About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Friday, March 29, 2013

Cik Siti Goes 'Penang Cycling Treasure Hunt 2013'

As scheduled, seawal jam 5.15am 24th March hari tu I telah membangunkan diri sambil menggosok-gosok mata yang mengantuk mengharungi Jambatan Pulau Pinang yang sikit pun tak sesak. Extra-ordinary sunday morning bangun seawal ini. Semangat tuuuuu...




Event yang ditunggu lebih kurang sebulan lamanya. Tiada persediaan memburu. Jentera kayuhan pun hanya disewa. Knowledge-research vise, hanya sekadar pemerhatian during our last sunday ride di tengah-tengah bandaraya Georgetown.




Lepas pick-up our bike di Victoria Street, we all berbasikal ke Upper Penang Road with guidance from PCTH crews. Tak payah guide pun takpa...macam la kami tak tau mai sini..*riaknya! Ramai dah berkumpul kat sini. Semangat berkobar-kobar uols.





Basikal merah macam beskat pakcik posto tu basikal orang yang buat entry ni. Nasib badan. Tak dapat MTB..dapat beskat ni saja..takpa lah, janji ada jentera. Jangan suruh I jalan kaki sudah.

Budak dalam gambar tu sedang termenung memikirkan, "apa nak jadi pulakkkk....??" Ajak breakfast red bean bun pun beliau jual mahal. Suka biar perut kosong. Well..ketegaq kannn.





Kalau posing...tak payah ajak. Beliau laju je. Macam tindakan refleks gitu..cukup responsive dengan camera, tak kira dari spesis apa sekalipun camera berkenaan.

Perut lapar...diorang kasi red bean bun je. Ingatkan ada la secawan kopi dari Coffee Tree ke...nasi lemak dari Cititel ke...huhu..rupa-rupanya, itu semua hanyalah dalam mimpi tengah malam sebelum tu. Hampeh!




Cik Pink (bukan nama sebenar) sedang membelek henfon beliau. Tengah check-in barangkali. Eh silap..yang check-in tu orang lain. Orang yang buat entry ni. Hikhikhik. Apa dia 'check-in'? 'Check-in' tu gunanya untuk memberitahu sekalian manusia di Facebook bahawa di pagi ahad yang hening tu kami bukan berada di atas katil empuk. Hohoho...




Basikal ni bukan dari kedai sewa dan bukan juga untuk disewa. Basikal ni milik budak-yang-memikirkan-'apa nak jadi pulakkk'. Beliau beria-ia minta gambar basikalnya di'post'kan di blog ini. Beliau ingat blog ni mudah.my ? Beliau tak tau blog ini susah.my ....hahaha. Kesian beliau, salah medium pengiklanan. Untuk menggembirakan hati beliau, I post jugak gambar basikal ni dengan perasaan dengki sebab masih belum mampu memiliki basikal sendiri.




Ketika di garisan permulaan...tetiba feeling join explorace pulak..! hehehe...tapi seronok lah, ramai-ramai berbasikal macam ni. Then all of sudden..satu gerombolan besar berpecah-pecah ikut team masing-masing. Owh..lupa nak habaq...we all team of 4 menamakan team we all as "Teja's Angel". Bangsawan sangat kannn....! Hehehe..haippp...jangan gelak!



Ini antara tempat-tempat yang kononnya ada "harta karun". Dah nama pun memburu harta karun kannn...pasaipa takdak pulak. Sejarah dan warisan tu la "harta karun"..aset yang tak ternilai sebenarnya. Gambar atas, dari entri lama dulu -- Dr. Sun Yat Sen base yang letaknya di Armenian Street. Ada beberapa soalan dari booklet perlu dijawab, tapi kena mai sini, baru dapat jawab. Alhamdulillah.. the caretaker is such a nice person. Dia tolong jawab dan siap bagi explanation segala. And..paling mengharukan..siap offer minyak yu yee cap limau untuk budak-yang-memikirkan-'apa nak jadi pulakkk'. Budak tu tak sihat sampai termuntah-muntah, kesian.



Dari Armenian Street, we all berkayuh semula..melalui Bishop & Farquhar Street.


In between Pitt Street & Farquhar Street, we all ada task kat bangunan atas ni, St. George's Anglican Church. Misi mengira jumlah pintu yang berbentuk arch pada bangunan gereja ni. Hampeh...tak pasal-pasal kena marah dengan security guard bertugas kat situ. Tiada kesinambungan kah antara penganjur dengan tuan punya premis. Sentap kena marah, terus we all masuk gate sebelah, checkpoint ke 2 Sek. Men. Hutchings.
 


Gambar atas ni copy dari official facebook page PCTH. Ada jugak muka we ols yang tak glamorous terpampang kat page tu..hehe...mengayuh ke Checkpoint 1 di Upper Penang Road Mall.


Tukang tiup belon dan tukang pecah belon berjaya..hehe..tak sangka ada bakat terpendam depa ni. Ni masa bonus game kat Checkpoint 1. Chek? Tukang gelak ja...hehehe.



Selesai task sekitar Espalanade, sempat la I capture gambaq ni..jarak dekat...tak nampak la keseluruhan rekabentuk kolonial bangunan MPPP ni. One of Penang's icon.




Cenotaph..memorial peringatan untuk yang terkorban semasa World War II. Ni pun sebahagian dari task. Kena count fencing kat situ and a few soalan lain.



Pokok bunga tanjung pun sebahagian daripada misi. Kena catat tarikh pokok bunga tanjung sekitar Padang Kota ni ditanam. Dah la banyak pokok..luas pulak kawasan tu..dan tengahari kottt waktu tu. Panaih nya tak tau nak habaq..
 


Bonus game lagi..Checkpoint 3. Kesian depa..kena paksa makan 6 keping biskut kering. I exhausted sangat dah..kaki pun cramp..apa pun tak bleh!

Selepas mengecop di Checkpoint 3, we all pun dengan semangatnya menuju semula ke Lebuh Ah Quee, dari Esplanade dan tiba-tiba sampai di Beach Street, telah pula diarahkan balik ke tempat penamat. Qualifying time dah lepas. Huhu...sedihnya. Tinggal nak chop ja kat Checkpoint 4...tapi apakan daya.

We all takdak pun menanam impian untuk menang..sebab tau, ramai yang otai. Lagipun join event ni just for fun dan mengisi masa lapang gitu. At least...we all dapat la bersosial sambil beriadah macam ni, dapat knowledge, tau sejarah, kenal tempat lahir, dapat jersey...dapat sakit kaki..okey what?!

Lastly, congrats to Cik Wanie, si tukang pecah belon yang berjaya itu kerana berjaya menggondol hadiah lucky draw 60min massage di Danai Spa! Oh yeah..anda kebanggaan pasukan okeh!

So...next event berbasikal...bulan 4 pulak..lalalala. Anyone..nak join?? Jom laa..kita sakit kaki bersama...


  
 

20 comments:

  1. ok aku sentap. beskal aku tak di capture dlm pose meletops...sebaliknya post senget. cesshh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sugarhoney..

      beskat anda telah berjaya pose dengan jaya di pesbuk..so kat blog ni kena low profile sikit.

      Delete
  2. Kalau tau iols join group uols... Hajat di hati nak join event jenis2 cmni, tapi takde geng yang boleh berbeskal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. asraf,

      laaa...hari tu we ols dok riuh rendah kat fb pasal event ni awat tak habaq nak join..bulan 4/5 ni ada event lagi...ce tanya cik wani dengan pn nadia...befrienders punya event kot..ride dalam town.

      Delete
  3. kalau bawak anak boleh dak??hahaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak diana,

      anak yang besaq ada ja yang bawak..hehe..macam satu family team ja chek tengok..best ja. :-)

      Delete
  4. wow best..suka layan gambo2 siti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak tiha..

      terima kasih. nasib baik banyak masa yang kelam kabut during treasure hunt tu..kalau tidak..lagi banyak la gambar nya..hehehe

      Delete
  5. Awat kena marah dengan pak gad kat gereja tu, patutnya pihak penganjur habaq la kat dia, haisy.

    Tak menang pun takpa, janji hepi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak dinas,

      tak tau la depa tu tak co-ordinate atau macammana. pak gad tu semacam punya annoyed tengok lepas satu group..satu group lagi masuk nak kira pintu tu.
      betul2...tak menang pun takpa..banyak faedah yang kami dapat dari program mcm ni. alhamdulillah.

      Delete
  6. wow...

    enjoy your weekand... nampak menarik :)

    ReplyDelete
  7. saya dah banyak kali pegi ke kedai basikal, konon2 nak bereksesais la bagai. tgk2 harga pastu kuar balik pkir 5-6x. mau nya idak, harga riban2 jer. paling penting sbb x de geng nak main. kalau ada geng sama kepala kan best....

    ReplyDelete
    Replies
    1. eelobor,

      kat sini MTB below 1K pun ada tapi..kena pandai cari kedai n bargain. kalau nak ride for fun..beli yang murah je dulu. Tapi tu la..betul jugak..paling penting..kena ada kawan..baru best.

      Delete
  8. Dik Murni, mak kak Aidah dah meninggal petang tadi..Al-Fatihah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,

      Baru tengahari tadi chek pi komen entry kak aidah yang last tu. Ya Allah..semoga kak aidah tabah menghadapi ujian ni.
      Al-fatihah buat arwah.

      Delete
  9. IM dah lama tak cycling. Masa muda dulu pi kerja naik basikal racing je...

    ReplyDelete
  10. Padan la dok pi training sebelum ni.. rupa2nya nak explore race...

    Dulu2 rajin jugak bawak anak2 pi Run. Merata join.. tapi dah tua2 ni tak mampu la pula..

    Mesti seronok kan....tak menang pun tak kisah...

    ReplyDelete
  11. bestnya akak... sayangnya tak dpt join

    ReplyDelete
  12. seronok dpt berbasikal.jeles tau.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails