About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, March 29, 2012

Secangkir Teh Pengubat Letih vs Secangkir Kopi Pengubat Tension

Lama chek mengidam nak beli buku travelog ni.. 'Secangkir Teh Pengubat Letih'. Bertangguh sangat nak beli...alih-alih masa berjalan-jalan membuang masa kat Jusco last weekend dan ter-merayau kat Popular tu, tengok buku ni dah tinggal satu naskhah saja. Chek panic at the disco uols! Terus tak buang masa lagi dah..sambar buku ni pi bayaq kat cashier...hmm alhamdulillah..finally you're mine!


Dah baca sikit-sikit sebelum decide nak beli hari tu..and now tak sabaq nak baca sampai habis.


My rules, kalau ada buku yang baru beli..harus kena baca ikut nombor giliran...kan ada lagi 2 buku tak abis baca. So, bila dah beli chek rasa tertekan pulak, tak boleh skip baca buku ni. Malam ni wajib ambik feel nak habiskan 2 buku yang ada chek buat dalam entry sebelum ni.


Cappucino and Green Tea Frap. Nak cukupkan sepuluh, nanti bleh redeem satu! Lalalala...


Berjimba berdua dengan Teh Ais Gula Madu adalah satu perkara yang paling best dilakukan..mengopi, mengeteh, menge'cake', ber'shopping' tingkap...fuhh...terasa kembali ke zaman bujang la uols! Dia la macam bujang..I memang maintain pun..kekeke. Anyway, I'm still jealous..awat starbucks card dia lagi lawa design daripada yang chek punya. Masa nak buat card hari tu depa tak offer design lain pun...sedey okey! Lain masa chek buat entry starbucks cards we all...confirm uols kata dia punya design lagi lawa than mine. Akak dengki occay!


Sekian melaporkan dari meja opis.



Tuesday, March 27, 2012

Sunday lunch @ Mr. Teppanyaki, Gurney Plaza

Sunday lunch at Mr. Teppanyaki, Gurney Plaza..it was my first experience here. I can say, pengalaman pertama yang tak mengecewakan. Sorry lah a bit outdated pasal Mr. Teppanyaki nih..orang lain dah berzaman merasa sedangkan I baru nak mencuba..

Sementara menunggu order sampai..harussss posing dulu...bajet retis program Jalan-Jalan Cari Makan gitu! Kellaassss.....


Dalam photo kelihatan sipi-sipi soya cincau pilihan I and green tea untuk si Teh Ais Gula Madu. Each of them costs RM 4.00 & RM 2.50. Viewing their menus..untuk beverages tak ada begitu banyak pilihan..limited choice. But..soya cincau tu not bad..lots of cincau and soya pun not too sweet..just nice....gulppp...terliur sudah!


Here comes my order 'Beef Teriyaki' set...

Mari kita zoom ke beef teriyaki berkenaan....nampak tak bintang-bintang bijan yang bertaburan..? kalau tak nampak jugak..korek buang la bijik mata tu..


Tak tau apa ke nama soup ni but ada dried tofu lah..which is one of my favorite. The soup comes with beef teriyaki set, priced at RM 17.90.


This one pulak Teh Ais Gula Madu yang punyaaaa...


Set Pari + Sotong yang berharga RM 13.90. And for asam pedas pari + sotong tu memang superb..! Two thumbs up! Kalau nak star-rated..boleh kasi 4.5 out of 5. A must try yer uols...!


Yang ni belum jadi set lagi..masih tunggu dia punya significant others. Photo ni tak nampak gemok walaupun memek muka macam kuat melantak..kan...? Bedebah betul jurukamera berkenaan..tak sempat nak cover ayu! Ni tak lain, dia balas dendam I abiskan asam pedas pari dia bersama bendi dan kacang botol yang super duper delicious tu...huhu..bukan i yang nak makan..perut i yang nak...apa lah!

Okey..sekian dulu laporan I pada hari ni. Sekian, terima kasih kerana membaca.


Wednesday, March 21, 2012

Wordless Wednesday #20: 5yrs with 'Driving Possibilities'











Monday, March 19, 2012

Empangan Tasik Mengkuang bukan Sungai Lui


Port jogging minggu ini -- Empangan Tasik Mengkuang. Bonda jadi mangsa keadaan, kena heret sekali. Bertahun jugak tak datang sini..since putus kasih dengan warga Taman Selasih..wakaka...dulu port jogging-date kat sini. Sebab tak boleh terima kenyataan, maka bertahun-tahun la tak datang sini dan sanggup jogging tempat lain hatta jauh dari rumah sekalipun.

Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya





Kasut sukan buruk yang tak pernah mengecewakan saya ketika berlari-larian mahupun 'berpanjat-panjatan'...erk..pelik nya ayat..dear students, jangan ikut saya.




Ketawa..kecewa..terpisah..jalan yang lurus kian berhalang..
Adakah semua ini yang kuinginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya....


Terbawa-bawa mood 'Sungai Lui' yang dinyanyikan Aizat thru HotFM while on the way nak ke sini petang tadi. Al-maklumlah..suasana sepanjang jalan until I reached here memang very the kampong and mendamaikan. This is one of the jogging track, the common one I mean..it's about 2km long. Very quiet, as it's only 4.30pm, joggers are just coming in and try to park their cars on the left hand side of this track. Or else...yang ramai-ramai tu masih tunggu redup senja, takut akan kepanasan matahari, just like bonda...hehe..
So, I left her at bawah pokok pine betul-betul tepi tasik yang hijau ni..

The other jogging track adalah jalan berbukit-bukau melalui hutan. And because of sifat penakut yang amat mendalam..maka hajat mau berjogging di laluan hutan haruslah disimpan saja ke lain episod, jogging secara berjemaah ye.




What can I say..breathtaking rite..? Harap saya tak seperti lalang berkenaan..goncang tatkala dihembus angin. Owh...angin yang menepuk tampar muka saya di hujung trek ni memang sangat best..sangat fresh! Otak yang serabut saya tinggalkan...alhamdulillah..Allah masih bagi peluang melihat keindahan ciptaanNya..dan saya masih diberi rezeki serta kesempatan menggunakan deria dan kudrat untuk menikmati semua nya yang dah lama ditinggalkan...




Hijau...on my left hand-side. Masa nak warm-up sempatlah rakam photo-photo ni. Tak bawok SLR la of course, guna Samseng je. Ada kesalan sikit tak bawak Mek Na a.k.a Teh Ais Gula Madu...dia suka la ni..suruh saya jogging sampai pancit pastu dia tembak gambar sana sini. Kat bawah nuuu...ada la nampak a few teams of photographer dan pasangan pengantin tengah wedding photo-shoot. Hurm...seems like Mengkuang Dam is no longer just a place to jog and sight-seeing...



Cantik kan..? Come here and experience yourself..I tell you no lies! Empangan Tasik Mengkuang is reachable via Butterworth-Kulim Expressway, you can see a signboard just before the exit. And Bukit Mertajam folks..they normally use the alternative trunk road..yang a bit busy..via Jalan Berapit. Those coming from Kulim-Machang Bubuk boleh datang through the old winding road of Sungai Lembu..just make sure don't drive alone kalau guna jalan Sungai Lembu yer..cool view but scary dowh!

I'll come here again another weeks to come..jogging routine! Sape nak ikut ber'sungai-lui' di Empangan Tasik Mengkuang..? Moh ler....




Friday, March 16, 2012

Karipap Jeti Lama vs Home-made Sausage Roll

Petang-petang macam ni kalau dapat karipap panas-panas macam ni kan best...sedap ni...


Gerai Karipap Jeti Lama ni dekat area rumah saya je, Bandar Perda. Betul-betul depan pasaraya Lai Lai.. *lai..lai...beli karipap meh..hehe..berbakat jadi peniaga karipap pulok doh..!

So far, a few times la jugak beli karipap ni untuk makan petang. Paling suka karipap inti sardin. Inti ayam chek pulak tak boleh makan..pantang..huhu. So, option yang ada hanyalah daging dan sardin aje lah.

But alhamdulillah syukur, tak dapat karipap..tapi dapat makan yang ini untuk makan petang...


Yang ni lagi sempoiiii..sebab home-made..buatan tangan sendiri. First trial dan berjaya..thanks a lot to my lovey dovey adik.. Teh Ais Gula Madu for the recipe. Tak susah rupanya nak buat 'Sausage Roll', cuma sedikit 'qenyah' kena celup dan golek di sana sini. Semalam siapkan roti dan sausage, sapu sos & mayo, balut sosej, golek dalam tepung, celup dalam telur pastu guling-gulingkan ia dalam breadcrumb. Siap 8pcs terus masukkan dalam tupperware, sumbat dalam fridge, bangun pagi tadi just fry them! Tadaaa...! Sampai petang pun masih rasa sedap lagi. Actually, buat untuk breakfast..tapi masa breakfast makan 1pc je..lagi 2pcs habuan makan petang. Maklum la..chek ni makan dalam kuantiti yang sikit tapi kerap ya amat...haha....sabo aje lah.

Apa menu makan petang hari ni...uols..??

Thursday, March 15, 2012

hutang yang belum selesai ~ two books and four magazines



Perlukan keinginan dan mood yang sangat kuat bersemangat untuk habiskan kesemua 6 naskhah ni..unfortunately..kepala otak, emosi semuanya sarat dan berkecamuk.

Macammana sekalipun saya berazam..semuanya akan dibereskan sebelum hujung bulan ini.. insyaallah..doakan nooo....

Bukan senang nak pulun ni..sometimes, ada mood nak membaca tapi baru selak beberapa helaian mata pulak dah kuyu. Kadang-kadang mata tak kuyu...banyak pulak kain baju nak kena lipat...buku dah tolak ke tepi. Ada hari nya, dah pegang buku..lepas tu dok depan tv..buku ke mana, program tv jugak yang menang.

Banyak dugaan dan godaan tambah-tambah lagi dalam nak berusaha ke arah yang baik...setuju tak?


Wednesday, March 14, 2012

Wordless Wednesday #19: cuba teka apa benda ni...?








Sunday, March 11, 2012

A day in the life of Nico O'Neil, handsome persian of Taman Sir Hussien


Am I too cute...? Sangat 'feremfuan' kan..mummy la ni! Hilang macho macam ni..meluat ah..main paksa2 pakai topi kaler 'fink'. Mummy..I'm totally tak macam daddy boleh pakai baju melayu kaler fink..peliss la kalau yer pun belikan topi kaler lain kay....so sick la u, mummy!


Don't u see...? Muka i ni dah cukup garang kan...tengok misai la! Kalau misai pun tak ada jangan berani-berani lagi letak topi kaler fink tu..potong stim nak ngorat anak dara jiran sebelah...! Huh..udah aa..lapar..cari RC lagi bagus..yuk!



Grrrrr...perut lapar...mummy mesti lupa top-up RC nih! Licin siot! Tak pun awek siam sekor tu dah kebas sampai abis...uwaaaa....harus kah i berpuasa sampai daddy balik..??! Mummy tu kalau fb....lupa dunia...nanti..siap u mummy! I report daddy...! Hurm..nak cari makan kat mana ni.....


Burrrp...alhamdulillah..kenyang..haha..padan muka daddy..bubuh lagi RC banyak-banyak..kan dah penat nak dukung i...wakakaka! Daddy, eventhough u baik hati selalu bagi i makan..bawak i beriadah kat compound belakang umah...tapi i tetap rasa i lebih ensem dari u.

Ehem..esok I will bodek-bodek u lagi sambil jilat jari tangan u...heheh so that dapat la i usha anak dara jiran sebelah menyebelah masa u tengah gardening...cayang daddy! Perghhh....anak dara kampong ni semua cun-cun belako...den suko!! Esok petang daddy bawak riadah kat compound belakang umah lagi..kay...promise...??!


Urghhh...dem! Outside is now raining..mujur ada drumstick mummy yang kering ni, boleh buat tempat landing. Best gak sekali sekala bodek mummy, buat-buat manja dengan dia. Busuk ah baju kelawar mummy...hoho..sabar...tahan....tarik napas dalam-dalam...hembus...fuhhh! Mudah-mudahan esok pagi sebelum berangkat pi ofis mummy top-up stok RC tu...aminnnn! Yawnnn.....nak tidoq ah...nite mummy...dok diam-diam situ kay...




Wednesday, March 7, 2012

Wordless Wednesday #18: Hello, My name is Nico!









Friday, March 2, 2012

Curry Mee ala Siti Murni

Once upon a time...on a boring sunday evening....saya terasa sangat-sangat nak makan mee kari *buatan sendiri..tak mau yang beli dari kedai punya. So, gigih la saya ke jusco dengan harapan nak membeli ramuan memasak mee kari berkenaan, dok terbayang kat kepala otak ni..tapi hampa, sebab one of the main ingredients takde...KERANG!
Disebabkan teringin mengalahkan orang mengidam 3 bulan, maka buat jugak lah mee kari pada petang ahad yang hening lagi membosankan itu.

Cuma masukkan dried tofu, crabstick, fishball, hirisan ayam & tomatoes dalam kuah kari! Untuk bahan garnishing, cuma gunakan taugeh yang dah dicelur & sayur siew pak choy. And tadaaaa....


Hasil campakan semborono dari saya yang tak pandai masak tapi mempunyai semangat dan keazaman yang tinggi untuk bergelar isteri modern mum career housewife........*please fill in the blanks by yourself..tiada jawapan khusus buat masa ini.

Sampai hati incik Petronas kata mee kari ni masakan mamak...puas chek tarbiah kan dia. Mee kari ni also known as Nyonya Curry Laksa okey..and kalau kat Penang ni..Curry Mee ni one of common menu for chinese breakfast....dia gelak setan lepas tu..kurang asam kan! Ada sapa-sapa tau origin of Curry Mee...??




p/s: teringat-ingat akan incik Petronas kat sana...dah 4days sunyi tanpa whatsapp beliau!


Thursday, March 1, 2012

Snow Ice yang menggeget ke tulang hitam

Nowadays, kegilaan terhadap Froyo especially Tutti Frutti memang tak dapat disangkal lagi. Saya salah seorang yang semakin hari semakin ketagih dengan TF..tapi alhamdulillah..due to it's unreasonable price..hehe...so, dapat lah mendisiplinkan diri..limit to once in a while. Kalau tak disiplin alamatnya tak dan sampai month end, pokai ler!

Okey2..full stop cerita frozen yogurt & TF...ni nak cerita satu lagi kegilaan....SNOW ICE!

My first 'Charmy Snow Ice' experience -- at 1st Avenue Mall...
Each bowl of this international brand ice cream cuma RM 4.90 and additional fruit topping costs RM 1.00.
Just imagine...di tengah kehangatan matahari menteriak di tengahari...having a bowl of snow ice yang macam-macam flavor ni....hurmmm....sangatlah mengancam dan cair di dalam mulut, kan...hehehe...



Tapi.... nak remind siap-siap..berdengung jugak kepala otak lepas hadap ice cream ni..sejuk tak hengat, menggeget sampai ke tulang hitam....*sila jangan percaya..mana ada ice cream boleh geget tulang manusia!






Ada banyak flavor..including mango, lychee, coffee, peanut, strawberry, milk and green tea. Berkonsepkan "Hygiene, Healthy, Nutrition, Natural, Tasty, Selling Health & Enjoyment", Charmy Snow Ice has been certified with Food Safety System by HACCP and ISO 22000:2005.

Sesape yang tak menahan..please give it a try! You can basically check out their kiosk at 100Yen convenience shop nearest to you.

Okey, dah malam...simpan keteringinan anda sehingga tengahari esok ya....Daaaa.....






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails