About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Monday, April 15, 2013

Cik Siti Goes 'Penang Ride For Sight 2013'

Lately ni semakin kerap Cik Siti beraktiviti kan..? Agak-agak annoying tak di mata orang..? Al-maklumlah...dah tuo-tuo ni kan, makin menjadi pulak. Ate...nak buat camne, dah tuo-tuo ni baru la nak jumpa geng yang ada chemistry dalam beraktiviti riadah macam ni kan.

Ketuaan Usia sebenarnya tidak boleh dijadikan penghalang..hatta pengukur dalam menentukan tahap keaktifan seseorang beraktiviti riadah, bersukan, belajar, berchenta, berumahtangga dan sebagainya.

Tarbiah rohani sat....



Hehehe..again, pagi ahad dikorbankan. Seusai subuh sudah bertolak ke Straits Quay for another bikethon event. Kali ini, ahkak terlewat dan dimarahi oleh ahdik. Sampai hati beliau.
 


 Ahdik dalam gambar atas sebelah ahkak ni pun memarahi ahkak kerana memanggil beliau "makcik" dalam entry yang lepas. Hehehe...berseri-seri ja muka di awal pagi. Belum berpeluh. Ini dinamakan posing baru ambil basikal. Seperti sebelum ni, basikal untuk acara bikethon ni pun we ols sewa. Ahkak belum mampu nak beli basikal sendiri hatta yang 4ratus je harganya. 4 ratus bagi seorang yang banyak komitmen macam ahkak adalah bernilai sangat mahal, okey.



Ahdik-ahdik yang memarahi ahkak.....harharhar...! Walaupun depa marah ahkak...tapi ahkak tau..dalam hati depa ada taman astakona sebenarnya. Sehari tak keep in touch bagaikan setahun rasanya.

Ahkak merapu lagi. Sebelum karangan terkeluar tajuk..ahkak nak bagitau, pada hari yang meriah lagi happening itu, ahkak telah meet dengan seorang rakan blogger yang sangat dikenali ramai. Ahkak baru saja kenal beliau...she's such a nice person. Beliau adalah tak lain tak bukan, blogger MakcikKantin .





Sungguh alert beliau dengan kehadiran kami bertiga. MakcikKantin telah mai approach kami dulu. Terharunya...terasa glamer sebentar...haha. Ahkak terrrperasan pulak. MakcikKantin join event ni dan ada bagitau through her comments dalam salah satu entry ahkak yang lepas. Ternyata MakcikKantin memang sudah biasa dengan acara berbasikal bersama dengan husband beliau dan rakan-rakan. Nampak sangat pro berbanding we ols yang baru saja berjinak-jinak dengan aktiviti berbasikal ni.

Nasib baik sempat jugak merakam kenangan bersama....! Untuk makcikkantin, pakcikkantin kata kami bertiga 'do re mi'....hehe...tak pasal-pasal kami dapat nama gelaran baru.





Event kayuhan amal pagi tu memang ramai peserta nya. Ia dianjurkan secara bersama oleh St. Nicholas Home, Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan G-Club Penang Cyclist. Gambar atas tu sebelum flagging off lebih kurang 8.00am. Acara bikethon ni ber-objektif-kan 'fund-raising' di samping mempromosikan gaya hidup sihat dan beberapa panduan berguna bagi membantu golongan kurang upaya BVI (Blind and Visually Impaired). Alhamdulillah...kali ni nampak ramai melayu yang join. Tak kurang jugak peserta dari Shell.



Gambar atas -- sebaik saja flagging-off..! Masih lagi dalam kawasan Seri Tanjung Pinang. Lupa nak habaq, kayuhan ni bermula dan berakhir di Straits Quay, melalui Gurney Drive, Jalan Sultan Ahmad Shah, Padang Kota, Georgetown heritage area dan Kelawei Road.

We ols bertiga kayuh folding bike saja. Terasa marhaen sangat uols! Depa semua kayuh MTB, cepat je sampai. Dah la gitu, nasib tak baik...tayar beskat ahkak takdak angin. Patut la setiap kayuhan terasa berat ja. Di separuh perjalanan, ahdik a.k.a dik na telah mengorbankan tenaga beliau dengan menukar beskat dengan ahkak. Dah la dia berang sebab tak dapat bawak XDS beliau, lepas tu kena pulak naik beskat takdak angin. Bebai jugak beliau dibuatnya. Kena upah belanja 'brunch' kat Oldtown..kalau tak beliau nanti membebel setengah tahun tak habis-habis. Hehehe...

Untung yang ride MTB hari tu...kurang la sikit rasa penat mengayuh. Apa pun..my congrats goes to children and parents yang ride with children semalam. Bukan senang tau, nak mengayuh jarak jauh macam tu..bawak kids, nak kena pantau lagi. Semangat tu yang patut dicontohi.




We ols sampai semula ke Straits Quay lebih kurang 10.00am. As usual, ada acara lucky-draw. First round habis, number we ols memang tak lucky. So, we ols decide to dismissed from the event, sebab perut dah lapaq sangat, tak breakfast awal pagi tu. Lagi pula, perjalanan untuk ahkak masih jauh untuk hari ahad tu. Nanti ahkak cerita in my next entry.




Alhamdulillah...dapat lagi certificate untuk acara ni. Simpan dalam clear folder yang penuh dengan certificate. Untung-untung gomen teringin nak offer keja dalam dua tiga tahun lagi sebab banyak certificate macam ni dalam fail..haha....berangan lah hang, Murni.


Okey, need to full-stop here. Tolong jaga diri masing-masing okeh. Akhir kata, majulah sukan berbasikal untuk negara!


Love, 
Murni Alfathunnisa

XOXO :D
Publish!


30 comments:

  1. Replies
    1. zonaku,

      kena rajin-rajin jenguk calendar of events..kitorang pun kadang2 terlepas...:-)

      Delete
  2. Beskal uols sewa kat SQ atau hangkut dari tempat lain ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asraf,

      kat SQ, metro bike kalau tak silap. Puan sugarhoney kata ada branch depa kat prangin atau komtar entah..

      Delete
  3. ahhh!! aku masih moorkaaa sb hgpa tak bg aku bwk MTB aku. tak pepasal kena kayuh beskat takde gear. mak merana hokay! merekah mata tgk depa laju2 la potong! arr.. !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sugarhoney,

      sudah-sudah la bebai tu. Yang berlalu biarkan berlalu..lepas ni bawak sajalah XDS hang tu kemana-mana aje...okey...hehe....

      Delete
  4. patut la slim je...aktif rupanya..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak kamsiah,

      slim ker??hehe...yang penting sihat, kak. :-)

      Delete
  5. Betul usia sekadar angka tepulang masing-masing utk menilai kemampuan diri

    Cantiklah t-shirt ada lebih tak hihi... (guraulah sayang)

    Kalau kakakpandai ride basikal kakak pun nak exercise dgn basikal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzakie,

      t-shirt untuk event ni memang diakui cantik. material jersey. kalau nak bandingkan dengan event yang sebelum ni..t-shirt ni lagi best..longgar, selesa. tapi....sayangnya, takde lebih nak bagi kakak saya ni.

      Delete
  6. oh, ahkak dia ganeh..best jugak aktiviti camni terasa muda di hati..tapi akak cam dah terlambat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak tiha,

      ganeh tapi pancit jugak..hehe...lawak betul. belum terlambat kak..pelan-pelan kayuh...

      Delete
  7. Replies
    1. diana,

      program macam ni kena ada tekad. kalau kata nak buat, memang kena buat. kalau 50-50 dan rasa malas...alamatnya, tak bergerak la.

      Delete
  8. Bestttt....akakpun sdg giat berbasikal ria Unk buang lemak

    ReplyDelete
  9. saya sampai ke sudah simpan jer angan2 nak beli basikal nak buat bersenam waktu petang, sebab tak de geng nak joint. kan best kalu dok penang... buleh gi ronda sama2... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. eelobor,

      meh pindah penang...boleh geng dengan kitorang kayuh basikal during weekends..hehe.

      Delete
  10. Seronoknya dpt buat xtvt camni..mesti bleh release segala mak nenek tension neh...agagaga

    ReplyDelete
    Replies
    1. ecah mashuri,

      tu le pasal nye..dah 6 hari stress kerja dan hal2 lain..sehari je dalam seminggu buat aktiviti macam ni..alhamdulillah..lega sat. :-)

      Delete
  11. salam

    bagus juga aktiviti riadah mcm ni

    bapak lama sungguh tak kayuh basikal, last kayuh masa sekolah dulu2 dah berpuluh tahun dah hehehe
    basikal masa tu perewel mati tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki,

      salam bapak..perewel mati tu apa..?adess...teruk chek ni apa pun tak tau...huhu

      Delete
    2. waalaikumsalam

      hehehe tu perewel mati yang jenis kena kayuh je pasal pedalnya tak boleh undur kayuh ke belakang hehehe

      berhenti basikal tu, baru pedalnya pun sama berhenti

      tu basikal bebudak nakal zaman dulu pasal balik sekolah dok lumba sampai rumah hehe

      Delete
  12. Nasib baik do=re=me & not do=rae=mon :)).

    Lepas check the first lucky draw tu, kita terus balik ja...tak tau pun ada cert.

    ReplyDelete
    Replies
    1. makcikkantin,

      hehe...kalau do-rae-mon hari tu kitorang dah bawak keluar basikal ajaib dari kocek..hehe...

      certificate dapat awal kalau tak silap masa hari ambil goodie bags.

      Delete
  13. Aktiviti keluarkan peluh di hari minggu...aktiviti sihat tak pa buat selalu2 pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. JunAina,

      kannnn.....kalau jadi rutin tiap2 minggu..alhamdulillah. :-)

      Delete
  14. best..memang tau ada event ni tapi ada aktiviti lain on dat day:)
    agak2 kalau sy approach kak murni kenal saya x hehehe..bila2 jom kita gather, mcK saya dah pernah jumpa:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ziemarziah,

      laa ya ka...kalau tak sure dah dapat jumpa zie.
      kalau tak kenal..jangan malu..approach je kitorang ni. selalunya memang bertiga la kalau event2 macam ni. kalau zie malu..kitorang lagi la pemalu..hehe...

      Delete
  15. akak nk join nanti.. mcm best
    lama xnaik basikal

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails