About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Friday, February 15, 2013

Kembara Cik Siti: Through these old streets of Florence..I wander dreamily...

Assalammualaikum..

Dear friends..

Sambungan jejak kasih seni di kota renaissance, Florence, on 21st December 2012.

We all berhenti rehat di sini -- Pazskowski. Ada free wifi!! Weeee...macam jakun je bunyinya. Manakan tidak.. dah berhari-hari di bumi Eropah, punya la susah nak dapat free wi-fi. 





Sejam jugak we all berhenti rehat sambil mengopi kat sini. Lega sat..duduk dekat dengan fireplace dalam cafe tu..keep us warm.





Leka menghayati keindahan senja di Piazza della Repubblic dari dalam cafe..surrounded by beautiful old building, lit up wit decorations light. Just during festive season I guess.....




Bagaikan sebuah karnival..berbasikal, berjalan..bergambar, membeli belah, melepak..bermacam ragam dan telatah manusia yang dapat kami observe kat sini. Seronok. Melekakan. Qalit.....orang utaqa kata!




On the left hand side of the cafe...



In front of the cafe...ada carousel lah! Ngeee....macam budak-budak!




On the right hand side... Hard Rock Cafe di sinunnn....



We all bergerak meninggalkan cafe dan cawan kopi yang masih bersisa sesudu dua. Butik-butik, gelateria, pizzeria, pasticceria di sepanjang jalan sekitar kota warisan ni sangat menggamit hati kami...untuk berjalan..dan terus berjalan..tak rasa letih pulak tu.

Satu pengalaman baru mungkin! Rasa teruja bila dapat tengok setiap satunya, mengenali dan cuba memahami culture dan lifestyle masyarakat di Florence. Lalu depan kedai pastry...khusyuk memerhati beraneka jenis pastri yang nampak tempting sangat. Lalu depan gelateria..pun sama, aiskrim gelato yang berbagai pilihan rasa dan warna hampir-hampir membuatkan air liur meleleh! Hakhak...tak senonoh betul! 





Dalam ribuan Italian ni..sesekali terserempak sekumpulan dua pelancong dari Indon and I believe from Brunei too..recognized by their bahasa melayu accent. Ada yang tak sombong..boleh berbalas senyum lagi. The smile is beginning of love! Gituuuuu ^_^




Masa semakin suntuk. Dah kena gather dekat meetpoint semula..balik ke Santa Maria del Fiore yang letaknya di Piazza del Duomo. Sebelum terlupa, nak habaq..bagi sesiapa yang nak mai Florence untuk beli barangan kulit...sangat la sesuai nya ya. Florence ada it's own leather market. Macam a-must-visit jugak la. Cuma we all ni saja yang dah tak sempat nak pi pun.





Christmas tree dah lit up! Cantik. Seronok betul tengok depa ni, excited belaka, semangat nak raya la katakan! Macam kita la jugak kannn...kalau dah menjelang raya tu sibuk dengan pelita nya la..dengan lampu lip lap segala kannnnn...toksah dok kata orang la. Tengok dalam kain sendiri dulu. Hehehe...emo makcik ni. Yang penting, kita tak celebrate perayaan yang tak sepatutnya ni. Always remember, "bagimu agamamu, bagiku agamaku". Itulah yang menjadi pegangan akidah kita sebagai muslim. :-)




Masa we all menunggu ketibaan VVIP (yang selalunya jadi orang yang ditunggu..), di sebelah kanan cathedral tu ada la bendalah ni..nak kata pementasan..takde bergerak pun. Macam display je. Maksud atau cerita di sebaliknya, unknown..tak kuase mak jemah nak ambik tau segala kannn..!




Macam tak nak balik bila merasai suasana macam ni! Namun apakan daya, perjalanan harus diteruskan. Semuanya ini hanyalah persinggahan buat insan-insan yang berkelana di bumi Allah SWT. Bersyukur saja diberi peluang melihat dunia luar.

30minit perjalanan membawa kami ke Michaelangelo Square, nun jauh di atas bukit yang entah tak tau ape ke namanya..yang jugak puncak tertinggi di kota Florence. Unfortunately, datang waktu malam..night view sekadar lampu-lampu di bawah sana yang boleh dihayati. Cuba capture gambar....so sedih, tak cantik pun! Cahaya berbalam-balam.

Kalau datang waktu siang, Michaelangelo Square has it's own magnificent view of Florence to offered! Serious..lepas balik Malaysia dan google pemandangan dari Michaelangelo Square tu baru la nampak dengan jelas pemandangan kota Florence. View yang common digunakan sebagai imej cenderamata such as FM, key-chain, wall deco..etc.




Ada la jugak tanda kenangan..bukti dah sampai sini. Sorry..David tu asyik berbogel je kejanya. Tak reti sejuk dia ni! 

Yang dipelajari di Florence -- they really appreciate their heritage. Senibina dari peradaban renaissance dijaga dan dipelihara dengan baik. Hampir tak nampak bangunan moden di celah-celah bedah bandar Florence yang kecil bukan sebarang kecil ni. Seni ukir dan arca-arca yang memang epik! Apa yang dibaca dalam teks sejarah sudah direalisasikan, disentuh...di depan mata. It's for real.




Malam ni...bermalam di apartment-hotel, Wall Art ApartHotel yang letaknya di Prato. Pelik hotel ni. Situated at the heart of the city, ample parking tapi..........tak berkenan betul dengan bilik ni. Katil kecik! I dah la tido buas kannn...terpaksa pecah rahsia, geram punya pasal. Lepas tu katil tu berhimpit dengan katil sebelah, langsung tak ada space. Private space is important to me.

Hotel ni bukan setakat gelap dan kelam dalam bilik je..dengan deco dark-tones, on semua lighting pun dok gelap situ jugak. Okey I rabun. But, corridor area pun gelap. Really energy-saving punya hotel. Guna sensor. Bila lalu, baru lampu nak menyala. Seram bulu roma mak jemah! Reception and lobby area letak dekat basement level..hehe..funny betul la hotel ni. Nak menambahkan lagi stress, heater dalam bilik rosak! Kekdahnya malam tu tido dengan berbajukan long-johns, selapis t-shirt, selapis pyjamas....selimut bungkuih sampai habis. Itu pun menggeletar lagi. Cabuk betui!

What else do u expect? Bayar murah..berbaloi dengan harga la kan..hakhak. Ampun boss...salah tour agency..bukan salah u. :D

Okey la..yang di sini dah mengantuk, yang di sana tak mau tido lagi kah? Semalam pukul 1.00am, malam sebelum tu pukul 3.00 baru la dapat menganyam mimpi. So, malam ni qada tido. Mohon undur diri dulu. Travelogue akan di-update sehari dua lagi okeh. Jaga diri, musim demam sekarang ni. 

Daaa...



Love, 
Murni Alfathunnisa Ishak



XOXO :D
Publish.




25 comments:

  1. sungguh bersih dan cantik tempat dia orang kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakngah,

      diakui bersih. bangunan lama terjaga rapi.

      Delete
  2. masyaallah...cantik nye tempat2 diorg....yg menambah lg cantik sbb cara fotography tu....mmg superb nice...

    pandai cik murni tgkp pic...

    ReplyDelete
    Replies
    1. fatiha,

      erk..kembang sat..haha. kamera cinonet murah je. skill tak tera mana pun chek oi. sebenarnya..minat ja lebih..tapi bab nak menajamkan skill tu memang tak daya lagi. dan yg paling tepat sekali..tempat kat sana dah azalinya memang lawa. :-) ngeee...

      Delete
  3. Cantik tempat tu, suka tengok lampu2 di pokok krismes & bangunan. Bila pi bercuti, walaupun bilik hotel cuma untuk tidoq tapi kalau tak selesa, rasa mau nanges jugaklah kan. Itu akak la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak dinas,

      ikutkan memang kena redho ja...tapi chek rasa hotel ni la paling worst dalam banyak2 hotel sepanjang percutian kali ni. tu belum cerita bab buffet breakfast dia..so sedih, sebab tak bermewah pun takpa yang penting amenities tu semua elok..

      Delete
  4. Salam Mak Jemah

    la....ruginye tak rembat seketol dua barangan kulit deme....dapat jaket ka satu....pas tu pi sedekah kat David tu ha....sian dia...tak tau nak sorok tubuh kat mana daaa......lagi malu dia kome begambor depan dia.....hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yong ASP,

      kalau dah rembat jaket sehelai dua, tak kuase la mak jemah nak sedekah kat david....hehehe..

      Delete
  5. Suka tgk bilik air tu.....teringat masa den kat Taiwan dulu....ahakz.....hensem...ahakz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jebat,

      ruang shower pun kecik...hehe...banyak benor chek dok komplen kan. hmm...takde bath-tub tapi ok la bathroom kat sini. yang penting bersih.

      Delete
  6. Hello Dear :) .
    Great blog. Interesting post.
    Have a nice weekend.
    Welcome to my blog.
    http://photographyismyexistence.blogspot.com/

    Like me on Facebook. I will be extremely grateful.
    https://www.facebook.com/pages/In-another-light/413836138693856

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patrycja,

      hi dear..
      thanks visiting my blog. will drop by yours soon.. :-)

      Delete
  7. Seronoknya baca pengalaman Siti ni. Tak banyak saya baca kisah Itali ni.
    Negara depa bersih, tersusun dan nampak cantik sekali kan?

    Sambung sambung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak azie,

      ya betoi tu..terutama sekali di Florence ni dan Milan. Bangunannya semua tersusun..bangunan lama dipelihara baik. Dah dapat taraf world heritage site, bangunan lama ni semua memang kena maintain dan tak boleh diubahsuai sesuka hati.

      nanti chek sambung naa..

      Delete
  8. terimakasih erkongsi gambar2 dan cerita yg menarik..yalah diri sendiri belum mampu kesana hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak kamsiah,

      terima kasih kak..mudah2an ada rezeki kak satu hari nanti.

      Delete
  9. Kalau tenngok gambaq2 (gambaq ja la kan..)belah2 eropah tu, depa memang kekaikan bangunan2 lama tu kan... tapi bangunan depa pun batu kukuh.. kita ni istana raja pun kayu.. memang tak tak tahan lama la kan...

    Ok la bilik tu.. kalau macam Mr Bean lagi la haru, nak kena tebuk pi bilik orang pulak nak mandi...he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq,

      betui makchaq, bangunan depa kukuh. tu tandanya kejuruteraan dan senibina di zaman depa memang dah advance.

      Delete
  10. Akak cukup suka tengok jalan2 kat europe ni. Semua jenis batu2. Sedap je bila jalan. Dahlah cuaca sejuk. Tak letih pun especially kalau ongkos tebal. Hehehe.
    Tang hotel tu akak setuju. Nampak gelap, muram je. Tak boleh imagine bila tidur tanpa heater. Agaknya sejuk sampai ke tulang ya dik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak aidah,

      jalan2 guna cobblestones..cuaca sejuk..peluh pun takde. cuma kalau ongkos tebal tu..lenguh kaki tak terasa sangat la..hehe...betul sangat dah tu.

      kak aidah, nanti tolong email kan address kak kat chek naa... ctmurnie@yahoo.co.uk

      Delete
  11. Kalau saya....bleh saja duduk 3-4 jam nikmati kopi sambil 'people watching' kat bandar macam tu...dah la sejuk...best! hahahaha

    Michaelangleo square tu waktu siang mmg cantik lah! saya Google! hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. daddy ziyyad,

      ikutkan hati memang nak berlama-lama, tapi apakan daya..kena punctual kalau ikut tour.
      amvoiii...dah google siap noo..tak lama lagi in shaa allah sampai ler tu..! :D
      malam pun cantik..tapi nak rakam dengan kamera murah ni al-maklum saja la.

      Delete
  12. siyes memang cantik tempat dorang..bersih je
    tang hotel tu redha je la hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails