About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Thursday, February 14, 2013

Kembara Cik Siti: Jejak Seni di Florence, Kota Renaissance

Assalammualaikum...

haluuu..haluuuu... long time no seeeeee...kan..? Miss me..? Miss me not..? Alaa...tau, awok2 malu nak ngaku rindu I kan...hehe ;-)

Khabar kurang sihat di sini. Flu. Demam exam gamaknya. Minggu intensif di kampus telah berakhir. Ada kerinduan di situ. Terasa pelik, tiada lagi aktiviti menelaah sebelum dan seusai subuh. Wujud rasa berdosa di situ. Rindu pada kerancakan berbual di page fesbuk RPJJ. Masing-masing dengan ragam sendiri..yang tak lokek berkongsi petua, soalan ramalan dan sebagainya. Rindu berlenggang-lenggang masuk dewan untuk kuliah. Rindu berebut-rebut nak masuk dewan exam. Rindu mendengar leteran pensyarah. Hmm..dilema student tua. Hahaha..

Now nak update travelogue, gatal sudah jari jemari ni nak menaip..

21st December 2012.

Mood romantic di Venice masih bersisa. Namun perjalanan kembara kami harus diteruskan. Sebaik saja breakfast dan urusan check-out di Holiday Inn, Mestre, bas mula bergerak meninggalkan Mestre. Today, another long journey..heading to Florence. Florence dalam bahasa Italy dipanggil 'Firenze' dan dalam bahasa Latin disebut 'Florentia'.




Dari Mestre, Venice ke Florence bakal mengambil masa lebih kurang 3 jam, again, depends on traffic. We all bertolak seawal jam 9.00am. Perjalanan lebih kurang 250km membawa we all melalui dua jenis cuaca yang berbeza...macam lalu time-zone pulak! Sejam yang pertama salji tebal bersama hujan.






We make a stop selepas sejam perjalanan, for coffee break..and.....ke washroom! 1euro...1euro..habih syiling! Dalam pada tu sempat jugak shopping..hehe..beli 'ferrero rocher pocket espresso' yang katanya fofular sangat tu. Our journey continues 15mins later. 





Sekali tersangkut dalam jem pulak. Betul-betul dalam tunnel..all the cars berhimpit-himpit ke tepi...ada neno neno nak lalu. Rupanya-rupanya accident selepas tunnel tu. Mangsa adalah pemandu wanita..lost control jalan basah. Mudah-mudahan mangsa tu tak kritikal...









Dah habis bersalji hujan segala...cuaca kembali terang. Kalau tadi cuma pemandangan pokok yang tinggal reranting, sekarang pula segar mata melayan pemandangan hijau.








Safely arrived Florence at around 2.00pm, 1 hour behind schedule, gara-gara tersangkut dalam kesesakan tadi. As usual, walkathon lagi. Destinasi pertama di kota Florence, the Cathedral -- Santa Maria del Fiore. Dalam hati..."hmm...church lagi! Apa nak buat..ikut itinerary je."



the facade






the bell tower

Just a brief information on Santa Maria del Fiore -- it's the 4th largest cathedral in Europe, the main icon and the most popular landmark among tourist. Disebabkan kali ni entrance tak perlu bayar, so, we all masuk je lah. Tanpa apa-apa niat ek...









Bahagian dalam cathedral. Serius..seram sejuk. Maybe sebab sunyi. Yang masuk pun mostly pelancong. Yang praying seorang dua je. Rasa ingin tahu kadang-kadang ada jugak tak bagusnya. Tapi, kena la sentiasa sematkan dalam hati..anggap saja sebagai pengalaman dan peluang untuk tambah pengetahuan.




The main dome yang penuh dengan lukisan.

We all tak nak berlama-lama dalam tu..just one round and keluar..hehe. Ada jugak teringat one of our group assignment untuk subjek 'Hubungan Etnik',  ada jugak berkisar tentang agama kristian. Nasib baik la kawan-kawan I dah tolong cover untuk part kristian tu..kalau tak, alamatnya bercuti sambil ber'assignment' lah.





Now, masa untuk sight-seeing. Florence adalah kota kelahiran fasa 'Renaissance'. Tau kan apa itu Renaissance? Tak tau?? Kena buka buku teks sejarah yaa...malas nak cerita panjang. Renaissance ni adalah fasa pembaharuan ya murid-murid. Dalam erti kata lain macam rebirth gitu...kelahiran semula benua eropah selari dengan perkembangan ilmu pengetahuan, lahirnya philosopher, perkembangan seni, puisi dan penulisan, senibina, sculpture and those thing lah. Machiavelli dengan karya agung nya, The Prince, Leonardo da Vinci  & Michaelangelo as the famous sculptur, Donatello, Florence Nightingale, Roberto Cavalli...all those people lah yang sinonim dengan Florence.

Rasa teruja bila melewati bangunan yang kaya dengan keindahan senibina..macam balik ke masa lalu...walhal no idea pun zaman renaissance tu dulu macammana suasananya.






Bangunan di belakang tu adalah Gucci Museo..situated at Piazza della Signoria. Florence ni memang banyakkkkkkk museum. Kalau nak masuk setiap satu..memang agak mengambil masa. So, pick wisely. Kalau nak jelajah semua pun boleh, cuma...kena spend masa banyak hari lah kat sini. Lupa nak habaq, Florence ni pun one of World Heritage Site dan antara destinasi yang menerima paling banyak pelancong. Sumber dari Forbes. Tak tipu. Tak caya google okeh.





Acara sight-seeing haruslah merangkumi adegan-adegan cuci mata tengok souvenir. Banyak betul souvenir Pinocchio kat sini.  Pinocchio was 'born' Italian, tapi tak tau lah which city..hehe. Teringat masa kecik dulu..buku cerita, buku warna..nak jugak watak2 Pinocchio nih! Haih..cepat masa berlalu kan. Budak-budak sekarang kenal tak Pinnochio?? Orang takde anak...gini ler kekdahnya, sangat tak berkembang! Cuci mata sambil membeli fridge magnet & key-chain..common item buat hadiah tanda kenangan.




Oh maii...... ! Tak malu betul la David ni! Sebab dia naked..terpaksa la button kan toootttt :p Sorry, dah tak original lagi. Pose sensitip lagi kontroversi ni! David was sculptured by Michaelangelo, as a symbol of youthful human beauty and strength. Kesahnyaa...
Erm..patung David ni letaknya di hadapan Palazzo Vecchio di Piazza della Signoria. Berbelit lidah nyebutnya...




Patung kat atas tu ukiran Bartolommeo Bandinelli, Hercules & Cacus. Hasil-hasil ukiran Bandinelli dah diletakkan di merata museum seluruh Eropah and most of it are inspired with his interest in Donatello...tuan guru la kiranya tu.


Gambar bawah ni la Palazzo Vecchio, now turned to town hall of Florence..another icon di  kota Firenze.




Di sebelah kanan Palazzo Vecchio dan patung-patung ukiran zaman renaissance ada lagi satu struktur bangunan dinamakan Loggia dei Lanzi, bangunan ni ada 3 arch dan digunakan untuk majlis perhimpunan haram awam. Maybe...(I cakap maybe ok) Michaelangelo gunakan tempat tu untuk public display karya beliau....hehe. Memandai je...minor antropologi kot semester depan...hukhuk.









Sorry, both photo ni terpaksa dikecilkan saiznya..unedited. Orang kata..dalam berseni ni tak boleh terlalu ortodoks, kena bukakan minda. Masalahnya, penerimaan setiap individu tu tak sama. So, kecilkan saiz...kurangkan kontroversi. Hehehe....




The Rape of the Sabine Women


Seusai berlegar di sekitar Piazza Della Signoria, we all dibawa melihat pemandangan River Arno. Ponte Vecchio tempat we all berdiri ni menghadap River Arno. Kalau nak bandingkan pemandangan musim sejuk dan musim panas...gambar pemandangan musim panas memang 10x lebih cantik. Dengan air yang membiru dan bersatu dengan hijau alam. Subhanallah. Sorry tak dapat nak share pemandangan masa summer tu kat blog ni sebab nengok pun dari handphone Mr. Nick yang dah 3 kali datang Italy...mencik!




We all berjalan ke luar dari Ponte Vecchio..nak ambil gambar Ponte Vecchio pulak. Kawasan sekitar ni banyak kedai jewellery and goldsmith. Tapi pelancong tak digalakkan membeli emas kat sini. Nick bagitau emas kat sini semuanya 'home-made'...takut bila dah balik Malaysia, dah pakai nanti..alergik kat kulit. Nasib baik la tak minat nak pakai emas segala...







Antara subjek yang menarik hati semasa di Ponte Vecchio. Pili awam. Dengan lambang bendera Florence. Airnya bersih..boleh minum terus dari pili. We all top-up air dalam botol mineral water guna air dari pili ni je. Tiada yang pelik okeh...tapi kalau keep on beli mineral water -- itu pelik! Hehehe...






Santai dan bergambar berlatarbelakangkan River Arno dan Ponte Santa Trinita sebelum meneruskan misi menjejak kesenian Renaissance. 


Di sebelah kanan adalah Piazzale degli Uffizi yang menghubungkan tepian sungai Arno dan Uffizi Gallery








Lembah Arno yang indah we all tinggalkan dengan langkah yang berat...tak puas layan blues tengok pemandangan dari tebingan sungai ni...!!





Sedar tak sedar we all dah mula memasuki koridor utama Uffizi Gallery. Galeri dan muzium yang menyimpan koleksi seni tersohor dan terbesar di dunia barat. Di sepanjang koridor atau Piazza ni saja dah cukup banyak mempamerkan koleksi patung ukiran tokoh-tokoh dan philosopher di zaman Renaissance, among them are Leonardo Da Vinci. 






To those yang berhajat sangat nak melawat Uffizi Gallery ni, please don't come during peak season...u might ended up waiting for hours sebelum dapat masuk ye.







Perut dah mula lapar, sambil mencari restoran yang sesuai untuk berhenti rehat dan mengopi sambil tu jugak la we all menjamu mata dan tengok kalau-kalau ada lagi souvenir yang boleh dibeli. Beli jangan tak beli...habiskan duit euro tu sampai licin, baru puas hati :p Hehehe..sorry, absolutely not me. Kalau nak ikut napsu membeli memang pokai la. Berbelanja pun kena beringat, tak kira la time holiday-ing or not...cikgu Morrrni memang begitu orangnya!






Lama jugak we all berjalan di sekitar Florence ni, dari satu lorong ke satu lorong, dari satu Piazza ke satu Piazza. Finally, dapat la bertemu beberapa restoran berhampiran Piazza della Repubblica, including the famous Hard Rock Cafe. But ended up we decide to take a break di Pazskowski, just opposite Hard Rock. Sekali lagi Pizza al Pomodoro dan Pizza Margherita je la yang boleh dijamah. Strictly vegetable..huhu. Alhamdulillah la. Caffe Latte tidak dilupakan. 

Bila makan di restaurant atau cafe di Italy ni kena sentiasa ingat...kalau duduk kena bayar extra..dipanggil caperto. Caperto will be sum up in total bill and only will be charge if u choose to sit. Kalau makan atau minum standing tak kena caperto yer. Lebih kurang macam service charges la caperto ni..we pay for tables, seating, tablecloths, cutlery..gitu la kekdahnya. Itu saja tipping guide untuk edisi kali ini ya..tuan-tuan dan puan-puan. :-)

I guess, that's all for this entry..better stop sebab I dah annoying giler dengan blogger ni asyik keluor mesej kaler merah, "an error occured while trying to save or publish your post". Nyampah mak! Next entry I'll update more on night scene in Florence.

Daaa...

Love,
Murni Alfathunnisa Ishak


XOXO :D
Publish!



28 comments:

  1. Kahkahkah nak tergelak la tengok David yg dah "dibutangkan" tu :D

    Arwah bapak akak selalu kata kalau kita masuk bangunan gereja ka apa tu takpa sebab bukan kita nak sembahyang tapi nak tengok senibina saja. Tapi kalau gereja lama2 ni memang ada rasa seram sejuk kan, ehhh tetiba berdiri bulu roma ai, yu.

    Psst, akak nak bagi sesuatu. Boleh bagi alamat tak? Emel ke sini na: zilndnas@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,

      chek terpaksa mem'butang'kan beliau..walaupun sayang sebenarnya dengan foto original...tak mau bubuh butang satgi ada pulak yang termalu..dilema sungguh.

      setuju dengan kata2 arwah bapak kak dinas...sebenarnya dibolehkan masuk..tapi tujuan kena betul. cuma manusia ni..faham2 la kak..suka buat macam-macam tafsiran.

      in shaa allah kak..nanti chek email..ehem2 actually kita kena tukar2 alamat...baru dok ingat nak mintak..sebab chek pun ada sesuatu utk kak dinas...and kak aidah juge... :-)

      Delete
  2. fuh! sungguh best berjalan kat sana. banyak tempat best. bangunan cantik cantik. dan gambo pun ohsem! ok, saya dah target itali jugak nih! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. gadisbunga,

      seriously..bangunan depa memang cantik. keterujaan tu masih terasa sampai kini. happy travelling to italy, okeh!

      Delete
  3. wah....jalan2 obersi sokmo dio. huhuhu...best nyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. eelobor,

      alhamdulillah..rezeki datang dalam macam2 bentuk...:-)

      Delete
  4. Terus saya google nak membaca lebih lanjut tentang sculpture Rape of Sabine Women tu...:)

    Pelik juga sistem tipping nya kan..So, mmg ramai ke yg makan berdiri kat sana? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daddy ziyyad,

      saya pun tak tau sangat pasal sculpture 'the rape of sabine women' tu. kami tak diberikan penerangan sangat pasal tu.

      sistem tipping ni memang dipraktikkan di italy. ala-ala tips gitu. kalau kat bar dan cafe biasa..memang ramai yang standing dari duduk. kalau setakat coffee...sandwich, pastries..panini..selamba je diorang makan berdiri.

      Delete
  5. Salam Al Murni

    masuk toilet 1 euro....*pengsan jap sebelum meneruskan bacaan *

    baca dalam hati pun rasa berbelit lidah nyebutnyer...camna tuh.....

    deme ni sungguh lah tak reti nak berpakaian....musim2 sejuk ni kan ker elok kalau diselimutkan patung2 tu....hehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yong ASP,

      salam yong..
      tu la pasal...kalau convert 1euro tu memang terus rasa nak pengsan! ada setengah tempat kena kan caj 50cents euro je..tapi jarang yang bagi FOC.

      memang yong..tak kira apa musim pun..dok bogel situ lah...teruk bebenor!

      Delete
  6. Wow... cantiknya Venice. Murni pi ngan family ke ngan kengkawan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. vic,

      entry lepas memang pergi venice. as usual..company punya yearly programme.

      Delete
  7. Bestnya....go obersea jalan jalan....bilaaaaa la makcik nak sampai sini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. makcikkantin,

      seronok. sangat. :-)
      in shaa allah..ada rezeki nanti tu.
      kawan saya kata..kalau teringin nak pegi satu2 tempat..minda kita yang kena sampai dulu...one day mesti sampai betul2.

      Delete
  8. cantik2 la bangunan kat sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. diana,

      sejujurnya...memang tarikan utama adalah senibina bangunannya. minat pun cenderung ke arah tu..kalau boleh semua bangunan nak capture.

      Delete
  9. Dem kesian kan patung tu jerk...any dia kena button....ahakz....sian dia....sian dia.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jebat,

      ingatkan hang nak kesian pasal dia tak pakai baju..ish ish..haha...

      Delete
  10. Satu yg kakak nampak mereka sangat menghargai heritage yg mereka ada. Kalau tempat kita macam tak sangat. Kakak juga menikmati gambar-gambar yg Murni captured - sangat menarik:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzakie,

      setuju tu..diorang bab2 warisan ni memang cukup jaga..aset tak ternilai dalam sejarah peradaban manusia. terima kasih kak..i appreciate it. some of the picture dari kamera kawan..

      Delete
  11. suka sgt baca, Murni, actually byk yg boleh kita teladani dari mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah,

      terima kasih kak. yup..yang baik kita jadikan pelajaran..yang buruk kita jadikan sempadan.

      Delete
  12. Dik, baru baca sekali lalu tapi tanpa feeling sebab akak tak sihatlah pulak. Akan masuk dalam to do list iaitu visit page ni sekali lagi bila dah sihat. Hihi. But thanx for this entry.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak aidah,

      laa..kesiannya kakak ku. cepat sembuh kak. patut la tengok last entry akak pun dah 1 week. take care. blog saya tak lari mana...bila-bila pun boleh akak mai baca.. :-)

      Delete
  13. cantik betul rekabentuk bangunan kt sana...klasik sgt.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nza,

      kannnn...saya memang jatuh chenta dengan architecture depa...suka sangat!

      Delete
  14. cantik2nya bangunan kat sana..memang cantik!
    haha kalau la patung tu ada kat mesia mampuih la

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum,

    Boleh recommend hotel di Florence? Thank you in advance

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails