About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Saturday, March 9, 2013

Cik Siti's Sunday Ride: From Penang Street to Chew Jetty

24th February we all dah pi memanjat di Escape...the following weekend, 3rd March, we all pi 'berbeskat' (berbasikal) pulak. 

We all bertiga serangkai sewa basikal dari The Leaf, Healthy House dekat Penang Street. Rental charges adalah RM 15.00 untuk sehari. Nanti I cherita more on The Leaf okeh. So, three of us..me, Cik Wanie, Cik Puan-Besaq-tapi-kecik-saiznya, Dik Na, telah mem'block' kalendar masing-masing untuk sesi latihan sambil bersiar-siar ini.

Paginya..we all warm-up dulu di Kapitan, Chulia Street bersama Kak Mawar. Thanks kakak..belanja we all capati, roti canai dan teh tarik yang awesome. Warm-up perut la. Perut lapaq nanti tak larat kayuh daa! Pergh...tak sangka jadi titik tumpuan bila parking beskat depan restoran...haha....kalah artis kat red carpet. Ade ahkak kesah??





Lepas isi perut, we all pun sambung balik kayuhan. Kalau tadi dari Lebuh Penang ke Chulia Street..cuma across the road ja..kali ni..kayuhan officially bermula. Dari Chulia Street, we all masuk ke Lebuh Ah Quee menuju ke Beach Street, iaitu Car Free Zone on sunday. Bacalah entry chek -- "Beach Street, Lebuh Pantai dan Kisah Patriotisme" , banyak foto menarik kat situ.

Berbelas tahun tak berbasikal. At first tu kekok jugak. Susah nak balance..takut silap haribulan tumbang tengah jalan...naya ja!

Okey, seperti biasanya suasana di Lebuh Pantai memang lebih meriah. Banyak family..a group of friends yang berbasikal, group of photographer yang buat shooting..dannnn...paling suka tengok chinese family yang mai bawak their kids sama-sama naik basikal, beriadah di hujung minggu. Dalam hati tertanya-tanya..mana pi semua family melayu? Awat takdak kesungguhan macam depa ni dalam beraktiviti-sihat? Bukan perlekeh, tapi benda baik..tak salah kita contohi. Melawak tu melawak jugak. Mana patut, kena ambik iktibar...kennnn?

Sudahlah hang dok membebel Cik Siti...jom kayuh lagi! 

Dari Beach Street we all kayuh masuk ke Weld Quay, takut jugak sebab jalan utama, sibuk dengan kenderaan keluar masuk feri dan bas rapid penang yang memang tak reti bersopan santun di jalanan. Namun, alhamdulillah..semua ok.

Akhirnya tibalah we all disini..the famous clan jetty, Chew Jetty. Dah lama nak mai. Hari ni sampai jugak.




Meh nak story sikit pasal clan jetty ni (jeti suku) *bukan tiga suku...hakhakhak!

Chinese ni kan depa ada banyak clan..ce tengok depa punya family name..tu la nama suku depa. Macam Lim, Chong, Koay, Tan, Lee dan sebagainya. So clan jetty ni ikut nama suku depa la. Di Penang ni ada few clan jetties, such as Koay, Tan, Yeoh, Lee, Lim, Chew. Tapi, yang tourist-friendly dan popular kat sini of course lah Chew Jetty.




Photo sneak preview hari tu..self-take oleh official photographer of the day, cik-puan-besaq-tapi-kecik-saiznya..hakhak! Ia berlatar belakangkan pintu masuk utama ke perkampungan air, Chew Jetty ni. Kemain wanita-wanita dalam photo, excited mengalahkan pelancong.





Sila baca informasi dalam gambar berkenaan Chew Jetty. To summarise, perkampungan air ni dibuka sejak akhir abad ke-19..yakni in between 1801-1900 mengikut kalendar Gregory (ayat ini bertujuan memberi penekanan terhadap daya ingatan penulis yang selalu nyanyuk dengan terms kurun, abad, milenia dan sebagainya. harap maklong)

Dari sebuah jeti kecil tempat sampan berlabuh dan memunggah barang dagangan, tempat berkumpulnya pekerja-pekerja pengangkutan, pemborong dan pekedai...sehinggalah terdirinya rumah-rumah suku di sini. Ceywaah...ayat ahlil muzium kan!




Tunggu apa lagi...parking beskat..kunci elok-elok apa semua..we all pun masuk la ke dalam untuk penjelajahan. 

FYI, clan jetties kat Penang ni juga diiktiraf sebagai salah satu tapak warisan dunia. 



Pemandangan biasa bagi sebuah perkampungan air. Disebabkan dah jadi tourist spot, penduduk kat sini dah mula menjalankan aktiviti komersial dari hadapan pintu rumah seperti menjual cenderamata, paintings, t-shirt, kraftangan, home-made biscuits, delicacies and beverages. Eskrem malaysia pun ada. Tapi we ols tak beli la...takdak halal jakim.






Kena mindful jugak nak capture gambaq kat sini yaa...sebab rumah-rumah ni semuanya dihuni dan bukan semua suka orang dok ambik gambaq depa apa semua. Kita pun kena la hormat privasi orang. Overall, penduduk sini semuanya manis muka dan ramah..especially the  penjual cenderamata la. Adat berniaga.





Nasib baik la ada sorang Ah Chong, Ah Lim atau Ah Keat tolong we all capture gambaq ni. Sangat cantik view dari atas jeti ni haa..berlatar belakangkan lagi satu clan jetty dan laut yang tenang jangan disangka tiada ikan! Hakhak....ayat merapu tu sila abaikan, tanda tekanan melampau la tu..!






Ni la keychain yang sempat we all beli semasa di Chew Jetty that day. Ada beli FM dua keping...satu design Syed Al Attas Mansion dan satu lagi design bangunan warisan. Susah sangat nak dapat. Bila nampak terus beli. Key-chain tu pulak di setiap card tu ada ceritanya....

Dahaga ayaq kopi..stop sat dulu. Next entry I will cherita more on our next destination, Armenian Street. Sambil-sambil tu boleh layan dulu cherita lama we all di "Discovering Armenian Street".  

Selamat membaca (kalau rajin) dan selamat berhujung minggu. Happy weekend uols! Take care.

Daaa............


Love,
Murni Alfathunnisa


XOXO :D
Publish!



28 comments:

  1. hahaha....eskrem msia halal jakim ker?? yes..tak sabaq tgu next entry tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik-puan-besaq-tapi-kecik-saiznya,

      kena ada logo halal maaa....
      mohon bersabaq...letih kot dok upload.

      Delete
  2. macam LTDL..naik beskat..
    best jugak murni, akak macma teringin je
    nak join heheh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak tiha,

      best tau kak tiha oi...punya la lama tak naik beskat....
      sekarang ni dah ketagih pulak..

      Delete
  3. Sebenarnya tak pernah tau akan tempat ni...ni baru discover! Thanks, Siti!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. shasha,

      you're welcome. i pun tak pernah masuk clan jetties ni sebelum ni...memang laju ja..jalan sepanjang weld quay tu kan sibuk amat..bila dah naik basikal ni..senang sikit nak reach tempat-tempat macam ni.

      Delete
  4. Hensem lah gambar 3 org kat jeti tu...sape nama...sape nama....ahakz....ahakz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jebat,

      nama-nama mereka yang hensem itu semuanya sudah ditaip di atas...saja la hang tu..nak berkenalan dengan yang mana satu..habaq mai..haha

      Delete
    2. Ada bgtaw...tapi yg mana satu A...B dan C...ahakz

      Delete
    3. jebat,

      yang baju kaler biru tu chek la dengan cik wani. yang baju kaler kuning tu adik chek, merangkap puan photographer. yang baju kuning tu sebab dia dah title puan..dah tak boleh pakai kaler biru..tu kaler anak dara...haha

      Delete
  5. Replies
    1. wak gelas,

      nasib baik jeliter yer...kalau geliter...ya ampunnnn...hehe....

      Delete
  6. Wow! Best sangat dok kayuh beskat area Penang camtuh. Jeles jer tengok. Comel betoi hangpa bertiga.

    Awat tak pi area yang ada mural kat dinding bangunan tuh? Dengar citer popular sungguh lukisan kat bangunan2 di Penang tu. Ramai orang suka pi bergambaq tang situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak azie,

      toksah dok jeles. mai sini turun penang..chek bawak round georgetown..kita kayuh ramai-ramai. best woo!

      ada pi kak azie..mohon bersabaq tunggu next entry. nanti chek upload pic mural2 yang fofuler tu.

      Delete
  7. best gila! Dah lama teringin nak cycling dlm Penang yg jalan2 sesak lagi sempit tu, senang nak park by the roadside, ambik gambar..:)

    seriously, I went to Penang numerous /countless times ( of coz semuanya sesi sibuk jalan jalan carik makannnn aja..hahaha), tapi tak pernah tau pun about this jetty, a UNESCO heritage site tu!!!! Kalau kita naik kereta, boleh ka sampai sini? Means that ada ke nearby parking area?

    Pasal Melayu malas bersenam tu, toksah cerita la..Mmg Melayu pemalas, sorry to say. Gym tempat saya ni, 80% muka cina. Gi park, tgk muka melayu jalan2 sambil MAKAN, nak tgk muka melayu jogging/yoga/taichi, amat amat susah.

    Sorry bebel panjang :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. daddy ziyyad,

      bebel panjang2 pun tak pa...memang factual pun. setuju sangat statement tu...pi recreation park--makan, pi malls--makan..tgk wayang...senaman malas..bookshop pun masuk sebab beli stationery. just my 2 cents..hehe.

      doc kalau nak pi chew jetty ni..naik kereta pun boleh..just park by the road side dekat weld quay tu..hopefully, ada la space utk parking. but the best is..on foot atau naik basikal..senang.

      Delete
  8. Eskwem Malaysia takyah dok beli tang tu la, tang lain ada banyak lagi yg konpem halal munyer :D
    Akak rasa nak sewa beskal suer tak dapat dengan keberatan maksima begini, kehkeh! Yg senyum maneh2 & badan cinoni dalam gambaq2 tu no hal :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak dinas..

      chek habaq saja...pasai ah keat tu dok sibuk sangat dengan komen sedap beliau akan eskrem malaysia perisa durian yang kononnya sedap sangat.memang tebiat la kalau beli jugak..hehe...kat rumah ni memang dok spare plastik eskrem malaysia..kot-kot mai teringin..buat bubur kacang bleh masuk plastik..and ready to sejuk beku...tadaaa...tak payah beli!

      kakak sayang...belum cuba belum tau maa...chek tengok kak dinas okey ja...boleh punya maaa! don't woli...hehe

      Delete
  9. rajinnya....rajinnya..rajinnyaaa......

    3 years i was stayed in Penang..sekali pun x pnh pg berbeskat kat sana..huhu maleh kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. fatiha,

      rajin i ni biasanya ikut mood. tapi kalau bab2 ber-rekreasi macam ni memang jarang la i nak mengelat kalau tak ada hal lain yang lebih penting.

      Delete
  10. oooo cik siti.....makcik cycle dari rumah kat bukit jamboi ni pi gurney drive pagi tadi....lalu la celah2 lorong ni semua....

    mmg you hardly find malays doing this...even makcik/pakcik punya cycling buddy pun cina.

    dulu masa dok layan gym pun serupa....makcik sorang saja yang serkop.....

    makcik cycle ja, adalah stop sat2 ambik gambaq...tapi tak detail macam siti....wish i can do that.

    ReplyDelete
    Replies
    1. makcikkantin,

      by end of the month ni ada cycling treasure hunt..then mid-april penang ride for sight pulak...semua cycling event ni nampak menarik sangat. makcikkantin tak join kah?

      kita kena buat sesuatu to encourage malays to join those activity....ceywahh...ayat macam exco belia & sukan pulak..haha.

      Delete
  11. Kakak suka lihat org naik basikal tapi kakak belajar tak pandai-pandai dah berat agaknyalah Murni. Seronok kakak tengok Murni dgn kengkawan... adventure juga tu cycling sambil menikmati keindahan. Biasa anak muda lelaki sekali ini anak dara pulak best kakak tengok- suka:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzakie,

      basikal ni basic dia kena pandai imbangkan badan. saya pun masa mula-mula pegang balik basikal, kekok jugak..asyik nak brek kaki je..hehe...masalah betul..tambah-tambah masa dekat jalan yang sibuk di kiri kanan kereta...asyik bergoyang-goyang handle beskat tu..takut tersagat kereta orang..tak ke naya.

      Delete
  12. Salam.. bru 1st singgah sini :)

    Bestnya... bila la dpt buat mcm nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. amanina,

      salam...terima kasih singgah baca entry. yes, it's fun. sesekali keluar peluh cara macam ni..best jugak.

      Delete
  13. bestnya cycling..sy pun dah lama x pegang beskal, agak2 mau tumbang..
    ari tu jalan2 area sini gak tapi round ngan motor hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. zie,

      dengan moto pun okey...kalau dengan kereta je susah sikit.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails