About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Friday, January 4, 2013

Kembara Cik Siti: Sedingin Bayu Tasik Como, Setenang Air Tasik Lugano.

Assalammualaikum..dear diary & friends..

Sihatkah uols..? Me..on off rasa tak selesa, pening kepala. BP naik lagi agaknya. Balik holiday pun stress...hmm...susah nak cerita.

Now nak update..my travelogue..day 2

18th Dec 2012:

Setelah 12.5hrs flight dari Bangkok, we finally arrived Milan, Malpensa Airport, safe and sound. Alhamdulillah, without my pill pening dan muntah..hehe. 7hrs occupied with sleeping. Luckily la seat dalam flight sebelah menyebelah dengan tour member jugak..dapat la ber'selesa-selesa'an sikit tidurnye. Masa selebihnya...twice meals..dinner & breakfast. Alhamdulillah..Thai Airways memang ada sediakan muslim meals on board. Saki-baki masa dihabiskan dengan melayan on-flight entertainment.


Selepas melalui pemeriksaan imigresen...kena tunggu bas datang pick-up. Lama benor nunggu nye...sempat la pergi touch-up, qada hajat, sarung long-johns dan winter coat dulu. Alih-alih tunggu dekat salah terminal la pulak. Tunggu lagi..hmm.


Penantian itu satu penyiksaan. Dalam keadaan terseksa..buat la dulu aktiviti regangan setelah sekian lama merehatkan diri dalam flight. Cuba cari signal wifi..namun hampa. Semuanya berbayar. Menyamfah!

Bas arrived around 1hr later. Jangan harap la boleh check-in terus ke hotel yer. Itinerary hari ni we all akan terus ke Lake Como dan melepasi sempadan Italy-Switzerland, melawat Lake Lugano. Teruja. Tapi perut rasa tak sedap dengan tiba-tiba, nak kata gastrik pun tak. So, agak tercemar sikit suasana waktu tu.




Sejurus selepas menaiki bas...terus mengetik lensa cikai..pemandangan Malpensa Airport dari luar. Kabus tebal. Sejuknya usah cakap la. 


Destinasi pertama -- Lake Como or in Italian, Lago di Como. It takes around 45mins to 1hr from Milano, depends on traffic condition. Lake Como is situated in Lombardy, the northern part of Milan.


Breathtaking view of Lake Como. Lebih breathtaking bila diberitahu kat sini pun ada boat ride. Aiyoo...mula terasa nak pening segala. Betul la kata orang, rasa sakit ni depends pada mind-set kita sendiri. Kalau asyik dok fikir pening..pening..loya..mabuk laut..yang tak terasa apa pun tetiba boleh betul-betul rasa pening.



Alun tasik ni agak tinggi sewaktu we all menaiki speed boat yang disediakan. Salah satu penyedia perkhidmatan bot di Lake Como ni adalah orang kita, yes, Malaysian..more specifically, Penangites. Tapi, kami tak berkesempatan pun jumpa dia. Not around during our arrival.

Funicular train pun ada kat sini

Since roman period, kawasan pinggir tasik Como ni didiami oleh orang-orang kenamaan.. golongan bourgeouis dan aristokrat. Now, antara selebriti dan kenamaan yang memiliki villa di pinggir Lake Como termasuklah George Clooney..and the famous Gianni Versace.



Before arriving Lake Como, ada jugak i buat homework..cari info pasal tempat ni. Banyak aktiviti such as hiking, rock-climbing, tengok silk-making, water sport, wind-surfing, lepak at their nice cafes..stroll along the lakeside..see the museum..tapi semua tu we all tak dapat lah nak buat. Bukan mai sendiri kan.....




Boat ride tooks us around 45mins. Puas jugak dilambung badai. Tapi..kedamaian mendiami lakeside villa atau paling tidak, pondok kecik pun jadi lah di pinggir Lago di Como ni tidak dapat dinafikan. Aman tenteram je rasanya. Seronok bila bayu lembut menepuk mesra pipi...udara yang disedut pun tak tersekat..bersih dan segar.


Apartments di sepanjang perjalanan menuju ke destinasi seterusnya

Our journey continues to next destination. Semakin teruja. Pemandangan di luar berbeza sekali dengan bumi Malaysia. Masih sedikit jakun...tak banyak, sikit je. :D




Leka mengamati keadaan sekeliling, seakan-akan tidak mahu tertinggal..not even a scene!


Carrefour pun ada...



Selepas 20min perjalanan, we all tiba di immigration check-point untuk memasuki Switzerland. Pegawai immigration masuk ke dalam bas just to check and confirm bilangan yang akan melepasi sempadan. Tak kena cop passport pun..maybe sebab we all in group. Cuma ditanya kalau-kalau ada yang bawak cash melebihi 20K Euro. Masalah problem nya....ada ke yang bawak cash sebanyak tu..???hakhak...pengsan!





Parking system in Lugano. Although ada message board macam ni..which is consider high in standard, akan tetapi, parking fees are much much more expensive. For tourist, it will be easier to travel to Lugano by train. No more constraint on parking.

And tadaaaaa.....finally arrived, beautiful Lugano! Apa-apa pun, jom kita posing dulu! Posing la sangat...depa kata ai posing keraih macam patung. Well, ikut suka la..body ai..sibuk pasaipa. Jeles kot body gaya model macam ai...ohohoho...termelalut sudaa..~



Berlatarbelakangkan Monte Bre...


Lake Lugano ni surrounded by 2 mountains which is Monte San Salvatore & Monte Bre. Sedikit info mengenai Lugano, the main currency are Swiss Franc but Euro are widely accepted in most tourist-based shop. And language vise, mainly the people of Lugano are Italian speaking. Italian usually spend their weekends here in Lugano..ala-ala cari kedamaian dari kesibukan kota, especially Milan..gitu! Kat sini pun ada boat rides, boleh buat outdoor activities macam kat Lake Como dannnnnnn....shopping!

Love the trees. Kehilangan daunnya, namun tetap unik.


Gegirl.. :-)



Lovely...romantic..kehabisan kata-kata. Mai tempat yang cantik, hati yang keras macam batu pun terasa lembut...dan tetiba terasa sentimental. 






Strolling along the lakesides, membuatkan we all leka sebentar. Namun, bila disuruh masuk toilet percuma...semua pakat serbu. Beratur panjang..hahaha..free la katakan. We've been warned that most of the toilet charges are expensive. So, masa free ni..please lah utilised.

Chrismast Market @ Natale in Piazza Riforma

We all kemudiannya dibawa berjalan-jalan lenggang mak limah melalui butik-butik designer terkemuka dan melalui 'pasor pagi'..eh..Christmas Market..ala-ala flea market sempena Christmas gitu..theme market ni dipanggil Natale in Piazza Riforma. Macam yearly program bagi memeriahkan christmas di Lugano.




Beraneka pastries..arts, craft dan christmas deco dijual kat sini. As usual, seronok tengok..tak boleh beli. :-) But the pastries, our non-muslim friend cakap soooo delicious..*sambil telan air liur...sabor Murni.


City's tallest christmas tree

Masa free ni ambil kesempatan lah..bergambar suka-suka hati!




Town Hall, facing Piazza della Riforma
Lama jugak we all melepak di Piazza della Riforma ni. Bergambor je kejenye.


Swiss Rolex....hangat from origins.




Ice skating rink at Manzoni Square


Statue facing Lake Lugano

Semua orang pakat ambik gambaq kat sini..entah apa benda, ai pun tak tau..ambik je la..

A lot more pics..unfortunately, tak boleh nak publish kesemuanya. Terlalu berat. Kesian kat uols..


Bingkisan terakhir sebelum berhenti buat hari ini...lotih den..pikir assignment lagi. Hasil tangkapan sebelum bergerak meninggalkan Lugano. 

Tunggu update seterusnya in one or two days time okeh...daaaaa.


XOXO :D Publish!

Love,
Murni Alfathunnisa




23 comments:

  1. Salam Dik Murni

    Wow....wow...wow......Yong jadi speechless and tenganga nengok.....canteeeeeeeeeek nyer...dan nampak sungguh lah nyaman......

    Oh nooooo......jeleeeessssssssssssss......

    Pi in group berapa ramai ni ? macam ramai jer rombongan cik limah ni....hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku Seorang Pengembara,

      Yong...i lagi jeles kat u..hehe...dah jelajah habis bumi anbia.. :-)
      we all pi in group of 18 person..nak kata ramai sangat pun tak lah..semua officemates & bosses.

      Delete
  2. murniiiiii
    luasnya pandangan kamuu.

    luas pengetahuanmu..


    suka2.
    mmg cantik view disana

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayu....

      subhanallah..memang cantik, ayu. tidak tergambar dengan kata2.

      Delete
  3. Seronoknya.... cantik....
    tapi...lamanya kena naik kapai terbang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq,

      tu la..kami dok bersembang sama2 kami..senyap2 tak mau bagi bos dengaq..satgi dia kata kami dok komplen pulak..kami nak naik emirates, cuma kena transit dubai and waiting hour lebih kurang 5jam. bos tak mau..dia pilih thai airways..tu yg flight smp berbelas jam tu.

      takpalah..kami syukur jugak..alhamdulillah..dapat jejak kaki ke bumi eropah. kalau nak pi sendiri...hmm..berkurun la kena simpan duit gaya ni, makchaq oi.

      Delete
  4. Akak baca entri ni dgn slow2 ja sebab nak menghayati punya pasal. Terasa seperti sama2 posing dgn murni depan lake como. Hehehe. Thanx dik for updating. Best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak aidah,

      chek pun teringat kawan2 masa kat sana...teringat kak aidah, kak dinas..makchaq..kak tiha..dan semua kawan2 blogger yang rajin singgah sini..kalau la chek billionaire..nak ajak kawan2 mai ikot sekali rombongan cik limah pi sana...tapi apakan daya..chek pun menumpang kasih orang...ooppss..tumpang trip company..hehe. tq for reading kak.. :-)

      Delete
  5. alhamdulillah, cantiknya dunia ciptaan Illahi..seronok murni dapat peluang p sana..
    seronok baca catatan murni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Tiha,

      betul tu kak..sangat bersyukur dapat sampai ke sini, tengok tempat orang..dan kebesaran ciptaan Ilahi. terima kasih, kak tiha. :-)

      Delete
  6. Tasiknya mengerunkan....den pernah baca dlm majalah perajurit..swisszeland tak de laut so depa tak de tentera laut...jimat kos...ahakz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jebat,

      a'ah punya la luas..kalau tengok dari highway, dari dalam bus..lagi la nampak gerun..subhanallah..luas sungguh. kebesaran Allah..maha Pencipta.
      Pandai hang jebat...chek pun tak tau depa takdak navy kat sana.
      Tapi, depa ni ramai diambil bekerja di Vatican City. Nanti chek cerita kat hang naa...

      Delete
  7. Cantik sungguh negeri orang. Tiba-tiba IM rasa rindu pada tanah Jepun yang pernah IM lawat sambil belajar >10 tahun dulu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. IM,

      Bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri..baik lagi negeri sendiri. :-)

      Delete
  8. Jenoh dok tunggu aih dia updet pasai cuti kali ni. Ni baru ada haa.
    Tu dia tasik macam laut, best tuu! Ohh terasa macam akak pun sama2 jalan kat situ, romentik laa. Cantik. Suka tengok rumah2 tepi tasik tu & paling suka gambaq no. 19.
    Jangan lupa updet lagi naa, akak tunggu nii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,

      Maap kak dinas..memang slow-motion chek update kali ni. Sangat lah letih. Mana assignment nya..mana keja nya...mana kat rumah nya..in shaa allah..chek cuba update sampai habis dan memperbaiki kelajuan meng'update' naa..hehehehe

      Delete
  9. Putih kulit nanti, tak yh sabun lagi guuuuuuurrr

    ReplyDelete
  10. wah bestnya dapat gi sana
    sis
    post duit Switzerland dkt saya
    :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hans,

      Tak tukar duit Swiss pun..guna euro masa kat swiss. :p

      Delete
  11. Hi Murni, glad to see you experiencing the winter this beautiful country. Love the pics, really beautiful....and you looking very beautiful. Nice jacket you have.
    You a good photographer, very clear and sharp pics.
    Have fun......
    And all the best wishes for the new year.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Uncle Lee,

      Thanks uncle..some of the pictures belong to my colleagues.
      and that winter coat..it's the same with last year's trip to turkey..

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails