About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Friday, May 3, 2013

Cik Murni Menjejak Sejarah: Muzium Arkeologi Lembah Bujang

Cuti 'Labour Day' uols semua pi jalan-jalan mana...? Ke santai kat rumah..? Disebabkan ahad lepas dah lemau di rumah, cuti Labour Day, seusai subuh lagi dah bisik-bisik dengan mak bonda, "jom keluaq jalan-jalan hari ni, mak. boring la dok umah". Mak bonda kata, "nak pi mana..?" *Wink-wink! Good sign! Maknanya dia mau la keluaq jalan-jalan, pi mana pun tak pa sebenaqnya tu. So, I've decided..to revisit Tanjung Dawai and she agrees.
Bersiap-siaplah kami sejurus selepas sarapan nasi goreng spicy lagi marveles di pagi itu. Bertiga lah...dengan Azri a.k.a abam 'remy ishak'.

Cerita mengenai Tanjung Dawai..lain hari i cerita. Hari ni nak cerita selepas balik dari pekan nelayan tu, kami singgah kat sini...



Muzium arkeologi pertama di Malaysia, Muzium Arkeologi Lembah Bujang, yang dah sama usia nya dengan I. Tak payah bagitau tahun siap dibina....bocoq rahsia kemudaan I. :p
 

Gambar ihsan: Lebai Google
Tak susah nak cari muzium ni, tapi terlajak simpang jugak mulanya. Signboard kat kedah ni tak meriah macam signboard kat Penang. Orang Kedah jangan marah nooo. Sekadar cadangan penambahbaikan. Dari jalan utama Merbok ada simpang bersebelahan balai polis, petunjuk mengatakan jarak dalam 2km. Jalan kecil bertar, truely kampong which I like. Di sepanjang jalan ada dusun dan diselang-seli beberapa buah rumah kampung. Sambil driving dok kata kat mak bonda, "kalau la ada rumah kampung macam ni, kan best. Nak cari laki orang sini lah!" hahaha...gituuuu ahkak berangan minah jenin di siang hari!

Selepas Kem PLKN, Damai Park Resort, kami pun tibalah ke destinasi cinta. Bilangan pelawat tak terlalu ramai. Cukup untuk berselesa-selesaan, tak perlu bersesak, dah syukur alhamdulillah.


Kedatangan kami disambut 'perahu sagor' di sebelah kiri halaman muzium. Perahu panjang yang pernah digunakan untuk tujuan perdagangan di Sungai Muda dan ditebuk dari kayu balak.



Melepasi pintu utama galeri, 'coih' di depan mata kami peta replika yang gergasi, menunjukkan kawasan sekitar daerah Kuala Muda dan Yan, Kedah serta daerah Seberang Perai di negeri berjiran. Semuanya tempat-tempat penemuan arkeologi kerajaan Pra-Islam di Kedah. Sangat sejarah! Tengok peta tu, tadi kami di Tanjung Dawai, rupa-rupanya macam 'penjaga gate', letak di laluan masuk kapal-kapal pedagang. Dan sekarang kami di Merbok pula, further up dari sungai.



Macam ni la suasana di ruang galeri. Tak luas sangat. Tapi banyak juga artifak arkeologi yang dikumpul dan dipamerkan untuk tatapan umum.
 








Batu Bersurat. Baru I tau rupa-rupanya kat Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam pun ada dijumpai Batu Bersurat. Ingatkan kat Terengganu ja. Yang dalam gambar tu bukan Tok Kun punya.





 Patung Hindu-Buddha dalam keadaan berdiri.


Artifak-artifak arkeologi ni semua hasil penemuan dari aktiviti excavation atau bahasa melayu moden nya ekskavasi, di Lembah Bujang sejak tahun 1840. Koleksi-koleksi ni semua la yang membuktikan wujudnya tamadun awal dan peranan Lembah Bujang sebagai pusat perdagangan dan keagamaan. Tiba-tiba teringat buku teks sejarah. Sapa tak minat sejarah, ahkak mintak ampun maaf banyak-banyak naa..terpaksa meleret panjang entry ni.



Okey, habis keliling bahagian dalam galeri..kami menuju ke 'kompleks' yang menempatkan candi-candi yang ditemui sekitar Lembah Bujang. Letaknya di atas bukit di belakang galeri utama.


Wajah-wajah kesayangan hamba..
Kesian mak bonda, capek dibuat anak sulung beliau. Letih. Tapi semangat tu tinggi, seronok jalan-jalan. Masa muda tak pi jalan mana katanya. Dah tua-tua ni dok harap anak-anak saja la dok bawak jalan-jalan. Gituuuu kata beliau tiap-tiap kali kawan atau jiran tetangga dok merisik tanya. Sedih bunyi nya. In shaa allah mak..ada rezeki..chek bawak jalan-jalan sokmo...

Disebabkan mak bonda dah tak larat jalan, i tinggalkan beliau bersama adik hero i dekat wakaf kadaram dalam gambar atas tu. nama wakaf tu pun ada relate dengan tinggalan candi.



 Misi diteruskan. 50-50 je daya juang ni nak menapak naik atas. Tapi mengenangkan bukan senang nak sampai sini, naik jugak la walaupun setakat tengok dua candi saja.



Semphoooottt jugak...hehe.. Nasib baik tak pakai heels.



Candi pertama yang ahkak lawat... Candi Pendiat. Archeologist jumpa candi ni di Kampung Pendiat. Depa korek dan pindah mai letak kat kompleks arkeologi ni. Senang orang mai tengok tinggalan sejarah.




Boleh capture pandangan dari hadapan dan sisi saja. Kalau nak capture dari atas kena jadi catwoman or cicakwoman dulu...hikhik. Okey, sat nak habaq..candi ni sejenis senibina, lebih kepada temple, tempat pemujaan bagi penganut agama Hindu-Buddha. Artifak-artifak dalam galeri tadi semuanya ditemui di kawasan berhampiran candi-candi ni la.



Suasana atas bukit ni sangat sunyi. Masa tu ahkak sorang saja dok mai tengok-tengok candi ni. Ada dua tiga group duduk berteduh dekat wakaf bawah bukit. Boleh nampak dari atas, sayup-sayup. Kalau qeyau pun jenuh jugak depa nak lari panjat naik bukit. Dipendekkan cerita, memang ahkak penakut, tapi semangat menggunung nak discover sejarah dulukala. Eh..sat..awat tetiba minat sejarah pulak ni? Adik I yang nak ambik minor sejarah semester depan pun tak kalut serupa ni. Hello! Sejarah ahkak A1 okey...haha. Terrvangga pula. Astaghfirullahalaazim..

 

 I menapak jugak naik ke candi ke dua...Candi Bukit Batu Pahat.




Candi yang sangat famous dalam buku teks sejarah! Kalau tak ingat fakta pasal candi ni..tolong lah ingat nama dia...hehe...kesian cikgu sejarah kita. Penat dia mengajaq.



Nak pi dekat, tak berani. Serius. Sampai kat tempat yang I capture gambaq ni, teruih rasa seram sejuk. Mungkin mainan emosi saja sebab memang dasar penakut kannn..! Tiba-tiba mana punya scene movie dok mai 'coih' depan mata siap dengan iringan lagu tradisional. Haisy....teruk betul imaginasi.

Tak mau berlama-lama kat situ, lepas ambik gambaq, apa lagi ta-wau-ro-wau-nun la! Takkan nak tunggu lagi!
 
Dah la panas rembang waktu tu, tengok deruan air terjun yang tak berapa meriah air nya ni pun mampu menggugat jiwa. Bestnya kalau dapat bersiram. Apakan daya, ahkak dah lama tak mandi jeram waterfall segala. Tak mau padam memori yang lalu katanya. Terlalu manis untuk digantikan memori baru, gituuuu! Feeling2 rindu kat Ahmad Najid. :p

 


The last time, piknik kat sini, masa darjah 6 kot. Abam 'remy ishak' tu pun baru 2 tahun umoq dia. Baby lagi. 

Lepas solat zohor di surau yang disediakan, kami pun berangkat lah pulang ke Seberang Perai. Skema nya ayat!

A day in museum! Selesai sudah satu entry. Satu kepuasan dapat melawat tempat bersejarah. Seperti biasanya, I tak malu mengaku..I memang minah muzium! Peduli apa orang nak kata...do I care..? Hehehehe....

Sebelum terlupa...selamat mengundi 5 Mei nanti. Yang balik kampung, please drive safely. 
Take care. Daaa...


Love,
Murni Alfathunnisa

XOXO :D
Publish!

 



14 comments:

  1. cantik aih gambaq! teringin nk p sana. pertama dan terakhir pegi pn msa skolah rndh kot..hhuuhu

    ReplyDelete
  2. Salam Dik Al Murni

    Yong tak sempat nak nyinggah ke sini haritu...kalut masa tu...lupa brek...

    ReplyDelete
  3. Oh... kakak baru tahu bila Murni buat N3 ini. Kalau tak kakak tak tahu pun M'sia ada muzium begini. Tapi kalalu org Kedah mesti tahu agaknya.. untunglah mereka yg duduk dekat sana.

    Heee... tak sangka penakut juga ye:)

    ReplyDelete
  4. Akak pun minah muzium jugaks. Geng. Rumah arwah tok akak tak jauh dari situ, Semeling you. Tapi tok & tokwan bukan orang Kedah, depa orang Perak, pi berdagang pak malau di situ :)

    ReplyDelete
  5. biasanya orang tua pasti duduk berehat manakala anak2 sahaja yang teruskan berjalan-jalan...hehe

    ReplyDelete
  6. tak sangka....tempat sejarah ni lebih lawa dari di lihat dlm buklu teks tu...

    ReplyDelete
  7. tak penah pi lagi..nampak macam best
    selamat mengundi jugak :)

    ReplyDelete
  8. respect lah . saya mmg x rajin pi muzium ... selamat mengundi

    ReplyDelete
  9. pernah pi sekali..tapi tak pandai nak appreciate masa tu..

    ReplyDelete
  10. fuhh memang hebat..berapa banyak kalori ilang ni hehehe
    muka makbonda kak murni nampak pior melayu, tapi akak macam mami sikit.mix ke?saja tanya hehehe

    ReplyDelete
  11. Akak pergi sini masa zaman sekolah rendah ja.

    ReplyDelete
  12. saya pun antu mzium.cos yang saya ambik pun berkait rpat ngn mzm.seme muzium kene jelajah.adiooo

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum..
    Akak pun minat pasal muzium nie..time abis study dulu pernah gak keje penyelidik sambilan kat MALB ni...rinduunyerr nk wat eksplorasi dan eskavasi..

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails