About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Saturday, March 23, 2013

Dia telah pergi

Tengahari khamis lebih kurang jam 1.07 ketika sesudah menikmati makan tengahari di restoran berhampiran pejabat, i dikejutkan dengan panggilan telefon dari mak bonda. Teresak-esak suara di hujung talian..ucapannya terputus-putus. Berita yang cuba disampaikan memang sudah dijangkakan. Baru beberapa minit yang sudah, tergerak hati untuk sms bertanyakan keadaan tok....tapi...perkhabaran duka itu sampai dulu sebelum sempat bertanya.

Tok amah sudah pergi meninggalkan kami..




Kesihatan arwah merosot teruk sejak awal tahun ni. Arwah menghidap diabetes bertahun lamanya, sekejap ok..sekejap tidak. Sakit arwah lebih kerap semenjak pemergian arwah tok wan last 3 years. Sehinggalah baru-baru ni arwah tak dapat makan dengan baik dan diberitahu paru-paru arwah dijangkiti kuman. Dan yang terakhir bulan februari hari tu, bila sekali lagi warded doc sahkan arwah mengalami stroke.

Dengan kesihatan mak bonda yang tak berapa mengizinkan, kebanyakan tanggungjawab mengurus dan merawat arwah dilaksanakan makteh dan pakteh. Mak sedara yang tinggal jauh pun kerap jugak turun cuti hujung minggu untuk menjaga arwah. Adik beradik yang tak ramai memang kena pakat-pakat alternate menjaga arwah...setakat termampu.

Allah permudahkan semuanya pada petang khamis tu..semua urusan mandi, kafan..dijalankan di Masjid Daerah Bandar Baru Perda, berjalan lancar. Arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tengah lebih kurang jam 6.30 petang dan sekali lagi dipermudahkan...berselang je kubur dengan arwah tok wan.

I dibesarkan rapat dengan arwah tok dan tok wan..lebih kurang 23 tahun. Rumah kami di kampung sebelah menyebelah..menjerit, bersembang, bergelak..semuanya dari dapur sebelah sana, sebelah sini. Bohong lah kalau tak sedih. Tipu lah kalau tak sesal...tak banyak bakti I kepada kedua-dua arwah.

Asam pedas rebus, kopi-o panas, apam kukus, nasi ulam yang arwah buat... kuih bahulu, teh tarik yang jadi kegemaran arwah, baju kedah, kain batik dan tudung yang saban tahun dihadiahkan pada arwah -- semuanya bukan sekadar material....semuanya mengembalikan kenangan dengan arwah.

Arwah akan terus dirindui..

Al-fatihah. Semoga arwah dikumpulkan bersama orang yang beriman.



21 comments:

  1. Al Fatihah.

    Semua kita suatu hari nanti akan pergi dan yang tinggal hanya kenangan...

    ReplyDelete
  2. Alfatihah,,,rindu atok sebelah mak,,

    ReplyDelete
  3. Dan tak pernah merasa manja dengan nenek..

    ReplyDelete
  4. Al-fatihah

    بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
    الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
    الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
    مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
    إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
    اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيم
    صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

    amin..

    ReplyDelete
  5. Al Fatihah

    salam takziah..
    sabar ye siti

    ReplyDelete
  6. Salam takziah buat SITI seluruh keluarga. Perginya meninggalkan kenangan yang manis lagi indah.

    Semoga arwah aman dan tenang di sana..

    ReplyDelete
  7. salam takziah....dan alfatihah moga2 tempat beliau di kalangan org2 beriman..amin

    ReplyDelete
  8. innalillah dengan perkhabaran ini... takziah sis

    ReplyDelete
  9. Innalillahiwainnailaihirojiun.. Takziah murni dan keluarga atas pemergisn tok..

    Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang2 bariman..

    ReplyDelete
  10. salam takziah..

    pada Dia datang, pada Dia kembali.. sedekah al-fatihah bnyk2 tuk arwah.. :)

    ReplyDelete
  11. Al-Fatihah. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman. Semoga dik Murni & keluarga tabah menghadapi kehilangan ni..

    ReplyDelete
  12. Al-Fatihah, pemergian yang pasti ditangisi tetapi akak pasti rohnya damai disana.

    ReplyDelete
  13. terima kasih atas ucapan takziah & doa dari kalian..

    ReplyDelete
  14. Al-fatihah.. rindu arwah tokwan. semoga mereka aman disana :)

    ReplyDelete
  15. Alfatihah. Semoga arwah ditempatkan di tempat beradu yang selesa dan istimewa di alam barzakh. Giliran tok dah sampai, giliran kita tak tahu pulak bila kan. Semoga Allah merahmati kita jugak nanti. Amin.

    Dik, akak mintak maaf kalau jarang dapat singgah di sini. Sejak akhir2 ni sibuk dan bila tak sibuk, penat pulak. Ada kesempatan akak datang lagi ya, tapi yang pasti akak sangat rindu nak bw lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Aidah,

      saya baru terima perkhabaran tentang pemergian mak akak dari kak dinas tadi.
      takziah dari saya. moga kak aidah sekeluarga tabah menerimanya.

      al-fatihah.

      kita sama2 kehilangan orang yang kita sayang..jarak masa pun sikit ja. apa pun..sama-samalah kita doakan agar mereka ditempatkan bersama orang yang beriman.

      Delete
  16. Al Fatihah untuk almarhum....kita akan terus merindui mereka yang telah pergi kan, dik???

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu nurin..

      kita pun sama...sama2 kehilangan. mereka akan sentiasa dirindui.
      al-fatihah.

      Delete
  17. Salam dr kota Makkah

    Al Fatehah

    ReplyDelete
  18. terima kasih atas ucapan takziah & doa dari kalian..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails