About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Tuesday, March 19, 2013

Cik Siti's Sunday Ride: Koleksi Antik di Muzium Negeri Pulau Pinang

Assalammualaikum..





Tak habis-habis lagi dengan kisah berbasikal! Memang tak boleh habis sampai hujung bulan ni..haha. In shaa allah..on 24th March ada lagi event berbasikal. Baru petang tadi received emails containing guidelines pertaining to the event. Tunggu updates naaa..

Last destination we all hari tu -- Penang State Museum. Wahhh...percaya tak the last time masuk Muzium Negeri ni it was way back in 1992 ?? Lawatan sambil belajar masa schooling SKTAT dulu. Lama nyaaaaaa........



Lama tapi tak boleh tanding betapa lama dan evergreen basikal dengan tong 'Rokok Chap Kuching' or 'Craven A' ni. Memang masa chek kecik-kecik dulu pun tak penah dok tengok basikal mahupun jenama rokok ni. Arwah tok wan dulu dengan rokok daun ja...takdak nak hisap rokok chap kuching segala ni. Betul-betul zaman tok nadoq punya ni.

Punya la seronok we all dok jelajah dalam muzium tu, co-incidence kat luar gerimis tiba-meniba. Sedang elok la..dapat la we all serba sikit knowledge berada dalam muzium ni.




Kenderaan ni namanya 'scammel scarab'. Sila baca keterangan dalam foto di bawah.
 


Rupa-rupanya nama tempat dan jalan Datuk Keramat tu asal dari sini rupanya. Ingatkan datuk mana la yang keramat..hehe. Smelting company rupanya. Tipah tertipu!





Kereta Rolls Royce ni asalnya dimiliki oleh Sir Henry Gurney. Ingat 'Rancangan Briggs'? Sir Henry Gurney ni la yang lancarkan rancangan membanteras komunis. Rancangan beliau ini mengorbankan nyawa beliau yang waktu tu dalam perjalanan dari Fraser Hill. Kereta ni ada kesan tembakan peluru..banyak la..tak tau la berapa kann...so dari insiden serangan oleh komunis tu Sir Henry Gurney terkorban. Kereta Rolls Royce yang antik ni diserahkan kepada Penang State Government dan digunakan oleh Penang's Governer yang pertama sebelum dipamerkan di muzium. Ceywahh...'kondifen' ja bagi explanation. :p Untuk info lebih tepat, sila google..atau rujuk bahan ilmiah di perpustakaan berdekatan.
 



Photo atas yang ala-ala mengintai dari tirai kamar pagar ni adalah rumah agam milik Ku Din Ku Meh. Known as 'Segara Ninda'. Masa we all berhenti berehat kat Shell, next to Upper Penang Road, chek pi mengendap sat rumah agam yang letaknya bersebelahan stesen minyak tu. 

Siapa Ku Din Ku Meh? Beliau adalah Raja Satun (dulu dipanggil 'Setul')...jajahan siam la kiranya. So sebagai anak kedah dan fasih berbahasa siam, jadi kelebihan la untuk dia sebagai seorang raja dan saudagar. So banglo di Penang ni macam base dia la...senang dia nak berdagang dan sebagainya. Rumah ni kalau tak silap masih lagi dimiliki oleh keturunan Ku Din Ku Meh..restored and commercialize...dibuka untuk penginapan. Rate? Tak tau..sila cari sendiri.

Penang ni ada a few rumah agam melayu.. In shaa Allah..kalau panjang umur, ada rezeki nak jugak chek buat lawatan satu demi satu dan story kat blog ni. Nanti la naa..la ni tengah busy bebenor. Dengan keja nya, dengan assignment nya..dengan nak berjimbanya..dengan nak mengayuhnya...semangat lebih dari kudrat..hmm.

That's all for today..take care semua. Salam sayang from me...

Daaa

XOXO :D 
Publish!


 

20 comments:

  1. Ohhh cek suka sejarah. I like. Pi Rumah Teh Bunga tak? Akak dah berapa kali pi, nasib tak baik asyik tutup ja rumah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak dinas,

      rumah teh bunga tu chek ingat kak dinas pernah buat entry kan..? betul dak..? tak pernah pi lagi rumah tu...in shaa allah..one day..nak pi.

      Delete
  2. Sampai hati hang Murni kata rokok Craven A tu zaman tok nadoq.
    Masa makchaq kecik pernah tengok la.. makchaq ni jadi tokchaq pun dak lagi.....

    Tapi tak pa makchaq maafkan pasai hang dok cerita pasai tempat tanah tumpahnya darah ku...rindunya.. kat Penang Darul Rugged..

    ReplyDelete
    Replies
    1. makchaq,

      haha..makchaq jangan marah chek naa...
      alamak..chek silap fakta ka..?ampunnnnn...chek tak pernah tengok. lagipun chek dok ingat zaman orang berniaga keliling kampung, pekan naik beskat dengan tong tu semua mesti dah lama sangat kan....

      kalau rindu balik mai penang la makchaq...

      Delete
  3. Selalu gi Penang..asyik makan , makan, makaaannnnnnnn aja...hahaha..baiklah, saya akan lawat muzium ni..:) Camera confirmed boleh bawak masuk kan?

    sedih jugak tgk keret RR Sir Henry Gurney tu...tak dijaga rapi..berhabuk, karat...Patutnya jaga lah betul2...sebab tu khazanah sejarah negara...

    ReplyDelete
    Replies
    1. daddy ziyyad,

      camera boleh bawa masuk. entrance fee RM 1 je. and for your info, penang state museum dah tambah branch baru di macalister road. belum sempat pegi..masih dalam proses menambah koleksi i guess.

      bab kereta tu..memang saya setuju. berkarat dan berhabuk. sepatutnya dijaga elok..

      Delete
  4. Baca faham ingat belum tentu, nakmmelawat lagi laa malasB

    ReplyDelete
  5. best sungguh muzium ni....banyak ilmu....tak le penuh topeng....ahakz

    ReplyDelete
    Replies
    1. jebat,

      topeng? muzium taiping banyak topeng.

      Delete
  6. memang best explore PP ni.. tak puas.. nnt nak ulang lagi bila dah tgk gambar2 u ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azian,

      the more u explore..the more u nak repeat lawatan..hehe..

      Delete
  7. wak pon nak salam sayang jugakk.,iHIkks

    ReplyDelete
  8. Salam Dik Murni

    Masa Yong dok skolah kat datuk keramat dodulu tu tak belajaq sejarah...tu pasai tak tau apa ada kat Penang masa tu...huhu....la ni pulak ....kalau ter ke utara...mengkuang lalu jer negeri tu....hehe...bila la nak menyinggah nyer kan....susah nak tekan brek, asyik2 tertekan minyak jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yong ASP,

      laaa..yong sekolah datuk keramat ka? ish ish...
      bawak2 la brek lepas tol juru tu..jangan terlajak exit penang bridge...hehe

      Delete
  9. Rajin berbasikal naaa cheq...
    Anyways, Rolls Royce tu memang gempak habis. Gambar makanan tak dak ka? :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. shasha,

      semakin menggilai aktiviti berbasikal..just for fun.. :-)
      lama i tak post gambaq makan noo...nanti naa...tengah projek mengempiskan perut..haha

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails