About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Thursday, May 23, 2013

Croissant Sandwich si Pemalas


Croissant sandwich, meatball, cheese and cherry tomatoes. Dah ngap baru perasan, terlupa bubuh timun jepun. Menu breakfast dan brunch tadi. Simple mimple. Main selit-selit ja celah croissant tu. Tukang buat bukan rajin sangat. Bubuh seketoi dalam tupperware..ish, rasa macam tak cukup ja. So, tambah lagi seketoi. Seketoi breakfast. Seketoi brunch. Dah breakfast pukul 7, brunch pulak lagi pukul 11...? Ya, berselera sangat tiga empat hari ni. Serik kot sebab bulan lepas perut asyik berangin ja. Makan ikut sempat, ikut mood.


Abaikan meatball yang terlebih garing di luar, tapi juicy di dalam iteww..


Last few days, early in the morning, tatkala ber'cam-whore' kerana-muka-awal-pagi-adalah-muka-dengan-seri gituuuu, terperasan akan sesuatu. Lengan chek macam dah berisi lebih dari biasa, udah kembang macam kek terlebih baking powder pulak. Susah hati..? Tidak sama sekali. I believe, ia hanya perlu di-fit-kan dengan aktiviti senaman.  Lagipun takdak maknanya susah hati, berat badan chek naik dan turun ikut suka hati dia..macam Dow Jones. Selera makan pun sama.

And now, I'm craving for laksa. Agak lama tak makan laksa. Laksa tu ada kejadian trauma bagi seseorang..hahaha. Tak pernah kudengar  ada orang boleh kena "cir-bir" sebab makan laksa kat pantai batu ferringghi yang famous itu. Yang menaikkan kehairanan lagi...dia ja yang "cir-bir"...chek dak pun! Kesian...agaknya lepas ni seumoq hidup beliau tak berani makan laksa dah....hahahahaha...

Okey, sekian gelak jahat.


Love,
Murni Alfathunnisa

xoxo :D
Publish.

24 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Huihhhh! waktu2 lapooo ni la nengoknya makanan hu hu huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkmsalam..anyss..

      sabooo..cobaaaaannn... :D

      Delete
  2. Dua ketul kakak ingat nak bagi satu pada kawan.. tak patut betul hihi...

    Eleh... takut betul lengan jadi gebu macam kek. Murni buat cycling satu malam dah terbakar lemak tu semua. Betullah macam saham kan ada turun naik. Tapi kakak ni kalau naik terus naik kalau saham memang bagus... ini tak:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzakie,

      laaa...ish ish...teruk betul budak siti murni tu kan...bukan nak bagi kat kawan seketoi..haha. seketoi tak cukup kalau ofis ni kak..kepala je ada 4 ketoi. lagipun..saya ni malu nak bagi orang rasa, kang tak sedap...malu kak..hehe

      Delete
  3. yang penting boleh kenyang.,..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. diana,

      betul tu..mengenyangkan perut, baru la sedap dan semangat sikit nak buat kerja.

      Delete
  4. laksa...

    aku suke laksa...

    feberet tu~~! mana nak cari sekarang ni

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rapunzeel,

      kita pun tak dapat laksa lagi ni...adeh...mana la nak cari.

      Delete
  5. Ooo la laaa, sedap nampak "krosok" bersama inti2nya tu.

    Sapa yg ceri beri makan laksa Batu Feringghi tu, orang yg marah ayaq terjun Titi Kerawang kering dulu tu ka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak dinas,

      oh..nama baru..."krosok" noo..i loike okeh! next time boleh guna nama tu pulak..hehehe.

      yang marah ayaq titi kerawang kering tu pakcik enginyok buat baja urea petronas..kahkah...yang ceri-beri ni pulak kes tak berapa nak menjadi gitu....haha...sabaq je la dengan adikmu ini kak dinas oi...

      Delete
  6. jum pi kayuh beskat :)
    sedapnya meatball garing macam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak tiha,

      meatball ni tah mana silapnya cepat sangat garing bahagian luar tu...tapi dalam masak elok dan juicy...

      Delete
  7. Sedapnya...intai meatball gareng tu...nampak sedap juga.
    Wahhhh nak Laksa jugaaakk
    Harap x cerry berry mcm si dia tu...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kasihredha,

      nampak sedap ka..?wahh..teruja pulak tak semena-mena..hehehe.
      kak makan laksa in shaa allah..tak jadi apa2...si dia tu kena ceri-beri pasai suka penaya chek...hahaha....

      Delete
  8. Salam

    Masa hari tu anak murni pi Italy, pasti sarap dgn croissant ni pepagi hejehe

    Kalau lalu tepi Delifrance, bapak mmg tak tahan bau mengancam roti ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam bapak,

      betul tu..masa kat Italy hari tu..tiap2 pagi sarap dengan croissant. tapi takdak filling lah...filling cheese dengan jem saja. kat penang ni dah tak ada delifrance...kalau tak dulu, asal lalu je mesti terpana seketika dengan aroma pastries depa.

      Delete
  9. Meat ball tu, kalu ada black pepper sauce... perhhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak azie,

      bila dah tapau pi ofis, ketchup dengan chilli sauce mekdi atau kfc saja yang berbaki dalam laci..itu pun jadi lah...:-)

      Delete
  10. Dulu setiap kali ke shopping mall mesti pergi ke bahagian bakery. Beli roti² yang rasanya sedap (bagi saya semua roti sedap!). Pergi kedai pun borong semua jenis roti Gardenia. Tapi itu dulu la. Sekarang dah kurang kan pengambilan carbs, bila lalu ambil bau aje la.

    Hee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. t.a.t.a

      kannnnn....sama pulak kita! kadang2 seronok ambil bau, beli mana patut ja.

      Delete
  11. sedapnyeee...haha
    kalau rajin mesti buat byk2..time malas masak pun xmau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amanina,

      turn akak ke dapur biasanya sebelah pagi je. sebab akak dengan mak tak boleh kongsi dapur..nanti bercekau..haha.
      so...kalau akak masak pun memang sikit je. kalau goreng2 mee, nasi ke..mihun ke..memang just nice untuk 2 orang. kalau time malas, akak buat bodo je dik oi..haha...maggi 5min cukup.

      Delete
  12. Sedapnya sandwich ni. Croissant ni makan macam tu pun sedap. Dah lama sgt akak tak ke penang. Macam2 makanan dah terbayang. Hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak aidah,

      akak bila nak mai penang. kalau mai penang wajib tau roger chek dengan kak dinas okeh....kita mintak kak dinas belanja nasi kandaq...boleh..? .erk..tiba-tiba! hehe...

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails