Tuesday, April 30, 2013

Besar Kepala vs Kepala Besar

Besar Kepala : Keras kepala, degil dan sombong.

Kepala Besar : Memang dah sah-sah saiz kepala nya lebih dari normal.

Contoh ayat: Selain dari kepala besar, Nico memang besar kepala.

Hahaha.... I dont know whether he could understand all this blog thing..I blog about him. But yes, he could understand, being scolded, being neglect.

Last week, meragam. Poo kat lantai. Reason: Reformasi! 

Dikurung semalaman sampai la tengahari, bosan sangat gamaknya. Bilik belakang umah dik na tu memang panas. Bila terlepas, hooray la kan..merayap rata rumah dengan anak bini lepas tu kena jerit dengan mak bonda. Serius... jangan kan kuceng, I pun terkejut mak bonda jerit macam tu. Gamaknya dah annoying sangat kot, susah nak control. Terus masuk bilik kurungan 'nyong-nyong' ja.

After half an hour, buka pintu bilik tu, konon nak main-main manja-manja la dengan depa. Hmm...dengan mempamerkan bontot dia menghala pintu, kita panggil nama dia pun dia buat bodo. Walhal bukan tidoq pun, saja tunjuk perangai. Kena tepuk bontot pun dok buat dekkkk situ lah! Memang irritated sangat dengan deni. 

Dekat-dekat GE-13 ni...kucing pun pandai dah nak hot-hot temper segala. Menagih manifesto tuan yang katanya nak bina cat-tree kot...hahaha. Usahkan "premier condominium", "apartment kos rendah" pun tak nampak bayang lagi.

Sebagai membalas dendam, berak lah ia di atas lantai tikar linoleum tuannya. Memang dah menjadi tabiat Nico sekarang ni, dia berak merata kalau ada benda yang dia tak puas hati. Kita yang manusia ni, cukup serba-serbi jangan la pulak dok ikut 'be-at' kucing. Tak puas hati, 'baling t*ik' merata. Yang sudah tu sudah.



Malam abam 'remy ishak' overnite umah dik na, Nico datang menagih kasih. Ceywahh...tu..kepala besaq buat muka comey, mintak orang tepuk kepala dia la tu. Melampau sampai naik atas lappy. Agak-agak kalau bercalaq Asus tu, kena jerit lagi.....nak berak rata-rata lagi tak..??
 


Nico...nico...walaupun besaq kepala si kepala besaq ni...we lep u! Annoying, irritating....yet such a loveable entertainer in the house!


*Nyong-nyong = berjalan pergi sambil bermuka bodo innocent, bersahaja, buat tak reti dan tak peduli


Happy tuesday! Daaa....!


Love,
Murni Alfathunnisa

XOXO :D
Publish!



Sunday, April 28, 2013

Gulai Ikan Pari Omak Bonda

Sunday. Without any programme. 

At home. 

Tido. 

Tenet. 

Books.



Makan!

Omak bonda masak shedap. Anak omak tolong makan. Budak bertuah! Anak omak tolong ngemas je.

Gulai ikan pari with bendi. Ayam goreng. Kangkung Goreng Tanpa Belacan. Ulam Selom. Pucuk Jangguih. Nasi separuh. Tak sempat hidang. 'Taruh ataih' will do.

Penuh pinggan. Alhamdulillah. Rezeki hari ni.

Have a great sunday uols. Selamat makan-makan. Daaa...!


"Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari." 
(Hadis Diriwayatkan al-Baihaqi)
 

Love,
Murni Alfathunnisa
 
XOXO:D
Publish!
 
 
 

Friday, April 26, 2013

Tanjung Dawai: Yang Tertinggal

Rindu nak pi Tanjung Dawai lagi. 

Photo-photo berikut adalah koleksi yang tertinggal, tak di publish di entry yang ini suatu masa di tahun yang lalu.... :-)



Sunset, Tg. Dawai, Kedah, September 2012

Terbayang-bayang keindahan pantai kala senja. Senja lagi..? Nasib hangpa la...minggu ni mood sentimental adanya. Mungkin sebab tekanan kerja. Tekanan tu biasa. Cuma volume kerja bertambah. 'CPU' tuan punya blog ni tak berhenti bekerja, bermula jam 6am sampai la tengah malam pukul 12 atau awal..atau lewat bergantung tahap kemengantukan. Banyak planning kena buat. Bila tertekan dok terbayang-bayang nak time-out saja lah..tak ingat lain dah.
 


Jeti Tanjung Dawai, Kedah, September 2012

Nak pi holiday jauh-jauh pun, peruntukan tak ada. Syukur sajalah breakaway ala-ala tempatan pun. Janji tenang sat.

Bila la nak pi lagi..walhal bukan jauh pun. Nak pi pujuk puan-punya-kereta-baru lah! Kot-kot dia mau.

 

Bot Tambang, Pantai Merdeka, Kedah, September 2012

Kali ni kalau pi, tak mau naik bot dah. Drive terus sampai Tg. Dawai. Boleh jaaaalan... jaaalann, jalan-jalan cari makannnnn!
 

Motif: Rindu nak borong makanan laut....! Keropok satnika, Ikan kering, sotong, udang kering menari-nari di hadapan mata. Makan tak 'tera' mana, tapi lebih pada dok teringat nak bagi kat mak sedara yang jauh di mata. 


 

Thursday, April 25, 2013

When The Sun is Going Down: Butterworth Outer Ring Road

Di suatu senja di bulan April, takdak keja..menunggu masuknya waktu Maghrib dan menanti waktu makan malam bersama yang terchenta. 

Lokasi....somewhere only I know..haha....ya lah sangat. Hang sorang ja la dok pi lepak situ..! 

Okey, tiada rahsia antara kita, lokasinya di BORR, Bagan Ajam. Tiada SLR, mahupun kamera digital di petang itu. Hanya henpon yang sudah mula menunjukkan simptom-simptom untuk diganti baru. Masih mendambakan Experia. Apakan daya...bajet tiada.


SouthWest, Bagan Ajam, Butterworth Outer Ring Road

Sungguh romantis senja itu. Romantis tak payah tunggu boypren..ada mak bonda dan abam 'remy ishak' pun dah cukup bersyukur, bahagia. Nyaman bayu Selat Melaka yang menepuk tampar dan menyepak (bukan sepak terajang) pipi kami lewat petang itu membuatkan tak terasa nak berganjak dari batu tempat kami melabuhkan punggung. Ceywahh....ayat macam nak ambik minor sastera semester depan!*ohh noo.....


West, Bagan Ajam, Butterworth Outer Ring Road

Tempat kami bercengkerama....hehehehe...tiba meniba geli geleman dengan ayat sendiri!
Tak sangka adik hero chek tu..alaaa..si abam 'remy ishak' tu...dia pun suka tengok sunset dan menghayati keindahan alam. Romantik macam kakak dia jugak. Well, ke mana tumpahnya kuah dal kalau tidak ke roti canai...erk~!


NorthWest, Bagan Ajam, Butterworth Outer Ring Road

Maghrib yang singkat tak baik dilengahkan. Syaitonnirojim dok berkeliaran time ni..banyak la keja dia, busy sungguh nak menghasut kita. Elok la beransur pergi. Nanti, ada masa, ada rezeki, diberikan umur dan kesihatan..kita tembak lagi gambaq sunset okeh! When the sun is going down.......


"Sesungguhnya Allah menahan dan memelihara langit dan bumi supaya tidak berganjak dari peraturan dan keadaan yang ditetapkan baginya dan jika keduanya (ditakdirkan) berganjak maka tidak ada sesiapapun yang dapat menahannya daripada berlaku demikian selain dari Allah. Sesungguhnya dia Maha Penyabar lagi Maha Pengampun." (Fatir, 41)




Love,
Murni Alfathunnisa

XOXO:D
Publish!



Tuesday, April 23, 2013

Restoran Nusantara: Foodie missing in action!


Lamaaaaaa tak buat entry makan-makan kan..? Ke manakah hilangnya 'foodie' inside of me..? Tak hilang cuma tenggelam timbul. Kebanyakan masa adalah di pejabat..di rumah. Tiada masa nak outing sangat-sangat untuk jalan-jalan cari makan macam dulukala. Lunch pulak di sekitar office, dan ada harinya lebih selesa berbekal.


Now, kalau outing pun aktiviti riadah semata-mata. Tak sempat nak terjah restoran baru buka, dah lama buka..dah nak 'bungkuih' dan sebagainya.

Last sunday, alhamdulillah..ada sedikit masa lapang. Mak bonda teringin benor nak pegi umah anakanda nya kat belakang mesjid negeri nuu. So, bawak lah beliau pi. Dah pi tu bukan reti nak lepak rumah saja..mesti nak merayap. I, mak bonda dan dik na meronda-ronda Prangin Mall & Komtar. Mall yang tak berapa nak suka pi. Tapi sebab malas nak redah jem..hentam saja la labu.
 
Mee Ayam

Kami singgah makan kat one of indonesian restaurant, newly opened at Level 2, Komtar. Kakitangan gomen *eh gomen kerr? terms sensitip menjelang GE-13!, kakitangan SUK tau kot kedai ni. Alert saja depa asal ada restaurant baru bukak..hehe. Restoran Nusantara yang katanya serve makanan Padang. Order Mee Ayam..2 bowl. Boleh tahan rasanya. Kuah simple tapi cukup rasa sup. Ayam rasa macam ayam sizzling. Mee tu lebih kepada maggi. Overall, ok lah untuk orang yang tak biasa makan 'mee ayam' original dari seberang.
 
 

Mak bonda order Soto Medan pada mulanya. Tapi, unfortunately, takdak rezeki. Habis licin kata bapak kepada ibuk! Hehe...okey, tipu! Dia tak kata la 'licin', dia kata 'habih', kena mai lain esok hari! So, mak bonda order Gado-Gado ni. Seriously..sedap dari Ayam Penyet punya version. Pedas a bit. Cuma keropok tu depa guna keropok sayur biasa. Kalau pakai keropok belinjau mesti lagi meletops kebabom! Testimoni dari seorang anak yang menumpang manja, mencuri makan dari pinggan mak bonda!
 


Ni sambal ijo..nggak pedas dong! Usah dikhuatirin! Sekadar menambah rasa.


Suasana dalam restoran. Bersih. Senario biasa, pengunjungnya tetap dari komuniti mereka. Ada yang kelihatan macam pelancong dari seberang. Dan kebanyakannya yang dah memang bekerja dan bermastautin kat Georgetown ni. 

Actually, I ni bukan reti makan makanan Indon, Padang, Medan dan seangkatan dengannya. Except, Bakso. Itupun sebab ada jual dekat restoran belakang opis. Baru la tau kesedapan Bakso tu. Sini pun ada jual Bakso. Tak terasa nak try pulak petang tu.
 


Dik Na la yang kabor pasal restoren ni. Katanya dah jadi 'port' diorang having lunch sebab pecel lele dan pecel ayam yang sedap tu. Nak makan fastfood..udah qope makanan ruji pulak..sesekali nak jugak try something different. Itu yang pilih makan kat sini. *saya mesti pilih..ini kalilah!

Mengharapkan ada jus avokado, unfortunately..nan hado! Ya udah, teh o panas ya bapak! Ibuk memesan jus markisa dari bapak.

Friendly service. "Pesanannya semua sudah sampe ya ibuk?", tanya bapak waiter kepada ibuku...Hehe..seronok pulak dengar slanga indon dari pengusaha restoran ni. Layanan bagus. Kedai bersih. What else I can say. Ada rezeki nak try soto dan bakso pulak. Entah bila la tu.......hmm.

Total bill petang tu untuk 3 orang, RM 19.50.


"Bila anda kurang merasa puas beritahu kami, tapi bila anda merasa puas beritahu rekan-rekan"


Well...dah bagitau dah ni haa.....hehehe.

Okey, sekian entry dari foodie yang dah missing in action. Nak kembali menelaah nota. Esok blogwalking blog hangpa semua. Jaga diri baik-baik. Mimpi indah-indah. Jangan mimpi bapak dari seberang ya ibuk-ibuk. Sayang uols..muacch! Daaaaa......!


Love,
Murni Alfathunnisa

XOXO:D
Publish!

 

Monday, April 22, 2013

Thank You BB1M

Alhamdulillah..finally berjaya menghabiskan RM 250.00 BB1M voucher yesterday! Thank you BB1M. *Ini bukan kempen GE-13.

But as a student, Malaysian, recipient, yes, I'm grateful. Syukur alhamdulillah. RM 250 is such a big amount untuk rakyat marhaen like me. It does helps me a lot. Tak perlu keluarkan extra money untuk beli bahan bacaan ilmiah. I said ilmiah..bukan novel chenta okeh. Of which I believe, bukan I sorang saja yang akan rasa kedekut to spend money over such genres of books..ramai lagi kan. Tapi dengan adanya BB1M ni..tak perlu lagi rasa kedekut. Just spend the voucher wisely.




I bought my first economics reference book using BB1M. Beli kat kampus, much much cheaper dari beli kat luar. Ditulis jugak oleh prof kite.. Dr. Yen!



Then I spend again..kali ni kat Popular. Another economics books but presented in interesting way. Tak skema macam buku rujukan. All economics terms, the history, the theory and concepts...all are well explained & simplified in this book. Belum habis baca. Baru page 40.



Then, comes the Big Bad Wolf Book Fair at Penang Times Square last March. Membeli lagi dengan BB1M. Dapat 3 buku bercorak general knowledge. And some are useful for my studies too. The 'World History' by Factopedia, 'An Uncommon History of Common Courtesy' by National Geographic & Madrid city guide...hehehe...I love Madrid! *sambil menanam impian ke sana





Dengan baki RM 50, alhamdulillah....ada jugak rezeki memiliki buku ni, 'Bayu Kerinduan di Bumi Haramain'. Hari tu cari kat MPH, bo liao! Popular Aeon pun nan hado. At last jumpa kat Popular Komtar. Wajib lah beli. Lepas tu, demi nak mencukupkan baki voucher beli dua buah buku lagi...satu untuk Dik Na dan satu untuk mak bonda.

Maka...habis licinlah nilai BB1M itu bersama kepingan-kepingan voucher yang telah dihulurkan. Lepas ni kalau nak membeli buku lagi, kena sediakan cash dan simpan resit for tax exemption. :D

Bila nak habis baca..? Tak tau lah...semua dah baca, sikit-sikitttttt. Habisnya...in shaa allah..kena tunggu selesai exam bulan June nanti.

Uols tengah baca  buku apa sekarang ni..ce citer..ce citer...


Love,
Murni Alfathunnisa

XOXO :D
Publish!


  

   

 

Wednesday, April 17, 2013

Harumanis..The Season Has Arrived!

On the way balik dari Arau kerana menghantar abam 'remy ishak' balik ke PTSS hari tu..singgah beli buah-buahan tropika berhadapan kampus Unimap, Arau.



Berjenis-jenis mempelam dok ada. Orang sini tak panggil Mangga naa....kami panggil mempelam or nick name dia pelam..ringkas, padat dan tepat.

Mak bonda kalau dah nampak pelam ni tapi tak beli...balik boleh mimpi 5 hari 5 malam tak berkesudahan. So, chek pun menggagahkan diri memberhentikan cik bee tepi highway Changlun-Kuala Perlis tu semata-mata nak beli buah tropika kegemaran mak bonda. Kali ni chek bagi peluang kat beliau, lepas ni beliau kena pantang balik segala buah-buahan manis dan bergula semua.



Rambang mata dibuatnya. Bila rasa..semuanya sedap belaka. Sudahnya, kami beli buah pelam jenis Taiwan tu. Rasa lemak-lemak sikit.

Dan tak ketinggalan..wajibalghunnah kena beli..buah yang limited lagi special edition.. Harumanis. Only appear in season, between Apr-June, only in Perlis. Only in Perlis ya...takdak di negeri-negeri lain.




Beli kat gerai tepi jalan ni ramai yang cakap lebih mahal. Maklumlah..yang dari ladang dijual kat peraih. Peraih pulak jual terus atau jual kat peniaga ni. Harga melambung sikitlah. Chek pun tak tau lah sama ada harga sekilo RM 20 tu kena katok atau tak. Sebab ada yang kata..kalau gred baik, harga sekilo adalah sekitar RM 20-RM 25. Kalau beli terus kat ladang, RM 12 sekilo pun boleh dapat dah. Belasah je la...dah memang tak pi merayap mana...singgah situ beli and go!
 


Deretan gerai buah menanti kedatangan pengunjung. In the meantime kami dok pilih buah pelam tu semua, ramai jugak orang luar datang bertanya pasal Harumanis. Pakcik sebelah chek dengan slang key-ell tu beli sampai 50 hengget. Tu auntie tu tak tau la borong banyak mana..baru dok negotiate price gamaknya.
 


Finally, mak bonda made up her decisions...beli je lah 3 bijik, sekilo lebih beratnya, buah harumanis campoq ngan buah pelam taiwan tu 3 bijik. Maka beliau pun memasuki cik bee dengan hati yang gumbira....lalalala..okey tipu...takdak la gembira sampai tahap tu.
 



Nah....the flesh. Kuning yang mencengkam jiwa. Harumanis yang isinya berwarna oren lebih sedap dan manis. Petang tadi, makan sambil menghadap TV tak perasan habis sepiring. Licin! Over tauuu dari mak bonda...teruk kan budak yang taip entry tu. Ish...ish.

Since, buah harumanis yang eksotik lagi rare ni musimnya tak lama, barangsiapa yang teringin nak merasa tu, sila lah ke Perlis ya. *Duta pelancongan Perlis la pulak..

Sekian, entry melencong sambil beli buah-buahan tropika buat kali ini. 

Love,
Murni Alfathunnisa


XOXO:D
Publish!


   
 

Tuesday, April 16, 2013

Dari Greenlane ke Napoh: Jo Cendol Pulut

Hari ahad yang panjang...ya, panjang. Letih dengan event kayuhan basikal amal, tengahari tu, seusai program..balik mandi dan berehat sekejap kat umah Dik Na di Greenlane. 

At around 2.30pm bergerak ke Napoh...eh silap ke Arau..menghantar adik lelaki yang seorang tu balik PTSS. Sekejap je dah nak habis satu semester. Next week exam, lepas tu bercuti panjang lah mereka. Lepas tu kaklong dan kakngah dia pulak yang sibuk exam week. Pun dah nak abis satu semester. Cepat masa berlalu....dan terbuang. Nampak sangat banyak masa terbazir macam tu saja. Lalai okey!



Memang dari awal berazam nak singgah sini, Jo Cendol Pulut kat Pekan Napoh. Betul-betul tepi Lebuhraya Bukit Kayu Hitam selepas tol Jitra. Kalau tak nampak kedai ni, memang saja sangat sangat sangat laaa. Reached here at around 5.00, can't remember exactly. Sebab chek tak speeding pun..90km/h-110km/h. Maintain je.



Koay teow sup pilihan chek..marvelesssss. Banyak ramuan di dalam mangkok berkenaan. Hirisan daging pun banyak.






Mak bonda dan abam 'remy ishak' pilih bihun sup. Kuah sup dia simple...tapi tetap sedap. Ada menu lain jugak kat sini..aneka gorengan satnika. Ada orang bagitau..coq udang kat sini sedap. Next time try coq udang pulak.
 



Stars of the day..dah tentulah cendol! Yang kat atas ni untuk lady driver, so, no pulut please. Takut mengantuk. Walhal sikit je kalau diletakkan pulut tu. Mak bonda and abam 'remy ishak' pilih cendol pulut. Sedap. Suka the cendol itself. Tekstur cendol dia memang puas hati la. Namun, masih cendol kat Simpang Maklom leads the chart.
 



Tapai Cek Nah ni kitorang tak rasa pun. Alang-alang bertenggek di atas meja tu..snap je la.
Ramai jugak yang singgah kedai Jo ni. Dan memang jadi 'port' student UUM kat sini..letaknya kan dah tak jauh dari Changlun.

So..total bill RM 20.30..berbaloi-baloi.

Perjalanan diteruskan.



Beginilah pemandangannya di Pekan Changlun. Perang bendera Bulan dan Dacing. Sepanjang lebuhraya selepas tol Hutan Kampung sehinggalah ke sini...meriah sungguh.

Namun di sebalik kemeriahan mengibarkan bendera, melekat poster..harapnya tidak adalah pertumpahan darah..hatta pergaduhan sekalipun. 

Jika masa dan keadaan mengizinkan..nanti nak buat entry gambar-gambar perang bendera dan poster di beberapa tempat menjelang PRU ni. In shaa Allah. 


Love,
Murni Alfathunnisa

XOXO:D
Publish!


 

Monday, April 15, 2013

Cik Siti Goes 'Penang Ride For Sight 2013'

Lately ni semakin kerap Cik Siti beraktiviti kan..? Agak-agak annoying tak di mata orang..? Al-maklumlah...dah tuo-tuo ni kan, makin menjadi pulak. Ate...nak buat camne, dah tuo-tuo ni baru la nak jumpa geng yang ada chemistry dalam beraktiviti riadah macam ni kan.

Ketuaan Usia sebenarnya tidak boleh dijadikan penghalang..hatta pengukur dalam menentukan tahap keaktifan seseorang beraktiviti riadah, bersukan, belajar, berchenta, berumahtangga dan sebagainya.

Tarbiah rohani sat....



Hehehe..again, pagi ahad dikorbankan. Seusai subuh sudah bertolak ke Straits Quay for another bikethon event. Kali ini, ahkak terlewat dan dimarahi oleh ahdik. Sampai hati beliau.
 


 Ahdik dalam gambar atas sebelah ahkak ni pun memarahi ahkak kerana memanggil beliau "makcik" dalam entry yang lepas. Hehehe...berseri-seri ja muka di awal pagi. Belum berpeluh. Ini dinamakan posing baru ambil basikal. Seperti sebelum ni, basikal untuk acara bikethon ni pun we ols sewa. Ahkak belum mampu nak beli basikal sendiri hatta yang 4ratus je harganya. 4 ratus bagi seorang yang banyak komitmen macam ahkak adalah bernilai sangat mahal, okey.



Ahdik-ahdik yang memarahi ahkak.....harharhar...! Walaupun depa marah ahkak...tapi ahkak tau..dalam hati depa ada taman astakona sebenarnya. Sehari tak keep in touch bagaikan setahun rasanya.

Ahkak merapu lagi. Sebelum karangan terkeluar tajuk..ahkak nak bagitau, pada hari yang meriah lagi happening itu, ahkak telah meet dengan seorang rakan blogger yang sangat dikenali ramai. Ahkak baru saja kenal beliau...she's such a nice person. Beliau adalah tak lain tak bukan, blogger MakcikKantin .





Sungguh alert beliau dengan kehadiran kami bertiga. MakcikKantin telah mai approach kami dulu. Terharunya...terasa glamer sebentar...haha. Ahkak terrrperasan pulak. MakcikKantin join event ni dan ada bagitau through her comments dalam salah satu entry ahkak yang lepas. Ternyata MakcikKantin memang sudah biasa dengan acara berbasikal bersama dengan husband beliau dan rakan-rakan. Nampak sangat pro berbanding we ols yang baru saja berjinak-jinak dengan aktiviti berbasikal ni.

Nasib baik sempat jugak merakam kenangan bersama....! Untuk makcikkantin, pakcikkantin kata kami bertiga 'do re mi'....hehe...tak pasal-pasal kami dapat nama gelaran baru.





Event kayuhan amal pagi tu memang ramai peserta nya. Ia dianjurkan secara bersama oleh St. Nicholas Home, Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan G-Club Penang Cyclist. Gambar atas tu sebelum flagging off lebih kurang 8.00am. Acara bikethon ni ber-objektif-kan 'fund-raising' di samping mempromosikan gaya hidup sihat dan beberapa panduan berguna bagi membantu golongan kurang upaya BVI (Blind and Visually Impaired). Alhamdulillah...kali ni nampak ramai melayu yang join. Tak kurang jugak peserta dari Shell.



Gambar atas -- sebaik saja flagging-off..! Masih lagi dalam kawasan Seri Tanjung Pinang. Lupa nak habaq, kayuhan ni bermula dan berakhir di Straits Quay, melalui Gurney Drive, Jalan Sultan Ahmad Shah, Padang Kota, Georgetown heritage area dan Kelawei Road.

We ols bertiga kayuh folding bike saja. Terasa marhaen sangat uols! Depa semua kayuh MTB, cepat je sampai. Dah la gitu, nasib tak baik...tayar beskat ahkak takdak angin. Patut la setiap kayuhan terasa berat ja. Di separuh perjalanan, ahdik a.k.a dik na telah mengorbankan tenaga beliau dengan menukar beskat dengan ahkak. Dah la dia berang sebab tak dapat bawak XDS beliau, lepas tu kena pulak naik beskat takdak angin. Bebai jugak beliau dibuatnya. Kena upah belanja 'brunch' kat Oldtown..kalau tak beliau nanti membebel setengah tahun tak habis-habis. Hehehe...

Untung yang ride MTB hari tu...kurang la sikit rasa penat mengayuh. Apa pun..my congrats goes to children and parents yang ride with children semalam. Bukan senang tau, nak mengayuh jarak jauh macam tu..bawak kids, nak kena pantau lagi. Semangat tu yang patut dicontohi.




We ols sampai semula ke Straits Quay lebih kurang 10.00am. As usual, ada acara lucky-draw. First round habis, number we ols memang tak lucky. So, we ols decide to dismissed from the event, sebab perut dah lapaq sangat, tak breakfast awal pagi tu. Lagi pula, perjalanan untuk ahkak masih jauh untuk hari ahad tu. Nanti ahkak cerita in my next entry.




Alhamdulillah...dapat lagi certificate untuk acara ni. Simpan dalam clear folder yang penuh dengan certificate. Untung-untung gomen teringin nak offer keja dalam dua tiga tahun lagi sebab banyak certificate macam ni dalam fail..haha....berangan lah hang, Murni.


Okey, need to full-stop here. Tolong jaga diri masing-masing okeh. Akhir kata, majulah sukan berbasikal untuk negara!


Love, 
Murni Alfathunnisa

XOXO :D
Publish!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails