About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Sunday, February 17, 2013

Kembara Cik Siti: The Leaning Tower of Pisa, Another Cities Pinned on My Travel Map!

Assalammualaikum...

Halu friends...how's sunday? Boring? Exciting? Whether it's fun, boring sunday or whatever it is..I wish...all of you r doing fine, sihat walafiat hendaknya. I've just finished editing one of assignment, dah siap email dan bakal di-print oleh my sis sebelum submission! Walla....seronok! Dah boleh concentrate on other assignment pulak dan mulakan balik study nota kuliah. Sungguh kalut menjadi student, tapi..it's fun! Perasaan yang sepatutnya dah lama dirasai.

Now...back to travelogue. Updates on 22nd December 2012. Dah banyak hari rupanya we all di bumi Italy atau dengan gelarannya, "the boots". Sebab apa "the boots"? Sebab peta negara Italy ni menyerupai boot.

Italy dan Pisa memang sinonim. Very. Since our childhood, selalu diracunkan dengan mimpi dan angan-angan, "besar nanti boleh jalan-jalan Pisa"..wah gituuu! Banyak nau duit ko yer! Hehehe...namun bukan lagi omong-omong. Some of my friends said.."bertuah badan keja dengan kompeni ni yer." Yer, bertuah sayang-sayangku semuanya. Bersyukur for that. Namun, there's always ups and downs. Sebenarnya, tidak semua perkara adalah mudah. Perlu bersusah payah and I believe, tidak semua perkara dalam hidup ada short-cut.



So, here I am..in Pisa, with it's famous icon, 'the leaning tower'. From Prato to Pisa took us around 1 hour, tak sampai 100km jaraknya dari "hotel kegelapan" itewww. Hehehe...alhamdulillah, pagi tadi dah check-out and harapnya malam ni dapat la hotel yang kecerahan pula ya..tuan-tuan dan puan-puan. 

Okey, camera tak senget...memang tower ni yang senget. Kalau di Malaysia kita ada Menara Condong di Teluk Intan. Orang-orang Indon pulak panggil menara ni sebagai menara miring..kikiki. Nasib baik tak mereng dibuatnya kannn...hakhak. Waduh...ramai bangat pelancong indon nya, kok kaya-kaya juga ya ibu ibu bapak bapak dari Yogyakarta. :P Tershashul pulak.



Pisa is just a small city..aman dan tenang kota kecil ini. Really. Tak tipu. Sumpah. Dari tempat letak bas, we all 'dipaksa' berjalan lebih kurang 2-3km dengan melalui kawasan perumahan yang jalan-jalannya kecil dengan rumah di kiri kanan jalan ditanam dengan pokok pagar yang renek dan menghijau. Gambar tak ada. Sorry. Letih marathon kot. Pemandu di jalanraya bersopan, berkereta comel buatan Eropah, udara segar, persekitaran bersih. Tak ada sampah. Tapiiii.....grafiti di mana-mana jua anda berada. 

Gambar atas tu sekitar kawasan menara mereng condong Pisa. We all sampai di awal pagi. Masih banyak restaurant dan cafe yang belum dibuka. Pelancong dah mula membanjiri kawasan ni seawal pagi lagi.




Di sebelah Pisa, letaknya Cathedral berbentuk cross ni. Tak masuk. Sebab bayaran dikenakan. Nak panjat tower Pisa pun kena bayar 15 Euro. Baik simpan duit habuan pegi toilet. Ekekeke...lagipun tak nak spoil keadaan kesihatan. Takut pening dok spinning around menaiki tower tu nanti.



Ini lah pemandangan awal pagi dengan penunggang basikal propesyenel dari mana entah dan deretan kedai souvenir. 





Kat sini souvenir lebih murah berbanding di Florence, semalam. Key-chain boleh didapati dengan harga serendah  1 euro..dan key-chain tu pulak memang berkualiti tinggi compare to other places. Kalau pandai bargain dan bermanis mulut, lagi murah pun boleh dapat.




Okey, a little bit info on Pisa and the leaning tower. Menara ni sebenarnya adalah bell tower yang attached together with the Cathedral dan menara ni dah mula condong since the construction itself due to soft & unstable ground..masa tu depa baru bina sampai level 2 menara ni. Bila dah jadi macam tu..stop work order pun dikeluarkan oleh council. Okey, tipu! 

Kerja-kerja pembinaan dihentikan la..dekat 100 tahun lepas tu baru la depa start bina level 3 semula. Disebabkan mereng senget bangunan tu, engineer depa pun come to solution dengan bina sebelah bangunan tu dengan ketinggian yang lebih dari yang sebelah senget tu. So, to conclude all this stop and resume sebab perang la, ground tak stabil la apa semua...construction of this tower finally completed after 300 years since it's construction began.

Menara ni pernah ditutup untuk pelawat sekitar tahun 80-an dan pernah diisytiharkan tak selamat, tapi dibuka semula pada tahun 2001 setelah proses reconstruction dan usaha-usaha menstabil dilakukan ke atas menara mereng condong tersebut.

Gitu la kesahnya...



Beginilah pemandangan sebaik sebaik saja memasuki main entrance ke Pisa. We all diberi masa separuh hari untuk merayau suka-suka hati di sekitar Pisa ni. So, misi pertama akibat dari ketidakpuasan hati dengan buffet breakfast di hotel adalah, "jalannn... jaaaalannnnn... jalan-jalan cari makannn!" (sila nyanyi ikut lagu dari program tersebut untuk ambik feel yaa...)

Amoi-amoi nak makan chinese food. We all yang muslim ni berpecah dua group. I dengan Husna makan dekat kedai kebab ni. Letaknya di luar kawasan Pisa, dekat jalan masuk je. Awal-awal tadi lagi dah aim restaurant ni. Chefnya muslim...macam dari India atau Pakistan je. Not in the right situation nak interview dia. We all makan dalam restaurant ni sambil tengok program televisyen yang we all tak paham satu ape pun...boleh gitu.hehe. 





Food is nice...tandoori ya uols! Terus teringat tandoori and naan kat Kapitan. Nasib baik la ada rezeki we all kat Italy ni. Alhamdulillah.




Habis licin salad, tomatoes, onion and mayo tu...tak baik membazir, kan? Dekat luor restaurant kebab ni ada lagi kedai menjual t-shirt dan beg. Tak beli..tengok-tengok je. Sebab sepanjang jalan masuk tadi dah nampak deretan kedai menjual souvenir. And again, peniaga nya terdiri daripada Bangladeshi. Kebanyakannya, bila ditanya, memang faham bahasa melayu dan pernah berkerja di Malaysia. Fuh..worldwide depa ni kan..demi sesuap nasi. 

Selesai dengan urusan membeli-belah..lepak at McDonalds. Dengan satu tujuan -- nak cari toilet, nak cari toilet! Instead of kena bayar 1 euro untuk masuk toilet, baik beli cappucino dekat McCafe. Kopi dapat, toilet pun masuk free..hehehe. 





Nampak tak dekat resit tu, 'toilet code' 3E. Nak masuk toilet kena enter-code yang tertulis kat resit tu. Meaning, kalau bukan customer McDonalds, anda tak boleh masuk dan guna toilet yer..unless, ada orang bocorkan kod tandas itew. Hehe...clever!

Perjalananan petang ni masih panjang. Lebih kurang 375km yang bakal mengambil masa hampir 4jam melalui A1 motorway, menuju ke Rome! Kota antik!



Tido, makan, celik, capture gambar. Bernasib baik, tak missed pemandangan sunset walaupun hanya dari dalam bas yang bergerak laju.




Rona senja..menginsafkan dan mengingatkan I pada kebesaran Allah SWT. Could it be another beautiful sunset..like this..?




Subhanallah. :-) Speechless. 


Orite...I better stop for now. More updates on Rome very soon. Dah nak sampai ending travelogue ni...going to missed Italy!

Take care peeps...and have a great monday, tomorrow.


Love,
Murni Alfathunnisa Ishak


XOXO :D
Publish!


25 comments:

  1. Salam Al Murni

    Akak hanye mampu merenung sepi menara Telok Anson tu ja....sambil minda terbang ke Italy.....* huh..tragis sungguh ayat *

    Licing pinggan tu ? ....awat tak tolong basuh ja....then mintak discount for 1 euro....buat bekal masuk toilet....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yong ASP,

      Hehe..mula-mula merenung sepi menara teluk anson..lama-lama nanti sampai la ke pisa..in shaa allah. chek pun kena pi teluk anson dulu..berbelas tahun dah baru sampai sini.

      pinggan tu tak payah basuh yong...masuk je dalam rubbish bin....ekeke..peniaga tu dah tau..mesti ada yg nak mintak discount kalau tolong cuci pinggan kat diorang....ekekeke

      Delete
  2. Menara condong teluk intan dah pi.. PISA kat bayan baru pun dah sampai... lepas ni memang kena pi sini la pulak nampaknya... che wah.... tapi mana la tau kan ada rezeki... memang nampak cantik sangat....

    Betui la murni beruntung kerja kat kompeni tu...kompeni apa yang kaya sangat ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. makchaq,

      tu la..rezeki..mana la nak tau kan...tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia..siapa tau.

      construction & property developer. idak le kaya makchaq oi..tapi biasa lah..kalau tak ada tax deduction takkan la kompeni sanggup bersusah payah bawak staf depa kan. lagipun bos chek suka travel n holiday oversea dengan family..so sebab sayang kat staf yang tak berapa ramai ni...dia bawak la kami sekali. :-)

      Delete
  3. Tu dia, punyala possessive toilet depa nak masuk pun siap bagi kod na, sabaq jalah. Betoi la jugak kan, satgi semua Tom, Dick & Harry dok masuk guna toilet depa walaupun tak keluaq barang sekupang, eh, seuro, hehe.
    Cantiklah semua bangunan tu. & the sunset, subhanallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak dinas,

      toilet depa ni jangankan free yang berbayar pun ramai sangat orang. tambah lagi kalau restaurant dekat tourist spot...semua pakat dok masuk toilet...tapi bukan customer restaurant pun. terpaksa la depa buat camtu.
      tengok sunset tu rasa macam nak pi habaq kat drebar...tolong brenti sat..kami nak ambik gambaq...tapi..unfortunately drebar depa dok buat muka ketat. takut nak pi tanya..haha

      Delete
  4. Walaupun hanya tumpang baca, tapi tetap rasa teruja. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakcik,

      saja nak kongsi keterujaan tu dengan kawan2..hehe..

      Delete
  5. bestnye!!! errr... kalo da kecemasan.. nak buang kat mana????

    ReplyDelete
    Replies
    1. zette,

      public toilet ada...tapi biasa lah..kena keluarkan fulus lah..biasanya caj masuk ke toilet dalam 0.50-1.00 euro...sekali masuk.

      Delete
  6. 1. Seronok
    2. Org bangla ada dimana-mana tapi mereka gigih
    3. Masuk toilet pun canggih hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzakie,

      ya..kegigihan tu patut kita contohi.

      Delete
  7. Dik, ada tak amik gamba toilet tu. Nak jugak akak tengok sebab kemain berkod2 lagi depa. Bersih dan canggih agaknya. Ke takut jadi macam kat sini. Free je tapi baunya haruuuummmm sangat!
    Dua tiga menjak ni best betul akak dapat jalan2 italy dgn murni dan jalan2 brunei dgn dinas. Save budget. Hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak aidah,

      kalau dekat mcd ni bersih la tandasnya. tapi ada satu tandas masa kami singgah kat autogrill, rnr depa la kan...kotor ya amat. dah la kotor..lampu pun tak ada. free la katakan. terpaksa la simpan sekejap hajat tu. huhu.

      Delete
  8. - 15 Euro nak naik Menara Pisa ni ya? Kena lah simpan duit awal2 ni...hahaha

    - Power la Bangla, kat Italy pun depa kerja ka? Depa bleh cakap italian ka?

    - kah kah kah...Mekdi Malaysia patut tiru stail code toilet tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. daddy ziyyad,

      ya, 15 euro..tak banyak. tapi dek takut pening dan nk simpan peruntukan pegi toilet..tu yang tk nak naik.
      italian pun boleh..english boleh..bahasa melayu pun boleh..haa...camne tu..?ada berani..??

      Delete
  9. Cop, kod toilet tu nak guna camana? kena tekan button baru pintu toilet terbuka ke? atau kena sebut code tu ala ala P.Ramlee nak bukak pintu gua? :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. daddy ziyyad,

      ada keypad dgn button2 segala dekat pintu tu..ala2 nak masuk bilik kebal gitu..haha.

      Delete
  10. Singgah membalas kunjungan. Nice photos, nice place...and a very good experience. Cerita pasal tandas, kalau kat Germany ni..kalau kat public toilet kat highway..masuk bayar 70sen euro..pastu dapat balik voucher 50 sen untuk diguakan di kedai kat hiway tu. Tapi takde le sampai berkod bagai...cuma masuk coin then pagar terus buka then resit/voucher tu keluar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. khairul abdullah,

      thanks sudi membalas kunjungan..and thanks again kerana kongsi pengalaman kat sini. appreciate it very much. kalau singgah toilet kat motorway diorang ni, diorang collect duit gitu je..antara 50cents euro ke 1 euro, tapi....takde voucher. kiranyanya kat germany bermurah hati sikit la..at least dia return 50 cents tu...good lah! :-)

      Delete
  11. salam..
    bestnya trip ke pisa ni. agak2nya la kan... boleh tak nak tanya sikittt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. syieda,

      salam..
      alhamdulillah fun. tapi kami ni sebab ikut tour package. agak tak cukup makan lah..hehe. nasib baik la ada bekal megi cup dan roti. boleh je, nak tanya apa tu..?

      Delete
    2. ooo.. ikut package rupanya.. ingatkan nak tanya kat pisa ni ada tempat nak simpan luggage tak?
      lagi satu la kan.. dari pisa ni nak terus ke milan ker atau stay sehari kat florence? mana yg lebih afdal?
      kekkekeke

      Delete
    3. syieda,

      milan dengan pisa jauh tau. lebih baik stay one night kat florence. florence tempatnya cantik. boleh shopping kat leather market. pasal tempat simpan luggage tu tak pasti la pulak.

      Delete
  12. menariknya..Ya Allah bestnya kalau dapat pi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails