About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Saturday, January 19, 2013

Kembara Cik Siti: Terukir di bintang, tak mungkin hilang cintaku pada Venice!

20th Dec 2012

Buon Giorno! Seawal pagi lagi masing-masing kelihatan sangat excited dan.....suspen! Today's itinerary, Venezia! Yes, Venice...city-on-the-sea, kota romantik yang menjadi destinasi percutian idaman. Dalam hati...rasa bersyukur sangat-sangat..alhamdulillah. Ada jugak rezeki menjejakkan kaki ke sini.



Pemandangan jeti. Kena ambil water taxi..ni lah penyebab suspen tu! Bot yang we all naik ada dalam pic tu..kecik je bot nya..just nice untuk small tour group of 18 people. Ada juga perkhidmatan bot lain disediakan untuk ke Venice island...bot yang lebih besar. Lebih sesuai untuk ramai penumpang. Yang we all nak naik ni, private own.



Sebelum tu, as soon as we arrived at the jetty, keluar je dari parking, terus ternampak deretan kedai menjual variety of souvenir. Ada masa 15min untuk membeli dan tawar menawar. Sakan...kedai bukak awal2 pagi. Begitu lah semangatnya immigran Bangladesh mencari rezeki. Eh...gambar ku mana pahhhh...?? Memang tak ada gambar mamat-mamat bangla yang berniaga tu...terasa rugi pulak. Sibuk sangat bargaining for t-shirt sampai tak menyempat nak ambil gambar.

Cuaca berkabus..udara pekat piau..sejuk! Menggigil bukan setakat sejuk, tapi sebab suspen nak naik bot selama lebih kurang 15-20mins. 


Sangat mendebarkan! Ombak tinggi pulak tu. Nasib baik la tak uwek kat dalam bot tu..boleh bertahan lagi. Kesian kak yatie (see pic), dah asam kerut muka menahan sabar kena usik dengan amoi-amoi bertiga tu. Dia ni memang mabuk segala jenis kenderaan, jangankan udara..laut, darat pun semua mabuk. Tapi, semangat nak travel jauh, sanggup telan pil mabuk 24hrs. Lesson learned from Turkey trip. Kan dia yang vomit teruk sampai dehydrate masa trip Turkey last year. Itu yang kena sakat teruk dengan amoi-amoi tu.





Alhamdulillah..finally arrived after 20mins journey by boat. Okey, first thing first bila sampai Venice, dah tentu lah terbayangkan the special icon of Venice -- Gondola! So, before sight-seeing Venice, we all naik gondola dulu.

Fares untuk gondola ni kalau tak ikut package adalah lebih kurang 80 Euro.


Bergoyang der! Ombak tinggi tu. Tapi the scenery..masyaallah..very nice I tell you! The Italian guy sat next to me on our flight back to Bangkok (later I'll story more okey..), he did mention that the best time to visit Venice is during summer. Kalau time winter ni, selalu raining and cold...and ombak tinggi. Kawasan piazza pun banjir kalau tak kena dengan cuaca.


It is exactly like what we saw in pictures..travel magazines, tv, internet......kalau I, of course, National Geographic Travel & TLC yang membawa I mengembara ke seluruh dunia dengan hanya berada di hadapan skrin! Haha..



Apa-apa pun...posing dulu! Tak boleh nak posing over-over..sebab dah dipesan suruh duduk diam-diam..hehe. Agak kurang asam pesanan itu.



I'm flattered! Teruja. Terharu. Macam-macam perasaan bercampur-baur. Still couldn't believe...I'm here...bukan dalam mimpi lagi.


Lambat jugak gondola we all ni nak bergerak keluar..we all gelakkan diri sendiri. Agaknya gondoliers tu menyumpah tak, nak rowing gondola yang sarat dengan manusia-manusia berat dari Asia..haha.


A row of gondola parked at the mooring.


Our gondoliers..he's quite friendly..and talkative. Speak good English with Italian accent of course. Owh..how much I love Italian..the accent, the language itself and the guy! Hahaha...handsome wooo!


Doge's Palace or in Italian, Pallazo Ducale. A palace now turned to museum. Gambar-gambar di bawah ni, semuanya diambil sewaktu gondola-ride.


Bridge of Sigh. Sebelah kiri dulunya adalah mahkamah. Bila pesalah dijatuhkan hukuman, pesalah ni akan lalu jambatan tu..yang mana, sebelah kanannya adalah penjara. Nama Bridge of Sigh ni dari kisah seorang pesalah yang dijatuhkan hukuman penjara..masa dia lalu jambatan tu, tetiba ternampak marka (kekasih) dia dengan lelaki lain. So, frust lah dia sambil mengeluh.."haisyy..." so, that's why la dinamakan "Bridge of Sigh". Kesahnyaaaa....
tukar profession jadi penglipur lara pulak. Serba boleh jugak I ni kan..hehe.



Ni la di penjara janji nya...

Believe it or not...as soon as naik gondola ni..I cuma teringatkan my favourite numbers...



"Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu"




Perghhh....siap nyanyi segala! Konon nak ganti Yuna masa AJL la..apakan daya, misai Aizat yang sweet dan serupa Italian guy itu mengatasi segala-galanya. Okey, merapu lagi.

Yelah, mana tak teringat..kan klip lagu fofuler tu shoot kat sini. Masa Yuna & Qi holiday kat sini kannn.....(kalau tak silap la..). Fenat tau edit kaler-kaler klasik sepiah segala..nak kasi naik mood.


Venice ni memang banyak canal..terlalu banyak. Bersimpang siur jugak. I dah tak ingat ate macammana bunyi signal yang gondolier tu buat bila sampai simpang canal tu..diorang takut accidente sesama gondola..tu yang ada bunyi2 tu. Tapi, agak unik lah bunyi berkenaan, sampai we all semua tercengang dan terus bertanya kenapa buat bunyi cenggitu.



Teruk gondolier tu kena buli dengan we all. Paksa dia nyanyi la..cerita la..hehe..nasib baik dia sporting. Dalam hati mesti dia menyumpah...fussy, banyak mulut la makcik-makcik Asia ni..hehe. Ade ahkak kesahhh...



Venice ni tak kotor lah..seperti yang digambarkan sesetengah orang. Bersih je. Tapi jangan la suka-suka celup tangan dalam air tu. Kot pun nampak bersih..takut dari luar je. Sebab septic tank diorang ni rasanya ada lagi yang masih tak ter'upgrade'...takut lepas ke luor kat canal ni ha...ngeri uols! So far, nampak bersih dan tiada bau yang tidak menyenangkan.



Dari kebiruan air laut dan langit yang seakan-akan bersatu..sekarang dah masuk fasa civilisation...architecture..I love this part. Kalau boleh semua bangunan nak ambil gambar.
Sepanjang canal ni adalah rumah-rumah, cafes, boutique, shops & hotels...


Lama la jugak boat-ride ni. Berpuluh keping gambar masa naik gondola ni saja. Tapi tak dapat lah nak upload semua.

Selesai boat-ride maka bermula lah..walking session. Dari pier tempat we all diturunkan, we all jalan sehinggalah ke Piazza San Marco, dimana letaknya St. Mark's Bell Tower & St. Mark's Basilica. The two major landmark of Venice.


St. Mark's Bell Tower


St. Mark's Basilica (Basilica di San Marco). Sekali pandang macam kuil. Tak masuk, tengok dari luar. Nak masuk kena bayor. Photo-shoot sekejap then we all dibawa melihat demonstrasi pembuatan glass, originated from Murano. Masa tengok glass-blower demonstration tu lupa terus nak snap gambar sebab the showroom itself penuh dengan glass..glass..glass...takut pecah noks. Sia-sia je kena bayor kang! Acara walkathon diteruskan sejurus selepas itu..next destination is Rialto Bridge.



View of Grand Canal from Rialto Bridge. Orang kata, kalau datang Venice, it's a must... compulsary, mesti, wajib, wajibalghunnah....ambik gambar pemandangan Grand Canal dari atas jambatan Rialto ni. Macam cop passport gitu. Kira tak valid la lawatan tu kalau tak ambil gambar from this angle!



Nah...anakanda jijah mengabadikan kenangan di Rialto Bridge. Belum tentu ada kedua kalinya. Bajet nak hanimun bagai....? hmmm..lupakan ajelah tipah...pokcik tu nak meminang pun bertahun menunggu ...alasan segala. Okey. Melalut.



Berdiri di sini, menghadap Grand Canal, terasa ketenangan yang amat sangat walaupun hakikatnya riuh dan sarat dengan manusia dari serata ceruk dunia. Peace. Relief. Suara alam dan deru enjin water taxis...all are harmonious.




The charming Venezia..inilah nadinya, the main street, the Grand Canal. Banyak jasanya. Kalau tak silap every year, kat sini la diorang buat regatta untuk para gondoliers...macam acara memperingati sejarah ape tah.



Okey, sudah. Jalan-jalan cuci mata dan cari souvenir lagi. Mask and triangle are the famous souvenir to buy in Venice. Dari semurah-murah harga sampai lah semahal-mahalnya untuk sekeping mask sebagai hiasan dan tanda kenangan. I tak beli pun. Rasa tak berani nak simpan kat rumah....takut malaikat tak masuk..orang kata. Suka salahkan orang..pasaipa la hang ni..ish ish! 

Mask ni pun ada kesah. Dulu ada banduan terlepas. Diorang lari punya lari..punya lari..sampai masuk satu party. Polis ligan punya ligan sampai kat party ni tapi tak boleh nak cam sebab diorang pakai mask...semua pun pakai mask..so macam tradition lah pakai carnival mask ni. Conclusion nya, I taknak pakai mask! Taknak...nanti orang cakap banduan terlepas!

Jalan punya jalan sampai lapar daaa....we all cari kelibat Nick..nak ajak tunjuk the famous restaurant yang served Venice specialty, the black-ink pasta. So, we all pun di bawa la ke satu restaurant yang namanya dah tak diingati gara-gara kelaparan yang amat sangat. Tapi restaurant tu tak jauh dari Piazza San Marco.


The black-sauce Spaghetti. Not my meal. But it smells extremely good. It's cuttlefish and the black ink. Sapa yang makan meal ni magically turns to gothic! Habis hitam gigi, bibir...hehehe...ngeri. Well, walaupun rupanya tak indah, tapi rasanya sangat sedap. Orang yang makan dan dua tiga orang tukang rasa yang bagitau..



Spaghetti al pomodoro. Sos tomato saja daa. Spaghetti vegetarian walaupun hanya tomato sebagai vegetables nya..jadilah. Tengok penuh pinggan kan..portion banyak kan..? Tapi...licin jua akhirnya. Nampak sangat lapor nye! Yang ni memang my meals.



Patate. Nasib baik gemok-gemok dan mengenyangkan. Alhamdulillah.


Salad with Olive Oil. 


Tiba-tiba pantang larang habis semua dilanggar! Deep fry seafood..squid, prawn and anchovies. Owh..anchovies (ikan bilis) sini besor gedabak yer. Merasa dua hiris squid dan seekor prawn sederhana besar. Selebihnya..goes to others yang pantang jugak...pantang nampak! Hahaha...

Perut kenyang...thank you boss..for lunch treat. Ingatkan nak kena bayor sendiri-sendiri je..tapi untung jugak makan dengan boss...dia malu alah, kena la belanja kami..hehe. Jahatnyaaaaaa....

Acara shopping diteruskan. We all ada free time sampai lewat petang nanti. So shopping lah bagai nak rak yaa. Venice ni sama je macam lain-lain major city di Italy..banyak big fashion names kat sini. You can easily find Max Mara, Gucci, Prada, Versace, Louis Vuitton, Armani..bla bla bla. Yang penting...simpan resit pembelian for VAT refund yer.



Bergambar dekat luar butik Longchamp. Tunggu amoi yang paling banyak beli handbag memilih Longchamp. Tunggu dan tengok je la. Kalau mampu....baik beli Gucci atau Prada. Kalau mampu....dah takde menda nak spend duit tu, boleh la..melambak sangat duit nya kannnnn...hehe.



Berhati-hati bila berjalan kat sini yer...jangan sampai sesat. Map pun tiada gunanya. So, kena sentiasa ingat each street yang diambil. The street are all the same, banyak bridge...dan banyak jugak junction.



Another church..San Moise.


After nearly 2hrs meronda sekitar Venice, we all decide untuk balik ke Piazza San Marco, the meetpoint sebelum bertolak balik. Memang ada banyak lagi masa. So, we all habiskan dengan bergambar dan melayan pigeon kat sini yang sememangnya meriah dan jinak. Boleh landing atas kepala lagi...hehe.



All ladies bersama "hasil memukat"...St. Mark's Basilica on the background.



Hari mulai gelap...lampu mula menerangi dataran San Marco..another beautiful scene. Dinginnya semakin mencucuk tulang. Hidung terasa pedih. Confirm, bleeding lagi. In the meantime, i dah berapa kali sedut inhaler, dah mula terasa sesak napas sebab terdedah cuaca sejuk cukup lama kat luar ni. Dah mula rasa tak sedap sebab kejap lagi nak kena naik bot balik ke Mestre.






Finally, berjalan lah we all slowly ke pier untuk menaiki water taxis..pulang ke Mestre. Dalam hati berharap...jangan la muntah kat dalam bot. Bertahanlah sampai balik ke hotel.



And alhamdulillah..balik ke hotel..muntah tapi tak keluar satu ape pun. Sebab cuaca sejuk dan sesak napas je. Refresh pulak tu. Perut lapar terus terkam megi cup...hehe.

Long entry kan. Takpe lah..kira jamak la ni...minggu depan belum tentu nak ada entry. Exam sudaaa.

Need to stop here. Will update soon. Thanks reading..and thanks semua yang mendoakan kesihatan mak bonda & tok amah. Will reply all comments tomorrow..in shaa allah.


Love,
Murni Alfathunnisa

XOXO :D Publish!


25 comments:

  1. Best. Tq dik. Puas akak jalan2. Sebelum ni hanya jalan2 di Venice dalam game Nancy Drew je akak. Itupu dah rasa best. Hahaha.
    Akan singgah lagi baca citer ni sekali lagi sebab kat my village ni, cukup slow internetnya. Gambar pun tak dapat tengok semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Aidah,

      Akak kat kampung dengan mak ye. sorry kak...gambor banyak kat entry ni..saiz nye besor2..malas nak resize. pelan2 kayuh yer kak..hehe.

      take care tau.

      Delete
  2. waaaa jeles giler tgk sume pic2 tu...bila agaknya leh smpai ke Italy ni....

    huhu wish u luck for the exam soon...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fatiha,

      mudah2an ada rezeki u pi italy naaa.. amin.

      thank you fren.. :-)

      Delete
  3. Best, banyak gambaq, akak puas hati tengok, okehhh!
    Err bila nak deliver Italian hensem yg akak suruh bawak balik tu? Kihkihkih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,

      Kat venice ni paling banyak gambaq, kak. Semua nak shoot. dan semua tempat cantik..photogenic..hehe. Kalau kak dinas mai sini..jenuh tembak la...nak2 dengan incik kenon yang suka bab2 intim itu..haha.

      Italian guy...? sat kak...chek pelepas hat chek punya dulu na...haha

      Delete
  4. bila boleh pi nie...tengok pic tu kat awan ada banyak garisan.... kapal terbang bersimpang siur atas tu ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. harrizam,

      a'ah..tak tau la mana mai garisan tu. subjek yang disyaki adalah kapal terbang...hairan jugak actually.

      Delete
  5. Wahhh pandainya menembak gambaq! Macam dalam majalah youuu! Untung hang Siti, bleh amik gambaq naik gondola dan bangunan pesisir sungai tuh. Lawa sangat!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie,

      uish..tinggi sangat pujian tu kak. I main tembak ja..janji tembak kena sasaran...hehe. ni boleh jugak kalau tukaq profession jadi travel journalist..kannn..kan...

      Delete
  6. Waka...waka....kelakau plak baca komen kak dinas...italian yg hensem....ambil korean jer lah...dekat....ahakz

    ReplyDelete
    Replies
    1. jebat,

      kami dua beradik tak mau korean..kami mau italian jugak! haha...

      Delete
  7. pemandangan kat sana mmg sgt2 cantik...akak smpai hr ni xpuas2 menatap gmbar adik n suami yg p kesana bbrapa bln lalu..jeles tau....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak nza,

      hehe...jangan la jeles2 kak..kak lagi selalu travel..dah banyak tempat akak pi kan. hari tu jenjalan soping overseas lagi...saya sampai naik geram tengok akak memborong..hehe

      Delete
  8. Huuuhhh... habis juga kakak menatap, membaca dan menghayati macam kakak ikut sama hihi... Apa yg nyata memang seronok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzakie,

      terima kasih kak..sekadar berkongsi pengalaman saya untuk panduan kawan-kawan. ada suka, ada duka..hehe.

      Delete
  9. Salam Dik Murni

    Kesian Yong tengok kawan miker yang mabuk laut tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yong ASP,

      salam..
      dia tak mabuk laut pun sebenarnya kali ni..sebab awal-awal dia dah telan ubat pening + muntah. cuma muka je nervous sebab kawan2 lain sibuk dok sakat dia..

      Delete
  10. spaghetti hitam?? mcm xleh kayan je tekak sy hihihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sahrom,

      yer...serius memang hitam spageti tu. saya pun rasa tak sampai hati nak jamah. kawan-kawan lain je sibuk merasa..diorang kata sedap. cuma dari observation..saya mendapati...aroma nya sangat harum! hehe

      Delete
  11. Sampai dah cek ke Kota Cinta... bestnya tengok gambaq2 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq,

      alhamdulillah...ada rezeki lagi chek tahun ni. :-)

      Delete
  12. Amboiiii bestnyaaaaa.... jeles ni... hehehe. Punyalah lama tak berblogging, sampai org tu dah merantau ke europe pun kita tak sedor...hehehe

    p/s - Kami akhirnya kembali ke blog lama (radinsah.blogspot.com). Jemput jengah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak nida,

      tu la...sapa suruh akak saya sorang ni senyap2 je...alah..pegi pun kejap je kak nida..10 hari je...rezeki tahun ni. alhamdulillah.

      Delete
  13. salam ..
    lawatan malam...
    pekabar...?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails