About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Thursday, April 25, 2013

When The Sun is Going Down: Butterworth Outer Ring Road

Di suatu senja di bulan April, takdak keja..menunggu masuknya waktu Maghrib dan menanti waktu makan malam bersama yang terchenta. 

Lokasi....somewhere only I know..haha....ya lah sangat. Hang sorang ja la dok pi lepak situ..! 

Okey, tiada rahsia antara kita, lokasinya di BORR, Bagan Ajam. Tiada SLR, mahupun kamera digital di petang itu. Hanya henpon yang sudah mula menunjukkan simptom-simptom untuk diganti baru. Masih mendambakan Experia. Apakan daya...bajet tiada.


SouthWest, Bagan Ajam, Butterworth Outer Ring Road

Sungguh romantis senja itu. Romantis tak payah tunggu boypren..ada mak bonda dan abam 'remy ishak' pun dah cukup bersyukur, bahagia. Nyaman bayu Selat Melaka yang menepuk tampar dan menyepak (bukan sepak terajang) pipi kami lewat petang itu membuatkan tak terasa nak berganjak dari batu tempat kami melabuhkan punggung. Ceywahh....ayat macam nak ambik minor sastera semester depan!*ohh noo.....


West, Bagan Ajam, Butterworth Outer Ring Road

Tempat kami bercengkerama....hehehehe...tiba meniba geli geleman dengan ayat sendiri!
Tak sangka adik hero chek tu..alaaa..si abam 'remy ishak' tu...dia pun suka tengok sunset dan menghayati keindahan alam. Romantik macam kakak dia jugak. Well, ke mana tumpahnya kuah dal kalau tidak ke roti canai...erk~!


NorthWest, Bagan Ajam, Butterworth Outer Ring Road

Maghrib yang singkat tak baik dilengahkan. Syaitonnirojim dok berkeliaran time ni..banyak la keja dia, busy sungguh nak menghasut kita. Elok la beransur pergi. Nanti, ada masa, ada rezeki, diberikan umur dan kesihatan..kita tembak lagi gambaq sunset okeh! When the sun is going down.......


"Sesungguhnya Allah menahan dan memelihara langit dan bumi supaya tidak berganjak dari peraturan dan keadaan yang ditetapkan baginya dan jika keduanya (ditakdirkan) berganjak maka tidak ada sesiapapun yang dapat menahannya daripada berlaku demikian selain dari Allah. Sesungguhnya dia Maha Penyabar lagi Maha Pengampun." (Fatir, 41)




Love,
Murni Alfathunnisa

XOXO:D
Publish!



15 comments:

  1. Walau hasil dari hp yg dikatakan almost mintak ganti tapi tak menghampakan hasilnya cantiklah Murni... Yelah Penang dah tentu island tentulah banyak pantai yg boleh diteroka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakzakie,

      saya edit sikit tu kak. kalau originalnya kurang berseri..
      tapi tak semua pantai ada sunset..kat sini antara tempat yang popular menikmati keindahan petang.

      Delete
  2. gambar punya la cantik..betul ke mintak ganti ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. zie,

      serius..dah mintak ganti dah tu. tuan dia ja dok pujuk lagi..sabaq sat..bajet dok lari sedia ni. tq zie, pic tu edit sayang oi..

      Delete
  3. cantik walau guna hp, bila kita renung alam yang indah sambil tu kita memuji-Nya dan kita share dengan kawan2..Subhanallah, indah damai alam ciptaan Allah yang Maha Kaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Tiha,

      sampai sekarang saya ingat entry kak tiha tu.. :-) terima kasih sangat-sangat.

      Delete
  4. cantik gambar2 tuh...rindu pula kat Penang skrg nih...hehe

    ReplyDelete
  5. Ternyata henpong mu itu tak menghampakan, dik Murni. Cun habes, subhanallah! Akak pun berkenan Xperia tapi tak bleh cakap kuat2, satgi si Samseng ni merajuk. Ni pun dah 2x dia jatuh tersembam, tuan dia ganaih. Selagi dia hidup, cek guna.

    ReplyDelete
  6. Salam sister..jemputlah berkunjung ke blog Hijab Valley utk melihat shawl dan tudung dari HV collection. Promosi sempena pembukaan blog ini sedang diadakan sehingga 30 mei 2013. Dapatkan 10% diskaun. Stok terhad. Jangan lupa follow ye..

    Terima kasih.
    ~Hijab valley~
    http://hijab-valley.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Kekadang bukan sangat sebab kamera tapi lebih kepada right time at right angle.

    ReplyDelete
  8. Nice sunset..:)
    Saya selalu ke Penang...tapi selalu anak tirikan Butterworth ni..selalu masuk pulau aja...Apa lagi attraction yg boleh di cari di Butterworth ye?

    ReplyDelete
  9. wah dekat dgn umah.. awat xbg tau mai sini.. hehe
    suka lepak situ and and suka pic last. cantik :)

    ReplyDelete
  10. Kakak datang lagi melihat keindahan Bagan Ajam di kala senja..

    ReplyDelete
  11. dah lama x lepak tepi laut tgk sunset.. dulu sanggup ke PD, ni dah balik kat penang, laut keliling pulau, x pulak sibuk nk tgk sunset...
    hahahahaha...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails