About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Friday, January 18, 2013

The Struggle Week

Ampun beribu ampun....asal buat intro entry sure kena minta maaf....lambat update..kannnn...? Bukan rugi pun mintak maaf. Itupun kepada yang ternanti-nanti update from me je...kan! Kali ni..the delay because yang menulis ni sedang berusaha gigih mengumpul kekuatan. 

Next week belum tentu dapat update. Dan sepanjang seminggu ni macam-macam hal yang menduga terjadi. My tok admitted to hospital due to diabetes dan sakit tua. Yes, I'm not a good grand-doter, mengelat nak jaga tok dengan alasan-alasan kekangan kerja dan study. And yes, I'm a bit selfish sebab I too have a mom to take care of. Mak bonda pun sakit at the same time. Kaki bengkak dah seminggu. Worried..very worried. Dua kali ke klinik dan recently ke hospital. We afraid the possibility of ghout..nauzubillah..mintak dijauhkan. Till today, sakit nya masih tak hilang. Ubat sapu, ubat sakit..ubat surut bengkak semua dah. Khabar tak baik juga..kandungan gula dalam darah mak bonda sangat tinggi. BP naik sampai 150 plus.

So, di sini emak..di sana tok. Me..? Tersepit di tengahnya. Ya Allah..berkali-kali I memohon supaya diberi kekuatan dan dipermudahkan segala urusan. How to handle all the conflicts...yang berasa hati, sampai terasa ada keperluan buat jadual untuk menjaga seorang nenek...is it necessary? Pertimbangan yang sewajarnya adalah mencukupi. Mak bonda tu mengharap anak-anak dia je nak kemana pun. Nak menapak naik rumah yang kat tingkat satu pun I dah terasa suffer nya dia..inikan pulak nak menapak naik tingkat 3.

For me, besar ganjaran pahala menjaga orang tua yang uzur. Terlalu besar. Semakin besar bila yang sakit tu sendiri banyak karenah, tertekan, nyanyuk dan asyik marah-marah. Serba tak kena orang yang menjaga. Ya, I faham semua tu. Terima kasih banyak-banyak. Hanya kesabaran yang tinggi dapat menangani orang sakit ni..susahnya sudah ada di depan mata kepala ni. 

Sekiranya ikhlas, Allah saja yang dapat membalasnya. Tapi, jangan pulak dikira-kira, dibanding-banding dengan anak lain yang tak mampu nak menjaga.


Tayang duit euro dari purse no. 1...hehe...ni namanya sneak preview untuk next entry


So, throughout this week adalah less tido, more house-chores. Sudah tidak tergamak biarkan mak bonda berjalan pergi ke tempat keja walaupun jarak tak sampai 2km dengan rumah..I sent her off. Petang, balik dari keja makan saja lah apa yang sempat dimasak atau dibeli di kedai. Malam..kerja2 melipat kain, cuci kain, kemas rumah, buang sampah...in fact yang memerlukan banyak berdiri dan berjalan...I try to help as much as I can, curi-curi sambil layan "Setia Hujung Nyawa" dan berpesbuk. Dah lewat malam...seusai solat..baru la sempat nak jengah portal, taip assignment dan selak modul. Pukul 2 usually, I tido pengsan...sampai la jam 6 besoknya. Itu lah rutinnya.

Next week, minggu exam dan lecture di campus...until 7th Feb 2013. The struggle week! Terasa berat hati nak tinggalkan mak bonda kat rumah. Apakan daya..kalau tak attend..I won't be able to sit for final exam.

Dont misunderstood dengan apa yang tertulis dalam entri ni..i'm not grumbling. Sekadar melepaskan lelah. Insyaallah..mana tau..umur panjang..ada rezeki, in the next four (aminnn), five, six years masa I graduate..I would be able to read...what I've been going thru untuk dapatkan segulung ijazah. Mana tau kan. We dont know our future..what to come. Maybe..semuanya ini dapat membina kekuatan yang semakin terusik.

Mohon kawan-kawan doakan kesihatan mak bonda dan tok amah ya. Thanks...


Love,
Murni Alfathunnisa

P/s: Petang nanti I update travelogue naa...tempat romentik..kena setting mood bagi betul dulu..hehe. In shaa Allah.

19 comments:

  1. Simpang kenangan itu, secara otomatis, akan muncul pada 3am, kenangan jerih pedih jaga anaknya..tika itu untung kefua pihak yang disedekah dan yg beri sedekah..mahalnya kenangan itu

    ReplyDelete
  2. huhuhu... selamat menyediakan diri untuk berblog...

    ReplyDelete
  3. Kak Azie rasa Siti Murni sangat bertuah. Kebetulan yang baik pula. Bila mak sakit dan memerlukan perhatian lebih waktu sakit, U masih single yg available untuk dia. Masa sebgini memang tak wajar membandingkam masa orang lain. Yang penting U beruntung.

    Lihat pic duit Euro tu tahu dah, next entry ada citer pasal jalan-jalan makan angin nun jauh di negara sinun. Rom, kan?

    Cepat... cepat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie,

      satu cara mempositifkan fikiran..."ye.. saya orang yang dipilih, saya redha". bukan semua orang ada peluang berbakti pada ibu. terima kasih kak azie...untuk kata-kata semangat itu.

      Delete
  4. Akak pun rasa berat hati sebab masih duduk di KL walaupun mak sakit. Mungkin kena buat keputusan besar bulan April ni, demi mak.
    Menangis akak baca komen sebentar tadi kat blog. Semoga Allah beri kekuatan dan kemudahan untuk kita jaga orang2 tua kita ya, dik. Dan Akak akan turut doakan mak bonda dan tok mak sihat semula. Murni pun jaga kesihatan jugak walaupun sibuk ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Aidah,

      Akak nak pindah duduk dengan mak ya..? apa pun saya doakan akak dapat keputusan yang baik..yg bermanfaat utk semua pihak. takmo nangis kak..kita kena kuat. menangis lah masa sujud di hadapanNya. Ni ingatan untuk saya jugak. u take care too kak aidah...

      Delete
  5. Bila berada dlm situasi begitu memang ada kecelaruan serba-salah. Tapi kakak rasa ramai lagi cucu/anak maktok kan tapi kalau bonda hanya berapa anak yg dia ada. Jagalah selagi hayat mereka ada. Kena kuat mental dan fizikal. Kesabaran kena tinggi. Moga kedua mereka cepat sembuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakzakie,

      terima kasih kak bagi nasihat dan kata semangat untuk saya. dan terima kasih juga untuk doa itu..sangat besar maknanya utk saya dan keluarga.

      Delete
  6. Akak doakan semoga tok dan bonda dik Murni akan segera sembuh & sentiasa berada dalam rahmatNya, amin. Semoga keluarga akan faham masalah yg Murni hadapi, mungkin perlu heart to heart talk dengan depa? Atau sudah tapi masih belum memahami? Kalau macam tu memang susah la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,

      face to face, heart to heart tapi chek la yang jadi orang tengahnya. hmm..susah kak..dilema sungguh. Nak mintak orang faham pun rupanya bukan kerja mudah. t.kasih kak, kerana mendoakan kesihatan mak & tok. berharap yang terbaik untuk semuanya.

      Delete
  7. Makchaq doakan mak bonda dan mak tok cepat sembuh

    Elok la murni jaga mak.. maktok insyaAllah ada orang lain yang menjaganya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq,

      t.kasih makchaq...betoi tu..chek sorang ja yang duk dengan mak..tanggungjawab chek tu.

      Delete
  8. sabar ye dear...Allah menguji sbgai tnda DIA memerhati n sygkan kita......moga segalanya dipermudahkan....InsyaAllah...

    ReplyDelete
  9. Salam murni...bestnya baca blog ni sampai x sedar dh pkul 4 pagi padahal sy stay up konon2 nk wat asg hehe
    Eh murni study usm?thn 1 ke?in dat case kita sama la.sy pun baru menapak nk mncari ijazah hehe btw murni amik kos apa?
    1 more thing we're in same state la.sy keja kt komtar..nice to nknow u murni:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam zie,

      ya allah..terharunya..ada orang qalit dok baca blog ni..hehe.
      usm 1st year..tapi pjj bukan full time..course social science. uiks..keja komtar..? SUK kah..?

      nice to know u too

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails