About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Tuesday, May 21, 2013

Bukan Favourite


Hati berbunga riang! Pagi-pagi lagi I dah tersenyum lebor...disimbahi pujian dari seorang peguam...lalalala. "Thank you Siti, you begitu efficient! Mari kerja dengan saya lah!" Hehehe...kemvang mak! Dalam hati, "berapa u nak bayar I ye Mr. Tan..? Maybe I will consider."  

Al-kisahnya, Mr. Tan ni tulis surat mintak certain confirmation over one Property in our development scheme. So, dalam masa sejam je Kak Siti ni haa me'reply' surat berkenaan. Co-incidence, sekarang ni bukan 'peak season' untuk syarikat Kak Siti ni haa *banyak hensem..syarikat sendiri..hehe. So, Kak Siti la exec, Kak Siti jugak lah typist. Bila tak depends pada orang, workload pun tak banyak, Alhamdulillah la..kerja yang mudah, menjadi bertambah mudah. Bukan nak belagak, tapi hakikat sebenarnya, ia nampak efficient sebab kerja memang tak banyak. Bukti? Ni...boleh blogging lagi..!



Beberapa minggu yang lalu, Kak Siti ada terbaca satu post kat facebook....."jika kita permudahkan urusan orang, Allah akan mempermudahkan pula urusan kita". Gituuuuuuu! Well, ilmu tanpa amal, ibarat pokok tanpa buah, kannnnn. Haruss lah beramal dan sama-sama kita sebarkan perkara yang baik. Saham mudah kata orang.

Dan di sebalik ketidak-sibukan, hati berbunga riang dan sebagainya, Kak Siti baru sahaja kehilangan seorang staff. Kuciwa jugak di saat mendapat tahu berita perletakan jawatan cik adik manis tu. Itupun HANYA di hari terakhir perkhidmatan beliau. Nampaknya, Kak Siti bukan lah seorang yang menjadi 'favorite' di syarikat. *bukan kat pejabat saja, kat mana-mana pun I ni bukan favorite, always the last option...:-( Ketegasan Kak Siti buat orang benci kot... :-( Kak Siti ni cuba jugak nak beramash mesra, bergelak dengan staff lain........

Tapi, pengalaman telah membuktikan, it won't work either. People take for granted atas kebaikan and our openness. Seorang superior perlu jugak letakkan sempadan dalam bersifat friendly dengan sub-ordinates..which is..I can't afford to do. By nature, Kak Siti ni memang serius. Asal dah nama peraturan tu, by hook or by crook, kena lah ikut. Kesimpulannya, sales and administration staff di office ni termasuklah Kak Siti hanyalah 3 orang at the moment~! Jangan lah kerja datang bertimpa-timpa di saat-saat tak cukup staff dan nak menghadapi 'imtihan' tak lama lagi. Amin.







Tenant...ia rezeki tapi lagi satu yang didatangkan untuk menguji. Dah sebulan tak dapat lagi nak pi jenguk keadaan ceiling fan yang katanya macam nak runtuh kalau dinaikkan speed. Hari tu dah khabor dah, tunggu jap sampai ahkak ni free sikit. Sekarang tengah serabut macam-macam. Dua bulan lepas, tenant complaint, ada leaking dalam bilik air. Suruh dia fix dan deduct dari monthly rental. Kali ni fan pulak. Bab rental tu seboleh-bolehnya nak bayar seminimum mungkin. Tapi komplen nya banyak pulak. Aiyoo. Kadang-kadang rasa nak spend duit sikit, furnish rumah ni and stay terus kat sini. Tak payah bagi sewa lagi dah. Laaaaaagi senang nak datang office, jalan kaki je nok! Save minyak kereta, lunch time boleh balik bersantap di rumah.. :D Ngeee. Ohsem jugak kannn....

Love,
Murni Alfathunnisa a.k.a Kak Siti


xoxo :D
Publish!


26 comments:

  1. InshaAllah, setiap kerja yg kita lakukan secara ikhlas n pantas pasti ada ganjaran menanti.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nza,

      niat yang ikhlas dalam setiap pekerjaan tu memang penting.

      Delete
  2. Alhamdulillah, moga dimudahkan segala urusan siti :)

    ReplyDelete
  3. Bila memudahkan org lain Allah akan membuka 1100 jalan yg baru untuk kita...insyaallah.

    Penyewa? Itu bab feninlah...nasib baik akak dapat penyewa yg behave...ahahaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. JunAina,

      alhamdulillah la dapat penyewa yang okey...landlord nya tak payah pening2 pusing2 kan..hehe.

      Delete
  4. Namun etika kerja memang ada kala terpaksa adakan sedikit border utk tidak dipijak kepala org bawahan bukan bertujuan sombong..

    Penyewa kakak lagikan pindah dia boleh tanggalkan sekali kipas siling yg abang fixed. Tapi Allah nak tunjuk boleh terpatah satu dari bladenya so dia tinggalkan dlm bilik utama. Bila kami masuk nak bersihkan baru sedar kipas remote utk hall dah hilang... Kipas siling dlm bilik dah hilang. Macam-macam kerenah penyewa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzakie,

      itu lah sebenarnya yang cuba saya sampaikan. tak berniat bersikap sombong. cuma perlu ada garis sempadan jugak.

      ha..sampai gitu sekali..kipas siling pun nak diangkutnya..ish ish. ni penyewa kedua saya harap2 yang kali ni biar lah ok..macam yang lama dulu.

      Delete
  5. kerja dgn ikhlas...In ShaaAllah dipermudahkan...

    ReplyDelete
  6. Begitu lah, jika kita mudahkan urusan orang. Orang akan mudahkan urusan kita pula tanpa kita sedari. Setuju.

    Hmmm macam pernah dah komen ayat ni kat mana blog ntah. Dejávu plak.

    Ya, lupa dah pasal rumah Siti yang disewakan tu. Sbb Siti dah duk dengan mak sekali, kan?

    Pening la kalu sewakan kat orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak azie,

      betul kak azie, tak mungkin la nak tinggal mak duduk rumah dia sorang-sorang. kalau boleh dua-dua rumah nak duduk sendiri, tak mau sewa. tapi, tahap kemampuan tu belum sampai lagi. terpaksa melepaskan satu untuk disewakan.

      Delete
  7. setuju tu... kita mudahkan/bantu orang lain... maka Allah akan permudahkan/bantu kita pula... :)

    ReplyDelete
  8. emm...

    aku sokong menjarakkan hubungan antara superior dengan sub. sebab rumor melayu tak boleh dibendung...

    hehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. rapunzeel,

      ye..bila dah baik dengan sorang, sorang lagi akan tanya. bila baik dengan semua orang..semua orang harap kita boleh bagi 'favour' untuk diorang. that's not good. :-(

      Delete
  9. Betul..permudahkan urusan org lain, Allah permudahkan urusan kita..paling simple contohnya, beri laluan di jalanraya, Insya Allah lepas tu, tak semena mena kita mudah dapat parking kat shopping complex..:)

    Tu la cabaran buat rumah sewa kan..
    Yg penting, ada fine details dlm tenancy agreement..
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. daddy ziyyad,

      hehe...bab kat jalanraya tu ada hari boleh je bersifat tenang dan sabar..nak masuk ye..?sila..sila..mood baik hari ni. haha...tapi ada harinya...tarbiah dalam hati pun tak menjadi. ish ish..bebal sungguh diri ini.

      kebanyakan penyewa diorang tak pernah concern details dalam tenancy tu. yang diorang concern kan bab payment..deposit..bila nak refund dan sbgnya. kita tuan rumah ni banyak benda yang kita kena concern kan. itu lah lecehnya bila sewa rumah. :-(

      Delete
  10. Akak ada terfikir nak sewakan rumah ni dan blk duduk kampung masa mak masih ada dulu. Tapi takut jugak kalau dapat tenant yang tak semenggah. Akak bukan ada pengalaman pun dgn perjanjian dgn tenant ni.
    Tapi sekarang kena hold dulu plan ni sbb mak dah tak de. Sekarang ni akak kena fikir utk terus cari rezeki di kl, dik. Doakan akak ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak aidah,

      memilih penyewa memang rumit. sebab tu saya tengok ada kawan-kawan yang interview bakal penyewa ni bagai nak rak. semua diorang korek..especially, kalau yang nak disewakan tu rumah yang mahal. sayang ke rumah kak oi..

      in shaa allah kak..moga Allah mempermudahkan apa jua urusan akak sekeluarga. chek rindu nak pi key-ell....huhuu...

      Delete
  11. Lecesnya bila dapat tenant macam tu, adoyai..Dok jalah situ sendiri, dik Murni. Dok rumah sendiri, tak payah pikiaq pasai tenant bagai dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak dinas,

      ikut hati chek ni memang menggedik dah nak duk rumah sendiri. tapi constraint dari segi fulus..bukan apa..taste tinggi sangat nak furnish umah tu. dah tu impian chek..nak mak masuk umah tu cuci kaki ja...semua dah ada. chek tak mau angkut satu barang pun dari rumah dia.rumah dia boleh bagi sewa fully furnish...senang keja.

      Delete
  12. my mil selalu gak merungut pasal penyewa rumah dorang..tak abis2 komplen.tapi bila pi check mil cakap dorang tu yang jenis kaki sepah.rumah tak reti nak jaga leklok pastu ada lipas pun nak komplen.sabo je la..

    wah dapat pujian.memang seharian la happy kan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. zie,

      hah...lipas pun nak komplen? habis dah depa kaki sepah..mana tak ternak lipas namanya tu. dik na pun bermasalah dengan tenant dia...bilik air tersumbat boleh dia diam. sampai naik busuk bilik air dalam master bedroom tu. sudahnya..baru minggu lepas dihalau keluar. susah handle penyewa ni.

      Delete
  13. wow...ko ada rumah sewa sendiri...hebat tul ko ni......baguih tul

    ReplyDelete
    Replies
    1. jebat,

      tak hebat lah. orang lain lagi hebat. umah den ni umah biasa saja. bukan banglo bagai pun. bersyukur apa adanya. :-)

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails