About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Tuesday, April 2, 2013

Merindui mereka..


22 Mac, sehari selepas pemergian arwah tok amah, kami sekeluarga adakan majlis tahlil kecil-kecilan. Sekadar jemput beberapa orang pelajar dari Maahad sekitar sini dan jiran-jiran pakteh *pakteh, gelaran untuk pak menakan, adik mak bonda.

Oleh kerana majlis tahlil buat sebelah malam seusai isya', siangnya kami berpakat adik beradik buat persiapan..apa yang nak dihidangkan untuk orang yang datang malam nanti. *eh awat skema ja ayat ni.

Pagi-pagi lagi I dah ditugaskan ke pasar Bukit Mertajam. Local people panggil, "merket BM". Awal pagi? Ya..awal pagi. Macam tak percaya kannn? Kami pi satu batalion..haha. Kerja membelinya boleh buat oleh seorang dua saja..tapi biasalah...seronok pi secara berjemaah. Feeling surirumahtangga ke pasar sat...! Teruja tengok sayur segar, ulam kampung...ikan, udang..sotong. Selalu beli kat hypermarket, bukan beli kat pasar pagi. Ambience tak sama.

Balik dari 'merket', orang-orang di dapur sibuk lah keletung keletang untuk makan tengahari dan acara potong hiris untuk masak bihun goreng sebelum maghrib. Orang-orang di depan pulak, tolong melipat, mengemas, duduk saja..baca suratkabor, tido dan macam-macam aktiviti lagi sementara tunggu waktu makan tengahari. 




Hidangan tengahari tu sangat simple...ala kampung. Ikan rebus air asam, goreng kacang botol, sambal belacan, ikan bakar, ulam-ulaman dan asam pedas rebus.
 



Terkenang arwah...masa kecil dulu, arwah kalau buat asam pedas rebus, memang sedap. Siap hirup habis semangkuk, lepas tu ratah pulak 'asam gelugoq' *asam keping* yang tinggal terkontang-kanting dalam mangkuk asam pedas tu. Arwah kalau buat asam pedas selalunya letak nenas. Dan mak bonda punya version, letak ubi kayu. Dua-dua sedap, rasa berlainan.

Kalau dulu kami berkumpul makan berjemaah macam ni, arwah lah yang paling happy tengok cucu, anak menantu duduk makan sekali. Dan masa arwah sakit sekalipun, tak pernah lekang dari mulut arwah, "pi dapoq hidang nuu..makan dulu...". Begitu lah arwah...

Merindui dia...dan semua yang telah pergi. Semoga roh mereka tenang di sana dan dicucuri rahmatNya.

 


14 comments:

  1. Membaca catatan ko ni kan.....macam den plak kehilangan datuk....tapi den memang sudah tak de atuk n nenek dah.....sedihhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. jebat,

      sama la..chek pun dah tak dak tok dan tok wan..dua2 belah mak dan arwah abah. :-(

      Delete
  2. Al fatihah..

    Org Penang ni mmg urban...pasar pun di panggil market..hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. daddy ziyyad,

      terima kasih.

      penangites memang kebanyakannya 'mat salih speaking'...dari corporate, executive level sampai la orang biasa..pemandu beca, makcik dan tok yang ke pasar...walaupun mungkin bahasa inggeris yang digunakan tu tak tepat mana pun..mungkin kesan dari penjajahan british dulu. contoh macam perkataan almari 'setbod', dok ingat apa dia la arwah tok dok sebut dulu..setbod..setbod...rupa-rupanya cabinet 'side-board'..hehe...

      Delete
  3. al-fatihah untuk arwah...

    semoga ditempatkan di kalangan mereka yang beriman

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rapunzel,

      terima kasih atas doa nya, dear. amin.

      Delete
  4. Org disayang telah pergi yg tinggal segala kenangan yg ditinggal hatta cara masakan pun teringat juga.

    Moga rohnya tenang di sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzakie,

      yang tinggal hanya kenangan. bukan saja masakan, hatta segala apa benda pun termasuk la sekecil-kecil benda, cara lipat baju, susun atur dalam bilik...warna baju yang disukai..semuanya lah. kadang-kadang mendatangkan sayu dalam hati.

      amin.

      Delete
  5. Salam murni..

    bila orang yang kita sayang sudah tiada, kenangan bersama mereka sentiasa menjadi kenangan yang terindah buat kita.. semoga arwah tenang di sana hendaknya.. insyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, kak hanis..

      kenangan saja yang dapat mengubat rindu. semoga roh mereka dicucuri rahmat.

      Delete
  6. Al-fatihah.
    Terliur tgk hidangan tu....semua menyelerakan.

    ReplyDelete
  7. Al-Fatihah buat nenda dik Murni. Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman, amin.

    Akak every wiken mesti pi market. Lepaih tu baru pi hypermarket. Tak best der kalau tak pi market yg basah lencun hujung seluaq tu, rasa kehilangan. Mesti nak pi jugaks :D

    ReplyDelete
  8. al-fatihah..rindu kt arwah tok. semoga mereka tenang disana ya.
    trima ksih sudi follow..nnti nina follow ya :) eh2.. org bm rupanya

    ReplyDelete
  9. salam siti murni
    Terlebih dahulu al-fatihah dari ta.
    Pekabar murni?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails