About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 25, 2012

Wordless Wednesday #24: Vine Snake








Monday, April 23, 2012

Workload issue!

Baru nak relax sat...bos pulak fax surat LHDN. "Siti, please take action". Nota beliau di bahagian bawah surat! 

Hmmm...suka! Since last saturday, workload tak banyak. Buat kerja pun flexi je...ala santai gitu. Ini bermakna, I would spent my day tomorrow just to go thru, edit some purchaser's list from our database! Sediakan spek mata and get ready for eye irritation!!


'Workload' is quite a sensitive issues nowadays..kat my workplace lah ceritanya ni. Ada ka..some people say I tak buat kerja?? But nevermind, they're forgiven anyway but not forgotten. For their words! Forgive, sebab not every people able to understand others nature of job. Ada masanya Department A akan sibuk sampai ke malam almost everyday and nobody would be able help...technical kan. Dan ada masanya Department B would be skipping their lunch without anybody offering to buy anything to munch! So, it's fair and square situation kan....everyone is the same...we are all makan gaji and not 'tauke'.

I pun tak mintak agar setiap kerja I tu difahami oleh mana-mana pihak. Because I do almost every scope of job here depends on boss instruction. But it doesnt mean, kalau I tak ada kerja at the moment, I just have to tompang dagu atas meja and not looking at my lappy or peek at my FB...kan..kan...or you would rather like to see me sms-ing or whatsapp-ing thru my mobile?? Or maybe I could read some novels...or finished up my monthly magazines yang berlungguk tu. Macam tu kira 'buat kerja' kan...janji I tak on lappy dan asyik mengadap FB....!! Owh..come on...luaskan pemikiran anda....!

Esok nak tulis kat white-board besau-besau dengan marker kaler biru --

"Dear All Staff,

Even if you all tak ada kerja nak buat...sila buat-buat busy. 
If not, people would say, u all are NOT WORKING!"

Haha...boleh?! Now, I love making fun of 'their stupid jokes'!!! Seriously this entry are more on 'luahan hati'....

Sunday, April 22, 2012

Yong Tau Foo & lovely coffee to satisfy my craving!

Yesterday...ber-yong-tau-foo di Pantai Bersih, Bagan Ajam. Kalau takde geng, projek tak menjadi..tapi kalau ada geng, memang menjadi-jadi!


RM 6.80, me and my sis share semangkok..sungguh romantik! Kalah pengantin baru ya uols! Entri pasal Yong Tau Foo Pantai Bersih dah pernah buat...ada kat sini. Maybe ada yang masih ingat kan..? The last time I pi, tak dapat enjoy the Yong Tau Foo really well because keadaan kesihatan tak mengizinkan. Actually, semalam pun masih cautious and selective on what should be taken..and what should not. Alhamdulillah.. somehow, lega sikit kemfunan itew!

And today..I don't need this...


....just to satisfy my addiction. Throughout the week asyik mengisi tumbler dengan caramel macchiato, cocoa cappucino and yesterday again..satisfy my craving with hazelnut cafe latte! Kronik kan ketagih kopi ni...

And today...I got this...


...naah....ko ade..??haha..kopi o yang dibancuh oleh bonda! Aroma nya saja cukup menyegarkan mata yang layu di pagi ahad...! Bagaikan satu tindakan refleks, dengan gagah perkasa I bangun from my bed...menuju ke meja...lalalala...kopi harum yang memikat hati! Pairing with Mee Kari as breakfast...awesome sangat! Thanks mak..u made my day! Love you lebeh!

Masih ada separuh hari untuk dihabiskan...nak buat apa eh...??



p/s: syukur alhamdulillah..nikmat rezeki yang diberikan Allah SWT.




Friday, April 20, 2012

Show-off....ko ade??



 
Tuu...tengok tu...pathetic! Nak show-off dia sorang saja la yang banyak keja kan...! Haha..tak kira, nak show-off jugak!

Dah lama tak tayang meja yang bersepah iteww kan. Actually..yang bertimbun-timbun dengan fail ni alkisahnya terjadi bermula bulan februari hari tu dan meleret-leret la sampai ke bulan mac. Namun, alhamdulillah...semenjak april tiba, dah semakin susut fail-fail pending berkenaan.

I ni lemah semangat sikit bila deal dengan fail-fail 'crucial' ni sebab memerlukan tebal muka dan daya tahan sakit kepala yang sangat tinggi. Tebal muka kena follow-up sehari dua tiga kali dengan bank / loyar buruk lawyer. Sakit kepala sebab dengar excuse yang kadang-kadang berputar-putar, sat macam tu..sat macam ni..karenah orang bagi alasan bila tak buat kerja.. kan..! Lagi sakit kepala kalau all of sudden bos call dan tanya status kes2 tertentu tu...dah confirm2 susah nak jawab if based on excuse given by the other party. Tak masuk akal kadang-kadang tu.


 

Di sebalik kelegaan kerja dah berkurang..sempat lah snap pic merapu nih..haha! Salah ejaan pun jadi bahan entry noo..! Sedappppp je taip...lajuuuu je...tup tup yang appear kat screen tu 'ayer item'. Ayer itam yang telah di'mat-saleh'kan. Sometimes tu rasa berdosa je bila dah ter'print' kat letter-head then suddenly sedar ada sikit je salah ejaan. Kan dah membazir sehelai kertas. Normally, betulkan guna 'liquid paper', provided I yang sign surat-surat tu lah. If nak bagi bos sign...buat keja macam tu jawabnya..hembus la jampi serapah sikit...mudah-mudahan tak kena marah dan ditutup mata dia masa sign surat tu...haha....adehhh...termerapu di petang hari..! Too obvious la Siti Murni tengah bosan tahap dewa-dewa...


Sekian melaporkan dari meja opis...

Thursday, April 19, 2012

The abandoned


Bangunan ni dah lama abandoned, entah apa la nasibnya. As far as I can remember...dari zaman I sekolah lagi bangunan ni terbengkalai, terbiar macam tu saja. Yesterday, masa pass-by jalan ni from Bukit Mertajam town...sambil tunggu traffic light..tangan pun gatal je nak snap. Senget nya sangat obvious kan..seni katanya! haha...


Situated at the junction, Bukit Mertajam - Jalan Betek. Next junction sebelah kiri ke Taman Makok where my pakngah staying..that's why la macam familiar je kan... :-)



So far, I just aware..yang dimasukkan ke dalam statistik projek terbengkalai KPKT hanyalah projek-projek perumahan. Projek komersial macam bangunan ni pulak macammana sudahnya ya...? Menyakitkan mata lah!

Based on what I read..and know thru my work..perjanjian bagi hartanah komersial sememangnya cukup longgar dan tidak tertakluk di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan). Statistik bagi bilangan projek komersial yang terbengkalai..no where could be found.

Projek-projek komersial yang sepatutnya menjadi 'landmark' bagi sesuatu tempat, pusat perniagaan akhirnya menjadi port mat gian.....sadis....sadis.

Baik robohkan buat padang bola atau taman rekreasi, ada gak pekdah nya kan..kan..kan...



Wednesday, April 18, 2012

Wordless Wednesday #23: Awas!











Tuesday, April 17, 2012

Baby..

One fine day, incik Petronas melalui whatsapp dengan gah dan perasannya menghantar satu emoticon...*err..boleh la kot dipanggil emoticon... tunjuk muscle..kononnya dia la ada muscle camtu kan..

I reply..."perasannyer"...and the dialogues goes on seperti di bawah...

Incik Petronas: Realiti..ada 4packs lagi..

Me: Owh..is it... :-p tak nampak pun..1 pack ada la..3months or more

Incik Petronas: Dont judge my packs if it's covered

Me:  Tapi shirt anda melentur mengikut tekstur mukabumi perut yang menunjukkan saiz kandungan 3 bulan or more

Incik Petronas: Itu optic illusion. Pancaran lampu kalimantang tak memberikan gambaran yang sebenar

Me: Pelik lah..sebab ia nampak sangat membulatsss. Tak mungkin hanya ilusi sebab dalam samar-samar pun masih jelas bentuk dan saiz seperti 3 bulan tauuu... *3 bulan lagi! confirm dia cuak.Memang motif nak bagi dia cuak pun..haha.

Incik Petronas: Owh..kalau camtu it is called halusinasi..it happens to a woman who desperately wants a baby! * Now I pulak yang cuak! Statement jahat occay!




I'm not sure why I should put this up as one of entry..rindukah?...err..of course la..2 minggu yang sunyi tanpa whatsapp beliau. Or is it because..statement nakal lagi jahat Incik Petronas tu ada betulnya...? I desperately wants a baby?! It could be. I'm paranoid.

Seriously, at my age..I feel terribly inferior bila kawan-kawan lain dah ada life partner..baby..family..but in the meantime, I know that Allah knows what is best for me..kan kawan2 kan...:-) The time will come..or maybe won't..cuma mudah-mudahan harapan dan doa ku tidak akan putus kepadaNya..amin.



P/s: nak ambil anak angkat pun bukan mudah kan...hmmm...


Monday, April 16, 2012

Re-union again..I loike!!

Rindu kat kawan-kawan...ex-schoolmates. Rindu nak sembang-sembang & usik mengusik. Rindu nak dengar cerita-cerita terbaru dan gossip hangat semasa.

BBQ Nite tahun lepas I tak dapat contribute apa-apa, juga tak dapat attend atas sebab-sebab kesihatan. So now, for this time, I'm really looking forward for this event. 



Being a host, organiser, committee or whatever u call them is not an easy peasy job. Tak kisah lah di mana-mana sekalipun..dalam persatuan, in organisation...company or whatever it is..sentiasalah merendahkan diri walaupun kita 'berpangkat'.  

Ikhlas dan merendah diri dalam menerima TEGURAN, itu adalah satu NILAI yang sulit dipraktikkan. Selalu I ingatkan diri sendiri, "hati yang ikhlas akan selalu 'lembut' dan 'tenang' pada setiap kesulitan." Walaupun kadang-kadang terlepas juo kemarahanku itewww..kan..tapi yang penting..kena belajar dan sentiasa belajar. Jangan pernah letih mencuba. Kebanyakan orang cuma tau bercakap, tapi tak tau nak buat, tak commit untuk mempraktikkan apa yang diri sendiri kata. Hanya pandai membebel, memekak dan kata-kata belakang. Sorry..tak layan type macam tu. Ingat -- kepimpinan melalui teladan. *bebelan penulis tidak berkaitan dengan cerita event di atas. Harap maklong.
 

Back to event, dengan kerja kuat dan penuh kegigihan oleh tuan pengerusi dan ahli jawatankuasa yang lain, hopefully, event kali ni berjalan dengan lancar dan lebih sukses dari BBQ Nite yang lepas. Anyway, nak habaq kat semua ex-student SMKTAT, batch 95/97, yang I kasihi, especially yang dah buat payment untuk BBQ Nite II...I luv uols! Sebab uols sangat sporting dan supportive pada admin yang bertungkus lumus macam kami. *Now I'm puji-ing diri sendiri..please tepok tangan ramai-ramai. Yaaa..that's the spirit!


Sekian, laporan dari sexytary dan ajen kutipan anda.


Thursday, April 12, 2012

Koay Teow Doli @ Taiping, Perak

Dah tak kuasa nak cari sakit, menyakitkan hati sendiri sampai makan hati. Dari makan hati berulam jantung baik makan koay teow Doli! Kasi uols pulak sakit hati...lalalala.....uols2 jangan kecik ati keh..meh teman I makan..



Cerita kat "Bandar Orang Pencen" tak abis lagi rupanya! Hurm..tak sah lah blog ni kalau dah buat entry travel tapi takde entry gastronomics kan..

So, presenting to uols..the famous koay teow seantaro Malaysia..*i can say Malaysia lah sebab ramai yang tau akan kewujudan restoran ni

Me & Bonda ordered this 'house specialty', Koay Teow Goreng. See...got kerang! got egg!


Alhamdulillah..berkat usaha incik 'Papago', I've finally found this place.. Koay Teow Doli, di tengah-tengah pekan 'Tepeng' (Taiping) yang aman dan harmoni.

Memalukan! Masuk pekan Taiping pun kena guna Papago!

We all sampai di hadapan restoran Doli ni right on peak hour..lunch time! 2 kali tawaf sebelum dapat parking, 5 minutes waiting to be seated, 5 minutes waiting for our order to be taken and 15 minutes waiting for our order to arrived right on our table! Huh..senapas! Penat! Anyway, harusss lah I bersabar kan..dah la mai dari Penang. Worth it menunggu lama pun. Kena faham lah, dah la datang during weekend, lunch hour pulak lagi.


Koay Teow Doli ni kalau nak ikutkan so simple, macam goreng kicap je..but the taste susah lah nak explain. The textures, tak basah and not too dry..memang suka la yang sedang-sedang saja yang penting dia setia! It makes you come back and craving for more.



And..more suprise, when my adik ordered this Nasi Ayam. Katanya..even more sedap than Nazir in Penang. Oh-em-gee...macammana nak terima kenyataan ni...dah la I'm a big fan of Nasi Ayam, Nazir Cafetaria. 

Tak sempat nak merasa kelazatan ayam seperti foto di atas kerana telah ditelan sang buaya arjuna sehingga yang berbaki hanyalah tulang temulang. Sauce is sweet, but the soup, taste macam biasa saja. Can't review more on Nasi Ayam.




We try to order Sup Ayam, of which, based on other blogger's review kononnya sangat best, pekat, kaw dan a bit berempah but unfortunately the waiter said, "tak buat dah". Hurm..frust lagi Siti Murni!



Sepanjang 'perayauan' we all di Taiping, masih tak bernasib baik untuk menemukan 'Teh Candu'. Seriously, teringin nak rasa...tapi puas jugak cari 'Restoran Assam Pedas' yang pernah disiarkan dalam program 'Sarapan di Mana'...hampehh...tak jumpa la uols! Ada yang tau tak uols...?? Google tidak membantu I dengan sepenuhnya.

But overall, I would say...it's an enjoyable family outing..sangat relax..with cool natures and good food. Insyaallah..and one day we will come back for Maxwell Hill! And Teh Candu...and Cendol Bismillah...and.......err..it's for uols to suggest...pelisss.....:-)




Wednesday, April 11, 2012

Wordless Wednesday #22: Celur-Celur @ Padang Brown







Tuesday, April 10, 2012

Bandar Orang Pencen

Kekuciwaan tak dapat menawan puncak Maxwell tidak pernah membantutkan mood I berhari minggu bersama family terchenta. We all habiskan masa seharian kat 'tepeng' (baca Taiping) last sunday. 
 
Taiping memang awesome dengan pemandangan hijau Lake Garden. Tapi tak singgah..cuma memandu ala bersiar-siar gitu, menonong je kereta belakang I mengikut..haha..kesian.


Tanpa pilihan lain....we all ke sini saja lah, sahabat alam gitu kan...

Zoo Taiping
Berkali-kali pi Taiping, tapi berkali-kali jugak tak pernah teringin nak masuk zoo. The last time masuk zoo Taiping ni I guess masa adik bongsu darjah 6 kot...sooooo long kan. Nah..now see my adik bongsu..udah menggalah tinggi nyer...dah nak masuk 20yrs pun.

Pilih untuk tak naik tram..sebab nak exercise. Walking dalam zoo may replace my jogging routine ^_^


Lain-lain photo dalam zoo tak payah publish I guess..it's the same scenery..the same 'menatang'..cuma I opt to published these 2 photos..I found it very interesting..................

"Incik Boya" yang menunggu mangsa untuk di'ngap'...

"Siamang" suka bergayut kat henpon dengan aweks pokok..jauh sangat, tak dapek den nak snap pic beliau!


....in making fun of someone...hahaha...*gelak jahat. Hanya "Charlies Angels" bisa memahami erti di sebalik 2 photos berkenaan..kan..kan..kan..


Okey..back to Taiping...


Besides Zoo, we make a stop at Taiping Museum. I kan art-museum type of person in the making...hehe..tak lah..I think..my interests is more on art nowadays..walaupun I know nothing about art but I do appreciate them...



Mempunyai nilai estetika yang tinggi..serius macam nak bawak balik buat hiasan kat rumah..tapi apakan daya..


Potong betul lah...ada time-stamp kat photos tu. Ni mesti ada yang pandai-pandai dok tukau settings ni..babap kang naya je!


Hurm..last but not least..bagi membuktikan kehadiran si penulis di tempat kejadian...tadaaaa...


Tak pandai posing..retis morahan je yg pandai posing kontrobersi ya uols..bangsawan tak buat cenggitu..haha


.....macam la surprise sangat..


Once read..somewhere dekat blog mana tah..Taiping is also known as "Bandar Orang Pencen"..because of the serenity and peaceful of it's town I guess. 

Driving around Taiping town itself macam satu pengalaman baru..no honking..no rushing..no jump queue like we always do in Penang. All of sudden I rasa I saja yang driving like hell while on road of Kamunting.

Okey..enough for this time. 

Sekian melaporkan dari atas katil bilik tido.



Monday, April 9, 2012

Maxwell Hill, saat ku tawan puncakmu!


75km driving semata-mata nak feeling-feeling sejuk di puncak awan. Tiba di Kamunting pun dah nampak puncaknya memanggil-manggil. Kabus tebal menyeliputi puncak Maxwell Hill pada pagi nan syahdu itu...aduhai..



Namun sayang seribu kali sayang..... sampai at around 10.00 am dah jadi macam ni...




Sedih woo..! Abang kat kaunter tiket jeep Kerajaan Negeri Perak bagitau, "Dik, lain kali datang awal. Kami buka kaunter jam 7.30 pagi. Tiket hujung minggu memang cepat habis.". Ahkak frust uols..perasaan yang sama seperti ditinggalkan buah hati yang pergi outstation 3 minggu!


Demi menggembirakan hati bonda..I pujuk dia.."takpa lah mak, alang-alang dah mai sini, meh la kakak ambik gambaq mak dengan adik. Sampai tempat menunggu pun jadi lah dari takdak langsung!". Kesian bonda...tapi lagi kesian I. Insyaallah...ada rezeki, ada umur panjang...ada sumur di ladang...ada tulip di Bukit Larut..lain kali kita mai lagi.




Friday, April 6, 2012

Sakura di Yokohama

It's been 6 gloomy days! huhu....

Yokohama sedang berbunga sakura. Pakcik Petronas barangkali sedang seronok ber 'hanami' di sana. Meanwhile, I di sini dapat layan google saja tengok bunga-bunga sakura berkembang. Sungguh tak best perasaan ini.


Sakura or Cherry blossom, mengikut forecast by the weather bureau di beberapa website pelancongan, sedang blooming di Yokohama bermula 2nd April until 9th April 2012. Seminggu je kembang nya. Hmmm..untung Pakcik..sambil training sambil ngorat awek jalan-jalan makan angin Yokohama ek..??


Cherry blossoms viewing ni dah menjadi tradisi di Jepun. Nak tengok bunga sakura atau dipanggil 'hanami' ni pun ada tatacaranya. Tengok photo kat bawah....siap picnic lagi. Hanami boleh dibuat tak kira day and night..Yeay! Let's party di bawah pokok sakura! *erk...tak makan ubat gamaknya! Hanami pada waktu malam dipanggil cinta kura-kura 'Yozakura'.




Yokohama is the 2nd largest city in Tokyo and located 30mins from Tokyo by train. Siap buat research tuu...adeh..tak menahan Siti Murni! Banyak gak tourist attraction kat sini yang sempat I google..takpe..at least there's some knowledge for me. Yokohama Marine  Tower, Ramen Museum, British House, Yokohama Bay Bridge, Yokohama Red Brick Warehouse, Yamashita..just to name a few...semuanya tourist spot. Santek2 tempat itu uols, kredit website ini dan ini. Semakin membara rasa hati. Kalau balik takde FM untuk I memang nak kena la kan...kan...

Osanbashi Pier berlatarbelakangkan Minato Miraie

Bukan Penang Bridge tau..Bay Bridge of Yokohama.

Letak photo dan gaya bercerita macam dah penah sampai kan..hehe...layan aje la daydreaming untuk hari ni.
Another 17 days to go sebelum keberangkatan pulang..dan 17 hari yang memerlukan pengisian sebaik mungkin.

Sekian melaporkan dari meja opis.


glossary:-
hanami = flower viewing


Wednesday, April 4, 2012

Wordless Wednesday#21: Starbucks Card. Design mana lebih cantik..??






Monday, April 2, 2012

Auto-Show @ Penang Times Square

Just want to share a few photos taken during Auto-Show held on last weekend, 31st March 2012 at Penang Times Square.



Tak dapat memberikan sebarang liputan mahupun informasi lebih lanjut..oohh gosh sungguh tak best tak dapat membebel kat blog like I always do..hurm..chek tak berada di lokasi pada hari kejadian. Hanya sempat pass-by.

Simple but ganas...

My sis and hubby beliau adalah wartawan lokasi. Depa berdua sangat teruja tengok kereta-kereta yang dah di modified sehingga langsung tak bagi apa-apa details pasai event ni..kejam kan..depa ingat chek pusat sumber bergerak...semua boleh tau....


Uols layan gambar saja lah nooo..

Level bangsawan macam I layan hat ni saja...buleh...??haha....


Kenari from hell kah...?? Bertanduk bagai..

Girlish and looks pinky...macam 'Teh Ais Gula Madu's Pinky punya interior..

No way cik bee will be convert this way..


Tak mau cakap banyak....I paling suka the white nissan silvia above. Sangat gorgeous kan uols. I kata kat my little hero...adik bongsu I tu lah.. "hang make sure when the times come..if hang beli yang ni..bagi I dok sebelah hang nooh...jangan gatai bagi awek dok seat tu okeh....!". Haha...sesunggohnya I kakak yang kejam tak ijin adik nya ada awek....

Suzuki Swift - interior
Sekian melaporkan bukan dari lokasi kejadian.

 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails