About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, May 31, 2012

An evening with Nico & Meow-Meow

Sesekali terhibur jugak hati ni tengok gelagat anak-anak bulus dik Na. Macam-macam hea deme!


Ada la hal nya dengan si Nico ni..terbeliak je memandang tingkap kat belakang sofa tu. Takde lain, mesti terdengar kucing2 in the neighbourhood yang entah bertuan ke tidak. Berani sebab dalam rumah je diorang ni...kalau lepas keluar, penakut jugak ada nya.



Dia ni memang kuat tido...asyik membutaaaaaa je keja nya. Kira macammana pun takpe lah, janji boleh tido..walaupun ke hujung dunia bucu sofa! Kalau atas katil, atas bantal...memang port favorite dia.



Bab buat muka kesian, mintak dibelai manja memang serah kat dia. Cukup pandai! Ni kes buat muka kesian supaya baju yang tersarung tu boleh cepat-cepat ditanggalkan. Rimas le tewww....

 

Terbongkang sudah! Lagak macam penat sepetang berkebun belakang rumah je. Bab bersantai kat compound belakang rumah, buat acara gymnastic memang favorite depa. Patutlah kalau keletihan tahap gini...daddy ngan mummy tengok pun naik letih...jenuh pantau..takut keluor pagor.



Wednesday, May 30, 2012

Wordless Wednesday #26: Paddy Field of Bukit Mertajam






Image by Patrick Tan. Source: Georgetown, Penang facebook page.






Monday, May 28, 2012

Benefit Bulu Jagung

Today tak ada entry makan-makan. Jadi tabib pulak..tukar profession sekejap..hehe. Nak share info yang baru I dapat berkenaan bulu jagung.

Normally, kita kalau dapat jagung mentah ni terus buat rebus kan..? Bulu dan kulitnya kita sepah kan je..okey tipu, tak sepah..buang terus dalam plastik sampah. Do you know that, bulu jagung ni ada khasiat sebenarnya...?


Cuba rebus bulu jagung ni dengan 2 gelas air. Rebus sampai air kering dan tinggal segelas saja.



Minum 2x sehari. Baik untuk urination, orang yang mengalami masalah kencing kotor / kencing tak lawas, kencing berdarah, darah tinggi dan kencing manis..elok cuba petua ni. Cuba tak salah kan? Ini pun sebahagian dari ikhtiar mengubati, selain dari depends pada ubat-ubatan moden dari klinik.

Keberkesanan? Belum pasti, sebab I sendiri baru cuba sehari. Tapi teringat petua mak saudara yang pernah experienced kencing berdarah, alhamdulillah..lega dengan mengikuti petua ni.

Sharing is caring! Selamat mencuba :-)


Lamaranmu kuterima..

Assalammualaikum...

Dear diaries and diaries' readers...halu..halu..haluuu!! Uwaaaah..I'm so missing of u. Just a few days away but feels like ages separated away.....hehe...tolong jangan di'spoil'kan kegumbiraan ini yaa...:-)

Been very busy with daily life routine...and news and news..and news! Too many of them until I lost in my own world of day-dreaming and imagination. And been pressured all the way too..hidup mana yang tidak ada cabarannya kan..family, friends, work yang terkadang menekan kita secara indirectly. Health vise, alhamdulillah, getting better.

Despite of all kepayahan and kesakitan, Allah memberikan rahmatNya for me..alhamdulillah. Another good news which I've been waiting all this years....


Lamaran dari nya telah pun I terima last few days. It's about time for me to get back on track. Melupakan semua yang pahit, melalui cabaran baru, mengisi ruang yang telah lama kosong, mengasah kembali otak yang dah lama diam bermanja. Alhamdulillah..I kira ini juga adalah rezeki dari-Nya..buat kami berdua..adik beradik! That's double happiness kan..*masih menanti berita untuk triple happiness pula..

Doakan permulaan sebuah cabaran dan kehidupan baru ini dipermudahkan oleh-Nya. Amin.



p/s: Encik Petronas tak ada di sisi untuk berkongsi berita gumbira ini...huhu. Should I say happy news sedangkan mintak izin beliau pun tidak....??*haruskah? Noe...I know him, it would never make him unhappy! He prefer seeing me to be a better person.........



 

Tuesday, May 22, 2012

Manifestasi Lemahnya Seorang Hamba II





Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad SAW, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabatnya.



Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap ujian yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepada kami…. Tetapi terlalu sedikit pengabdian kami terhadap-Mu


Engkau tetap menerima walaupun terkadang kami alpa, kami lupa. Kami silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu….Engkau tetap melindungi kami walaupun terkadang kami kalut merungut ketika saat-saat lemah kami datang. Kami tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.


Ampunkan kami ya Allah apabila kami merintih nasib kami di hadapan-Mu, kepada siapa lagi harus kami mengadu? Kami tidak pernah menyesali kewujudan kami ini ya Allah… namun kami hanya hamba-Mu yang dhaif dan lemah. Adakalanya kami kurang kesabaran. Ada masanya kami goyah keimanan. Ada masanya kami terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpah kasih sayang-Mu, Engkau menarik kami kembali jauh daripada kesesatan.


Dalam usia begini….. Kami ingin lebih dekat pada-Mu ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…. Kami ingin lebih merindui-Mu ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini Kami ingin selalu mengabdikan diri sekudusnya terhadap-Mu. Dalam usia ini yang kami inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih kepada yang sudi.


Ya Muhaimin…Pimpinanlah tangan hamba-Mu ini.. pimpinanlah hati hamba-Mu ini agar sentiasa berpijak ke atas jalan kebenaran.


Ya Al Quddus… sebagai hamba-Mu yang hina dina, kami takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah kami… bimbinglah kami sentiasa agar kami mampu meniti Titian Silatulmustakim-Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.



Ya Hakim... berikanlah kami kejayaan di dunia dan akhirat. Berkatilah ilmu yang Engkau kurniakan kepada kami dan jadikanlah kami beramal dengan ilmu-ilmu kami.

Ya Allah…Sesungguhnya kematian itu benar…. Alam kubur itu benar…..Hari Pembalasan itu juga benar….Hari ini, semakin hampir kami kepada Alam Kematian…. Semakin dekat kami dengan Alam Kubur… semakin takut kami terhadap Hari Pembalasan… izinkan kami dalam usia yang semakin sedikit ini kami mengaut sebanyaknya himpunan pahala, untuk kami jadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti. Kami ingin menjadi anak, ibu, isteri dan muaalim yang solehah..



Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untuk kami… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah kami yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu…



Terimalah pemohonan hamba-hamba Mu yang sedang bermusafir di bumi-Mu ini Ya Al Mudzill.


Amin Ya Rabbil-Alamin.






p/s: Sekadar berkongsi, yang telah saya baca dari blog seseorang. Tak ingat bila dan di mana. Terima kasih kepada yang empunya catatan. Salam 1 Rejab.





Friday, May 18, 2012

Nasi Ayam MB & Kari Kepala Ikan, Mutiara Bonda @ Auto-City

Hidangan tengahari dua tiga hari lepas. Entri nya hari ni baru sempat nak buat. Ini dah kira kekeringan idea nak pilih tempat makan. Lunch sorang-sorang sangat lah tak best. Kalau tak kerana memang perlu keluar beli office's stationery, memang lebih rela bawa bawak bekal dan makan dengan santai je kat opis tu...jimat belanja.


Nasi Ayam Marry Brown @ Carrefour, Bukit Minyak.

Petang hari yang sama, uncle ajak makan bersama dengan dua orang kawannya. Mulanya berhajat benar beliau nak makan bawal panas dekat 'Warung Kelapa Sawit', tapi apakan daya..dah petang sangat. Tauke dan pekerja kedai tu pun perlu rehat, dari pagi kalut dengan customer yang berduyon-duyon kan. Lain kali kita cerita pasal bawal panas.


Ended up petang tu eating out kami berempat yang ditaja uncle bertempat di Mutiara Bonda, Auto-City. Dah lama teringin nak mai makan kat sini, tapi office chek ni takde partner yang ngam selera nak makan tempat macam ni. Nak ajak family..hmm..bagai di kata.....weekend je Penang, Penang je weekend! Kan..!

Kari Kepala Ikan..berasap ketika dihidangkan.
Telur Dadar, Kangkung Goreng Belacan & Calamansi Juice

Rasanya ikan Jenahak yang dibuat ikan bakar ni...isi halusssss je. Nak bukak baju balutan pun malu-malu gitew!


Alhamdulillah...rezeki...jangan ditanya total bill untuk 4 orang makan. Tak sopan pulak kalau tanya kepada yang nak membelanja. Apa pun, syukur adanya. ^_^. 

"Terima kasih daun keladi, 
buat uncle yang daku sayangi;
lain kali belanja lah lagi, 
insyaallah...sentiasa free....! "

ekeke..makan free punya pasal, sanggup bagi pantun tuuuu....




p/s: Itu cerita last few days, hari ni pulak sebiji butir nasi pun belum masuk tekak lagi as at pukul 6.30 petang. Selera hilang. Badan tak sihat sekali lagi. Tengahari dah ke klinik. Sebab nak makan ubat, maka gagahkan juga menyuap fries, separuh mangkuk mee rebus dan sepotong epal.



Thursday, May 17, 2012

Awan Nano di Queensbay Mall

Hari senin hari tu kan..ala..hari yang kami masih mood cuti-cuti tu kan...Kan ke ahkak-ahkak berdua pergi merayap. Jelajah jugak Queensbay Mall di tengahari senin yang damai lagi harmoni itu. Lepak coffee, baca majalah kat Borders dan membeli belah sebentar kat Daiso. Dekat-dekat pukul 4 baru la nak gerak balik.

Konon-kononnya balik dari 'key-ell' weekend tu nak rehat-rehat santai je kat umah, tapi kalau dah dasar suka merayap tu memang tak dapek den nolong....

Dah merayap, kalau tak membeli memang tak sah la kan...rembat jugak sepasang sandal vincci. Rabak lagi purse tu.......huhu...

Berazam weekend ni tak mau pi mana-mana...entahkan boleh, entahkan tidak.


Sticker keta tak menahan! Puas ahkak-ahkak berdua gelak kaw-kaw...jahat kan! At least, dia ade...ko ade??haha...awan nano lagi!

Rasa macam nak masuk balik dalam Queensbay tu...mana tau benaran ada si Hafiz Awan Nani Nano kat situ...hehehe


Update progress project "growing grass head":


Day 10th: 11/05/2012. Bilangan rambut semakin bertambah. Air takung kat bawah tu cepat je kering.






Wednesday, May 16, 2012

Wordless Wednesday #25: Hotel Penaga













Tuesday, May 15, 2012

Nasi Kandar Pokok Ketapang @ Hutton Lane


Yesterday..mood cuti masih berbaki dan sememangnya intentionally ambik annual leave untuk merehatkan diri *tapi tak rehat mana sangat pun, merayap je yang lebih. So, monday blues does not applies to me yesterday! Hehehe....

Perut lapar, dah pukul 11 baru la sempat 'brunch' kat atas tu haaa.... Nasi Kandar Pokok Ketapang @ Hutton Lane. Jauhnyeeeee breakfast cum lunch kan..kan...takde makna nak makan jauh-jauh if without any specific reason. Kesah nya my adik lelaki lah...hantarkan dia ambik gf a.k.a moto kesayangan beliau kat umah akaknya. Lepas adik balik, akak-akak berdua, merayap lah....


Nah..hambek kau....! Lapar sangat la kononnya kan...hehe. Baru dua hari tinggalkan Penang..udah qope gini kebulor nasi kandar. Actually, it is our first time makan 'Nasi Kandar Pokok Ketapang' ni and alhamdulillah, tak mengecewakan. Campor punya campor kuah tu...dapatlah nasi kandaq yang rasanya sangat marvellous and only available in Penang, okeh! Tak dapat kat tempat lain rasa, kepedasan, aroma rempah yang sangat awesome itu.

Yang ni bukan Nasi Kandar Pokok Ketapang kat TM Butterworth naa. This one yang dekat junction Hutton Lane & Clarke Street nuu. Go thru some tips @ foursquare and read some comments which I found quite useful -- "a superb nescafe tarik", "megi goreng pun sodap", "they provide the best rasam in town", "terbaek, roti canai garing plus teloq sotong"....hehe...nak gelak pun ada baca tips diorang ni....

Memang tersandaq makan nasi kandaq...tapi akak-akak berdua tak jadi ulaq sawa yaaa....kami ada project baguih punya kat Queensbay sejurus selepas itu...kisahnya di lain entry okey.


Update progress 'growing grass head':

Day 7th: 08/05/2012.Macam baby baru tumbuh rambut..jarrrangg..jarrrangg!



Friday, May 11, 2012

Tolong jaga budak botak, please..

Dah one week macam ni..mengantuk, Ya Rabbi! Mengantuk ni macam penunjuk aras bahawa badan kita tak cukup sihat. Selepas vitamin c, ambil kapsul Evening Primrose Oil (EPO) pula..dan last 2 days ke farmasi lagi beli ubat sinus. Memang dah lali dengan supplement dan ubat-ubatan ni. Vit C tu dah tahap kena ambil tiap-tiap hari. Macam tu jugak dengan buah-buahan. Tapi tak baik pulak kan dok merungut macam ni...sakit Allah bagi kena terima dengan sabar, Dia jugak yang berkuasa menyembuhkan. Anggap saja ada hikmah lain di sebalik nya...kan..kan...


Esok nak jalan-jalan out from Penang sebentar, bawak bonda dan adinda-adinda berdua. Hari ahad insyaallah balik semula ke Penang. Doakan perjalanan kami sekeluarga agar selamat dan lancar ya.


Sambil-sambil tu tolong tengok-tengokkan budak botak kat bawah tu yer...hehe...my 'growing grass head', dik Na yang belikan. I put it on my table, just beside my desktop phone. Everyday kena sprinkle with water so that dia tak botak lagi dan dapat tumbuh rambut kaler hijau gitu! Jangan jadi hulk sudah...tanjat mak jemah kang!




Day 1st: 02/05/2012. Belum tumbuh rambut.



Comel kan...lepas balik dari jalan-jalan nanti I update perkembangan rambut dia, okey...


Have a great weekend untuk semua rakan-rakan blogger yang I kasihi..till we meet again....Daaa.... ;-)











Thursday, May 10, 2012

Koay Teow's Week




Price: RM 3.50
Location: Gerai no. 5 dari kanan, Delima Char Koay Teow, Kompleks Pasar & Pusat Penjaja Taman Seri Delima, Juru. Cik Kak melayu yang jual.
Rating: 4 / 5
Comments: Loads of kerang, which I like it very much. Texture a bit dry..memang sesuai dengan koay teow, sebab koay teow kalau buat basah selalunya cepat kembang. Taste memang sodap. Should come back for more!




Price: RM **tak ingat...hehe
Location: Warung Bonda, Tmn. Seri Delima, Juru.
Rating: 3.5 / 5
Comments: Rasa sedap jugak...spicy, tapi ni version basah dan koay teow saiz agak besar digunakan. Very mengenyangkan. Banyakkkk daging ayam, which I have to put aside some of it. Cuba dan nilaikan sendiri!



Lunch time tadi pun, masih menu koay teow goreng..tapi koay teow goreng 'lungguk' ala kat pasar malam tu je uols. Sedap sebab perut lapar..dan yang penting morahhhh, sebungkus baru RM 1.00, boleh la sekadar mengalas perut diiringi beberapa ketul kuih karipap & 'masalodey' *betul ke spelling camni..






Wednesday, May 9, 2012

Sagujantung dari Istanbul



By lunch time yesterday, I received this envelope, manyak spesel woo...hadiah sagujantung dari yong blogger kita di Istanbul, Hjh Halimaton, penulis blog Moh Kembara. Tadaaa! Ni lah hadiahnya...daun ganja & daun ketum!






Haha...no no no yer...kalau tak diberitahu yong Halima confirm I pun tergaru-garu kepala yang tak gatal, tak tahu apa ke nama daun herbs yang dikirim ni. Katanya 'marjoram' dan 'mint'. Yang lidi kaler maler tu katanya buat cucuk buah potong atau rojak..bukan pencungkil gigi yer..hehehe. Mint tu memang boleh kenal..sebab bau nya tu..:-) suka sangat. Time kasih Yong Halima...*mmuaah 3x, pipi kanan, pipi kiri, pipi kanan lagi sekali...! hehe...


Ada surat chenta jugak yaa uols...! Sebagaimana 'witty' nya yong Halima ni dekat blog beliau, sebegitu jugak lah 'witty' nya isi kandungan warkah chenta yang ditulisnya..hehe. I kenal yong Halima ni melalui komen kak Tihara kat one of my entry *mekacih kak tiha!, lepas tu google dan terus melekatttt gitu dengan blog Moh Kembara. Bila baca entry-entry yong Halima ni terubat sikit kerinduan I pada Turki. Ibarat ada cinta yang tertinggal di sana, rasa nak pergi lagi gitu! *walaupun kekdahnya I will suffer again dengan diorang nya food..hehe


Again..thanks yong Halima..hadiah sagujantung kerana salah teka dalam contest hari tu. Yong kata kalau betul jawapan hari tu dia nak tunangkan I dengan Ertugrul atau si Ahmet...haha....adehh...kena cuba lagi lain kali.



Tuesday, May 8, 2012

the number you have dial is not in service


Masa tengah panas, jangan gatal-gatal nak simbah petrol kat api. Api lagi marak. Benda simple macam tu, tak perlu diajar. Bila orang diam, maknanya memang betul dia nak diam, tak nak bercakap, tak nak diganggu. Hormat dan menurut saja boleh kan? Tak payah nak tembak SMS bertubi-tubi, no need to call, do not whatsapp, and please don't send any PM. Sampai masa dia dah cool down, dia tau la mana nak cari.
Tak payah nak berkepit dan nak 'updates' sangat-sangat macam pasangan bercinta..rimas, tak minat. Titik.







Gambar sekadar hiasan. Edit sendiri.




Sekarang tengah sakit kepala, tekak rasa perit, badan pun bukan energetic sangat...hati cuma nakkan ketenangan. Suddenly muncul pulak sesetengah orang yang tak faham. Kalau setakat nak bakar ideologi dan kata hati dia, lebih baik jangan berhubung. Kalau terasa hanya nak membangkang bukan nak men'support', lebih baik diam..pandangan sinis tak diperlukan at the moment. Waktu-waktu macam ni, rasa nak jawab macam ni jer kalau ada orang call, "the number you have dial is not in service"...boleh?? So, jangan kacau sat bleh dak? Letihhhhhhhhhhh.....






Nota ada kena mengena dengan entry:
Diam sebentar di FB. Makin lama, makin annoying.

Sunday, May 6, 2012

Spaghetti Goreng Emergency

Kelmarin kan berbelah bahagi dek peperangan antara kalbu dan akal fikir...alhamdulillah..semalam otak menang! Yes! Ada gak pekdah nya dok memerap di rumah. Almari  baju berkemas, rumah bersapu, buku pun sempat baca walaupun cuma 20 puluh helaian, layan channel AFC & History sampai tertido. Lepas tu kan..bangun dari tido..perut lapar la uols!


Godek-godek dalam fridge tengok stok apa je yang ada..sosej, tauhu, tomato, ketam balls...stok spaghetti pun ada lagi. Nowadays, dah berazam nak kurangkan yellow mee....alhamdulillah rezeki dinner malam ni kot..apa lagi...chargasssss laaa..!

Bawang yang dah siap mesin dimasukkan dalam bekas dah abis rupanya..terpaksa la menangis sikit-sikit kupas dan cincang bawang besor & garlic. Tak berapa besh la..suka bawang kisar lagi...tapi boleh laa...nak cepat kan..

Spaghetti dah tossed...prepare for chilli paste, chilli sauce..oyster sauce dan segala mak nenek perasa yang dibenarkan dalam rumah ni. Main campak je...tapi frust jugak la..no sayur mayur...I kan dah jadi pemakan sayur dan ulaman tegar sekarang ni...yang ada ulam pegaga dan pucuk putat...hagak-hagak la nak campak ulam tu dalam spaghetti ni kan...hehe..

Tadaaa..! Siap sudah!


Spaghetti Goreng Emergency! Wallla....sedap la untuk orang yang sendiri masak, sendiri makan...dari nan ado kan....

Burrrppp..alhamdulilllah..pair dengan Kopi Mahkota Dewa...superb sekali!




Saturday, May 5, 2012

Bila otak dan hati bergaduh pasal shopping...

It's weekend & wesak day. Cuti kan.........errr...hati meronta-ronta je nak jelajah shopping complex.



Hati:   Mesti tengah banyak sale kan...
Otak:  No, no no!
Hati:   Hari tu nampak office wear kat Brand Outlets....santekkkkk kan?!
Otak:  Hari tu nampak, tapi tak beli kan...kan..
Hati:   Just tengok-tengok je la kot ada yang berkenan. 
          Long Skirt pun lawo-lawo taw!
Otak:  Tak boleh! Next week nak gi Ikea. Skirt lain kali boleh beli.
Hati:   Alaaa....pakai skirt gi dating. Ayu gitu! Encek Petronas tengok tak 
          kelip bijik mata gitew!
Otak:  Encek Petronas outstation 3month. Takdo makno eh..! 
          Bulan-bulan depan pun boleh beli.
Hati:   Erm...takpe...then why not u lepak je borders & starbucks....
          u kan dah banyak hari tak minum kopi..and tengah tension some more!
          Pi la release tension. Dok lepak umah je buat mende!
Otak:  Sabar....sabar......kejap lagi bukak buku, baca, then tido, okeh!
Hati:   Alaaaa...mana best!
Otak:  Penang sesak hari ni!
Hati:   Penang......dah nama pun Penang. Mana hari yang tak sesak?! 
          Okey..ronda-ronda kat seberang je lah...Jusco pun best!
Otak:  Err..Jusco eh................okey, will be consider!~
Hati:  Yes! Yes! Yes! 


Antara kemalasan, kedekut serta berfikir panjang VS asyik menurut napsu & kata hati..kita tengok, mana yang akan menang hari ni..muehehe.


Thursday, May 3, 2012

Kucing kurus yang kuat makan




Ensem tak kucing jantan kat bawah tu..? Ensem macam brad pitt..ade? Entah apa ke nama kucing kurus tu...terlupa pulak I nak tanya. Panggil si kurus je lah, boleh? 

One thing for sure...si kurus dibela maklong & paklong. Kurus bukan sebarang kurus...kuat makan tau! Diorang 3 beradik semuanya. Three of them..semuanya jantan belako! Mesti bosan gila dowh...jiran sebelah menyebelah pun takde stok kucing betina...ekeke

Seronok kemain la dok atas riba orang, dengan mata stimmm...haih..menjadi-jadi lak dia ni..

Diorang bertiga ni sekali makan dua talam ye uols...satu talam kecil nasi + lauk ikan dan satu talam kecil whiskas. Makan berulang-ulang jugak. Tapi terpaksa letak makanan tu lebih sebab diorang ni kalau meraung kelaparan, mau tak tido malam seisi rumah! Ate supper pukul 2, 3 pagi...tuan pun tak tahan la!

Kata paklong, baru beberapa hari lepas jatuh dari pokok manggis belakang rumah, alhamdulillah..mujur umur masih panjang. Berpantang maut sebelum ajal.


nota takde kena mengena dengan entry:
Alhamdulillah. Despite of fear that it would be a lonely days ahead for me..I found that each day is more beautiful, without me, being there...talking nonsense! Si diva...just enjoy and have a great time there, occay. Malas nak berebut kasih sayang bagai...I had enough..and now giving my full kasih sayang to beautiful people's around me...:) No heart feelings yaa...we have no chemistry, that's it!

Wednesday, May 2, 2012

Puri @ Kapitan & Tat Nasi Ayam, Bandar Perda


Petang yang renyai dan sejuk....kan best kalau dapat ni....ni....yang kat atas ni...set roti puri bersama kuah kentang, scrambled egg dan kuah kari...vaa va vaaaa..... I kat opis sambil buat entry ni sambil menahan perut berkeroncong..walhal pukul 12 tadi dah makan nasi. 

Set roti puri ni dari Kapitan, Bandar Perda. Tak ingat dah menu breakfast bila...but somewhere on march or april yang lepas. Masa tu, sarapan pagi bersama bonda lepas balik dari pasor Bukit Mertajam. Roti nya, tekstur dan rasa macam roti arab. Tapi, pagi tu diorang buat a bit oily...tak suka lah uols! Tak baik untuk kesihatan...! Apa pun kalau kurang minyak, memang sedap puri ni...sedap tang kuah kentang tu!




Nasi Ayam ni pulak di'tapau' dari Tat Nasi Ayam, Bandar Perda. Lunch time hari apa entah last week...sebab dah tour merata bank tengahari tu, so, tak cukup masa nak makan kat kedai. Sudahnya, tapau sajalah! Tat Nasi Ayam ni located bersebelahan 7 Eleven..one row with Allianz Assurance, facing Butterworth-BM main road. Tak susah cari pon! RM 4/set. Taste vise, boleh tahan..maybe sebab beli bungkus...the freshness hilang sudah agaknya! Next time boleh try lagi...ada menu sup dan laksa jugeeee....

Now berharap kelaparan ni dapat bertahan sehingga jam 6.00 petang... makaroni sup menunggu di rumah!





Tuesday, May 1, 2012

Bonsai Paklong

Eh eh...nak pi mana tu..? Mai sini..baca dulu sampai habis...uols tak salah blog okey! Hehe...tetiba je masuk blog ni nampak pokok  bonsai..biar bonar!


Gaya Moyogi..*agak je, itupun sebab refer wiki...hehe...

But that's the fact..tetiba je jadi blog seni taman..! Hehehe...bukan ape, teruja tengok pokok bonsai yang paklong tanam. Last weekend lah kesah nya..meng'antor' tok yang dah lama bebenau nak jumpa maklong & paklong kat Sg. Petani. 

Since my last visit, dah bertambah bilangan pasu bonsai yang paklong tanam. Sila abaikan projek tergendala berdekatan pasu2 berkenaan...

Perkataan bonsai ni adalah sebutan Jepun yang berasal daripada perkataan cina, 'pen zai'. Al-kesah nya..sejak ribuan tahun dahulu lagi dah wujud seni bonsai ni. Golongan elit memelihara tanaman pasu ni sebagai hiasan disebabkan nilainya yang tinggi dan sebagai simbolik kebudayaan cina.




Bukan senang nak maintain bonsai ni. Bonsai yang terbaik mempunyai mirip pokok sebenar dalam bentuk mini. I guess, memang perlukan ketekunan dan ketelitian nak membentuk pokok bonsai tu sendiri. Pokok tua yang kenit...that's it! Last few years, masa kerap ulang alik ke SP..selalu jugak tengok paklong gunting dan belek-belek pokok-pokok bonsai kesayangan dia ni. Sometimes, siap bercakap-cakap dengan pokok yang ditanamnya..sabar sungguh! I...? Hmm...don't think so dapat bersabar dan tekun tahap gitu, pelihara green plants dalam air je yang subur elok...kalau jenis tanam atas tanah ni...huh..harammmm....takde nya nak idop lama...tangan panas gamaknya!

Nah...sebagai membuktikan uols tak salah blog...tepek sikit gambor makan-makan...

Santapan tengahari rakyat marhaen -- sambal belacan, ikan kembong goreng, ulam salad, bendi rebus, acar timun dan kobes goreng!

Sambal belacan tuuuu..yang super duper pedassss tu..haaa....ini lah dia pembuatnya...maklong!

Maklong, kakak kepada my mak bonda. Persamaan mereka berdua ialah -- kebolehan untuk membawakan 'high-notes' tanpa lari walau sedikit pitching pun bila dalam keadaan marah! Hahaha.....oooppss...larikk! 

Sebelum uols tanya, mana paklong, baik I bagitau siap-siap, my paklong memang camera shy. Susah nak ambil gambar dia. Mungkin dia takut bila dipromosikan ramai pulak yang menempah bonsai dari dia...hehehe.....*okey...larikkkK!



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails