About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 27, 2012

Wordless Wednesday #30: Better safe than sorry









Monday, June 25, 2012

Makan sedap thru my insta #2









Last sunday evening *bukan yesterday yer punya la teringin nak rasa groovy lime sundae wit nata de coco. Pergi 'menerai' kat McDonalds, AEON Seberang Perai Siti City with lil' cousin. Cornetto sundae untuk dia. Fries share je...sebab dah makan heavy kat rumah. Rasa nak dekat hujung lime sundae tu dah macam rasa ubat batuk pulak, sedap tang nata de coco!








Lunch tengahari selasa yang boring dan tak rasa nak makan nasi -- murtabak daging bersama barli panas @ Hussain Nasi Kandar, Carrefour, Bukit Minyak.








Brunch on Thursday. Fried Macaroni wit Sausages. Setelah berperang keletung keletang kat dapur seawal 7am, tapau makan kat pejabat. Nasib baik cukup rasa..kalau tak cukup pun, telan jugak..masakan sendiri.










Brunch on Friday. Kalau nampak pic yang ada logo starbucks kat mana-mana entry dalam blog ni, itu maknanya 'tuan rumah' tengah cari ketenangan sementara..selalu nya alone lah kat situ. Lepas habis medical check up terus mai sini...sambil baca buku dan tunggu time untuk get back to work at 1pm. Berjam-jam pun takpa. Sungguh khusyuk baca buku and every once in a while tengok macam-macam tabiat dan perilaku manusia sekeliling. Almond Bar & Caramel Macchiato yang kenyang nya hanya tahan beberapa jam.








Early dinner hari jumaat tu...nasi dengan sayur sawi putih with fishball..a decent dinner. Tak rasa nak makan pedas atau kari.








Saturday tu..again, another early dinner. Kali ni sebab teringin nak makan kfc flaming crunch ke ape tah tu...yang disalut cornflakes dan mempunyai tahap kepedasan yang agak siot gitu, tak perlu sos! Erm..sedap lah untuk orang yang dah lama tak jamah ayam kfc sebab pantang. As usual, ditemankan mak bonda dan adik hero yang kebetulan dinner break pada waktu tu. 




Okey..selesai sudah insta#2..insyaallah kalau rajin & diberikan kesihatan.. #3 menyusul seminggu dua lagi naa













Saturday, June 23, 2012

Snapshots: Manzil

Manzil Rasm Uthmani
Author/Arrangement: Maulana Muhammad Zakaria Bin Muhammad Yahya al-Kandhlawi
Genre: Islam / Sufi & Mistik
Publisher: PTS Islamika Sdn. Bhd.



"Kami jadikan daripada al-Quran suatu penawar dan rahmat untuk orang beriman. Dan ia tidak menambah sesuatu pun untuk orang zalim kecuali rugi." (asy-Syuara':80)




Hadiah dan sedekah dari makteh. I dan adik dapat seorang senaskhah. Antara ayat-ayat yang terdapat dalam Manzil termasuklah al-Fatihah, al-Baqarah ayat 1-5, al-Jin ayat 1-4, al-Mu'minun ayat 115-118, Ar-Rahman ayat 33-40 dan ayat-ayat dari beberapa surah lain seperti al-Imran, al-A'raaf dan al-Isra.

Amalan membaca ayat-ayat Manzil dikatakan dapat memberi kelebihan seperti melindungi rumah dan harta benda, melindungi diri dari sihir, gangguan syaitan dan makhluk halus. Insyaallah..dengan izinNya.


P/s: belum habis explore naskhah ni...

Friday, June 22, 2012

Medical Report pun 'berjerebu'....


Hazy days...*sigh*..kelmarin worst, and today alhamdulillah..a bit okay compare yesterday. Berharap hujan turun, basahkanlah alam ni...panas sangat-sangat, especially waktu malam. Tidur dalam kepayahan. Hopefully, selepas hujan, keadaan jerebu pun semakin pulih. Unhealthy, dan tak puas tengok pemandangan serba tak jelas, serba terbatas.




Nak keluar pun rasa malas. Tapi, nak tak nak kena keluar. Medical check-up pagi tadi. Medical report ditandatangan doktor, result X-Ray dan Urine Test, semua okay, normal. But, there's a need for me to do blood test, appointment on next tuesday. Sudahnya, laporan kesihatan tu nampak tak 'clean' lah. USM jangan lah kueri banyak later on...please. 

Another appointment maybe selepas habis minggu orientasi July nanti. And really hope, tak ada apa-apa yang tak baik dari ujian darah tu nanti. Sudah la soalan-soalan oleh young chinese doctor yang ensem tu membuatkan I nervous lebih dari biasa. Batuk ni pun tak mau nak baik betul...huhu...sabar sajalah Murni oi..toksah dok merungut...! Doakan yang baik-baik naa...and in the meantime, u, please stop worrying..and do not overthink..kang malam nanti merungut pulak susah nak tido bagai!





Thursday, June 21, 2012

Jom selongkar drawer masing-masing

Yang bekerja dalam pejabat, waktu-waktu 'prima' macam ni sure tengah korek-korek harta karun dari dalam drawer kannnnn....? Haaa...tak baik tipu! Betul kan..? Mulut tu dah mula terasa nak munching for something kan..kan...hehe...


Meh selongkar apa ada dalam drawer masing-masing...








Syukur alhamdulillah...masih ada yang berbaki dalam drawer. Biskut Tambun a.k.a Tau Sar Peah keluaran bumiputra, 2 peket biskut hazelnut Cosway dan satuuuuuu je lagi instant mushroom soup with pasta keluaran Campbells. Karipap tu beli tengahari tadi. Tak lunch sebab dah ambil heavy breakfast dengan macaroni bagai..so tengahari skip lunch. Ini baru nak jamah yang lite-lite.


U all...menu apa makan petang ni...?? Ce citer..ce citer.......sambil-sambil tu jemput lah minum Oligo panas....*cewah-cewah bajet bukak warung kopi pulak I kat sini yer...ekekeke..port sembang sambil minum-minum..jangan malu2 buat la macam rumah sendiri...

Wednesday, June 20, 2012

Kawan kaki pompang

Ada hari, I boleh sabar & diam. Ada hari, macam hari ni...sentap sampai tak boleh nak sabar-sabar lagi. Masa tak angkat 'bendera jepun' boleh jugak bawak-bawak ambil wudhu', solat...tapi kalau dah time angkat 'bendera jepun', emotional memang terlebih-lebih meluap-luap.

Sebab tu I kata, tak mau ber'online' lama-lama kat facebook tu..buat menambah dosa ja, sentap sana sini. Kadang-kadang attitude kawan-kawan ni buat I berasa hati. Tak pernah nak support apa yang I buat, tak pernah 'like', tak pernah 'comment, tak pernah nak menunjukkan any positive reaction sebagai seorang kawan. Baik tak payah add friend kan...? Sometimes tu terasa hati jugak, kenapa ada di kalangan kawan-kawan perangai macam ni..walhal, status atau post orang lain, boleh ja dia like atau comment..post I ja dia buat tak tau...maybe sebab tak sama 'darjat' kot, atau sebab I pakai kereta tempatan, dia drive kereta import gitoo? okey2..maybe sebab dia kentut wangi kot...ekekeke...atau sebab I tak pandai mengampu..? Haih, entah lah..I dah cuba berfikir se'positif' mungkin.

Masa orang lain sibuk wish tahniah, good luck kat I...mana dia pi?? Macam ni kah kawan? Moral support pun tak dapat. Kawan yang tak rapat, jarang nak bertegur sapa pun reti budi bahasa, siap hantar mesej bagai tanya khabar kita, ucap tahniah for happiness, wish good luck...itu pun dah cukup sebagai tanda bagi sokongan moral. Time tak sihat pun dia buat pekak donno...time happy pun buat macam tak nampak..semuanya serba tak hadir dalam alam facebook I...pelik nooh. Kalau kawan ribu riban...wajar la tak nampak feed I tu.

I bukan artis, atau selebriti harapkan perhatian...cuma kawan-kawan, tak boleh kah saling menghargai selain daripada asyik syok sendiri dengan post / status pompang depa. Bak kata Jumie Samsudin dalam post beliau di entry ini. I pun kadang-kadang pompang jugak..especially bab makan. Food lover gitoo kan! Bukan niat nak show-off pun...tapi dah adat macam tu..makan apa pun mesti nak cerita, sama la macam kat blog. Tapi pompang yang keterlaluan biasanya buat orang meluat dalam hati. I pun nak mintak maaf, kalau2 selama ni ada pompang yang keterlaluan sehingga mengguris hati orang lain. Tapi pompang mu iteww kawan....sangat-sangat tak boleh diterima akal fikir ku.

I'm sorry to say, I terpaksa hide all feed daripada my friend yang satu ni...I just treat her, the way she treat me. U tak mau pedulikan hal seorang kawan....and me too, I pun tak mau dah ambil peduli pasal u, ur life or whatever yours. Perasaan sentap, tak puas hati ni sebenarnya bukan mengganggu fikiran I seorang, rupanya ada lagi sorang dua kawan lain pun berperasaan yang sama...hmmm...jauh sekali entry ni untuk mengata  but just to clarify my next action. Apologize for my absent in future naa..no heart feelings..u buat I macam ni, so I have to treat u the way u want it to be.

To my friend yang I maksudkan...kalau u faham, u faham lah..kalau u tak faham..I think u just pretend u don't know what's happening, self-denying. I forgive u, my friend. And I apologize kerana I adalah seorang kawan yang tak pandai mengampu or telling u lies, praising u for something I don't feel to, dan maybe I seorang kawan yang tak boleh bagi u apa-apa business benefit. Forgive me my friend..:-)





Tamo layan feeling anymore...nak layan jambu bola *ada orang panggil jambu golok dari Sg. Petani. Thanks uncle...bawak buah tangan fresh dari pokok depan rumah. Dah habis...tinggal banyak ni saja dalam freezer. I dah semai biji buah jambu bola ni depan ofis..mudah-mudahan pokok tu tumbuh membesar bagai johan dan bukan bagai uncle yang maintain kurus tapi ensem! Hahaha....macih naa...semoga dimurahkan rezeki uncle, dapat la I makan nasi minyak tak lama lagi. Amin~



Wordless Wednesday #29: Last update project Grasshead












Tuesday, June 19, 2012

Makan sedap thru my insta #1




Mee kari with herbal tea kat medan selera Tesco Extra. Jumpa seorang kakak yang sangat ramah, warm & friendly, yang kebetulan sama-sama menunggu order. Dah orang tu berlalu pergi baru teringat nak tukar-tukar name card....apa daaaa...Murni..Murni!



Balik dari starbucks, menyinggah sebentar ke Subway. Tapau steak & cheese sandwich with oregano bread. Buah-buahan tempatan dilupa jangan..sumber vitamin tambahan..



Gardenia white bread toast dengan kari ikan tenggiri..perangat for one day..superb walaupun isi ikan dah abis dan tinggal bendi & tomato semata-mata. Kari ikan tu siap jadi bekai tau for that same day lunch tau...jimat belanja lunch hari berkenaan!




Mee Jawa and cuppa of pull tea...u know pull tea..? U dont know...? So sad! hahaha....teh tarik okeh...memandai je direct translation. Lunch di suatu tengah hari ketika lari dari tekanan di foodcourt Megamal, Prai. Keropok atas mee jawa tu macam nak minta lebih, tapi takut dikatakan muka tak malu pulak..ekekeke. Anyway, Mee Jawa ni boleh jugak diberi nama 'Tauge Jawa' sebab tauge je lebih!




Sunday outing kat Jusco with my sis & lovely bonda..mengisi perut di Black Canyon Coffee & Thai Cuisine Restaurant. Dessert ape ke nama eh...jap jap cuba nak recall...'fruity pinky'..or something like that. Gambo spaghetti lupa nak hambik...dalam 'samseng' dik Na.


Sekian rangkuman seminggu..minggu depan ada insta#2 pulak nooh..insyaallah..kalau diberikan kerajinan..hehe. :-)






Sunday, June 17, 2012

Prologue masa lalu

Ada waktunya..semakin kita berlari ke depan, mengejar impian dan kisah akan datang yang buat kita berteka-teki, tak tahu apa bakal terjadi....pada waktu itu lah masa lalu kita datang menjengah.

'Masa lalu' yang pernah suatu masa kita pahat dalam hati supaya kita tak ingat lagi. 'Masa  lalu' yang pernah sekilas kita lupa selari dengan peredaran masa. 'Masa lalu' yang pernah buat kita senyum. 'Masa lalu' yang pernah buat kita menangis. 'Masa lalu' yang mengajar kita erti cinta dan 'masa lalu' yang buat kita tak percaya lagi pada cinta.

Tidak semua masa lalu menjadi sesuatu yang tak baik untuk kita kenang. And part of masa lalu...sebenarnya baik untuk kita ingat...masa lalu yang dapat membakar semula semangat dan harapan yang hampir padam.

Masa lalu yang mengajak kita bangkit setelah kita jatuh dan rasa seperti tak mahu bangun lagi. Masa lalu yang datang pimpin tangan kita keluar dari kegelapan. Masa lalu yang mendorong kita supaya menjadi insan yang lebih baik.



Jangan pernah menolak kemungkinan, cepat mengatakan TIDAK kepada masa lalu kita. Mungkin masa yang dulu, boleh mencipta sejarah baru hari ni..esok ataupun lusa. Mungkin masa lalu tidak seperti dulu..kan? Peluang kedua sentiasa ada untuk sesiapa yang tahu menghargai dan mengambilnya secara bijaksana. Tapi, jangan pula kerana tiba-tiba muncul nya masa lalu membuatkan kita menutup semua pintu lain yang ada.*ni mengata diri sendiri ke ni? haha...

Sebenarnya..seseorang yang dah lama kita kenal mewujudkan sense of comfortable, kenal hati budi, tahu citarasa, sangat fun dan tak boring in communicating...sensitif menghidu rajukan, marah dan kecewa masing-masing. Sudah tak susah menangani. Bukan me'limit'kan pilihan yang ada, bukan berhenti mencari...tapi memang itu lah yang ada di hati sejak dulu lagi.




p/s: pakcik petronas pun masa lalu. tapi perkataan 'kami' tu mewakili dua orang yang sangat rapat, dulu, kini, selamanya kerana pertalian darah. Dan 'kami' tu, walaupun jauh berlari dari 'masa lalu' akhirnya tetap 'masa lalu' yang ada di hati....sama kan? that's why we are niece and auntie! Kalau kelmarin kita lari dari masa lalu tapi hari ni bolehkah kita berjalan bersama dengan nya..?? Insyaallah...boleh..dengan izinNya.



Saturday, June 16, 2012

Fall sick, weight loss...



Sometimes rasa cepat masa berlalu..sometimes rasa lambat pulak waktu bergerak! It's already middle of June. August baru pakcik Petronas balik~yeay! 


Ada masanya rasa waktu for me dah tak lama lagi. I don't know...it's weird. Probably dengan health condition yang agak merisaukan kebelakangan ni. Suka sangat la fikir bukan-bukan!


This coming 22nd would be another medical check-up, USM requirement.


Last 2 weeks, sempat buat urine test, x-ray dan quite surprise to know that I lose my weight again, 49.5kg. That's 4.5kg loss compared before! Selera makan biasa saja..normal. Heran..could it be due to stress? Oh Murni, please jangan buat hypothesis sendiri, u're not puan doktor!






I bet pakcik Petronas won't be happy seeing me tak macam Umie Aida anymore! Umie Aida in the sense of steadiness and chubby-ness lah..of course tak futih macam dia kannnn...tu perli namanya! Hukhuk. That jeans I'm wearing, dah longgar wor! And I'm not happy with that...as most of my friends know..that I don't even care If I gemok a little bit.


Friends and doc keep saying that I looks really pale. Cough and sore-throat now been nearly 2 weeks. Ubat dah abis. Ka I fall sick because of angau??! Wakakaka..oh noe~ that's not me occay! Walaupun ada masanya when I'm too free, terkonang juo!


And I know that I shouldn't say this..but I can't help to....I'm really tired with all the ubat...letih sangat.


Dalam masa hampir nak give up.. I always bear this in mind -- "Semua ni ujian Allah..I have to be strong..I have to redha with all the pain I'm having. I did not expect anybody to understand this. Allah SWT knows what's best for me". 


I try not too worry, not too over-think, not too conscious with 'food-that-probably-supposed-not-to-be-eaten', as my sis said, due to sinus, "when u have to sikit-sikit pantang, sikit-sikit pantang..lama-lama u cannot take it at all, silap sikit and u might fall sick~! Jangan pantang sangat lah". Ada logik nya jugak kan..?






p/s: masa online di fb dah berjaya di kurangkan..and now it's only 3hrs a day! Yeay!



Wednesday, June 13, 2012

Wordless Wednesday #28: Batu Maung





Image by:  Bryan Lim   Source: George Town, Penang facebook page




Tuesday, June 12, 2012

Bila tak ada kerja

Bila tak ada kerja, memang suka cari kerja untuk dibuat..


Tak kisah la kerja apa pun, janji boleh isi masa lapang...


Dari sekecil-sekecil kerja macam ni lah....melipat plastik!



Dan...bila dah jadi macam ni, baru lah organise sikit. Senang nak capai, tak menyemak dalam laci. Makcik yang ajarkan cara melipat plastik begini. Rindu dia..entah kat mana dia sekarang... :-( *melalut sudah..


Sekian tutorial melipat plastik berbentuk segitiga! Seni la sangat kan....hehe. Happy trying....



Monday, June 11, 2012

Bye bye facebook

Selamat tinggal facebook! Bye bye...ucap akaun ke2 dan ke3 I kepada facebook hari ni. Akaun facebook yang original, asli dan tulen gitu masih di situ. Privasi telah dilimitkan. Mudah-mudahan tak kena hack lagi. :-p

Saying no more to 2nd and 3rd account..that I use for gaming...spying..peeking etc.. :-) Come clean..kata omputeh..eh, betul tak ni? Oh my English...!



Primary account

Memandangkan I'm really keen & serious to begins a new chapter in my life...I dont think that 2nd and 3rd account would make any benefit to me. It would never make me feel any better,  it would never make me forget about the past....so it is best for me to make a full stop here, today.

And for this primary account..azam nak slow down dan kurangkan kadar keaktifan masih lagi belum kesampaian. Hopefully, dikuatkan la semangat nak menjauhkan diri sedikit demi sedikit dengan fb. Bukan apa, ketagihan! Kadang-kadang tak rasa nak update apa-apa pun, tapi eager to know what's happening. Tak pasal-pasal jadi orang yang suka sibuk jaga tepi kain orang, kan...hehehe. Bersyukur la buat mereka yang tak terjebak dengan ketagihan facebook. Uols macammana pula yer...? Ce citer...ce citer...




p/s: Jangan cuba-cuba nak add I kat facebook dengan maksud untuk skodeng aktiviti 'orang lain' yaaa..tak payah nak tukar identiti..sat orang jepun, sat kartun, sat awek cun...I know who you are!~



Sunday, June 10, 2012

Now U See, Now U Don't..

Makanan kat food court kadang-kadang susah nak dapat yang betul-betul sedap dan kena dengan selera.

Now you see...

Berlainan dengan yang ini. Mee Rebus Pak Ngah. Stall located at foodcourt, Tesco Extra Seberang Jaya. Gambar ni entah dah berapa lama terperuk dalam folder lappy.


Now you don't....

Kalau tak sedap, masakan boleh licin tahap ni kan...kan.. :-) For me..rasa kuah nya memang sempoi, pedas so-so dan lengkap dengan taburan kacang tumbuk...hmm..lapar tiba-tiba! And most importantly, tak sama macam mee rebus mamak yang biasanya penuh dengan cucur udang dan kuah yang pekat amat. 


Ramai dah biasa cuba kot tang ni....?



Friday, June 8, 2012

Otai taik kucen!

Mood terbakaq hati hari ni. Lama dah menjeruk rasa dengan someone kat office ni. Walaupun u otai..tak semestinya u tau semuanya, pandai dalam segala hal, arif dalam segala bidang, semuanya betul, tak bertindak ikut emosi??

Before, I memang respect dia sebagai 'orang lama', walaupun berlainan bangsa *please note..I dont like to mention about bangsa here..but I really have to, just to differentiate beliefs. Respect sebab dah banyak tahun pengalaman dalam industri. Respect sebab dia boleh dikatakan orang kanan bos.

But, sejak insiden I tak boleh nak bersolat dalam bilik conference banyak pulak insiden lain yang terjadi selepas itu. Insiden di bilik conference tu kerana bilik tu selalu dikotorkan oleh si otai ni. Tau la dia selalu pi site dan bawak balik segala pasir, tanah merah melekat kat lantai jubin bilik tu. Tapi..sekurang-kurangnya ringankan la tangan tu dengan menyapu dan mengelap setiap hari lepas abis keja. Jangan tinggai pasiaq untuk orang yang nak semayang pi tolong sapu untuk u. U ingat I khadam u...? Tiap-tiap hari tolong menyapu bilik tu untuk u sedangkan I hanya guna bilik tu tak sampai setengah jam pun! *nah haih...geram sudaaa....hilang abis budi bahasa!

Untuk tak mau bergaduh panjang, I diamkan saja & beralah. Solat lah di celah antara filing cabinet. Itupun dah cukup syukur alhamdulillah sebab tempat tu sejuk dan bertutup walaupun sempit dan letaknya di hujung office, tempat keluar masuk ke pantry. Tak puas hati lagi, lunch time yang sejam tu la time makan I dan ambik sikit masa untuk I solat dan masa tu jugak la si otai ni nak menyelit...ada saja hal dia nak buat. Dok lalu lalang kat situ...nak fotostat la..nak memerot la...nak bancoh ayaq milo la. So, apa lagi I boleh kata? tak hormat kepercayaan orang? tak hormat privacy orang?

Memang biadap la pada I. Biarpun benda ni I tak suarakan secara terus kat si otai...tapi I percaya dia pun tau dan faham ketidaksenangan yang berlaku ni, tapi lebih suka pretend tak tau. Layak kah I untuk masih terus hormat pada si otai ni? I don't want to be racist...company ni bukan company melayu islam. Bos atasan tak pernah complaint pasal staf bersolat, cuma tak diperuntukkan ruang sahaja. Cuma tak faham pasaipa si otai ni care sangat hal I nak bersolat tu....?

Hari ni dia cari pasai lagi. Fotostat mesin pun tak reti nak handle...? Otai taik kucen! Ngek sungguh...kalau dah benda tu tak boleh nak ON, u tak reti ka nak check segala cable? ON-OFF balik..kot-kot ada cable yang tak engage properly? Yang u tau nak temper pastu buat memek muka seolah-olah I ni kuli yang tak buat keja untuk check fotostat mesin yang kononnya ROSAK tu. Bongok kan....dengan ego u pi tanya orang lain yang 2x5 macam u...tak reti tapi suka tunjuk besaq. Sudahnya I jugak kena pi check...ropa-ropanyaaaaaaa...nenjiaa...cable pun tak rapat u nak pi ON mai tang mana apek?? Belagak pulak tu pi tanya orang lain..tang mana yang rosak, yang tak betui, suruh orang tu pi tunjuk kat u. U ingat I ada masa nak sabotaj benda tu takmo bagi U guna..??? Akai ada ka? Bukan mesin fotostat I..kalau nak, u ambik la bawak balik....fotostat sampai tengah malam . Ada aku kesah??

Seriously, I rasa sungguh tak professional dengan mencarut di sini. Tapi..geram dan dah tak tau kemana lagi nak diluahkan perasaan geram ni. Kat facebook? No way..kaki kutuk dalam hati ramai la situ. Serik sudah! Dan si otai...sorry, I dah hilang respect of 9yrs towards him. Sebab attitude yang seakan-akan orang nak menopause ni tak boleh diterima dalam pejabat yang majmuk dan pelbagai peringkat umur. In fact, not just about photostat machine..sebelum ni hal stapler, hal stationery..hal fax machine...semua dia nak bubuh atas kepala I. Macam mental sudaaa....

Dah pening, tak tau macammana lagi nak handle orang macam ni.

Layan Nasi Kandaq Ahmad, Simpang Empat. Makanan sedap dapat mengubat sebentar jiwa lara.

Thursday, June 7, 2012

Another jalan-jalan episode @ Petrosains, KLCC

Here's my another jalan-jalan episode in KL. This time would be different sebab jalan-jalan dengan family..not wit frens and not wit 'boyfren' dato' N.




Mak bonda dan si hero at IKEA. Konon-konon tak mau membeli, tapi.........huhu...*sendiri jawab yer..tau dah kan, hakikatnya....hehe.




At Petrosains. 




Dah lama mengidam nak datang sini. Macam kembali ke zaman kanak-kanak semula. Ngeee... ^_^. Almaklum lah...masa kecik-kecik dulu tak merasa la semua ni..mana nak ada kan. Masa limited sangat....Aquaria pun tak sempat pi.


Mr. Dino yang ensem dan pandai nyanyi

Entah kenapa bila tengok pic ni terus teringat tv series 'Heroes'...haha..tak menahan!

Masa kat Petrosains ni je sempat nak menembak banyak-banyak. Kat Low Yatt memang tak dapat nak menembak ramai benor umat! Sesak dada chek dibuatnya. Kalau tak disebabkan si hero tu yang ndak sangat membeli kat sana..memang tak sanggop nak redah manusia seramai tu. Kat Jalan TAR lagi lahhhhh...tak sempat! Sebab photographer nya asyik nak men'shopping' segala mak nenek tudung....tinggal tudung saji je yang tak beli pun! Masa kat Central Market pulak SLR tertinggai dalam kereta...hmmm...ada saja la kan...halangan nak menembak.


alolo...manja la sangat si kurus ni...



Uniform Petronas Carigali..bukan Petronas Fertilizer yer...angau le tewww..

Dua beradik ni tengah membina racing car mereka sendiri...



Seriously...dua hari kat KL memang tak puas, tak cukup. That's why la tak habaq kat kawan-kawan yang I nak pi with family..kalau habaq nanti frust pulak, tak dapat jumpa. Insyaallah naa....next time kalau chek pi lepak KL seminggu tu...dapat la chek roger kawan2 blogger dan sedara mara kat sana...





Program cuti-cuti Malaysia dan cuti-cuti luar Malaysia semuanya terpaksa ditunda sehingga ke tarikh yang belum tentu bila. Sebab dah dapat offer further study...tiga beradik sekali pulak tu, maka nya, banyaklah urusan yang perlu diselesaikan, study fees yang perlu dilangsaikan dan lain-lain persediaan yang memerlukan ongkos yang mencukupi. 

Qaplah jugak sebentar bila dengan tiba-tiba lawyer pulak call dan mintak bayar penalti berkaitan urusan pindahmilik rumah bonda...lepas tu pulak hutang maintenance dah dekat 3K..semuanya perlu dilunaskan. Tapi..tak apa lah...mudah-mudahan semuanya dipermudahkan olehNya.




Wednesday, June 6, 2012

Another foodie episode in KL

Apa yang we ols mamam masa weekend getaway di KL awal mei hari tu....? Tak special dan tak se-exclusive mana pun...makan yang biasa-biasa je. Janji perut kenyang dan bertenaga nak jelajah shopping mall dan Jalan TAR...hehe.

Sunday morning brunch at Rasa Food Arena, KLCC....

Kentang goreng dengan cili tu memang sedap!

Nasi Padang pilihan bonda.




Pilihan si hero jugak. Sedap sangat katanya. Hahaha....baru dia tau penangan nasi padang. Asyik..nasi, ayam goreng..ayam goreng, nasi...nasi goreng..beger..! Bila dah travel cenggini idok ler sibuk nak makan benda yang sama je.....heran I..tak reti ndak jemu. 2 dishes di atas tak sampai RM 10 pun. Morahhh la pulak kalau nak compare dengan kat Penang.



Pilihan ahkak-ahkak berdua, koay teow & noodle soup. Taste vise, so-so aje. RM 12.00 for both meals.


Sebelum tu, lunch on saturday afternoon hanya sempat makan di CM. Just some noodles, nasi lemak, hot and cold drinks to refreshen up sebelum boleh check-in and rest kat hotel. Pun begitu, sesampai je hotel, dik Na dah kelaparan semula. No wonder la kelam kabut masuk 7E opposite Low Yatt petang tu...rupa-rupanya beli maggi cup mereka bertiga itewww!

Saturday nite dinner cum supper at restoran Pelita, Bangsar...




Masakan ala Penang jugak yang tetap di hati. Darah arwah abah yang mengalir dalam tubuh kami tiga beradik memang kuat...kalau sehari tak kena kari okey lagi. Masuk hari kedua memang ting-tong dibuatnya. Rencana asalnya nak dinner kat IKEA malam tu, tapi dah lewat sangat...memang takde rezeki nak pekena meatball kat sana..huhu. :-(


Plan nak makan-makan kat Murni Discovery, JM Bariani House & Nasi Lemak Antarabangsa, Kampung Baru terpaksa ditunda sehinggalah trip seterusnya ke KL. Memang tak sempat sebab both of us....sorang drive, sorang lagi kena pening kepala dengan GPS. Ended up..bercekau la kedua-dua ahkak berkenaan. Teringat pepatah tu..."men don't listen and women can't read maps". Lari topik sudaaaa...


Our sunday tea-break cum early dinner at Restoran Jejantas Sg. Buluh..




Pekena sate Hj. Samuri. Mantoppp wa cakap lu...hehehehe...nasib baik perut tak berapa sedap. Kalau perut tengah sedap..takut dengan lidi nya sekali hilang...hikhik..ganaih bebenor! Dik Na siap tapau untuk hubby beliau, incik bolats. Tau dah...nak buat upah sebab tinggalkan hubby dia! Next time pegi jangan tinggalkan encik asben......susah hati ler tewww!

Supper we all malam tu di R&R Bukit Gantang. Singgah membeli buah-buahan tropika yang sememangnya fofular kat R&R ni. Teh o panas will do for me meanwhile the rest, bihun sup, burger untuk si kaki burger adik hero I tu..and kacang rebus. Gambor tak ada. Letih driving. Co-pilot dok sebelah asik main tabbbbbb je..nyamfah!




P/s: Insyaallah..sekiranya semua yang dirancang berjalan dengan lancar, lepas ni lebih selalu ke KL. Semoga Allah mempermudahkan urusan kami.



Wordless Wednesday #27: The Link



Image by: Keewan Choong, Source: Georgetown, Penang fb page.










Sunday, June 3, 2012

Another foodie episode @ Padang Brown a.k.a Padang Broom

Yes, another foodie episode from me. This time at Padang Brown..or widely known as Padang Broom by the Penangites *again...yang entah keberapa kali. Unplanned. Lain yang dirancang, lain yang jadi.


Pasembor RM 6.00, makan 4 orang

Pasembor kat sini highly recommended rather than yang di Padang Kota yang agak 'kapak' harganya. Sebelum sampai Padang Brown, sempat tapau Ayamas roasters 1/2 bird dekat restoran Ayamas, Jelutong.


Black Pepper flavor. Pinjam pinggan mamak pasembor. Nasib baik tak kena caj...hehe.

Takkan ini je kot...? Starving sebab semua pakat skip lunch..mana cukup ni, nak makan 4 orang..hehe...ada lagi..


Mee Goreng Mamak. Adik ipar punya.

Nampak marvellous pulak mee goreng adik ipar ni..hmm...sod ba ro....nanti dulu...ada lagi ni.


Bihun Sup Daging..both me & Dik Na opt for this menu. Not recommended..bihun tak cukup celur.

Yang ni best..a must have kalau mai sini..memang tak sah kalau tak kena..!

Coconut Shake. 3 of us order coconut shake ni..berbaloi-baloiiii..... :-)

Mak bonda order ABC....boleh tahan jugak...tapi....lupa nak snap photo nya! Dah crossed another interesting menu kat sini..mee hokkien yang menurut seorang kawan same tauke dengan yang kat Hutton Lane dan lagi satu...markisa kelapa + laici...sounds nice kan..? Next time I cuba..and buat review about it..occay?

Sebelum balik, order satay untuk ditapau for little hero *tak lama lagi hero nak tinggalkan bonda...nak jadi orang Arau dah...:-( Sate kat sini boleh tahan je, tak boleh lawan sate kat De Pauh Garden mahupun Sate Hj Samuri....


Lama tunggu mamak ni...dia tak bergerak-gerak..dok posing tang situ je jugak....haisy...terpaksalah dia jadi model tak berbayar.




P/s: Dah tak kisah apa orang nak kata atau bersangka terhadap kita....diri kita, kita & Allah saja yang tau. Tak perlu diperbetulkan sangkaan buruk orang terhadap kita selagi kita tak punya niat yang tak baik terhadap mereka...kan?kan? Cuma a bit frust...layanan baik kita terhadap mereka tak dihargai selayaknya. Kita concern about them..but they dont even care about us. Sedih kan. Hopefully, it's never too late for them...bila-bila masa kita akan dipanggil oleh Dia.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails