About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Tuesday, March 12, 2013

Cik Siti's Sunday Ride: Discovering Street Art of Penang

Ketagihan melanda 3 orang wanita ni..kesian depa! Hehehe...tak mengapalah..yang berlalu tu cuma sesi latihan. Actually, we all bertiga dengan lagi sorang kawan yang takdak dalam program ni join 'Penang Cycling Treasure Hunt' hujung bulan nanti. Tu pasal dok berlatih naik basikal apa semua...takut on-the-dot nanti dok tercangak-cangak kekok nak naik beskat.



Lagi satu, bertujuan nak memahami paling kurang pun a few important routes kat Georgetown ni haa. Inner city of Penang ni memang banyak streets, lanes, roads, gat...dengan macam-macam nama..ada yang tak familiar langsung, tapi dok lalu kerap jugak!


Okey, pagi tu, dari Chew Jetty, we all across the main road teruih la masuk area ni.. Armenian Street. Lawatan kali kedua bagi I dengan Dik Na...first time untuk Cik Wanie.


"Reaching Up" mural painted at Cannon Street

Walaupun dah dua kali mai...ada jugak interesting item yang we all terlepas pandang sebelum ni. Ramai yang dah tau...Georgetown lately semakin hot & fofuler dengan street art...baik mural paintings mahupun steel rods sculpture that can be found almost everywhere in the heart of the city. Semua mural paintings dan steel sculptures ni dihasilkan berdasarkan observation by related artist towards the people, culture and history of Penang. From Armenian Street, sekejap je we ols dah masuk Cannon Street. Gambar atas -- seorang budak sedang dalam proses menggapai botol mineral water dengan memanjat kerusi yang hampir patah dan dibantu oleh dua orang assistant tak bergaji. Suka-suka ja dua orang tu enterprem! *sila jangan percaya cherita ni..dakyah semata-mata.




 
This steel rod sculpture erected at Armenian Street. Nasib we all sangat baik pada hari berkenaan, tiada yang menggangu, mengorat mahupun cuba memotong queue dalam proses berfotografi.






at Cannon Street Heritage Core Zone

Sculpture atas tu adalah meriam sebagai memperingati peristiwa Penang Riots yang katanya was fired from Khoo Kongsi sampai la tinggal lubang peluru meriam tu di Cannon Street.  Dari situ la dapat nama lebuh ni. Kesahnya..Ghee Hin dan Hai San bergaduh dalam satu perebutan kuasa monopoli industri perlombongan bijih timah pada waktu tu...so depa berperang guna meriam..9 hari 9 malam uols! Lebuh Cannon ni menghubungkan Lebuh Armenian dan Lebuh Acheh (Acheen Street).



 
Masjid Melayu Lebuh Acheh

Nahhhh....ini dia..yang lawatan sebelum ni tak dapat nak capture, Masjid Melayu Lebuh Acheh. Gaya penceritaan macam jauh ja kan, but actually, tak jauh pun..dari tempat shoot tadi boleh nampak menara masjid ni yang teguh berdiri di antara lorong kecil di tengah bandar warisan. Tiba-tiba teringat pilem "Negeri 5 Menara" yang baru I tengok semalam. Sangat best pilem berkenaan! Sahibul Menara! Man Jadda Wajada!


The end of Acheen Street leads us to Cannon Square where Khoo Kongsi is located. Masa kat entrance ni ada one tourist lady, British I believe..recognize from the accent. Dia nak capture photo i dengan my sis la! Apa lagi..ahkak dengan rasa vangga kembang hidung segala telah menawarkan pose yang begitu mesra pelancong dengan doa mudah-mudahan muka we all berdua akan dipublish di majalah Lonely Planet ataupun DestinAsian. Tak hagak-hagak ahkak punya perasan yaa...maaf lah...keterujaan ahkak agak melampau bila masuk bab-bab melancong, pelancong dan dilencong ni!

 


Sebagai mengubat hati Cik Wanie yang mulai frust kerana beliau pasti takkan appear dalam majalah pelancongan terulung itu...we ols pun ambik lah gambar beliau di sini. Keshiannnn dia.


Leong San Tong Khoo Kongsi

We all tak masuk pun, tengok dari luar saja sebab banyak lagi tempat we all nak kena jelajah sebelum hari menjelang petang. Sementelah, perut pun dah lapaq balik..tekak pun dah kering...dok nampak cendol penang road dalam mangkok saja!


Khoo Kongsi ni macam rumah suku gitu..tempat clan Khoo ni berasosiasi. Nak masuk kena ambik tiket dulu.


Tanpa berlengah, we all berbasikal lagi..dan lagi..dan lagi...melewati jalan Masjid Kapitan Keling.


Masjid Kapitan Keling


Sungguh permai sekali! Belum pernah berjemaah di sini. Suatu hari. In shaa allah. Dugaan sungguh berbasikal di tengahari dengan perut lapaq. Penaya sungguh...cuma mampu lalu ja depan nasi kandaq beratuq...nasi kandaq hameediyah...aiyoooo....kejam sangat!

Finally, sampai jugak we all di Penang Road. Cendol kami datang!!! Seranggggg...! Dahaga kot...semangkok macam tak cukup ja. 
 



Naik basikal best....parking betul-betul depan kedai. Mana nak cari beb! Only with bicycle. Naik kereta nak parking segak bergaya macam ni...?? Hmmm....peluang julung kali la kalau dapat parking strategik di celah-celah bedah kesibukan Georgetown ni.

Sejam lepas tu, we all meneruskan kayuhan...banyak lagi street art yang belum sempat kami tinjau, berselerak di merata lokasi. Tanpa menggunakan map..we all cerodong ja ikut celah mana pun..takut apa, bukan nak sesat.






Kalau takut sesat...ikut ja group jalan kaki ramai-ramai ni...confirm ada punya, especially during weekends. Ramai yang ambil kesempatan berjalan-jalan di sekitar heritage core zone ni di hujung minggu gara-gara tarikan street art. Don't worry.



"Boy on a Bike" of Ah Quee Street.

Sungguh tragik budak atas moto ni. Baru dalam proses nak mengorat Cik Wanie, terus kena cepuk dengan mak tiri! Hahaha...


Mural ni letaknya di Ah Quee Street bersebelahan dengan lagi satu mural bertajuk 'Little Boy with Pet Dinosaur'. Tiada gambar. Sebab keadaan dinosaur berkenaan telah mulai pudar warnanya..dah luntur. So sad.




 
Yang atas ni pun dekat Ah Quee Street.
Photo bawah ni the 'Spy' sculpture..hasil karikatur Reggie Lee. Letaknya di Kampung Malabar dan berhampiran junction Cintra Street. Area ni dulunya diduduki oleh komuniti Jepun yang bukak perniagaan macam kedai gambar, klinik gigi dan rumah pelacuran jepun. But...kisahnya depa ni berselindung di sebalik aktiviti komersial ni dan melakukan kerja-kerja perisikan gituu...wah...ayat ahlil antropologi!



The Covert Affair of Cintra Street..haha..yang ni chek yang pandai-pandai bagi nama...


"The Win-Win Situation" at Muntri Street



Another sculpture..juga berkaitan industri perlombongan bijih timah...di Lebuh Muntri. Lebuh Muntri dinamakan sempena nama Orang Kaya Menteri Larut, Perak iaitu Ngah Ibrahim. Baru la I tau...ada relate jugak Ngah Ibrahim ni dengan sejarah komersial di Penang. Tauke-tauke bijih timah di Penang ni berurusan rapat dengan Ngah Ibrahim di Perak nun. Baguih la aktiviti berkayuh ni..sambil senaman..dapat pulak knowledge. I loike..tak wasting time. Alhamdulillah. :-)




"Little Girl in Blue" by Lithuania-born artist Ernest Zacharevic -- Muntri Street

Masih di Muntri Street. Lucky that we were able to find this mural..also painted by Ernest Zacharevic seperti yang lain-lainnya. Mula-mula si Ernest ni nak melukis mural dulu..payah jugak beliau nak cari lokasi yang sesuai. Bila dah dapat yang sesuai kena mintak approval dari MPPP dulu..dah approved, baru la beliau dapat melukis. Tapi bila fenomena street art ni jadi tumpuan pelancong, ramai pulak tuan punya bangunan di sekitar Georgetown ni menawarkan dinding bangunan depa untuk diadakan mural painting.




 
Hat atas ni chek suka..."one tall double shot decaf espresso"..haha...alih-alih "kopi o kaw" jugak...! Karikatur yang dah di'sculpture' ni semua memang sangat-sangat menarik...





"Dey, cut down on salt! Hair thinning dah!" Another steel rod sculpture at Green Hall

Sculpture kat Green Hall ni adalah yang terakhir sebelum we all memulangkan beskat di The Leaf. Tapi sebelum balik, we all berhenti berteduh dari hujan di Muzium Negeri. Nanti chek buat entry Muzium Negeri pulak, okes.

Macammana? Ada feeling-feeling nak mai tak...? Please do so. Penat tapi berbaloi. Ada certain spot are reachable by car. But adviseable...sewa lah basikal. Semua tempat boleh jelajah. Nak jalan kaki pun boleh, tapi letih lah...Georgetown ni luas jugak adanya.
 
So, to conclude the programme..I would say, penat lelah yang sangat berbaloi. Riadah yang bermanfaat. Sangat lah besar hati ini kalau lebih ramai di kalangan kita yang melayu dapat ikut serta aktiviti berbasikal sambil mengenali sejarah dan budaya setempat.
Tak rugi pun. Dapat la manfaatkan weekend tu dengan waktu berkualiti macam ni bersama keluarga.


Okey, penat dah membebel. Double shot espresso pls!




Love,
Murni Alfathunnisa


XOXO :D
Publish!


 

29 comments:

  1. Mudah2an satu hari nanti kakcik berpeluang bergambar dengan mural2 tu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakcik,

      in shaa allah..boleh tu..kakcik pun selalu jugak mai penang kan..

      Delete
  2. jeles betul :D
    That day i went penang, tapi tak jumpa langsung mural tu, mencari jugak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eny,

      mural-mural ni semua betul2 di tengah georgetown yang sibuk tu..kena rajin-rajin masuk ikut lorong2 tu semua..dan alert dengan bangunan sekeliling..ada jugak yang kami terlepas pandang.

      Delete
  3. Memang heaven for street photography!!!

    Saya tak tahu bila boleh explore kawasan ni...Nak berjalan jalan susah, ada hero2 kecik...maybe kena tinggalkan hero2 ni jap, pi berdua dgn my wife aja nanti...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. daddy ziyyad,

      ha...doc minat photography kann....wajib lah program macam ni kalau mai penang nanti. mau sehari suntuk jugak kalau nak pusing habis ni..

      Delete
  4. 31hb ni a week after cycling treasure hunt kita tu..wanie ajak gi lagi dgn ofismate dey ols. amcm? jom.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sugarhoney,

      in shaa allah...nanti kita set baik2 punyaa....:-)

      Delete
  5. Waahhh... terpegun kakak dgn apa yg Murni dan kawan-kawan buat. By cycling banyak yg diperolehi. Sculpture yg banyak tu benar-benar memikatlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzakie,

      mural ni semua letaknya di lorong-lorong kecil..jadi berjalan kaki dan berbasikal saja pilihan terbaik.

      Delete
  6. Chenta akak baca pasai tempat sendiri nih. Chenta :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak dinas,

      chenta noo...berchenta jugak nak sampai ni haa...lalu dengan kereta boleh dok tengok sambil dok berharap dalam hati..bila la nak posing sini...alhamdulillah..ada gak rezeki kami.

      Delete
  7. seronok nyer....pernah tgk gambar tu sblm nie kat fb tp tak tau lak lokasinya kat mana....

    ReplyDelete
    Replies
    1. eelobor,

      semua nya dekat inner georgetown, paling banyak di armenian, muntri & ah quee street..bila-bila datang cuti ke penang, jelajah la, menarik tau.

      Delete
  8. bestnyer siti..makcik round tak abes laaa....BTW, makcik ada link entry siti yg bawah tu ke blog makcik ye...TQ (linkdulu baru minta izin...:))

    ReplyDelete
    Replies
    1. makcikkantin,

      makcik cycle from BJ until gurney...chek kagum okeh..jauh tu. so, kalau tak cover abis tu boleh simpan until next trip..at least u'll be inspired to cycling again..and again..and again..hehe

      thanks naa..siap buat link lagi..appreciate it very much. :-)

      Delete
  9. Thanks SITI... akhirnya dapat jugak tengok gambar mural tu. Semakin popular kisah lukisan di bangunan lama Penang ni, sampai masuk tv.

    Hari tu ada program khas citer pasal Ernest Zacharevic ni melukis semua lukisan tu. siap panjat tangga dan skylift segala. Hebat sungguh.

    One day Kak Azie pun nak posing tang tu jugak, sambil ajak DINAS ALDI tu pi sama mengorat! hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak azie,

      u'r welcome. ada a few blog yang cerita pasal the making of mural ni semua...kagum kesungguhan si Ernest ni..bukan senang nak melukis, panjat-panjat segala...

      hehehe....kak dinas oi, ni ada orang ajak dating ni...hehe..

      Delete
  10. salam

    mmg kreatif sungguh depa ni, bagai lukisan hidup dan secara tak langsung jadi tarikan buat pelancong

    ni yang nak kena pegi Penang ni hehehe
    sebenarnya rindu psl lama tak pekena nasi kandaq hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, bapak..

      mai la bapak..aroma rempah ratus nasi kandaq melambai-lambai..hehe

      Delete
  11. Sebenarnya den tak terfikir pun nak melancong & berjalan2 guna basikal ni....korang buleh plak erk...walaupun sewaan....musti banyak kolestrol terbakar.....ahakz

    ReplyDelete
    Replies
    1. jebat,

      berpeluh-peluh kitorang hari tu. walaupun berbasikal ni tak lasak..tapi mengayuh pun dah cukup sebagai senaman..badan sihat otak pun cergas...ceywah...gitu ayat chek! haha..

      Delete
  12. suka tengok gambar2 ni..cantik2, bestnya penang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak tiha,

      ada lagi a few mural yang kami tak berpeluang capture..takpalah..dalam penang jugak..next trip barangkali.

      Delete
  13. masa p penang hr tu akak ada gak trpndang 1-2 hasil seni ni....kagum sungguh dgn hasil yg begitu kreatif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak nza,

      haa kan..kak nza ada datang penang hari tu kan...kalau duduk / lalu dalam town tu mesti akan jumpa jugak satu dua street art ni....

      Delete
  14. kat mane nak sewa basikal tu? mahal tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. anna,

      sekarang ni kalau lalu dekat area town tu dah boleh jumpa banyak kedai yang sediakan perkhidmatan sewa basikal..macam2 rate boleh dapat. yang kitorang sewa ni dari the leaf..rm 15 sehari. check out my next entry okeh.

      Delete
  15. suka tgk dinding diconteng2 mcm tu...kreatif

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails