About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Thursday, April 4, 2013

Senja di Jelutong Promenade: Ku Akui KebesaranMu

Allahuakbar...dah berapa kali menguap dok kat pejabat hari ni. Kerja belum datang bertimbun. Belum datang? Ya..belum datang. Tunggu dan terus menunggu...maybe next bermula lah lagi episod-episod sibuk di pejabat hingga tak sempat menjamah makan tengahari.

Sebelum mengantuk berleluasa, nekad, jom buat entry. Di sebelah, ada buku, 'Elections and Democracy in Malaysia'. Rajinnyaaaaaaa....ya, demi sebuah assignment yang officially bermula semalam selepas pembubaran Parlimen. Penyelidikan PRU 13. Dateline sebulan selepas hari mengundi. Syabas ya Cik Murni. Musim kuarantin berlangsung lagi.

Lappy I ni menyimpan terlalu banyak gambar. Dalam satu folder yang berjudul 'blog material', berkali ganda jumlah gambar tu. Semuanya stok entry. Tapi bila malas dan tak cukup masa....terperamlah ia. Macam dua gambar kat bawah ni. Taken somewhere in February.



Lewat petang tu, I, mak bonda and the only 'macha' in family bersantai menikmati suasana senja di sini, Jelutong Promenade. Angin laut petang tu tenang je, tak kuat. Tiada pemandangan matahari terbenam, sebab matahari terbenam di sebelah barat nun. Sebelah kanan nampak sayup-sayup the middle-span of Penang Bridge. Di sebelah kiri pula nampak lampu-lampu bersama gantry cranes dari North-Butterworth Container Terminal di seberang sana and a few kapal kecil di tengah Selat Melaka. 

Air laut tenang. Hanya ada ombak kecil...buihnya yang berkecai di pinggir batu tu pun tak nampak. Acaner nak nampak nye...dok pun jauh. Sentap tikus gemok punya pasal! Besorrrrr...tak tipu. Tak caya sudah! Agaknya, gemok gedempom dek makan ikan fresh yang kaya sumber protein everyday kot...hehe. Apa pun tikus gemok gedempom tu memang membantutkan khayalan I yang entah mana-mana pergi nye. Spoil mood nak feeling-feeling segala.





Lately, memang suka sangat merenung dan mengamati keindahan laut...langit...alam seluruhnya...teringat kebesaran Tuhan. Pernah baca entry kak Tihara, dengan memandang lautan je dah dikira ibadah dan dapat pahala. Subhanallah.

Seluas-luas laut ciptaan Allah..terasa sangat yang diri ini begitu kerdil. Siapa lah kita untuk bersikap sombong dan angkuh...kannn. :-)


Ali Imran: 190

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal" 

*****


"Indeed, in the creation of the heavens and the earth and the alternation of the night and the day are signs for those of understanding."


Jika diizinkan...panjang umur, murah rezeki..In shaa allah..weekend ni nak tengok keindahan gunung pulak..aci tak?



18 comments:

  1. Indahnya ciptaanNya......Selamat bergelumang dgn assig......huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nza,

      terima kasih kak..huhu. hari ni bermula secara rasmi.

      Delete
  2. subhanallah.. memang cantik langit kt sini

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Abah zino,

      terima kasih. balik mengundi di mana..?

      Delete
  4. Aci. Sila pi tengok keindahan gunung & share di sini, okeh.

    Akak dulu dok Jelutong sampai umoq 4 tahun :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,

      kakak memang true penangites kan! :-)

      Delete
  5. Keindahan alam dan saujana mata memandang memang tak akan jemu untuk direnung Murni. Apa lagi kalau ada camera canggih dan punya kemahiran utk menggunakannya. Kakak suka melihat gambar yg Murni captured. Mamng cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakzakie,

      kamera henpon je kak. Tak la canggih mana pun. Yang sebenarnya, alam ciptaan Allah tu indah sangat. :-)

      Delete
  6. Ish..lama sungguh rasanya tak balik penang. Teringat zaman muda2 dulu :)

    ReplyDelete
  7. senja di pennag(tepi lauta) mmg mengasyikkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak kamsiah,

      lebih-lebih lagi kalau ada pemandangan matahari terbenam

      Delete
  8. subhanallah..
    mmg cantik..
    tapikan murni. kes tikus tu. kat danga bay dan lido pun gemok2 TIkusnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayu,

      diorang gemok sebab selalu kekenyangan dek sisa makanan yang pelawat tinggalkan agaknya.

      Delete
  9. Subhanallah..Great captured ^_^ M singgah dr blog kak Tiha..salam kenal..M folo sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si Matatajam,

      thanks..singgah n follow. salam kenal dari saya. :-)

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails