About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Saturday, April 6, 2013

Hotel Toiletries Collection

Lagi stok foto yang terperam.

Sebelum kefanatikan terhadap assignment bermula..elok la cover entry kat blog dulu. Esok kalau dah start hadap bendalah tu...blog pun tak dan tengok dah.

Hari ni I nak tunjuk 'koleksyen' hotel toiletries yang I simpan sampai berhabuk kat kabinet rumah. Kesian mereka. Mesti mereka mencerca ahkak.."dah la ambik kita senyap-senyap masuk luggage dia, lepas tu dibiaq nya kita..bukan reti nak jaga". Begitu lah agaknya ayat-ayat cacian para botol kecil dan comel ini.



Tidak lah tak terjaga langsung...cuma berhabuk ja. Susunatur kat lemari tu masih lagi elok. Takdak sapa berani usik depa.



Actually, I mula minat mengumpul 'koleksyen' hotel toiletries ni sejak tahun 2008. Baru jugak lagi. Masa tu I, auntie & adik sepupu buat lawatan sambil belajar ziarah kawan auntie kat one of condominium in Relau. Beliau adalah seorang lelaki yang metroseksual. Takdak kena mengena dengan sex orientation. Sila google apa maksud 'metroseksual' tu ya. Okey, berbalik kepada jejaka berkenaan. Dia ni sangat lah pengemas (bukan bibik), smart, pembersih (bukan vacuum cleaner yaa), stailo, and in fact segalanya yang baik dan positif dari aspek kekemasan diri, kesihatan dan penjagaan..diri dan rumah dia..semuanya ada lah kat dia.

Sebagai tetamu yang agak tak tau malu..I telah terrrrrrrbelek koleksi hotel toiletries beliau yang disusun kemas atas open shelf kat ruang tamu beliau yang berunsurkan gabungan nusantara dan kontemporari itu. Sorry takdak gambaq nak tunjuk. Tiba-tiba feeling wartawan majalah hiasan dalaman pulak....what da heck...
 
Bermula dari situ, I terjatuh chenta terhadap beliau..eh shashul plak..hobi dan koleksi beliau lah! Everything disusun dengan detail, kemas, selari, takdak habuk macam lemari I kat rumah tu. Dan paling penting, from my observation..beliau sangat gigih mengumpul. Banyak koleksinya. Pelbagai bentuk, warna, saiz dan material. Dan berjenis-jenis hotel dari yang 5-6 star sampai la ke hotel-hotel biasa. Teruja bila belek semua botol-botol comel dari hotel yang award-winning tersusun elok atas shelf tu. 10x ganda I punya koleksi yang tak seberapa ini. I rasa kalau I sentuh, lari sikit dari angle yang asal..sure I kena maki dengan beliau. Hahaha.
 
  


Dari situ lah, I mula mengumpul secara slow motion. Each time staying at hotel, tak kira lah dalam atau luar negara, murah atau mahal, mesti akan mencuba sebaik mungkin untuk mendapatkan botol-botol yang beraneka bentuk dan saiz ni. Sometimes, I boleh menjadi temper tak semena-mena bila sesetengah hotel tu cuma letak shampoo and bath gel dalam dispenser. Tak berkenan! Depa kedekut okey!
 


A few from the collection yang dah digunakan suku, setengah..sayang pulak tak guna. Sebab..sooner ore later expired jugak semua liquid tu. So, guna lah sikit..buat syarat orang kata..kannn.

Jejaka metroseksual berkenaan telahpun berumahtangga dengan seorang guru dari Perak kira-kira setahun setengah selepas kejadian membelek koleksi beliau . *Takdak kena mengena kannn...bengong aih! 

Sekian saja laporan hobi mengumpul hotel toiletries dari ahkak yang haru biru.

Selamat berhujung minggu...:-)


 Love,
Murni Alfathunnisa

XOXO :D
Publish!



25 comments:

  1. wooo...

    memang menarik pun collection ni...

    tapi tak terfikir :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rapunzeel,

      sebelum ni memang tak pernah terfikir nak buat koleksi..

      Delete
  2. La... kakak ingat kakak dan anak-anak kakak aje yg suka buat macam ini kisahnya Murni pun sama. Dulu memula kakak malu bila abang kata bendalah ini pun nak bawa balik, sebenarnya kakak simpan jadikan koleksi. sebab suka botol yg digunakan comel-comel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzakie,

      betul tu kak...tertarik dengan botol-botol comel tu sebenarnya. saya pun mula-mula dulu malu jugak..tapi kawan-kawan bagi support pulak. ada kawan sebilik di hotel yang tak kisah, siap suruh saya ambil bawak balik dan buat koleksi.

      Delete
  3. Akak akan tembak ja gambaq toiletries tapi tak bawak balik botoi2 tu sebab ku pakai licin semua, tak berbaloi nak ambik botoi kosong, kehkeh.

    Hobi yg menarik, boleh buat kenangan manis tu, I like.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak dinas,

      chek jarang guna shampoo & bath gel hotel, selalu bawak hat sendiri dalam botol kecik. sebab tu barang2 ni semua tak terguna langsung. kalau ada pun suku ja.

      Delete
  4. wahh lg banyak..nina bru start mengumpul dr thn lpas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nina,

      takpa nina, pelan-pelan kayuh..hehe..sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

      Delete
  5. Salam
    Rindu rindu rindu
    Hugs
    Akak dulupun suka kumpul ni



    ReplyDelete
  6. Haha makcik pun dulu simpan juga.....sampai tak larat nak simpan la...
    Hari ada kata appril siti join satu cycling event....is it fr straits quay- heritage? Rasanya I was registered for thst event pun....

    ReplyDelete
    Replies
    1. makcikkantin,

      oh yeah..betul tu...from straits quay-heritage area. kalau ada rezeki..ketemuan la kita esok. dengarnya, ramai jugak yang join event ni. tak tau la beskat apa pulak depa nak bagi...hat tak dak gear kalu, jenuh jugak la nak mengayuh..hehe.

      Delete
  7. IM dulu penggemar setem. Sekarang penggemar lagu nasyid. Dulu ada banyak koleksi keset, sekarang banyak koleksi CD.

    Semuanya ori!

    Semalam dapat tahu ada kedai yang jual CD dan Cassete player sekaligus. nak pasang kat Kancil buruk IM tu, satu hari nanti..he..he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. IM,

      macam-macam benda orang buat koleksi kan. syiling lama pun ada jugak saya buat koleksi..dulu la. la ni dah berterabur mana pun tak tau la.

      Delete
  8. salam


    dah boleh bukak hotel lepas ni kalau dah cukup stoknya hehe
    bapak suka kumpul selipar psl balik boleh pakai kat rumah hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam bapak,

      hehe...ada jugak angan-angan nak bukak hotel muslim.hehe..tu yang ambik inspirasi dari koleksi ni. kesahnyaaa...

      selipar? unik tu bapak..

      Delete
  9. kunjungan perdana gan..
    salam kenal dan sukses terus.

    ReplyDelete
  10. hehehe...suka buat koleksi bendalah nie eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eelobor,

      suka semenjak dua menjak ni lah.. :-)

      Delete
  11. alamak...banyak nya koleksi ko.....kalau aku ni.....nak kena lawan ni......laksa ku mana....??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jebat,

      laaa...ada pertandingan koleksi terbanyak ka..awat chek tak tau. hadiah utama, laksa 10 mangkok. hehe...

      Delete
  12. suka gak kumpul, bila expired tak tau nak wat pe, penyudahnya semua ke tong sampah! alahaiiiiiii tapi pas tu nyesal tak sudah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elly nadyra,

      buang isi..simpan botol lain kali. hehe..tapi kalau dah banyak-banyak, takde ruang simpan, memang agak menyemak la kan.

      Delete
  13. suka amik n 2 -3 bulan pas tu saya buang hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zie Marziah,

      sayang nya...lain kali jangan buang. bagi pada kawan-kawan yang suka kumpul.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails