About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Wednesday, April 17, 2013

Harumanis..The Season Has Arrived!

On the way balik dari Arau kerana menghantar abam 'remy ishak' balik ke PTSS hari tu..singgah beli buah-buahan tropika berhadapan kampus Unimap, Arau.



Berjenis-jenis mempelam dok ada. Orang sini tak panggil Mangga naa....kami panggil mempelam or nick name dia pelam..ringkas, padat dan tepat.

Mak bonda kalau dah nampak pelam ni tapi tak beli...balik boleh mimpi 5 hari 5 malam tak berkesudahan. So, chek pun menggagahkan diri memberhentikan cik bee tepi highway Changlun-Kuala Perlis tu semata-mata nak beli buah tropika kegemaran mak bonda. Kali ni chek bagi peluang kat beliau, lepas ni beliau kena pantang balik segala buah-buahan manis dan bergula semua.



Rambang mata dibuatnya. Bila rasa..semuanya sedap belaka. Sudahnya, kami beli buah pelam jenis Taiwan tu. Rasa lemak-lemak sikit.

Dan tak ketinggalan..wajibalghunnah kena beli..buah yang limited lagi special edition.. Harumanis. Only appear in season, between Apr-June, only in Perlis. Only in Perlis ya...takdak di negeri-negeri lain.




Beli kat gerai tepi jalan ni ramai yang cakap lebih mahal. Maklumlah..yang dari ladang dijual kat peraih. Peraih pulak jual terus atau jual kat peniaga ni. Harga melambung sikitlah. Chek pun tak tau lah sama ada harga sekilo RM 20 tu kena katok atau tak. Sebab ada yang kata..kalau gred baik, harga sekilo adalah sekitar RM 20-RM 25. Kalau beli terus kat ladang, RM 12 sekilo pun boleh dapat dah. Belasah je la...dah memang tak pi merayap mana...singgah situ beli and go!
 


Deretan gerai buah menanti kedatangan pengunjung. In the meantime kami dok pilih buah pelam tu semua, ramai jugak orang luar datang bertanya pasal Harumanis. Pakcik sebelah chek dengan slang key-ell tu beli sampai 50 hengget. Tu auntie tu tak tau la borong banyak mana..baru dok negotiate price gamaknya.
 


Finally, mak bonda made up her decisions...beli je lah 3 bijik, sekilo lebih beratnya, buah harumanis campoq ngan buah pelam taiwan tu 3 bijik. Maka beliau pun memasuki cik bee dengan hati yang gumbira....lalalala..okey tipu...takdak la gembira sampai tahap tu.
 



Nah....the flesh. Kuning yang mencengkam jiwa. Harumanis yang isinya berwarna oren lebih sedap dan manis. Petang tadi, makan sambil menghadap TV tak perasan habis sepiring. Licin! Over tauuu dari mak bonda...teruk kan budak yang taip entry tu. Ish...ish.

Since, buah harumanis yang eksotik lagi rare ni musimnya tak lama, barangsiapa yang teringin nak merasa tu, sila lah ke Perlis ya. *Duta pelancongan Perlis la pulak..

Sekian, entry melencong sambil beli buah-buahan tropika buat kali ini. 

Love,
Murni Alfathunnisa


XOXO:D
Publish!


   
 

40 comments:

  1. ok. tgu sat. 25hb ni jgn kata harum manis...ni hat entry lps punya cendol ngn bhun sup pun nk p bedal. huuh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sugarhoney..

      sekali harung la ni ek...balas dendam nampak..haha!

      Delete
  2. ayoooo

    entry sgt kijammm

    org perlis mmg kaya ngan harum manis nie
    org kelantan tak leh tiak pelam.. bahaya ooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayu,

      perlis memang sinonim dengan harumanis. nape org kelate tak makan pelam..?

      Delete
  3. Akak panggil mango. Boleh? Kehkehkeh gedik.
    Harumanis memang seksi & menggetarkan jiwa, yuuu! Che G tak bleh makan, bukan hanya sebab manis tapi jugak sebab dia akan sakit2 badan bila makan mango*eh*bukan mempelam. Tapi setakat nak rasa sejorai dua tu, oklah. Nak buat macam makan nasik, tak bleh la, kihkih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak dinas..

      very inggelish u...hehe. mango tu chek gunakan kalau pi kedai/restoran..macam ni.. 'mango juice please'..haha..kerlass kan.
      betui kak dinas, angin dan sejuk buah pelam ni. jangan kan mak-mak kita..kita ni pun makan kena jaga-jaga..jgn over limit.

      Delete
  4. salam

    setakat sekilo dua , sekalii harung je bapak makan hehehe

    bapak pun panggil mango jugak mcm ciku panggil hehe

    kat makah , dlm peti sejuk bapak setiasa ada stok jus mango berbotol2 psl kalau kat makah, jus mango mmg paling popular krn dia jenis asli pure tak mcm kat tanah melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, bapak..

      uish..betul2 pentegar mango ni..hehe. rupa-rupanya kat makkah popular dgn mango juice noh..baru chek tau.

      Delete
  5. Nak Kena cari gak ni, tahun lepas dah la miss ,

    ReplyDelete
    Replies
    1. abang long faridzul azmi,

      nak cari kena balik kampung la jawabnya...hehe...balik mai lekaih.

      Delete
  6. Nak Kena cari gak ni, tahun lepas dah la miss ,

    ReplyDelete
  7. harumanis tu tersangat sedap...makan dgn pulut lagi sedap..

    ReplyDelete
  8. harumanis..namanya pun dah harun n manis hehehe memang sedap sorang makan sebijik pun x cukup

    ReplyDelete
    Replies
    1. ziemarziah,

      harum + manis. sebijik sorang makan tak terasa..sedar2 dah licin.

      Delete
  9. Tak apa dik walau nun di utara Perlis sana banyak pelam tapi kakak di selatan (JB) pun banyak yg katanya datang dari Perlis. Naik lori buah-buah ni dik oii!! Mujur juga ada lori yg sudi bawa hingga ke selatan. Kakak sekarang setiap kali makan tak kira pagi, tengahari, petang, malam asyik kopek pelam ini. Tapi harga kakak tak tahu sebab abang yg beli...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzakie,

      yang katanya di bawak dengan lori ke JB ni saya pun tak pasti original harumanis atau tak. sebab stok harumanis ni kesahnya limited sangat2. sebab untuk rakyat perlis pun tak cukup (dari sumber-sumber yang tertentu). yang beli terus dalam talian dengan pengeluar harumanis pun kena tempah seawal bulan 2. wallahualam la kak...kena tanya pada yang pakar..hehe.

      Delete
  10. assalam murni..buat acik terliuq je ni..tiap kali musim harumanis ni kalau dapat pi perlis memang best..tapi dah 2 tahun tak dapat pi kursus kesana dah..tak dapat beli harumanis..selalunya beli di pertabnian bukit bintang..dapat la harga murah sikit....harumanis memang sedap sangat kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. acik erna..

      wkmsalam..
      ya ampunnnn...udah terliur..hehe. ha'ah betul..kalau beli terus dari ladang atau pertanian memang murah dari yang gerai tepi jalan ni.
      terima kasih singgah sini.. :-)

      Delete
  11. Ooooo..dah season Harumanis ya....rasa macam nakgi Perlis...hahaha..Sebabnya, saya hanya sekali sahaja seumur hidup ni pernah gi Perlis, tahun 2008 dulu....Yg mangga Taiwan tu, nama sahaja Taiwan atau mmg import from Taiwan?

    Pernah beli mangga kat KL yg katanya spesis Harumanis from Perlis...tak manis ponnnnnn! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. daddy ziyyad,

      orang perlih kata..mai la...!mai..jangan tak mai.
      mangga tu nama baka nya saja kot 'taiwan'..sebab kat perlis ni tanaman pelam nya memang berjenis-jenis. ada jugak yang datang dari thailand.

      Delete
  12. akak panggil pelam juga, pelam ni menyejukkan badan tapi lama dah tak beli...kadang2 beli 3 biji rm10..tak pueh makan..harga boleh tahan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak tiha,

      pelam pun ada musim. beli semasa musim tengah rancak mungkin murah sikit..

      Delete
  13. nyum...nyum....sedapnya.....akak pernah pergi ke ladang harumanis nie masa p perlis....beratur nk beli buah.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak nza,

      mesti pengalaman yang menarik untuk akak, kan.. :-)

      Delete
  14. Akak belum pernah rasa harumanis ni lah. Agaknya kat KL ada tak jual. Nak kena pi carik jugak ni.
    Tak pe dik, bonda teringin nak makan, bagi je dia rasa. Hari tu, dgn mak akak kan, dia sebut je nak makan apa...akak pi carik jugak sampai dapat. Maklumlah selera makan tak berapa baik kan. Ada sekali tu sampai basah kuyup akak kena hujan lebat tunggu apam balik yang dia nak. Tapi alhamdulillah semua yang dia teringin dapat kami adakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak aidah,

      rasanya kat KL susah nak dapat ni. Dengar2nya cuma di Perlis. Apa kata akak cuba try test cari dulu..hehe.
      biasanya, apa yang dia teringin..kami anak2 ni cuba jugak tunaikan. cuma dia kena disiplin sikit bila dah ada kencing manis ni..sebab kegemaran dia semuanya boleh menjejaskan kesihatan dia. kadang2 tu chek kontrol jugak pemakanan dia..untuk kebaikan dia jugak.

      Delete
  15. mangga tuh seakan memanggil-manggil jer...huhu

    ReplyDelete
  16. Ohhh...i ingat lagi singgah kat situ bulan Jun 2011..lama dah. Pastu konpiusss...byk sangat. Tak tau nak pilih yang mana. Tapi mmg sedap lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. khairul abdullah,

      rambang mata nak pilih tengok berjenis-jenis sangat buah nya.

      Delete
  17. Menitik ayaq liuq ni tawww tgok Buah pelam tu...
    Sekarang juga rasa mcm nak pi perlis

    ReplyDelete
  18. suka sgt! makan dgn pulut..fuuhhh

    ReplyDelete
  19. Sana memang berlambak buah pelam. IM juga ada anak saudara belajar di PTSS.

    ReplyDelete
  20. Harummanis...den dulu ada suruh anak buah belikan.....habis...kat ladang memang dia kata dlm rm12 ke rm10...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jebat,

      beli kat ladang memang murah. tapi dah petang sangat nak cari kat ladang. itupun on the way balik je sempat kitorang singgah.

      Delete
  21. Ada yg tulis psl harum manis rupanya. Kalau ada yg nk oder online sudi2 ke web ni: http://harummanis.webs.com.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails