About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, December 31, 2012

Kembara Cik Siti: Transit di Bangkok, shopaholic on the move!

Assalammualaikum....

I'm back! Rindu kat chek dak...??? Perasan la hang, Murni. Takdak sapa rindu kat hang pun! Takpa la..chek tetap rindu ampa semua okey! Rindu nak pi terjah blog kawan-kawan...walaupun ada banyak kekangan...insyaallah...chek pi buat lawatan cik kiah one by one naaa...

Mai nak update cerita pasaipa lama sangat hilang pi holiday....*lama ka..??

17th Dec 2012 : 

From Penang International Airport, depart at 8.10am, we finally reached Suvarnabhumi Airport at around 8.50am local time. Terpegun seketika dengan segala kemudahan kat sini. Segala-galanya jauh lebih baik berbanding KLIA. Bukan nak membangga kemudahan di bumi asing, tapi, itu la hakikat yang harus diterima. Setiap 5-10min, Suvarnabhumi Airport tak pernah sunyi dengan pelepasan dan ketibaan pesawat-pesawat..local mahupun international.




Seronok tengok kekerapan pesawat keluar masuk..kaya la airport depa, sure untung banyak. Gate-gate pelepasan dan ketibaan semuanya jauh-jauh nauzubillah. Sistem lebih kurang sama macam di Doha..menggunakan komuter untuk kemudahan penumpang. 

Thai Airways, walaupun steward & stewardess boleh dikira ja yang hensem dan cun-cun, akan tetapi layanan tetap mesra. Qenyih memanjang...dan tak lekang dengan ucapan 'Sawadeekap'. MAS macammanapun tetap no. 1 in hospitality la.. :-)

We were then transferred from Airport by van to the hotel where we're going to stay until midnight today, Grand Mercure Fortune Bangkok. Driver van depa drive macam masuk F1..laju gilaaa..macam terlupa pedal brek!





Let's see the room conditions and facility.



Nice...hmm...



During our stay, some part of this hotel macam still under renovation..tapi langsung tak mengganggu pun.




Enjoy eh...hehehe....tengok la dulu keselesaan facility di hotel asia ini..later u'll only read my grumbling on european hotel...hehehe...






Cars with striking and fancy color. Toyota everywhere...hehehe


View dari bilik hotel kami...Ratchadaphisek Road yang very busy. Ni lunch time...I've forgotten to snap the pic during peak hours. Terribly congested. 




Free wifi fully utilised semasa di Grand Mercure. The only opportunities to stay update and keep-in-touch with the loved ones. Only available in hotel lobby...hehehe. Andrea Chong suka-suka hati candid gambor ni....haisy..kantoi sudah!

Ni baru lepas balik shopping di Central Plaza Rama 9, which located just opposite of the hotel where we were staying, Grand Mercure Fortune Bangkok. Nampak tak beg Uniqlo itewww...*motip?? u nak show-off eh..? 




Haha...bukan nak show-off, tapi nak bagitau..sangat berbaloi shopping di Bangkok waktu tu..Uniqlo sale meriah gilerr..terrrrrbeli sehelai baju. Sehelai je...pastu sempat rembat sling bag. In average, harga barangan di Bangkok slightly cheaper dari Malaysia. Shopping is encourage ya. Nasib baik sikit ja tukar Thai Baht...tidak ler terlajak shopping..hehe.



Central Plaza Rama 9 view during night, from Grand Mercure Fortune Bangkok

Central Plaza Rama 9 ni memang letih nak panjat setiap satu floor..tinggi amat! Shopping floors dia kalau tak silap 8 level. Butik-butik and sportwear outlet, Adidas, Billabong, Mango, Doroty Perkins, GAP, Mark & Spencer, Swarovski..bla bla..semua ada kat sini. Uniqlo is one of the anchor tenant. Letih kan....letih nak keluar fuluss...hehe. Sapa-sapa nak mai sini..on your own...kalau tak mau tersangkut dalam jem, boleh naik MRT,  ada direct access ke basement level Central Plaza ni dari Rama IX Station. 

Selain shopping dan jalan-jalan cuci mata di Central Plaza, we all merayap ke Fortune Town or also known as Fortune Tower. Fortune Town ni attached dengan hotel yang we all stay. Ada IT Mall dan Tesco Lotus...tempat we all beli serba sedikit barang keperluan sementara transit kat sini. Mineral water 50sen... mineral water 50sen... hehehehe.... moraaahhhhh! Cafe-cafe kat sini memang banyak..and their coffee smells extremely good!  Pastries pun banyak.



We all tak keluar pun dari area Ratchadaphisek. Kalau nak ke tempat lain di Bangkok kena ambik cab. Tengok condition jalan diorang yang jem..risau jugak kang tersangkut dalam jem ke..masalah lain pulak yang timbul ke..tak pasal-pasal rosak program. So, we all decide lepas merayap tu, terus balik hotel dan rehat dalam bilik sementara tunggu dinner pukul 6 petang. Dalam hati sebenarnya teringin nak pegi Siam Paragon, one of the largest shopping mall in Asia..nampaknya, simpan sahajalah hajat itu ke lain tahun jika ada rezeki..huhu.. :-(



Menu dinner, some bread and butter spread, potato wedges & pumpkin soup

At around 9.00pm local time, we all check-out from Grand Mercure and heading to Suvarnabhumi Airport for our connecting flight to destination. 


Sedikit nervous with this long hours flight. Dalam hati berdoa dan berharap semuanya berjalan baik dan dipermudahkan Allah SWT. Alhamdulillah jugak, alergik dan bengkak tangan hari tu mulai surut..gatal dah berkurangan. Harapan tak padam supaya trip kali ini tidak menyulitkan keadaan.



Ok..till then ya. I'll update very soon..insyaallah...destinasi pertama di bumi Eropah. 


p/s: Happy new year 2013 buat semua rakan-rakan dan teman-teman blogger. Semoga 2013 memberi harapan baru buat kita semua.


XOXO :D Publish!


Love, 
Murni Alfathunnisa Ishak




Sunday, December 16, 2012

Akak pulak bawak diri..

Finally...packing done! Lega aih...among the things I hate..bab mengemas luggage.

Esok nak bawak diri. Hopefully, cuti 9D6N ni dapat merehatkan otak.


Setakat pagi ni..kedua-dua belah tangan yang bengkak akibat alergi sepi, masih tidak menunjukkan sebarang kesan yang baik. Lain kali hang guna la lagi segala mak nenek cologne..naaa murni..sakit macam ni baru nak reti. 

Pergi klinik jumpa doc ensem yang baik hati...dicocok dengan injection sebab ubat yang doc lain bagi sebelum ini, tidak memberikan kesan positif. Mood nak bawak diri pun ala-ala 50-50 gitu. Antara nak pi dengan tak mau pi. Sebab -- bila sakit ni rasa tak best nak pi mana-mana pun.

Lepas injection, gatal dah kurang dan bengkak pun mulai surut. Alhamdulillah. Doc Cheam yang ensem itu turut membekalkan cetirizine sebagai ubat tambahan & dermosol untuk sapuan kat tangan budak degil tu!




Dear frens and family..doakan kembara I mempelajari, mengamati dan menghayati keindahan ciptaan Allah dan budaya di tempat orang dipermudahkan, diberikan kesihatan serta semua program dapat berjalan dengan lancar, selamat tiba ke destinasi dan selamat kembali ke tanahair.. ya.


kalau ada salah & khilaf, 
I mintak maaf..

pegi 7E beli bateri,
sila lah jaga diri..

Terima kasih daun keladi..
nanti I balik..I blogging lagi. 

Bawak kereta pegi puspakom..
Assalammualaikum.. :-)



XOXO :D Publish!


Love,
Murni Alfathunnisa Ishak

Tuesday, December 11, 2012

Adik away from home..


I miss blog! I miss u all..friends. sisters. brothers. our family. Keluarga maya. So, where have you been, Murni..? Soalan perasan. Nobody ask. Syok sendiri nak jawab....




Kuala Perlis. I was here..last weekend. Bukan vacation. Bukan holiday. Bukan makan angin keluar asap..but was here kerana menghantar adik lelaki kesayangan mendaftar di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau.

Current mood: masih blur dan sedikit bengong. Rumah sunyi. Tak ada orang untuk dibebelkan dan tak ada orang untuk diusik. Tak dengar bunyi bising dari computer games..tak dengar bunyi orang hempas barang..so quiet. Mak bonda..? Orang paling frust..gaya orang frust bercinta. Letih jugak nak pujuk bila anak kesayangan tak ada depan mata dia. Semalaman tak nak makan..menangis. Walhal..bukan jauh pun..sementara nak biasa agaknya, sebab tak pernah berenggang sejak kecil.



I bukan boleh tengok orang nangis...sebak sama! Redho lah...dia pi belajaq...doakan yang terbaik. Macam la dia tak reti nak balik cuti weekend...kannn...

At the moment: Assignment essay masih terbengkalai. Kena submit before 15th Dec. 17th Dec sudah nak away....really membantutkan mood cuti-cuti. Sedang cuba mempositifkan diri. Tiada perkara yang mustahil di atasi. There's always a way. Di office, cuba buat kerja secepat dan selengkap mungkin. Clear yang pending. Dan beberapa persediaan sebelum shut-the-door next week.

I owe a visit or more to those visiting this blog during my absence this last few days. Mohon maaf. Ada masa chek curi-curi terjah naaa....rindu nak tau perkembangan semua.. :-)



Love,
Murni Alfathunnisa Ishak


XOXO :D Publish!




Tuesday, December 4, 2012

Makan Trip: 111 Durian Balik Pulau & Mee Ketam Pondok Upeh

Ingat lagi tak...last year...dalam bulan jun macam tu I pernah buat review pasal durian Balik Pulau kat gerai my friend..? Durian kat gerai 111 tuuuuu...

Well...tahun ni ada pi lagi. Last weekend..program bersama group "makan-makan". Sempoi nak habaq hang...hehehe





See the flesh...rasa macam nak terkam lagi! * tak sedaq diri, tekak dah rasa perit macam ada duri..panas seh!

As usual..setiap program group sama ada ramai atau tak ramai yang join, tetap meriah dan havoc gitu. Bergegar jugak tapak gerai Puan Alfa Ayfa dan abam misai beliau, Encik Fuad menyambut kedatangan we all. Yang bergegaq tu bukan pasai we all pi hentak-hentak kaki ka apa semua, tapi sebab incik bos merangkap emcee pada hari berkenaan la...siap dengan P.A system beliau. Walaupun bergegak gempita, konsentrasi menjamah durian tidak terganggu ya..tuan-tuan dan puan-puan.




Ni la tokey durian, gerai 111...tengok aksi beliau selinap durian tu...takjub okes. Banyak pengalaman...macam tu la.





Makan la sampai "termonyeh-monyeh"...eh silap..termengah-mengah..hehe...sendawa pun bau durian. Pakej yang we all ambik adalah secara buffet dan dapat harga yang dikira terbaik kalau nak dibandingkan dengan tempat lain. Tokey bermurah hati bagi rambutan dan mineral water percuma untuk ahli group dan dalam masa yang sama setiap harga sekepala off RM2-00 dan dimasukkan ke tabung Gaza. Alhamdulillah..makan sambil beramal.






Kenduri sakan...



Durian gergasi.. 10kg beratnya



Tokey sampai tak menang tangan..customer lain pun kena layan jugak



See..very the meriah kannn...


Sebelum bergerak ke destinasi seterusnya, agenda wajib setiap kali event, mesti lah bergambar kenangan. Okey, untuk yang berminat nak mengetahui lebih lanjut atau nak buat tempahan boleh la jenguk facebook page 111 Durian Balik Pulau





Tak jauh pun kedai mee ketam ni dari gerai durian tadi..lebih kurang 1km je. Agak susah nak cari bagi orang yang tak biasa sampai sebab gerai ni bukan tepi jalan. Kena masuk melalui lorong kecil dan hanya berpandukan papan tanda pada pagar zink warna biru di Jalan Pondok Upeh. Tengok lah muka-muka tak sabar menikmati mee ketam itew....hehe

Mohon bersabaq banyak-banyak tengok gambar di bawah ni ya...






Mee udang, Mee Ketam, Mee Ketam Special dan Mee kuah biasa..semua ada. And one thing for sure..kuah sedap, pedas, rasa manis seafood, portion mee pun banyak, harga pun reasonable.




Wajah-wajah ceria selepas menikmati mee ketam

To those yang terasa nak try keenakan mee ketam tersebut boleh la call 019-5609838, Achik Leen. Kedai dibuka setiap hari kecuali Jumaat, dari 1.00 petang hingga 10.00 malam. Yang dah pi pun rasa nak pi lagi..hari tu pi tak ambik mee ketam..makan mee biasa sebab dah termonyeh-monyeh..ish..silap lagi..termengah-mengah makan durian..hehe.




Bingkisan dari Pondok Upeh...lovely natures! 


P/s: terima kasih En. Fuad dan Pn. Alfa Ayfa atas kemurahan hati dan ke'sporting'an anda menyambut delegasi "makan-makan" dengan hati terbuka dan penuh komited, walaupun di saat-saat akhir ada sedikit kekecohan. Terima kasih daun keladi..takdak ka durian free...??ekekek... Durian sempoi..insyaallah..tahun depan nak pi lagi.





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails