About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Saturday, February 23, 2013

Kembara Cik Siti: Veni, Vedi, Vinci.. in Rome

Assalammualaikum...

Ciao..

Come sta? Speriamo che tu stia bene...*"how are you? Hope you're doing well.."
Muahaha...velagak kannn. Baru over a week pi Italy kemain bajet speaking Italiano. Nyampah!

22nd December 2012  -- setelah berjam-jam perjalanan, sampai jugak akhirnya di destinasi penginapan terakhir di Italy..dua malam penginapan di Courtyard Marriot, Rome. Alhamdulillah, trip kali ni pun sama macam last trip ke Turkiye, penginapan di malam-malam terakhir seolah-olah reward untuk we all. Selesa biliknya. Comfy bed. Neat and clean bathroom.





Harussssss lah dah rembat toiletries berkenaan. Buat collection gitu! Dah dapat bilik yang selesa di malam-malam terakhir ni baru la ada feel sikit nak selongkar luggage dan backpack, tengok apa yang dah dibeli, apa yang masih kurang. Puas hidang atas katil, siap buat "pertandingan siapa beli souvenir terbanyak" dengan husna dan amoi2 bertiga tu...hehehe...dah tentu-tentu lah not me yang jadi juara, kannn...






Kalau nak congak semuanya, memang tak cukup..makin rasa nak membeli. Tapi bajet dah tak seberapa je yang tinggal. Nak swipe credit card memang a-big-no-no for me. Serik dengan jerat hutang kad kredit.




23rd December 2012 -- Gini la pemandangan di awal pagi, dari Courtyard Marriot, Central Park menuju ke pusat bandar Rome, atau more specifically the old town. Tak jauh pun dari hotel. Lebih kurang 10km. Tapi Rome ni kota antik yang sangat sibuk dan sesak.





Dari dalam bas pun sempat lagi usha FM yang tersusun elok tu...masa ni tengah stuck in traffic jam. 





We all turun dari bas tak jauh dari bangunan ni. Tourist spot pertama yang ingin we all jejak di kota Roma ni adalah the famous Trevi Fountain. Situated at Piazza di Trevi, we all macam biasalah, kena menapak sikit untuk sampai ke tempat ni. Hari ni pun banyak acara berjalan merentas kota.




Trevi Fountain ni tempat tourist datang untuk masing-masing berebut nak baling coins dalam kolam tu. According to locals belief, kalau lontar 3 coins dengan berdiri membelakangkan fountain tu sambil buat hajat, maka hajat tu akan tertunai. Salah satu hajat tu mestilah untuk kembali semula ke kota Rome. Mak jemah skip ya upacara ni. Mak jemah tak percaya semua karut marut ni. Mak jemah kata dia syok-syok saja mai tengok tempat orang, observe culture and tradition. Tu Mak Jemah la yang kata. Hehe.




Just opposite dengan air pancuran Trevi ni ada lagi satu cathedral. Kecik ja. Lupa nama dia. Jenuh gak Mak Jemah cuba ingat...maklum la..lama tak makan kismis. Memory low. 





We all berpeleseran kat Piazza di Trevi ni ada kot setengah sejam, sambil makan eskrem gelato, sambil kacau trojan kaler merah..sambil camwhore... :p



Peragawati dari Asia


roman column








Tak jauh dari Trevi Fountain ada lagi satu bangunan yang penting dalam sejarah peradaban Rome -- Pantheon. Letaknya di Piazza Della Rotonda. Tergeliat lidah nak nyebutnyer...! Unik sungguh architecture bangunan ni. Memang senibina roman ni cukup mudah dikenali. Utuh sehingga kini. See the unreinforced column...







Pantheon is a temple semasa zaman rom kuno. Kesahnya, tempat ahli bijak pandai, bomoh, tok dukun, pawang, di zaman depa menghalau roh jahat supaya masuk ke Pantheon ni. Kiranya macam tempat simpan roh jahat la bangunan ni. Sentap Mak Jemah! Teruih tak berani nak masuk. Walhal, mula-mula tadi kemain excited nak pi beratuq sekali dengan tourist lain yang mula berduyon-duyon mana punya dok mai...... sabaq je la Mak Jemah ni.





Bukan Mak Jemah bersama trojan kaler merah di belakangnya..



Bangunan ni merupakan warisan senibina roman yang masih kukuh sehingga kini. Merentas zaman, Pantheon ni ada banyak fungsi rupa-rupanya. Pernah jadi tempat berkumpul bala tentera, pernah jadi tempat pemakaman dan selepas tu di'convert' kepada sebuah gereja.





Malas senaman? Nah...naik saja beskat ni. For rental.




Kereta kuda pun hado....so, jangan nak banyak songeh. 





Ni ada satu lagi fountain bersama obelisk, betul-betul opposite Pantheon. Sekali pandang, gerun pun ada tengok air keluar ikut mulut tu....huhuhu. Nasib baik siang terang benderang...Mak Jemah penakut rupanya, kusss semangat!






Dari Pantheon, we all menjelajah lagi melalui lorong-lorong kecil di tengah kesesakan kota Rome. Here it is, The Spanish Steps or in Italian nya Scalinata della Trinita dei Monti . Foto bawah ni diambil dari Piazza di Spagna






Packed with tourist..both local and foreigners. 





Crowd kat sini adalah perkara biasa, tapi lebih menambahkan extraordinary crowd pada hari tu most probably sebab berkumpulnya santa claus untuk acara naik beskat beramai-ramai...






At the foot of Spanish Steps ada satu lagi fountain dikenali sebagai Barcaccia Fountain. Simbolik bot nelayan yang dijumpai hanyut di tempat yang sama semasa kejadian banjir besar River Tiber. An influence of Baroque art. Pancuran air di mana-mana, tinggalan yang menjadi saksi peradaban tamadun Rom.






Finally, berjaya jugak we all mendaki 138 anak tangga di Spanish Steps ni. Kejayaan besor okeh! Pendakian dengan perut kosong akibat limited choice breakfast di hotel. At the peak tu ada bangunan Spanish Embassy. Ada sejarahnya jugak bangunan tu, tapi tak sempat nak sosek-sosek dengan Nick.

Kat atas ni jugak ada satu lagi Piazza..entah apa namanya..so from here boleh nampak Piazza di Spagna di bawah nuun...tempat ambil gambaq tadi. 





Dannnnnnnnn...yang paling awesome kat atas ni tempat street artist gituhhh! I like! Membuak-buak perasaan jiwa raga ini. Rasa teruja tengok hasil seni artist kat sini. kalau la ada banyak masa, teringin jugak nak mintak artist kat sini buat sketch ropa Mak Jemah yang tak lawo ni...huhu..apakan daya. Syukur la dapat beli one piece of painting sebagai tanda kenangan datang ke sini. Rasanya itu la "the most expensive gift I bought for myself" during this visit to Italy. Harga nya tak mahal. Tapi seni dan kenangan itu yang mahal.





Lupa nak habaq..kat Rome ni, especially dekat area bangunan warisan depa ni, sapa-sapa pun tak boleh snacking, having meals mahupun menikmati gelato. Boleh kena fine tuuu..antara 25euro - 500euro. Kalau nak makan kena pi duduk jauh-jauh dari tempat tu. Betul-betul depa ni jaga kebersihan dan educate penduduk dekat sana.






We all turun dari Spanish Steps. Perut lapaq. Misi cari makan. We all singgah beli buah berangan. Nahh...as promised, ni lah gambaq gerai menjual buah berangan. Kat sini agak mahal berbanding dekat Milan hari tu. Buahnya memang gedabak in size kalau dibandingkan kita beli kat Malaysia ni. 4 euro untuk 100gm. Don't convert into MYR, nanti tak tergamak nak telan buah berangan semahal itu.




Semakin ramai pulak yang membanjiri kawasan Piazza. Naik rimas dibuatnya. Cepat-cepat jalan cari restaurant, nak mengopi dan meng'spageti' sebelum matahari mula meninggi.





Teringat movie flick.. 'The Italian Job'. Melalui jalan-jalan sempit, metropolis yang sesak dan penuh dengan jutaan kereta, hanya yang munggil dan kecil molek menjadi pilihan yang paling afdal. So easy to find Mini Cooper, Smart & Fiat. Easy to park. Memang susah nak jumpa MPV di jalanan yer...kalau bawak MPV orang sini usha pelik je..haha..must be from another European country.



Tatkala sinar suria menerobos di celahan bangunan...





Another obelisk at Piazza del Popolo or the People's Square.






Baru lah faham..Rome ni jugak kota kesenian..ada pelukis dan seniman jalanan in almost squares in the city. Musik yang dimainkan menaikkan lagi feel we all di kota antik ni. 







Macam-macam adaaaa......! Bila dah datang baru tau perasaan nya berada di negara kota antara yang tertua di dunia. Rome is charming in it's own way. Susah nak 'ek-se-pe-len'!





We all tak lama di People's Square ni. Sekadar bergambar dan ambil masa lebih kurang 15minit menghirup udara sejuk di dataran yang dikerumuni manusia dari segenap pelusuk dunia. 

Ni baru setengah hari di Rome. Kalau nak jelajah the entire city memang kena ambil masa banyak hari. See lah, what we can do in 1 day. So wait for my next entry.....more pictures in next entry...

Happy weekend ya uols...
Love,
Murni Alfathunnisa Ishak

XOXO :D Publish!




28 comments:

  1. best nye dapat bercuti di luar negera.. nak tanya sis pakai photo editor apa ye utk dptkan tone gambar mcm diatas. hope dpt kongsi.. thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eny,

      seronok eny. alhamdulillah. photo tu edit through online photo editor, picmonkey.com

      hope dapat membantu... :-)



      Delete
  2. Fuhhh boleh rambang mata la tengok sobener kat situ! Rambang mata!

    Kalau akak pun takkan masuk la ke Pantheon tu. Dah tau kemungkinan ada hantu, forget it, ai no go insaid, bebeh. Akak penakut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak dinas,

      kalau ikut semua pun nak borong...fulus je tak cukup..hehe.
      tu la..sentap chek..at first teringin nak masuk..tapi mai dengan orang dok cerita pasal bad spirit mak nenek segala...teruih sentap.

      Delete
  3. Best langgit biru,,nampak bayang

    ReplyDelete
  4. seronok betul jalan2 especially luar negara

    ReplyDelete
    Replies
    1. sharinginfoz,

      alhamdulillah...seronok sangat.

      Delete
  5. best nya..
    ada tak agak nya peluang utk sampai ke tempat macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. abah zino,

      in shaa allah...mana tau..rezeki kan.

      Delete
  6. Suka plak den tgk basikal utk rental tu......kalau beli satu kan best...jalan petang2...ahakz

    ReplyDelete
    Replies
    1. jebat,

      suka ka..? ish kalau tau chek kargo bawak balik kat hang..hehe.... :p

      Delete
  7. bila la nk smpai sini...akhir thn ni trpaksa angkut kanak2 ribena ke dysneyland HK n si ibu nk singgah ke shopping kt china...hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak Nza,

      waahh....HK Disney..best tu kak! Jangan lupa pi Ocean Park sekali. Jalan puas2. Shopping kat china pun best....uwaa....bestnya..saya pulak teruja sekali..

      Delete
  8. Salam Al Murni...

    Verangan itewww....harga tu terbatuk akak dibuatnye, yang kat sini pun akak jarang beli....kecik cenonet...

    Best nye u dah jelajah ibunegara empayar Rom...akak hanye mampu jelajah jajahan deme jer...huhu...seronok kan menghayati senibina bangunan dan tinggalan deme...sambil tu menginsafi peradaban manusia...tak de yang kekal dan keangkuhan tidak membawa ke mana2 yang akhirnye kembali kepada Pencipta yang satu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yong ASP,

      Verangan tu je yg boleh dibeli..walaupun pastries banyak dijual kat tepi jalan..tapi agak was-was nak makan. so...verangan pun verangan lah walaupun harga nya membuatkan kita terbatuk-batuk..hehe.

      actually, satu hari tak cukup untuk jelajah rome. sangat kaya dengan peninggalan empayar tertua di dunia ni. alhamdulillah yong..rezeki. peluang yg datang kita guna sepenuhnya untuk mempelajari dan menginsafi.

      Delete
  9. salam

    tu kalau duduk sehari lepak2 kat situ, mau lupa dunia kejap hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki,

      salam..

      sungguh pun! terasa sangat bezanya berbanding di tanahair sendiri.tapi suasana tu seolah-olah kita boleh blend-in...masa tu teringat la segala fakta-fakta sejarah yang kita pernah baca..

      Delete
  10. 1. Collection sabun dari hotel memang best
    2. Geram kakak nampak FM yg bermacam-macam - cantik dan terpikat betul
    3. Org kita usah kata warisan ke apa. Ada tu makan depan toilet pun tak kisah.
    4. Semunya buat kakak terpegunlah Murni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzakie,

      Saya susah nak missed ambil sabun2 hotel ni...a must. dah banyak jugak koleksi saya simpan. FM memang banyak pilihan. kalau pandai bargain, lagi bagus..lagi banyak boleh beli.

      Delete
  11. best nya dpt tgk Pantheon depan mata....saya tengok Pantheon ni dari buku Sejarah zaman sekolah aja...ahahaha..simpan impian, nak ke sini...sebab saya suka sejarah zaman Rome ni...

    Memang bagus & wajar pihak berkuasa sana kuat kuasakan larangan makan/minum dekat dgn bangunan warisan..barulah kebersihan terjamin...Terbalik pulak dgn kita di Malaysia, takde kesedaran sivik...kat mana tarikan pelancong, kat situ lah bercambah gerai2 yg kotor...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daddy ziyyad,

      in shaa allah...moga2 suatu hari nanti DZ berpeluang jugak mai sini..dan tengok sendiri keindahan senibina Pantheon dsb nya. Sejarah rome ni memang unik.

      kannnn..kat Malaysia ni pun patut implement larangan makan kat tempat-tempat warisan macam tu. Kalau nak fine, fine betul-betul..bukan sekadar signage.

      Delete
  12. datang balik blog siti, nak habiskan baca entry n tgk gambo...nice sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak tiha

      thanks sudi mai baca entry dan tengok gambar.

      Delete
  13. Tiha,

    Salam kenal. Perkongsian yang amat indah, tak pergi tak pe dapat tengok gambar jadilah

    ReplyDelete
  14. Semangat berkobar2 nak pi sana lepas baca ni...and yang paling best, i suka tengok concept sidewalk depa. Kat Malaysia, kat Colma Tropicale je ada..

    ReplyDelete
  15. kalau kat malaysia beterabur sampah n taik burung!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails