About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Sunday, January 13, 2013

Kembara Cik Siti: Menjejak Cinta Romeo & Giuletta di Verona


Sambung kisah hari tu..kisah menunggu dan terus menunggu di tengah kesibukan kota Milan.
Janji nye tunggu kat meetpoint yang ditetapkan tepat jam 1.00pm. Tunggu punya tunggu..punya tunggu...10min berlalu batang hidung pun tak nampak. Semua dah kegelisahan. Dah la sejuk..berdiri lama pulak tu. Ada yang pergi kedai kat belakang tu sempat shopping kat kedai Disney lagi. Kite pulak dah terliur tengok orang melantak gelato..sabo je lah.

Jam 1.15pm, Mr. Nick decide untuk tinggalkan group dan mulakan misi mencari a family of four yang tak kunjung tiba tu..Mr. Tan & family lorr...

Jam 1.30pm, Mr. Nick balik ke meetpoint sambil geleng2 kepala..kepenatan. Mr. bos sekali kena ikut misi mencari. Yang lain-lain diarahkan supaya terus menunggu kat basikal ni...





Bosan seyh...I dengan amoi Neoh pun turut sama melakukan kerja-kerja pencarian. Tapi, hampa. Ape ke bengong merewang ke mana sampai tak jumpa jalan balik. Nyusahkan betol. Shopping tahap dewata raya kah....huhu




Nasib baik la terhibur jugak dok berdiri observe ragam manusia yang serba kalut kat sini..and finally, 5min before 2.00pm, Mr. bos & Nick balik dalam keadaan tercungap-cungap dan bagitau...itu 4org dah siap-siap tunggu dalam bas. Betul laaaaa....tak faham instruction. Bebai sungguh! Kot ye pun...tak reti nak menalipon ke..

4org ni punya pasal..we all dah 1hr behind schedule. Adat ler, ikut tour ni memang kena disiplin tinggi. Terlewat sikit macam we all kat Turkey dulu pun dah kena marah bagai nak rak..inikan pulak lewat sejam. Alasan tunggu kat bas tu sangat tak masuk akal..sebab bas sampai pun agak lewat dari yang dijanjikan. Tak baek tipu! Dosa tau!



Bas bergerak meninggalkan kota Milan menuju Verona. Perjalanan adalah lebih kurang 160km dan sepatutnya memakan masa lebih kurang 2jam, bergantung keadaan trafik melalui lebuhraya A51 dan A4.

We arrived Verona later in the evening, hari dah mulai petang dan semakin gelap. As usual, bas perlu di'parking' di tempat yang ditetapkan saja. Selebihnya, we all menapak lagi lebih kurang 3km..meredah city of Verona yang tak kurang sibuk dengan kenderaannya.




Traffic signage pun jadi mangsa...hehehe. Okey, what's so popular here in Verona..?? Ce teka..ce teka...!

Malas nak teka la tu..fine...sapa minat Shakespeare's..? Tak minat..? Tak minat sudoohhh...tak dapek den nolong. Verona ni popular dengan kisah epik percintaan Romeo & Juliet, hasil tulisan Shakespeare's. So, here we go.. Casa di Giuletta.. rumah si Juliet.




2days here in Italy, terlalu banyak contengan graffiti di dinding, tak kira dinding bangunan, rumah, apartment, lorong-lorong subway..too many. Macam tu jugak la yang happen pada dinding entrance ke rumah Juliet ni. Penuh dengan mesej-mesej chentaaa....




The entrance.. and below, Juliet's balcony.



Juliet's balcony ni famous because it's appear in one of the scene sewaktu pementasan Romeo & Juliet. Asalnya rumah ni takde pun balcony tu, but just because of 'the scene', balcony ni ditambah in 1936, and ever since become a tourist attraction. Kat bawah ni, from the point I took this photo is a small courtyard. Agak sempit, just cukup-cukup untuk satu atau dua tour-group.




Ada tangkal ke azimat chenta ape tah diorang dok sibuk ikat dan kunci kat belakang statue Juliet tu...




Ni la Juliet's statue...orang kata..kena rub Juliet's punya right tooottt....nanti always lucky in love..orang la yang kata..takkan beruang pulak. And again...ade ahkak kesah? Hehehe..
Kat sini ada one souvenir shop, sape nak membeli dipersilakan..sape nak tengok-tengok saja pun dialu-alukan. Akan tetapi, ramai yang lebih suka menunggu giliran nak bergambar dengan patung Juliet ni..tinggal tak ambil no giliran je lagi..hehe. Ape lah nasib, dari tengahari tadi, asyik menunggu je keje nye!




We all teruskan berjalan ke tempat yang paling dinantikan. Sekali lagi, berjalan melewati butik, cafes, souvenir shop dan sebagainya...jenuh tahan sabaq.

Around 5mins walking, sampai lah we all ke sini..the Arena, Roman amphitheatre, tempat berlangsungnya persembahan opera since A.D 30. Lamaaaaaa nyaaaaaaa kann..Just imagine lah, kerja membaikpulih dan mengembalikan fungsi arena ni pun dah dijalankan sejak zaman Renaissance. Hebat betul architecture orang Roman ni. Gagah perkasa merentas zaman. Namun..luluh jua dimamah gempa. Tiada yang lebih hebat melainkan kekuasaan Allah SWT.

Verona Arena originally can fit 30,000 people at a time..besor tu! Dan selepas beberapa perubahan, now cuma boleh fit around 22,000 people. Sir Elton John dan Rod Stewart are among the singers yang pernah performed kat sini.




Now, let's jalan...and jalan..and jalan..! Sampai dah malam..pukul 6.00pm macam tu, dah gelap gelita kat sini. Apa nak buat..tak boleh marah itu olang..dia sudah tua maa..itu olang manyak kebal punya, tak boleh marah dia liao! Tersampuk sudahhh...tak ubah macam si amoi bertiga itewww. 




Lupa nak habaq, Verona Arena ni letaknya di Piazza Bra. Ya, piazza apa...Piazza Bra. Tak silap ya. Bukan nak melucah..memang macam tu namanya. Piazza Bra ni memang tourist spot..so kebanyakan cafe, souvenir shops dan pizzeria slightly expensive here compare di Pizza delle Erbe, one of the squares here in Verona yang we all tak sempat dah nak pi.




Dalam suasana sejuk macam ni, menggedik lah I dengan 3 orang amoi tu masuk ke one of cafes dekat Piazza Bra ni. Misi mencari cappucino dan latte. Italian minum cappucino just for breakfast..tapi we all Malaysian ni, tak kira time tibai cappucino. Ada ahkak kesah? Secawan cappucino untuk take away lebih kurang 1.50eur. Amoi bertiga tu tapau sandwich & panini for their dinner.



Sambil hirup kopi panas, sambil jalan cuci mata sekitar piazza. Ada christmas market jugak kat sini..tapi yang bershopping dah tak ramai, maybe dah malam. Diorang letih la tu..nak tido je kekdahnya.. :p





Pusing sampai pening..sebesor-besor Piazza Bra ni asyik dok pusing situ je jugak. Nasib baik one of my friend ada ambil pic ni..chrismast star..falling at Piazza Bra!! Kat tengah tu ada fountain and garden. Bangunan di belakang tu namanya Pallazo Barbieri, sekarang dijadikan sebagai Town Hall of Verona.




Pallazo della Gran Guardia during night..cantik! Hall yang digunakan untuk conferences and exhibitions.



Cekal kan...nak bergambar jugak walaupun dalam gelap...lepak-lepak menunggu yang lain tengah tapau dinner sambil menghayati keindahan Arena dan Piazza Bra.

Tonite, going to check-in at Holiday Inn, Mestre Marghera, Venice. Buah berangan tapau siang tadi, megi cup dan bantal di hotel sedang melambai-lambai..tomorrow's itinerary will be more exciting!

Daaa.....



Love,
Murni Alfathunnisa

XOXO :D Publish!


22 comments:

  1. woo...

    melawat tempat-tempat romantik tu :)

    ReplyDelete
  2. haha malaysian will always malaysian whenever they're...hikhik bantai cappucino x kira masa...

    itu yg best bout malaysian...we make a rules 4 our self..

    x sbr.nk tau kisah strsnya...sumpah ur travelog very superb...

    ReplyDelete
    Replies
    1. fatiha,

      tq for compliment. terasa tidak layak mendapat penghargaan seperti itu.
      eh..awat skemanya i..haha.

      Delete
  3. Giler kentang lah percutian ko....seronok sungguh....kalau den...nunggu kilang hantau je lah.....ahakz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jebat,

      Hang pun boleh gak jalan-jalan obersi..hari tu pi taiwan segala...best jugak tu.

      Delete
  4. Memang best kan pegi tempat tempt bersejarah camtu. Rasa macam kita faham zaman kegemilangan cinta Romeo Juliet tu.
    Gambar bangunan lama tu sangat menarik. Kalu Kak Azie pun, lalu tempat shopping boleh tengok saja la. Selebihnya jamu mata, tembak gambar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak azie,

      tu la..ada jugak dok terbayang macammana la juliet dok bercinta dgn romeo..melalui balcony..hehe. senibina roman memang cantik..kukuh.

      Delete
  5. sonok kalau dpt berjaln2 kat sana.. utglah akk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. L,

      ya betoi..L..akak rasa sangat beruntung. alhamdulillah.

      Delete
  6. mana-mana pic yang akak suka tengok, akak paling suka pic lorong2 bangunan tu :)

    ReplyDelete
  7. Cek minat shekspier, cek minat! Maklumlah, budak (budak tua) English Lit. Waaah, kena rub dia punya *toot*? Cam kita ni boleh dengaq jalah, takkan kita buatnya, bukan kepercayaan kita kan.
    Tak patut sungguh depa tu pi dok sengap2 atas bas tak habaq. Buta perut la heh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak dinas,

      kita ni sampai tersipu-sipu malu dok tengok gelagat depa bergambar dengan pose meraba-raba kat situ..hampeh sungguh.

      Delete
  8. Wahh..feeling romantik pulak bila tengok balcony juliet tu. Bestnya dapat pi tengok sendiri. Akak pelik betullah omputeh ni. Suka no kunci2 cinta macam kak melah tu. Kat paris pun ada gak kekdah kunci2 cinta ni tapi kat jambatan kalau tak silap.
    Kena tahan sabar banyak2 kan kalau ikut group. Mesti depa tu buat muka sardin ja bila kena marah kan, kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak aidah,

      bukan takat muka sardin lagi dah kak oi..jadi sandwich sardin teruih! hehehe..
      tapi memang feel jugak la tengok balkoni juliet tu. kisah cinta shakespeare's ni memang ada kesan mendalam...cinta sampai mati. hmm..

      Delete
  9. Bila la akk ni tempat camgini.. Seronok nyer murni muda2 dh dpt jenjalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak zana,

      mudah2an ada rezeki & peluang utk kak zana jugak.. :-)

      Delete
  10. Tak tau nak kata apa.. seronok tengok gambaq2 ni..

    ReplyDelete
  11. bestnye.....

    jom ke shanghai, free all fully sponsored,jom join blog saya

    http://yatdhamid.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. Hi Murni, Wow! I really enjoyed looking thru the pics here. Very well taken, the night shots especially.
    Beautiful place too. I love that bicycle.....
    You have fun and simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    ReplyDelete
  13. Hi murni, enjoyed your n3 n hope you enjoyed your holiday...

    ReplyDelete
  14. wow bestnya jln2 milan.......jeles akak tgk...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails