About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Saturday, May 18, 2013

Aren't We All Malaysians

Down..down..down! Yep, mood down sehari dua ni. Bila dah down, ter'publish' lah entry meraban macam semalam. Walhal sebolehnya...perang jiwa yang tercetus ni tak mahu diceritakan. Atas dasar kebimbangan akan kesan letusan yang mungkin terjadi, maka lahirlah entry yang tidak berkualiti itu. Apologize..my mistake. I'm thinking too much...dan itu wajar dilakukan di saat diberi kata dua serta masa untuk berfikir.  Masalah problemo nya..yang mengusulkan pemikiran itu yang sebenarnya kusut dan tak tahu apa sebenarnya yang dikehendaki. Yennadey!! Marah laaa ni...

As usual..book..the one that I turn to untuk lupakan sekejap apa yang wajar difikir. Yang ni baru beli...thank you adik! Bagi izin akak untuk spend sikit voucher BB1M mu iteww... hehe.


Buku kedua that I bought, published by Zubedy Ideahouse. Tapi kali ni bukan ditulis Anas Zubedy, but it's written by Mujahid Yusof Rawa. Anas's best friend. Now at Chapter 2: The Realm of Politics. Too early untuk buat review. But..so far..alhamdulillah, getting comfortable with the book. It's all about unity...and uniting people despite diversity. 








Akak suka cerita-cerita penulis tentang pengalaman masa kecil dengan maknya (auntie berbangsa cina) jual telur ayam yang rapat dengan ibu penulis, pengalaman penulis dengan driver bapanya, uncle Supaya yang mengajarnya seni silambam, bawa penulis makan di restoran daun pisang dan bahagian penulis teringat pilem lakonan Susan Lancaster dan pelakon macho si Azmil Mustafa. Dialog glamour dengan pelat minah salih si Susan Lancaster dalam filem tu berbunyi begini, "Mata hitam ka, biru ka, hijau ka, kita kan orang Malaysia...." 

Masa baca tu timbul perasaan nasionalisme gitu, penulis menggambarkan suasana dan feel menyambut deepavali dan raya cina di rumah rakan-rakan rapat, dan bagaimana rakan-rakan rapat seperti Tan Theam Hock dan Selvarajoo turut meraikan raya puasa di rumahnya. Ibarat sebuah keluarga yang majmuk.

For me, buku ni sangat tinggi unsur perpaduannya. Penulis sebenarnya ingin menyampaikan bahawa perpaduan itu mengatasi segala sempadan. Sesuaaiiiii sangat dibaca di waktu begini, di saat istilah rasisme sentiasa bermain di akal fikir segenap masyarakat pasca pilihan raya umum ke-13.

Mujahid Yusof Rawa is Malaysian politician, PAS's National Unity committee. I tertanya-tanya, how come I am soooo interested with politics lately. Haruskah diteruskan kedegilan I ini dengan memilih minor political science tahun hadapan walaupun kebarangkalian dapat CGPA yang baik is very low??

I sangat tak sedaq diri! Nak exam lagi 2 minggu tapi bertungkus lumus dok baca buku yang takdak kena mengena dengan exam. Well, sesuatu harus dilakukan bagi memulihkan semangat. Buku berlainan genre adalah bagus di saat ini dan langkah cukup dramatis bagi mengalihkan tumpuan.


Pakcik yang suka berfikir, fikirlah puas-puas. Dont invite me to think. Letih nok. I bagi masa kat u dulu, pikiak "depa-depa" yang-takdak-kekurangan-dan-tak-bagi-masalah-pada-u-tapi-u-masih-dok-cari-I-pasaipa. Pikiak this senario sampai hangit, dapat kata putus baru suruh i pikiak pulak okeh. Katanya, so far so good kan. Good for u then. I am not your wife, and you are not my husband. Buat la apa u suka the most. U kan suka simpan2 dan pendam2 the lef 'insaid' your heart, when we open-talk then we keep arguing, so dont talk. I nak baciaaaa buku....babai!

Happy weekend uols!


Love,
Murni Alfathunnisa


xoxo :D
Publish!





25 comments:

  1. Kalau buku ini mampu melegakan sedikit kecelaruan kakak rasa lebih baik walau exam another 2 more weeks to go. Tak apa Murni. Kakak pun kadang tahu anak kakak macam dah penat belajar bagi chance dia baca novel dia sekejap (biasa lama sebab dia suka)..

    Tapi yg jelas dimata kita org bawah taklah racist sangat berbanding org 'atas'

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzakie,

      selang seli baca dengan buku-buku pelajaran..tau2 dah nak abis jugak dah buku ni saya baca. :-)

      Delete
  2. menarik buku ni, macam kisah nostalgia kan..
    akak ada experience kawan dengan orang India masa sekolah menengah..dia baik dan berminat dengan Islam..
    kawan dengan Cina masa berniaga, pun baik dan ramah..
    kita hidup harmoni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak tiha,

      suka komen kak tiha. kita orang malaysia..dah lama 3 kaum utama..melayu, cina dan india hidup serumpun. belum kira sabah dan sarawak yang lagi banyak bilangan etnik nya...deep down in our heart..kita sebenarnya ada rasa sayang sesama kita..tak kira apa bangsa sekalipun.

      Delete
  3. miger2 negara akan TATAP aman damai sejahtera sentosa senantiasa.., aminn

    ReplyDelete
  4. kalau baca buku yg menarik sekurg2nya dpt release tension......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nza,

      betul tu kak...saya ni jenis tak boleh concentrate dengan satu2 benda tu saja...lagi tension dibuatnya. kadang2 kena alih tumpuan sat.

      Delete
  5. dulu mmg saya kalau gi MPH, Kinokuniya...mmg tak akan pandang buku2 genre macam ni...saya rasa ianya berat..factual...makes me feel drowsy...dah la saya ni spesis malas membaca....hahahaha

    but now, selaras dgn peningkatan usia ( hahaha) + faktor sosioekonomi setempat( cewahhhhh..), maka saya dah mula minat nak baca buku2 sebegini...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. daddy ziyyad,

      same goes to me. berat mata memadang...berat lagi hati nak baca..haha.
      perasaan malas nak baca disebabkan terlalu factual dan serius sesuatu buku tu sebenarnya masih ada. sebab tu suka pilih buku yang ayatnya santai dan bersahaja tapi full of knowledge dan mesej yg well-presented.

      semoga minat doc terus subur! chaiyook!

      Delete
  6. kawe tak minat baca buku gini tapi bagus lah ni...demo baca...kawe leh taw sikit sebanyak citernya...so kawe tak yah lah baca...lagik pung...kawe mana geti english......ahakz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jebat,

      sebut pasal tak reti english..meh chek bagi tips kat hang..english is fun okey. tapi hang kena rajin sikit..letak kamus kat sebelah, bila tak tau apa2 makna perkataan, boleh terus refer. memang "merangkak" sikit la..tapi lama2 mesti terbiasa. banyak perkataan yang kita boleh tau. sekian, pesanan penaja...hehe.

      Delete
  7. mcm best je...

    memang aku salu buat gak, bila baca buku yang takde kena mengena dengan kerja masa kerja berlambak.

    pengubat stress la kata kan...

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rapunzeel..

      kannnn....kadang2 kena lari dari 'tema'..walaupun sebentar.

      Delete
  8. wah...selamat ber"exam" nanti....

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. zonaku,

      erk, tak faham tang mana..? kalau kat para yang bawah tu tak payah faham pun tak apa...haha...

      Delete
  10. gudluck sis dan jgn terlalu stress memikirkan politik especially di penang. pening2

    ReplyDelete
    Replies
    1. amanina,

      thanks dear...takdo makno eh akak nak pikir politik penang. sudah tewas..terima saja la hakikat...5 tahun lagilah. baik lagi akak pikir nak exam ni haa...hehehe

      Delete
  11. Makchaq pun dulu2 dekat nak pereksa suka baca buku yg tak dak kena mengena. Sebabnya bila dekat nak pereksa pi library nak study, pastu terpinjam buku cerita...

    Makchaq & anak2 ramai jugak kawan bangsa asing dari dulu sampai la ni..yg besa mai rumah, pi makan sama2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. makchaq,

      haha...tu la ceritanya kelmarin kat library. alhamdulillah...study tu ok..settle 2 chapter dlm lebih kurang 3 jam lebih. akan tetapi...sibuk jugak dok keliling rak2 buku tu. banyak betul novel english yang terberkenan di hati. cepat2 ingat...nak exam...nak exam! terus tak jadi pinjam..haha.

      alhamdulillah....seronok kalau boleh berkawan dalam suasana harmoni macam tu...

      Delete
  12. amboihhh depa...macam sah2 je next year amik sains politik ni hehehe
    ayat bawah tu macam geram semacam je.chill kak murni & good luck utk final ni..kalau ada rezeki insyaAllah tersentuh bahu di DP nanti hehehe

    ReplyDelete
  13. Takdak salahnya mencurahkan rasa kesedihan tu di sini dik. Bila kami baca, kami buat lawak2 supaya dik Murni gelak & semoga kurang sikit beban di dada tu. Biaq pi dia pikiaq puaih2, nanti dia habaq la kot lepaih dia dah habeh pikiaq tu.

    ReplyDelete
  14. PM tak berapa minat membaca...mungkin kene UBAH kan...huhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails