puas hati..asik mencebik je...hehehe.
From Hatipoglu Restaurant..we take a short walk to Museum of Anatolian Civilization (Anadolu Medeniyetleri Müzesi) which situated on south side of Ankara Castle. Nasib baiklah tank dah penuh kans...tak la bebai lagi..hehe. Kawasan berhampiran restaurant dan sepanjang jalan menuju ke muzium sebenarnya dikelilingi perkampungan gypsy. Kami dah diberi peringatan supaya menjaga barang-barang peribadi dengan sebaik mungkin. Faham-faham sendiri ye..


Ankara Archaelogical Museum adalah nama terdahulu muzium ni dan muzium ni antara the richest museum in the world. Sewaktu lawatan sebahagian museum ni sedang diubahsuai, namun ruang pameran dan galeri muzium ni memang penuh dengan artifak arkeologi dari anatolia. Impressive!





Jom masuk...tengok apa yang best kat dalam...

naked woman breast-feeding her child in bronze figurine
symbolizing a universe..and once used by Hittite priests

whoa...yang ini ada cerita nya..okey....tapi chek tak mau cerita..sapa ada rezeki mai sini..sila belek diagram ni lama2 noo...

senibina Ottoman.  Kalau tak silap ruang muzium yang ini lah dulu nya dikenali sebagai Kursunlu Han -- Mahmut Pasa bazaar storage building


Hittite monument..di pekarangan museum
Sebelum meninggalkan muzium, I managed to buy a few FM's kat sini...i keep one and the rest will go to my best friend & sis...:-) Ooh..happy..nampaknya chek agak 'minah muzium' kans...berat hati lagi nak blah dari sini...tak puas belek..! huhu...

Okey...not too tiring..malam nanti nak sambung jalan-jalan sekitar kota Ankara.....

Daaaaa dulu ya...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails