About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Friday, January 11, 2013

Kembara Cik Siti: Obsesi Fesyen di Milan


Assalammualaikum..dear diary & friends...

Sibuk bebenor la kannnn..lepas balik holiday ni macam-macam nak kena urus. Rasa macam robot pun ada. Non-stop..until malam baru la dapat rebahkan diri. Lega sat..dapat hilangkan lelah. 

Janji nak update travelogue ni memang sentiasa di ingatan..don't worry kepada yang sentiasa mengikuti entri kat blog yang kekadang panas..kekadang suram ni..ampun banyak-banyak naa..

Meh nak update..

19th December 2012.

Terbayang keindahan..dan kekalutan kota Milan...sejak dari dalam mimpi bermalam di Holiday Inn, Assago, Milan yang serba tidak cukup bagi we all. Ke we all yang over-demanding..hmm, tak dapat dikenalpasti. Dah la dengan tak ada free wifi, tak boleh nak bancuh kopi. Those 2 things yang really hard-to-live-without..huhu.




Dari day first asyik mengeluh je Siti Murni ni! Ce bawak bersyukur sikit!

Gambar atas tu masa dalam perjalanan ke destinasi pertama hari kedua di bumi Eropah. Kota fesyen, Milan. Senibina bangunannya memang lah cantik, unik. Tak terakam dek kamera cikai. Bas pun bergerak laju je..hasil nya..not so good lah.


Before that, prosedur check-out berjalan lancar.  Seawal jam 8.00 pagi semua dah bersiap-siap menunggu di lobby..dan finally tunggu ahli rombongan lenggang cik limah yang masih tak cukup kuorum kat dalam bas pulak. Menggigil sejuknya. Tak koser mak jemah nak tunggu kat luar. Nak nampak matahari pun payah.



Lebih kurang 40minit perjalanan diambil untuk sampai ke Milan. Well, Milan ni memang cosmopolitan. The modern city..the new Italy with it's own charm. 

Bas menurunkan we all di satu tempat..an unknown point..hehe. Tapi according to our tour guide, Mr. Nick, that is the last point untuk vehicle to drop off passenger. Kat sini..semuanya on-foot. Seronok wooo.....holiday + exercise = badan sihat...hehe.

Menjelang krismas banyak jalan dan laluan yang ditutup buat sementara waktu, to give way untuk diorang ni flocking to the churches, cathedrals..christmas flea market..shopping..! Wooo tahap pengsan tengok diorang shopping okey. And that is why, it tooks us quite a longggg time to reach here..



Nah...nak jalan sangat kan...jalan lah sepuas hati. Nampak tak yang di depan sekali nuunn....? Tak nampak..? Takpe, nanti sampai jugak. Sementara nak sampai, exercise dengan berjalan kaki, sambil tengok butik-butik, cafes, gelateria di sepanjang jalan...



...dan sambil tengok macam-macam 'pesyen' manusia di Milan ni. They are all trendy, fashionable, up-to-date. Now I really know, why Milan digelar sebagai kota fesyen. Tak kira muda sampai ke tuo..semuanya mangsa fesyen! Milan bagaikan sebuah pentas catwalk.



Okey, bebel punya bebel dalam hati, finally sampai dah...



Here it is.. The Duomo (Duomo di Milano). Ia bukan kebanggaan kita, muslims. This is not a castle..it's cathedral my dear. Jangan terpedaya dengan senibinanya. I travel, I write my experience and I jot it down here. 

A little bit fakta about Duomo ni..ia gereja kelima terbesar di dunia, a gothic cathedral. Duomo ni for me just a popular landmark flocking by visitor and holiday-maker from all over the world just to experience old charm of Milan. Tidak lebih dari itu.


Oh yes..nak bagitau..sebab apa I asyik kepit sling bag tu -- awas pencopet ya! Kat sini crime rates is very high. Whatever bag u put, hang, carry behind your back is considered, public property..haha. So, make sure, kalau datang sini, gunakan sling back dan make sure berada di bahagian hadapan perut boncit anda...supaya boleh cover perut. Okey, not funny at all, Siti Murni.




Berhati-hati jugak dengan penjual wristband & roses berkulit hitam..stay away from them, even they try to attract you. Diorang paksa beli tau...jaga-jaga. A lot of them here.



Seni ukiran yang terdapat pada facade The Duomo yang dibina sejak 13th Centhury. Lama benor...



Okey..gambar atas ni dalam bahasa Itali nya -- Monumento a Vittorio Emanuele II. Dia kata..monument tu adalah untuk memperingati King Victor Emanuele II, raja Sardinia yang kemudiannya dilantik sebagai King of Italy, the first King.


  



Ni tempat yang we all berdiri posing ala2 gangnam ada, ala2 nasyid kepit beg, ala2 kanak2 riang ribena ni diberi nama Piazza del Duomo. Macam dataran or squares gitu..dibina untuk meraikan King Victor Emanuele II selepas berakhirnya peperangan menuntut kemerdekaan di Italy. Sebelum adanya Piazza del Duomo ni..kat sini ada market squares, rumah bishop dan basilica, tapi semua dah demolished pasai depa sibuk dok bina Duomo tu la. Wah..macam cikgu ngajor sejarah pulak dah..



The Royal Palace of Milan (Palazzo Realle), masih lagi dalam kawasan piazza del duomo.

From where we stand, let's go to the right..to the right...


Yang ni, kalau tak nampak memang saja la kannnn...the Glass Dome Galleria or Galleria Vittorio Emanuele II. The oldest shopping mall in Italy dan masih mengekalkan senibina klasik. Upmarket ya..klasik bukan sebarang klasik.




Dari jauh..kelihatan macam  ni lah. Tak boleh nak pi jauh dah, takut kena tinggal. Jo'm..let's lenggang now..



Pandangan biasa dari luar galleria..


Masuk dulu and tengok apa ada kat dalam..


Ada LV, ada Prada...but..i am more interested to the roofing..the iron-cast roofing...


...and the glass domed yang letaknya di tengah-tengah octagonal centres of the mall. See the floor finishes..mosaic tu kan...our tour guide cakap sapa-sapa yang dapat cari image of a bull kat situ, then pijak dia punya genitals, orang tu dikira macam dapat 'luck' gitu. Well...ada ahkak kesah...haha...tak baek lah percaya benda-benda macam tu. Just listen to their traditions and beliefs..percaya jangan.


So, apa lagi yang ada kat galleria ni..? Well, restaurant..jewellery shops, cafes, bars, all the haute couture house..upmarket designers..dannnnnn....McDonalds..yang kita muslim tak boleh makan while kat sini.


I lep this photo...loving it..very much.
Matahari pagi itu mula memancarkan cahayanya. Thank you Allah..for the light. Gambar ini superb dan menjadi kesukaan I. I just love it..I dont know why. Mungkin biasa pada pandangan mata orang lain.
 
The Galleria also connects Piazza Del Duomo with Piazza Della Scala. Jom lenggang mak limah lagi..ke sebelah sana pulak..




La Scala Opera House (Teatro alla Scala).. we all tengok dari jauh je. Tak masuk dalam pun. Cuma leka mengamati keindahan senibina kawasan sekeliling Piazza della Scala. There is a museum attached with the opera house of which features the finest italian singers. Penyanyi sopranos diorang semua buat performance kat sini la kot kannn...sebab sini pun ada music school, ballet school segala...hmm...pandai je la buat telahan!



 We all diberi masa lebih kurang sejam setengah untuk merayap di kawasan sekitar, membeli souvenir, mencari lunch untuk ditapau, pergi ke toilet berbayar atau percuma sebelum meet-up semula jam 1.00 tengahari.

So, sejurus membeli sedikit souvenir untuk dibawa pulang dan hasil dari ramah tamah dengan peniaga souvenir yang panas baran, akhirnya kami menemukan tandas percuma! Yeay...wayyyy below the galleria..I think basement level camtu kot.

Dalam ramai-ramai tu..semua dah berpecah. Ada yang sibuk dengan bergambar, entah mana2 angle je posing nya. Dan we all yang berlima ni more concentrate to explore more on the places...apa lagi..meronda cuci mata kat Christmas market diorang ni la.

A variety of pastries...plain donut pun sedap! Lembut dan mengenyangkan. Ada gerai-gerai yang menjual salami yang beraneka jenis..and cheeses. Ada gerai yang menjual italian craft..toys..banyaklah..just to name a few. Sebelum bergerak, sempat la beli chestnut, 100gm priced at 4 Euro. Sabo je lah..jemu kot nak hadap roti je kan. Gambor gerai chestnut nanti kita upload kemudian, okey.

 
Just another cathedral

Eh eh..ingatkan Victoria Beckham kat sebelah tu..hehe..salah ilusi! Semua nya 'pesyen' yang sama je. Ini lah kekdahnya..bosan..lama benor nunggu orang..dekat sejam tau tak! What happen sampai tunggu sejam...? 

Hmm..tunggu next entry ok....sejuk menggigil pun all of sudden boleh jadi hangat...

Take care uols...daaaa...

Love, 
Murni Alfathunnisa

XOXO :D Publish!


 



29 comments:

  1. terasa macam dok kat Milan plk sy nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. PCL,

      hehe...rasa macam ikut sekali kan...hehe...ramai kata gitu..virtual tour je yang saya mampu nak kongsikan.

      Delete
  2. SAlam Dik Murni

    Ghalit nengok senibina zaman dolu2...suke ahkak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yong ASP

      ye yong..tak pueh rasa...macam nak duduk lama-lama lagi..belek dan jelajah setiap satu nya. banyak bangunan bersejarah & muzium kat sini..cumanya ikut tour..tak dan nak cover semua.

      Delete
  3. Leka betul akak baca. Siap ulang balik tu. Cantiknyaaaa bangunan depa. Sangat klasik. Kat Europe memang camni kan. Akak pi Belgium dulu pun dah terkesima, inikan pulak italy ni. Lagi satu depa ni jalan kemain laju kan. Cuaca pun sejuk, bolehlah jalan laju. Ce kat Malaysia ni nak buat lagu tu. Sampai destinasi dituju tu, lencun baju dak peluh. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Aidah

      Ya Allah..gigihnya akak ai sorang ni...ai suka! hehe. Roman kak..merata benua ada pengaruh depa ni. Belgium pun negara yang cantik! Ada tak akak cerita ceriti kat blog nuu..? nak pi godek2 baca lah!

      hehe..betul kak..sejuk ni satu je la bagosnya..kalau banyak jalan pun, idak le berpeluh ketiak..ekekeke....

      Delete
  4. seronok sangat baca n tengok gambo..dapat juga merasai experience murni yang berharga ni :)

    ReplyDelete
  5. Wwwooowwwww...Milan!

    Senang tak nak communicate dgn local kat sana? Ke sama aja macam kat france, depa mmg sepatah haram pun tak tau english...

    Gereja tu mmg unik..cantik...dimata penggemar photography macam saya, mmg akan capture imej2 tu, banyak2! :)

    Shopping byk ke kat sana? LV murah ke berbanding beli kat boutique di Malaysia ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daddy ziyyad,

      depa still prefer kita speak italian or our own language dari english. kalau sorang cakap ayam, sorang lagi cakap itik, baru la diorang reply balik in english..hehe. ada sesetengahnya memang tak faham sepatah haram english..masalah jugak la, especially bab order meals.

      peminat photography memang berbaloi kalau dapat mai sini..cantik2 pemandangan, architecture..people...saya tak bawak slr hari tu..terasa rugi jugak.

      shopping ikut kemampuan saja, DZ. LV cheaper dari Malaysia..and paling penting uptodate..hehe. Ada VAT refund lagi..at least pun 10%. Ada dua orang kawan yang siap kirim lagi..belikan prada dan LV untuk diorang..buat hadiah kahwin.. :-)

      Delete
  6. Sungguh mengasyikkan kakak. Kalau mereka di sana banyak gereja dan ramai yg berkunjung tak sama kita banyak masjid tapi tak ramai yg dtg. Gereja pun gah besar macam tu.

    Banyak beli souvenir ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzakie,

      cathedral yang besar tu pun yang datang untuk prayer tak ramai pun sebenarnya..sebab ruang khas untuk prayer tu cuma a few je yang masuk. lain2 semuanya tourist.

      souvenir kecil2 beli ala kadar je kak..urusniaga dalam euro..pengsan saya kalau nak borong banyak..hehe.

      Delete
  7. Sukaaaaaaaaaa....syokkkkkkk tgokkkkkk gambar.
    Xde WiFi..its really bad for blogger...hihi
    Kbykan bgunan di europe ni sama je lebih krg kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kasihredha,

      tu la pasal...kalau ada pun free 30mins selepas tu..sila bayar..hehe. sakit hati betul. jangankan nak update blog..at least dapat online fesbuk dan kirim berita untuk keluarga pun dah cukup...ini tak..hampes sungguh.

      Delete
  8. hehe. seronoknye!!!!! mampu tengok gmabq jela.. =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye L,

      takpe...mana tau..rezeki ke sana satu hari nanti.

      Delete
  9. Milan kadar jenayah ragut tinggi erk....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jebat,

      banyak penyeluk saku..memang kena berhati-hati..milan, rome..semua kota besar di italy.

      Delete
  10. Senibina orang luaq memang cantik2 kan.. tahan lama beribu2 tahun.. kita kat malaysia binaan2 lama buat dari kayu, tu yg tak dpt kita nak tengok.

    makchaq rasanya tak boleh pi jalan lama2, cepat melepek kalau tak makan nasik...roti2 semua tak jalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. makchaq,

      tapi senibina di malaysia ni walaupun dari kayu..tinggi nilai estetika dia..chek suka. cuma kesian la generasi akan datang..entah dapat lagi tak tengok rumah kayu tradisional kita kan..

      makchaq, kat sini kami hari-hari kena telan roti..apakan daya...

      Delete
  11. Cantiknya bangunan gereja tu. Apa salahnya menghargai keindahan senibina bangunan, bukannya kita nak pi semayang di situ. Nampak cun, tembak gambaq. Bestlah, tumpang seronok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,

      Betoi kak dinas, kita bukan pi sembahyang. tapi ada setengah orang depa semberono..tu yg chek habaq siap2 tu..hehe..yg penting niat kita masuk dalam tu.

      Delete
  12. Salam....cantiknya milan.....siti (or murni?) gi sana makan angin or on-job-tour?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makcik kantin,

      salam..
      dua2 pun boleh sis...siti or murni..both will do..hehe. company trip ni sis..yearly programme.

      Delete
  13. I've been there lastweek...
    What a amazing building kann...
    Gratis seniorita...
    Hurmm..menarik juga ke Sarravalle.
    Naik bus di Zani Viaggi. Ingat depan kedai maka.ha ha...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails