About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Tuesday, April 16, 2013

Dari Greenlane ke Napoh: Jo Cendol Pulut

Hari ahad yang panjang...ya, panjang. Letih dengan event kayuhan basikal amal, tengahari tu, seusai program..balik mandi dan berehat sekejap kat umah Dik Na di Greenlane. 

At around 2.30pm bergerak ke Napoh...eh silap ke Arau..menghantar adik lelaki yang seorang tu balik PTSS. Sekejap je dah nak habis satu semester. Next week exam, lepas tu bercuti panjang lah mereka. Lepas tu kaklong dan kakngah dia pulak yang sibuk exam week. Pun dah nak abis satu semester. Cepat masa berlalu....dan terbuang. Nampak sangat banyak masa terbazir macam tu saja. Lalai okey!



Memang dari awal berazam nak singgah sini, Jo Cendol Pulut kat Pekan Napoh. Betul-betul tepi Lebuhraya Bukit Kayu Hitam selepas tol Jitra. Kalau tak nampak kedai ni, memang saja sangat sangat sangat laaa. Reached here at around 5.00, can't remember exactly. Sebab chek tak speeding pun..90km/h-110km/h. Maintain je.



Koay teow sup pilihan chek..marvelesssss. Banyak ramuan di dalam mangkok berkenaan. Hirisan daging pun banyak.






Mak bonda dan abam 'remy ishak' pilih bihun sup. Kuah sup dia simple...tapi tetap sedap. Ada menu lain jugak kat sini..aneka gorengan satnika. Ada orang bagitau..coq udang kat sini sedap. Next time try coq udang pulak.
 



Stars of the day..dah tentulah cendol! Yang kat atas ni untuk lady driver, so, no pulut please. Takut mengantuk. Walhal sikit je kalau diletakkan pulut tu. Mak bonda and abam 'remy ishak' pilih cendol pulut. Sedap. Suka the cendol itself. Tekstur cendol dia memang puas hati la. Namun, masih cendol kat Simpang Maklom leads the chart.
 



Tapai Cek Nah ni kitorang tak rasa pun. Alang-alang bertenggek di atas meja tu..snap je la.
Ramai jugak yang singgah kedai Jo ni. Dan memang jadi 'port' student UUM kat sini..letaknya kan dah tak jauh dari Changlun.

So..total bill RM 20.30..berbaloi-baloi.

Perjalanan diteruskan.



Beginilah pemandangannya di Pekan Changlun. Perang bendera Bulan dan Dacing. Sepanjang lebuhraya selepas tol Hutan Kampung sehinggalah ke sini...meriah sungguh.

Namun di sebalik kemeriahan mengibarkan bendera, melekat poster..harapnya tidak adalah pertumpahan darah..hatta pergaduhan sekalipun. 

Jika masa dan keadaan mengizinkan..nanti nak buat entry gambar-gambar perang bendera dan poster di beberapa tempat menjelang PRU ni. In shaa Allah. 


Love,
Murni Alfathunnisa

XOXO:D
Publish!


 

22 comments:

  1. bila la nk p rasa cendol puluittt tu. ok ...25hb ni nk pangkah kalendar besaq2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sugarhoney,

      nanti bawak mak bonda pi ambik abam "remy ishak" kita drop-by sini okey..jangan speeding, kang terlepas kedai ni...hehehe. cuba menu lain sama...

      Delete
  2. Salam murni..

    aduhai.. sedapnya kueyteow sup dengan cendol tu.. meriah betul pekan changlun.. last akak pergi sana masa form 2 ke form 3.. punyalah lama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak hanis,

      changlun dulu dan sekarang dah banyak beza, kak. dah meriah. pekan changlun ni sesak jugak..especially during peak hours. lama dah tu ya, kak hanis.

      Delete
  3. Tak ada pulak yg nak bubuh bendera di signboard Jo itu.
    Tempat kakak pun sama sana-sini penuh kibaran bendera warna-warni sampai anak kakak kata pening. Sebab dia duduk asrama tak nampak bendera banyak tetiba balik aje sepanjang perjalanan bendera-bendera-bendera....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzakie,

      Jo tak kasi bubuh agaknya..hehe.
      Memang wajar kalau anak akak kata pening. saya pun sebenarnya rimas jugak dengan kehadiran bendera ni. tapi kalau komplen, nanti orang kata tak sporting pulak..tak meriah sambutan general election nanti..alkisahnya...hehehe

      Delete
  4. Saya pernah sampai ke Perlis sekali aja seumur hidup, tahun 2008 dulu...lama dah..teringin nak pergi lagi...Boleh try cendol tu, mmg nampak sedap! Daging byk dlm koeytiau sup tu!!! berbaloi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daddy ziyyad,

      Perlis pun ada a few tempat menarik untuk cuti-cuti. the best is plan holiday tu lajak terus lepas sempadan thailand..songkhla ke..baru puas hati. edisi jalan-jalan cari makan...hehehe. Cendol ok...bihun / koayteow sup tu pun tak menghampakan..cuba lah kalau mai ke sini.

      Delete
  5. Kedai ni makchaq pernah singgah.. tak jauh sangat dengan rumah pakchaq rasanya..

    Kami pun try semua.. maalum la rakyat ramai.. semua order lain2, dapat la rasa sorang sikit..cucuq udang memang sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq,

      coq udang best..? okey..lagi sorang habaq best..maknanya..lain kali pi Arau, memang kena singgah sini lagi dan order coq udang pulak.

      Delete
  6. bestnya makanan belah2 utara ni.cendoi tu, slurpp nye lah rasa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak tiha,

      kalau dah try makanan utara..gerenti jatuh cinta punya lah! :-)

      Delete
  7. Cam ner org Perlis pun tak tau ada cendol yg marbeles tang tu. Sempadan jer pun. Kueteow tu memang sangat mengancam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. JunAina,

      orang perlis ek? wahhh....hehe...takpe..lepas ni boleh cuba. rasanya lama dah kedai ni..kami ni pun dah banyak kali berulang alik tapi baru kali ni cuba, memang tak menghampakan.

      Delete
  8. Tepi lebuhraya Bukit Kayu Hitam lepas tol Jitra.. *tulis dalam buku nota hempom*

    Okeh bila2 nak pi dengan Che G! :)

    ReplyDelete
  9. haaa.. prnah mkn kt sini. sedap cendolnya kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amanina,

      Cendol kat Simpang Maklom tetap memikat selera. Yang ni sedap tapi..yang kat Maklom tu no.1...hehe

      Delete
  10. aduyai xtahan tgk gmbar mknan..

    walau apapun yg kita sokong, yg pnting kita ttp org melayu dan bragama islam....

    ReplyDelete
  11. cendol tuh nampak sungguh yummy...

    ReplyDelete
  12. dulu pernah makan tengahari kat sini... gulai daging dengan umbut pisang...mabeles

    ReplyDelete
  13. Sempoiii... cendoi maklom! dekat dgn umah mak aku jer... kerap jer aku ke sana, when I miss my mak... heavenly, mcm2 ada... semua aku suka... ^_^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails