About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Saturday, March 2, 2013

Kembara Cik Siti: Angels & Demons di Vatican City

Remember the movie yang dilakonkan oleh pelakon hensem idaman hambe...Tom Hanks?? Angels & Demons. Tak mau la nak story sinopsis movie berkenaan. Pi cari sendiri okeh. Cuma nak habaq...destinasi kembara Cik Siti yang seterusnya ni mengingatkan Cik Siti dengan pilem tu and the book with the same title, tulisan Dan Brown. Tu saja....






23rd December 2012, kembara kami diteruskan ke negara terkecil di dunia, Vatican. Vatican City ni negara yang cinonet je, just an enclave, surrounded by walls in city of Rome. Ruled by the Pope, Vaticano merupakan negara monarki dan mempunyai penduduk lebih kurang 800 orang. Economy vise, pendapatan Vatican diperoleh dari penjualan cenderamata dan item-item untuk pelancong, bayaran masuk ke museum and other little things seperti penjualan setem dan sebagainya. So little that I know about Vatican..hmm.





Untuk masuk ke Vatican ni, seorang lagi pemandu pelancong ditugaskan membawa we all masuk. Brief explanation was given throughout the tour siap dengan kelengkapan ear-phone. I belief,  bukan calang dan sebarang orang yang boleh dapat 'lesen' bawa masuk pelancong. Kang salah bagi info dia yang susah kannn..




the facade

Untuk masuk ke St. Peter's Basilica atau San Pietro in Vaticano, the icon of Vatican yang merupakan gereja terbesar ni memang lah panjang queue nya.  Kena lalu pemeriksaan keselamatan yang agak ketat, takut risiko ada yang bawa senjata merbahaya dan sebagainya.






Pope's balcony -- kat bahagian tengah yang di bawahnya ada panel dengan ukiran tu, tempat Pope keluar untuk 'general audience'. Kan selalu kita tengok kat tv..pope tu dok lambai-lambai tangan....nahhh...dari balcony ni la.




As usual..memang suka capture senibina kat negara orang...suka sangat! Dulu cita-cita nak jadi arkitek..namun apakan daya...lembab kira-kira kannn..drawing pun fail..haha.



 
Ni la pemandangan St. Peter's square dari pintu hadapan basilica. Aduss...serius teringat movie tu lagi...! Di tengah-tengah square tu ada obelisk. Heran kann...Vatican ni negara kristian katolik, tu ada pulak obelisk. Obelisk ni kalau tak silap salah satu simbol yahudi. Yang di Piazza San Pietro ni katanya dibawa dari Egypt. Haih..quite complicated dengan semua ni..hati curious nak tahu, tapi takut tersalah cedok ilmu..hmm...




 
Beberapa scene Angels & Demons bermain-main di ruang fikiran. Sebelum ni tengok dalam pilem je...nahhh..hari ni dah sampai. 



Berikut adalah bahagian dalam St. Peter's basilica..ceywahh..skema pulak ayat! Ramai pelancong...agak berpusu-pusu jugak lah. Masa ni jugak la my boss terjumpa one cute little girl...lost her parents...kesian diaaa. After a few minutes kena dukung baru lah parents dia perasan..anak dah hilang sampai orang lain kena dukung kan. An Indonesion couple..more like chinese. Anak dia punya la comei..haih..geram.

Dah..dah..! Dok cerita anak orang hilang pulak..


Ada a few statue macam ni inside the basilica...tapi tak rasa nak capture ke semuanya. Ada antaranya hasil ukiran Michaelangelo.
 


Some photos from the interior part of St. Peter's..setakat ini saja yang boleh dan termampu untuk dikongsikan di sini..



the altar

Basilica ni jugak jadi tempat pemakaman kebanyakan pope yang sebelum-sebelum ni...


Nah...mayat one of the Pope yang telah diawet dan di'display' di St. Peter's Basilica. Kalau tak silap Pope John XXIII. At first.. I siap dok bisik-bisik dengan kawan-kawan, "is it for real??" ya lah..for real lah. Terus rasa seram sejuk. Nasib baik la just lalu saja...tak berdiri tercakung lama-lama kat depan tu.



Cemuih pulak dok dengaq tourist guide we all tu dok membebel. Dia dok explain setiap satu benda dalam basilica tu, satu hapa pun tak faham. Yalah..more to history, christianity, bla..bla..! The only person yang pay attention adalah our senior site clerk-of-work yang sememangnya penganut Kristian. Yang lain-lain, masuk telinga kiri, keluaq telinga kanan..sambil menguap..hehe. We all keluar dari basilica..sekali lagi dihidangkan dengan pemandangan St. Peter's Square. Di kiri we all tu la letaknya kerusi-kerusi yang disusun berbaris-baris, outdoor seating untuk 'general audience' gamaknya.




Sebelum tu, ternampak Papal Swiss Guards ni di sebelah kanan jalan keluar. FYI, kat Vatican City ni semua anggota keselamatan adalah "diimport" dari Swiss. Swiss guards ni semuanya terlatih..trained under Swiss army, Swiss citizen, highly educated, tak kisah lah diploma atau degree holder, tak boleh lanjut usia, umuq setakat 30yrs sahaja, fit, must be a loyal roman catholic and a bachelor..tak boleh kawin! Strict kannnnn requirement untuk jadi anggota keselamatan kat Vatican ni. Sejarahnya tentera Swiss ni dari dulu terkenal dengan kekuatan, kegagahan dan ke'macho'an..so kontrak kesinambungan tu berterusan hingga kini..dari zaman tok nadoq dulu. Tau ka tok nadoq tu apa..? Tak tau..? Pi la cari sendiri....hehe


Photo mukadimah -- jalan-jalan di kota roma lagi..next entry!

We all keluar dari Vatican City dan 'masuk semula ke negara Italy' di awal petang tu. Just before that, there's a few of souvenir shops sebelum 'sempadan' keluar dari Vatican (recognized by the flag raised on the building itself). We all masuk dan tengok-tengok apa yang menarik di dalam. Memang tak beli satu apa pun. Sebab -- postcards semua photo pope's..FM, keychain pun sama. Lagi menambahkan sentap, holy water pun dijual secara terbuka. Nak kata apa..dah tempat depa. Laju ja we all yang muslim ni keluar dari kedai berkenaan. Tak mau terlibat. Tak mau contribute apa-apa pun.

So..I guess that's all for now...berhari-hari ambik masa untuk update travelog yang dah nak habis ni. I guess next entry will be the last entry untuk edisi kembara 2012...still in the ancient city of rome. :-)

Daaaaa....

20 comments:

  1. Cukup indah senibina mereka. Dan pastinya mereka menjaganya dengan baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. IM,

      betul tu..cuma terhakis kerana faktor alam semula..udara, air..

      Delete
  2. tok nadoq tu pa?tok kadoq besa la dengaq haha..tapi kan yg mayat paderi tu mmg serem bulu tengkok..grrr..mcm mimpi plak kot kalau ada kat situ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak tiha,

      zaman tok nadoq tu maksudnya zaman dahulu kala...dah lama sangat. di utara ni maksudnya macam tu lah..nak menggambarkan betapa dah lama nya sesuatu benda/cerita tu berlaku.
      seremmm kan tengok mayat paderi tu...

      Delete
  3. Salam AL Murni

    Ngape tak tegur Pope yang sedang tidoq tu...hehe...

    comei la askar Swiss tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yong ASP,

      uihh...tak mau la tegur dia..satgi dia bangun tegur chek balik naya ja...haha..pengsannnn 3 hari 3 malam!

      Delete
  4. Akak tengok pelem Angels & Demons tu dulu. Bestlah pelem tu.

    Haaahhh, tu betoi2 mayat Pope ka..dah diawet & dipamerkan..err.. *baca Ayat Kursi banyak2*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak dinas,

      pelem yang penuh kontroversi..best kan..~
      seram sejuk teruih bila dapat tau yang tu mayat betoi..mula2 tak fikir/rasa takut apa-apa pun.

      Delete
  5. Cunnya warna baju papal swiss guard tu...colourfull....walaupun negara Vatican kecil ttp ianya mampu menarik pelancong...alah ala2 negeri melaka tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nza,

      tu la pakaian rasmi depa kak..striking color. Nampak attractive.

      Delete
  6. Bnyk betul gambar2 yg murni dpt ambik.. Terpegun tengok senibina bnggn kt situ. Puas tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Zana,

      Alhamdulillah...masa free banyak dapat la capture banyak gambar..asal jangan terkejar-kejar memang rasa leceh dan tak puas nak snap..snap..and snap.

      Delete
  7. salam...cik murni mmg tersgt bertuah sbb dpt menjelajah dunia ni...hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. fatihanur,

      salam..ya, saya bertuah..alhamdulillah. tapi tu la..nak hepi2 macam ni memerlukan sedikit pengorbanan dan kepayahan dulu..hehe

      Delete
  8. Cantik gambaq, good write....rasa cam dah sampai sana pulak.....
    Dok pasang angan2 nk jalan2 ni....

    Tok nadoq...hehe org sini tau la.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. makcikkantin,

      tenkiu...:-) memang jenis suka pot pet..macam ni lah gaya nya.hehe.

      nampaknya ramai jugak yang tak tau apa dia tok nadoq..betui..orang sini ja yang tau..hehe

      Delete
  9. menarik sesangat..bestnya.teruja giler baca stiry mory ni..
    tok kadok sy tau la hehee

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails