About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Thursday, April 11, 2013

A Little Time Away: Cameron Highlands

Seperti yang direncanakan secara ad-hoc, agenda we ols ke Cameron Highlands weekend lalu alhamdulillah..berjalan dengan baiknya, walaupun 'flight' delay lebih kurang sejam atas beberapa masalah-masalah domestik dan keadaan cuaca yang hujan di tengahari sabtu yang syahdu itu.



Captain of the day..we ols tumpang white froggy cik Wani kali ni. Tenkiu cik Wani. Lovely music on-board...ekeke. Kesian Puan Bangsawan kita, kakya, kemengantukan melayan lagu-lagu dari genre kegemaran kita itewww

Perjalanan petang tu dari Juru-Simpang Pulai, sangat lah smooth. We ols berhenti minum petang di R&R Sg. Perak sebelum shoot ke CH.



Cukup lama menunggu. Finally, dapat jugak capture tempat ni. Tak sure KM berapa plus highway arah selatan, maybe before Kuala Kangsar.

Motip pi Cameron? Perlukah ada motif...? Tak perlu, tapi gatai jugak nak habaq...saja nak release tension. Kalau tak pi CH sekalipun, sure I dah somewhere by the beach here in Penang or else Bukit Merah je.



Feeling sejuk Cameron Highlands dok mai dahhhh....! Actually, puan punya blog ni masih feeling di Cameron Highlands, jasad nya saja dah kat Penang ni, hati masih di sana. Rehat tak cukup..tak puas katanya.

Sebaik saja melepasi Tringkap, perjalanan yang lancar sangat tu tetiba bertukar menjadi tak lancar. Kesesakan bermula! Walhal dah nak dekat Brinchang dah..it took us 3hrs to reach Brinchang town. Humang aih. Perut lapaq...jem pulak lagi. Gitu lah..gatai sangat nak pi weekend kan. Night market punya pasal, we ols supposed sampai sebelum 7 but finally reached hotel later at 9.00. Apa-apa pun syukur alhamdulillah..selamat sampai.

Dalam rintik hujan selepas check-in, kami bertiga dengan gagah dan semangat jitu meredah pasar malam yang dah hampir nak bungkus. On-foot je sebab hotel yang we ols stay ni dekat sangat dengan pasar malam. Dapat la memukat strawberry yang moraahhhh itu sambil menikmati Fried Mushroom & Fried Broccoli. Patah hati kami takde rezeki menikmati stimboat sebab dah lewat sangat. Ini semua salah traffic jam tersebut.





Ria Cameron Hotel..tempat we all stay..just a budget hotel, bilik untuk tido tak sampai berapa jam je kan. Complaint..? Yes...water heater not functioning! So...mandi jugak walaupun sejuk tergedik-gedik gitu. Lain-lain..? Erm..berbaloi lah dengan apa yang dibayar. So, no further complaint. Banyak cekadak pulak kan. Well..ahkak ni bab hotel memang demanding. I admit that. Hehehe..


Pagi ahad tu we ols bangun awal. Semangat kemain. Dan mungkin jugak sebab tak lena tido gara-gara cuaca yang terlampau sejuk. Yang boleh tido dengan khusyuk tak lain tak bukan adalah orang yang pada mulanya tak boleh tido dan asyik suruh orang belai-belai rambut dia...apa kessss...?? Dah la rambut tak syampooo kannnn...*malam tu la


Awal-awal pagi, tak menyempat nak breakfast dulu si Dik Na tu kalut nak ke pasar pagi. Banyak jugak diborongnya untuk mertua. Ahkak nanti pun camni jugak agaknye kan..?*Oops, ada hati nak ber'mertua rupanya..hikhik.  

Selesai memborong, we ols terus ke Cameron Valley, Bharat Tea Plantation. 



Breakfast kat sini...



Rumit jugak memilih menu breakfast.   



Bernasib baik dapat jugak table facing ladang teh yang berbukit bukau menghijau itu.





Finally..inilah santapan we ols di pagi yang awesome itu. Sausage roll, mushroom soup with bread & carrot slice.  Mint tea tu nampak macam best je. But..I am now addicted to teh tarik..more than coffee. Pagi tu ada jugak rasa nak try teh tarik float yang katanya sedap &special kat sini..tapi rasa macam 'cannot go' lah..sure berlemak-lemak lagi la I. Better stick to Teh Tarik je. I tak nak rasa bersalah dan berdosa bila terbaca feed dari Kevin Zahri later on..hehe. 






Nikmat. Alhamdulillah.





Dik Na a.k.a Kakya! Makan apa pun tak habis...nak report sama incik ahbi beliau! Suka biar perut kosong, lepas tu dah takde selera makan. Gastrik katanya..sebelum tu shopping kat pasor pagi...takde nampak aura gastrik pun! Huh...report incik ahbi!!!

Sangat tak boleh tahan tengok orang ramai-ramai kat bawah tu..kena turun jugak.
 


Nak sangat tengok bukit bukau, gunung-ganang kan...alhamdulillah..weekend ni boleh tengok sepuasnya. 




Betapa indahnya ciptaan Allah yang agung. Beautiful. Nak pegi tengok ladang teh Ceylon yang famous tu jauh sangat...kat CH pun alhamdulillah la. Even berkali-kali datang, tiada rasa jemu menatap kehijauan alam di sini.


Bukan Charlie's Angels

 3 orang kat atas ni pun beautiful gak kan...??hakhak..statement penuh perasaan!



Budak dalam gambar ni sorokkan gambar candid beliau..tapi takpe...hari ni kita publish dulu gambar ni.



Tea leaf...ada aromanya yang tersendiri. Penggemar teh mesti arif beza-bezakan jenis teh hanya dengan tengok daun, bau dan rasanya saja.

 

Jangan ditanya nama bunga tu...masa tembak-tembak gambar sekeliling ladang teh ternampak bunga ni di celah-celah pokok teh. Next entry I'll publish gambar-gambar flora di Cameron Highlands okeh.



Sebelum bergerak ke destinasi seterusnya, we ols singgah beli teh dulu..haruss lah kan!



Flavored tea menjadi item yang wajib dibeli...buat stok di rumah dan hadiah untuk kawan & sedara mara. 

Ahkak sebenarnya keletihan dan asyik ketiduran saja lately, exhausted sangat. Lama tak sibuk di pejabat. Sekali kerja yang menimbun itu datang bertimpa-timpa..terduduk ahkak dibuatnya. Itu yang entry ni agak delay....In shaa Allah..next entry ahkak publish esok atau lusa okeh. Blogwalking pun ahkak buat slowly naa..tq yang sudi mai jenguk ahkak di rumah ni.... :-) Take care naaa...


Daa...

Love,
Murni Alfathunnisa

XOXO: D
Publish!

 

37 comments:

  1. ok sy sentap ckp rambut sy tak shampoo! huh! btw, yes i dah sorokkan pic candid. sb itu dh msuk kes uols nk aniaya photographer. tak boleh hokay! haahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sugarhoney,

      ok, fine. sebab guna slr kamoo! lepas ni saya boleh publish whatever pics i like...if it came from my cam. lalalala...

      Delete
  2. Wehhh lama cek tak pi kemeren hailen nih! Dah berapa tahun dah. Winduuu.

    Gambaq orang bertiga kat ladang teh tu, setujuuu, beautiful! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak dinas...

      kembang lah kami bertiga iteww..haha.

      selalunya kalau dah berapa tahun tak pi..maknanya tak lama lagi mesti buat lawatan 'repeat'.

      Delete
  3. cameron highland sekarang kurang sejuk la dik...tp akak suka gak g sana,tiap kali balik ipoh, naik dari simpang pulai.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu nurin,

      yang tu saya agree..memang sekarang kurang sejuk jika dibandingkan masa first saya pi dulu..kalau tak silap tahun 2000-2001.
      jalan simpang pulai tu dah cukup bagus kan..tak teruk macam ular kena palu kalau ikut jalan tapah.

      Delete
  4. Ronda sakan hampa no.. cemburu makchaq tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. makchaq,

      laaa...toksah dok cemburu la haih..makchaq pun dok pi jalan-jalan jugak dengan pakchaq..sesekali kan. nanti mai join kami..tapi makchaq kena mai penang la..hehe.

      Delete
  5. rindu CH, CH tak pernah menghampakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. elly nadyra,

      yes, walaupun sesak...tapi tetap nak pegi jugak.

      Delete
  6. Wahhhh mandi sejuk2 ye...hihi
    Ohhh ada teh tarik float ke, jakun kejap.
    Sapakah Itu yg Kena belai2 rambut sbelum tidur? Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kasihredha,

      mandi tetap mandi, walaupun sejuk "gedi". "gedi" tu maknanya betul2 sejuk la tu. teh tarik float tu agak famous kat Bharat, kak. Saya pun baru je dapat tau..itu yang rasa teruja nak cuba. Akan tetapi, bila kenang lemak di perut..terus cancel. lain kali saya cuba. in shaa allah.
      adik saya tu haa...dia tu tido paten nak kena belai rambut..hehe...teruk nau.

      Delete
  7. Teman lama dah tak ke Cameron Highland... last time makan durian musang king kat Brinchang, sodap betul... Nak pegi sana, dok berkira2 kira... takut jem kat atas bukit tu... kalau pegi week days, confirm kedai banyak yg tutup... kalau weekend, jalan jem la pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Izni,

      itu le pasalnya..kalau weekend memang sesak. Nak pegi weekdays boleh la jugak..cuma nya kemeriahan membeli belah je kurang terasa. musang king kat sana mahal tak..?

      Delete
  8. Uikkk...keto mcm lagi besttt jerk.....ahakz...laju tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jebat,

      kita berdua kena upgrade ke version ni...best woo...

      Delete
  9. wow...

    aku pernah jugak nak try tangkap gambar gunung-ganang kat highway...

    tak pernah capture mcm tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rapunzeel,

      sebenarnya, dapat capture setelah dapat duduk sebelah driver sambil menikmati pemandangan sepanjang jalan..peluang julung kali.

      Delete
  10. as salam...BW n terus polow...beh nya lah ai p cameron...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kuazue,

      tenkiu yaa bw n terus polow..nanti ai pi balas lawatan u okeh..

      Delete
  11. den tak ponah bosan bercuti ke CH, suka suasana sejuk kat sano...:)

    ReplyDelete
  12. Salam Murni..

    Wah.. bestnya ke CH.. seronok kan.. tapi bab nak menempuh jem yg sgt lama tu yang rasa tak tahan tu.. nak ajak en.asben repeat ke CH pun tak berani sebab tahu tentu nnt kena reject he..he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Hanis Azla,

      Tu la...kalau sesabar perempuan ni pun kekadang terhambur jua kemarahan dalam jem..inikan pulak kaum lelaki. Weekdays kurang sikit sesak nya kak..

      Delete
  13. CH..walau dah berkali2 ke sana tapi tak pernah2 jemu..actually esok sy pun nak ke sana hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ZieMarziah,

      betul..setuju sangat. Biar berapa kali pergi pun tetap nak pegi jugak. Malaysia ni ketandusan pusat peranginan tanah tinggi..itu yang CH sentiasa jadi tumpuan.

      Delete
  14. Siapa pun ke CH memang seronok. Apa lagi kalau berteman-teman begini. Selagi single ni Murni jalanlah puas-puas macam kakak dulu mana ada ceruk yg org kata best pergi. Bila dah menikah ada anak kecik perjalanan terhad... so puas-puaskan hihi...

    Kakak suka car Murni tangkap gambar cantik!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakzakie,

      Ye kak. Ramai orang advise macam tu. Selagi single ni explore lah mana nak explore...:-)

      terima kasih kak..ada sesetengah gambar tu adik saya, dik na yang captured.

      Delete
  15. rindu CH...lama dh tak jejak sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amanina,

      Kalau rindu...maknanya........
      kena pi..! :-)

      Delete
  16. wahh siti g CH...bestnyew, akak palingsuka gi sini..like like :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Tiha,

      Tu la..dah lama tak pi. Last pergi pun dua tahun lepas kalau tak silap.

      Delete
  17. Datang berkunjung.. :)

    Berminat dengan pearl & silver??
    Dapatkan segera!!!
    Pelbagai warna dan design menanti anda.
    Bukan pearl air tawar atau air masin tetapi ini pearl swarovski dari Austria yang tidak berkarat.

    Silver bukan sebarang sebarang silver.
    Ini silver 925 yang tidak akan berkarat.
    Untuk makluman yang lebih lanjut boleh ke page Pearl & Silver Collection..
    https://www.facebook.com/FaPearlSilverCollection

    ReplyDelete
  18. kat sini kalau sampai pagi...petang dah boleh balik kut. tp kalau sampai dah tengahari, elok la gak bermalam. pernah sampai beberapa kali, on the way dari KB ke KL singgah ke sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eelobor,

      Yup, day-trip pun okey, kalau sampai awal. Cumanya, kami hari tu memang berhajat nak ronda pasar malam. Itu yang rasa nak stay kat sana. Datang dari Gua Musang la kan..?

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails