About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Tuesday, April 23, 2013

Restoran Nusantara: Foodie missing in action!


Lamaaaaaa tak buat entry makan-makan kan..? Ke manakah hilangnya 'foodie' inside of me..? Tak hilang cuma tenggelam timbul. Kebanyakan masa adalah di pejabat..di rumah. Tiada masa nak outing sangat-sangat untuk jalan-jalan cari makan macam dulukala. Lunch pulak di sekitar office, dan ada harinya lebih selesa berbekal.


Now, kalau outing pun aktiviti riadah semata-mata. Tak sempat nak terjah restoran baru buka, dah lama buka..dah nak 'bungkuih' dan sebagainya.

Last sunday, alhamdulillah..ada sedikit masa lapang. Mak bonda teringin benor nak pegi umah anakanda nya kat belakang mesjid negeri nuu. So, bawak lah beliau pi. Dah pi tu bukan reti nak lepak rumah saja..mesti nak merayap. I, mak bonda dan dik na meronda-ronda Prangin Mall & Komtar. Mall yang tak berapa nak suka pi. Tapi sebab malas nak redah jem..hentam saja la labu.
 
Mee Ayam

Kami singgah makan kat one of indonesian restaurant, newly opened at Level 2, Komtar. Kakitangan gomen *eh gomen kerr? terms sensitip menjelang GE-13!, kakitangan SUK tau kot kedai ni. Alert saja depa asal ada restaurant baru bukak..hehe. Restoran Nusantara yang katanya serve makanan Padang. Order Mee Ayam..2 bowl. Boleh tahan rasanya. Kuah simple tapi cukup rasa sup. Ayam rasa macam ayam sizzling. Mee tu lebih kepada maggi. Overall, ok lah untuk orang yang tak biasa makan 'mee ayam' original dari seberang.
 
 

Mak bonda order Soto Medan pada mulanya. Tapi, unfortunately, takdak rezeki. Habis licin kata bapak kepada ibuk! Hehe...okey, tipu! Dia tak kata la 'licin', dia kata 'habih', kena mai lain esok hari! So, mak bonda order Gado-Gado ni. Seriously..sedap dari Ayam Penyet punya version. Pedas a bit. Cuma keropok tu depa guna keropok sayur biasa. Kalau pakai keropok belinjau mesti lagi meletops kebabom! Testimoni dari seorang anak yang menumpang manja, mencuri makan dari pinggan mak bonda!
 


Ni sambal ijo..nggak pedas dong! Usah dikhuatirin! Sekadar menambah rasa.


Suasana dalam restoran. Bersih. Senario biasa, pengunjungnya tetap dari komuniti mereka. Ada yang kelihatan macam pelancong dari seberang. Dan kebanyakannya yang dah memang bekerja dan bermastautin kat Georgetown ni. 

Actually, I ni bukan reti makan makanan Indon, Padang, Medan dan seangkatan dengannya. Except, Bakso. Itupun sebab ada jual dekat restoran belakang opis. Baru la tau kesedapan Bakso tu. Sini pun ada jual Bakso. Tak terasa nak try pulak petang tu.
 


Dik Na la yang kabor pasal restoren ni. Katanya dah jadi 'port' diorang having lunch sebab pecel lele dan pecel ayam yang sedap tu. Nak makan fastfood..udah qope makanan ruji pulak..sesekali nak jugak try something different. Itu yang pilih makan kat sini. *saya mesti pilih..ini kalilah!

Mengharapkan ada jus avokado, unfortunately..nan hado! Ya udah, teh o panas ya bapak! Ibuk memesan jus markisa dari bapak.

Friendly service. "Pesanannya semua sudah sampe ya ibuk?", tanya bapak waiter kepada ibuku...Hehe..seronok pulak dengar slanga indon dari pengusaha restoran ni. Layanan bagus. Kedai bersih. What else I can say. Ada rezeki nak try soto dan bakso pulak. Entah bila la tu.......hmm.

Total bill petang tu untuk 3 orang, RM 19.50.


"Bila anda kurang merasa puas beritahu kami, tapi bila anda merasa puas beritahu rekan-rekan"


Well...dah bagitau dah ni haa.....hehehe.

Okey, sekian entry dari foodie yang dah missing in action. Nak kembali menelaah nota. Esok blogwalking blog hangpa semua. Jaga diri baik-baik. Mimpi indah-indah. Jangan mimpi bapak dari seberang ya ibuk-ibuk. Sayang uols..muacch! Daaaaa......!


Love,
Murni Alfathunnisa

XOXO:D
Publish!

 

23 comments:

  1. should try soto after this. trust me :-D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sugarhoney,

      in shaa allah..bila2 kita try soto pulak..mana tau kot tiba-tiba nak lunch sana...hikhik

      Delete
  2. Replies
    1. Rapunzel,

      kan...hehe...pelik jugak mula-mula tu...rekan-rekan jadinya.hehe

      Delete
  3. terus rasa kelaparan semula..sedap2 nya makanan ni murni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak tiha,

      saya ni tak berapa pandai makan makanan indon, tapi untuk kali ni tekak saya kata 'sedap'.

      Delete
  4. Timekasih kasitau rekan2...akak dah tgoda Tp jauhhhnya nak ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. kasihredha,


      hehe...sama-sama rekan2...kalau tergoda ubatnya akak kena cari restoran yang berdekatan je lah...

      Delete
  5. gado2 tu teramat membuka selera...kauhnya nampak sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak kamsiah,

      kuah gado-gado tu ada rasa sweet tapi pedas di hujungnya. sedap pada saya.

      Delete
  6. Tetiba hang pandai cakap Indon noo? hahahaha Gado-Gado? alahaiii lama sungguh tak jumpa. KOMTAR pun lama dah tak jejak. Dok lalu saja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak azie,

      tu la..tiba-tiba boleh terkeluaq loghat indon..haru sungguh! Komtar dah lain banyak dah la ni...selepas di'upgrade' nampak cerah la sikit, tak gelap dan suram macam dulu dah.

      Delete
  7. hijau tu...den ingatkan wasabi....errr...Laksa...??

    ReplyDelete
  8. Boleh tahan juga motto dia Murni. Pandai dia cari sebab kalau tak sedap inform dia tapi kalau sedap suruh sebarkan...

    Nampaknya sedaplah mee ayam tu. Sayur dia banyak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakzakie,

      siap buat board letak kat pintu depan kedai tuuu..punya la dia nak berpesan kat customer dia.

      ya, sayur banyak. memang kulihat hijau je kak..hehe

      Delete
  9. Salam Murni..

    aduhai.. nampak sedap sangat mee ayam tu.. bila makanan sedap, layanan pun bagus mmg kita sendiri yg akan rasa mahu berkongsi dgn org lain kan.. he..he.. dengan baik hati sudi nak tolong promote..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak hanis,

      betul sangat tu. layanan bagus, hati pun rasa sedap nak pegi lagi. dan bila makanan sedap, kedai bersih, tak salah kita kongsikan dengan orang lain.

      Delete
  10. kak murni, dik na keje komtar ke?lunch tadi dia ada makan kat soo ai ke?rasanya mcam dia.kalau betul dia, meja dia sebelah zi je hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zie,

      dik na kata betul lah tu..dia lunch kat su ail hari tu. awat zie tak teguq..? teguq ja dia...satgi kalau dah start sembang, jenuh tunggu full-stop..taknak berhenti nya dia..hehe.
      dia kat PTG, tkt 21. Zie kat SUK ka...?tkt brp..?

      Delete
  11. Apa salahnya tukaq selera rasa makanan negara orang pulak. Kita kan serumpun gitu, hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak dinas,

      ya betol kakak..kita kan serumpun. depa pun pandai bagi nama, sesuai dah, 'nusantara'.
      sesekali cuba makanan orang, boleh tahan..okey jugak dengan selera kita.

      Delete
  12. tak tau pulak ada kedai nie kt situ.. selalu nak masuk pragin ja yg tau. hehe
    best gak klau dpt keja kt SUK

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails