About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Monday, May 13, 2013

From the Perspective of Orang Sakit Mental : Food Photography

Last friday.....I believe, raaaaaaaaaaamai orang marah dengan utusan meloya kan...sebab artikel kat bawah ni. Hehehe...kesian orang tulis artikel ni.

Ada Akak kesah..?? Hehehe...tajuk artikel yang di'bold' kan tu yang tak menahan! Masalah psikologi dan obesiti je kalau diikutkan dengan kajian University Toronto tu. Tidak ler sampai tahap sakit mental. "Sakit mental" ni macam-macam terjemahannya. Boleh jugak kita 'assume'..yang kita semua ni (kita = merujuk kepada blogger) gila rupanya...haha. Main kasar nampak! Blogger je selalu cerita pasal makan..makan..makan.




Just imagine, kalau tak ada golongan mental ni, tiada lah lagi review pasal good food..bad food..restaurant review..hotel review. Tiada lah jua ruang penambahbaikan untuk semua restaurant atau hotel..tiada komen, tiada cadangan. Tiada lah lagi blog-blog yang berkongsi resipi. Tiada juga yang berkerjaya sebagai food photographer. Soooo sad! Hahaha...akak sentap okey. Sangat sentap. Baru saja bercita-cita nak jadi food blogger..wakakaka! Terbantut cita-cita akak!

Namun ianya tidak mematahkan semangat akak ya..untuk terus bergelumang dalam dunia 'food blogging' ini *ye la sangat.  Kami bukan lah golongan pesakit mental. Kami hanya melakukan ini semua atas dasar keseronokan memeriahkan laman sosial. Takkan la ampa semua nak tengok post-post pasal provokasi..rasisme, politik saja kannnnn..? 
 

Home-cooked meal, bukan kat Victoria Station.

Kami juga menggunakan teknologi semasa untuk menafsirkan kesedapan sesuatu hidangan tu dengan lebih berkesan. Ampa semua bayangkan macam ni, "semalam i makan stik dekat satu restoran tu...sedap sangat, the sauce yang marvelous..isi nya tender". Ampa semua boleh baca/dengar ja..tapi tak feel kan. Tapi bila ada gambar, bukankah semua perasaan dan unsur-unsur dalam sesuatu hidangan tu dapat dizahirkan...?? Betui dak..? Sapa like sila angkat keyboard...
 
Show-off..ya, tak dapat dinafikan memang ada segelintir orang yang post gambar makanan adalah bersifat showing-off. Macam..."having romantic dinner at Victoria Station with hubby..." lepas tu coih gambaq stik lepas tu ada candle ka ros ka apa sebatang dua. Biaq pi la depa nak show-off..hak depa. Tak suka tak payah tengok. Terlintas di hati ampa pasal sipolan sipolan tu show-off pun ampa dah dapat "share" sama....haha. kan. Ampa pun kadang-kadang show-off jugak. Kalau tak show-off makanan..ampa show-off gajet baru, keta baru, handbag baru....gituu! Fair n square la tu.

Ni nak show-off jadah apa, makanan humble sehari-hari ala kampung pun I post kat blog. Riakkah aku..? Huhu...sentap mak nak.
 
Riak adalah sifat yang tak baik. Jangan buat. Apa yang kita buat sebenarnya tergantung pada niat. Kadang-kadang, setiap apa yang kita share tu..termasuklah makanan..adalah cara kita untuk spread the joy and happiness..spread the feeling of excitement, tentang apa yang kita suka and enjoy the most. Jangan la suka dok berprasangka yang buruk-buruk tentang orang lain. Tak baik tuuuuuu. Contohnya, I suka mak I masak nasi lemak serai yang aromanya sangat harum dan rasa nya lagi menyelerakan sehingga menaikkan semangat dan mood I untuk buat assignment di pagi ahad yang penuh syahdu. So..mood booster ni. I pun upload lah gambar berkenaan ke Instagram dan facebook. That's all..buat apa I nak pi riak, mood tengah baik..mak masak sedap, saja lah pi habaq kat ampa. Macam la ampa tak penah sembang tepi tingkap dengan jiran sebelah, pakat cerita menu apa hari ni dan sebagainya. Ampa tak suka..? Ya ampun..boleh klik kat tepi post tu.."hide..". Problem solve!

 
Nasi lemak serai ni sumpah sedap! Gambar pun tak mampu meng'ekspresi'kannya

Orang ambik gambaq makanan tak baca bismillah? Doa makan..? Ambik gambaq dulu baru baca doa makan..? So what..kan nabi dah kata, even semasa makan, kalau kita tersedar kita lupa bismillah, baca bismillah tu semasa makan pun boleh. Asalkan baca. Supaya syaitonirrojim tu semua muntah balik apa yang dia kongsi makan dengan kita. Tapi...alhamdulillah, I believe, semua yang ambik gambaq makanan ni semua, rakan-rakan blogger sekaliannya, tak pernah lupa doa makan. Paling tidak bismillah, kan? Dia baca doa atau tak baca doa, ampa mana tau? Lagi sekali, tabiat manusia ni suka buruk sangka. 

Bila keluar artikel ni, semua pakat share. Dan.....statement yang mengiringi post pasal artikel atas tu telah menunjukkan the true colors of peoples around kita yang sebenarnya annoying dengan apa yang kita buat. Alhamdulillah. Tak marah. Baru kenal siapa kawan-kawan..hehe.

Makanan yang rare, eksotik. Bagus la kongsi. Info untuk orang yang tak tau. Food is social occay! Don't be too surprise, food posting also have their fair-share in all social media. 

Entry yang sangat sentap, kan. I dont blame the doctor, and I dont blame utusan meloya. It just frustrating bila orang kaitkan gambar makan dengan doa sebelum makan. That's all.

Okeylah...akak meraban di isnin yang hening. Mentang-mentang keja takdak hari ni. Tiada meeting, tiada paperwork. Assignment dah siap. Petang ni dah boleh mula menelaah.

Akhir kata, I mintak ampun dan maaf kalau ada antara post/entry yang menyakitkan hati, menyentapkan, mengguriskan perasaan sesiapa jua..di facebook, di blog atau di twitter akak yang sunyi lagi sepi itu. Ia sekadar luahan perasaan. Mohon jangan terasa. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Jaga diri, hiasi peribadi. 

Love,
Murni Alfathunnisa

XOXO :D
Publish!

 

  

30 comments:

  1. ishhh nak kena pi wad nombor berapa nei??? lepas nie nak ambik gambar kena sorok x2 takut orang kata gila...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harrizam,

      tak pasal-pasal rasa segan nak keluarkan camera atau henfon..artikel ni dah menyebabkan kehilangan confidence tau..haha.

      Delete
  2. hahahaha..saya setuju. Saya setuju sgt part 'show off' tu. Kita buat dek aja lah..kita tak suka, takyah baca/lihat..Banyak lagi benda yg kita boleh baca...Buat rugi emosi kita aja nak sakit hati baca post2 macam tu...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. daddy ziyyad,

      kannnn....tak pasal-pasal je dapat penyakit hati. anggap je la tu hak individu nak berkongsi. kita tak suka, tak payah buang masa tengok.

      Delete
  3. Assalamualaikum,
    Daku suka gak amik gmbar makanan yg macam2 ni...tapi selalunya malas nak hupload kat blog atau FB hu huhuhu jadi, mentalku separa sakitlah ya? hu huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummusalam..anyss,

      hehe...separa sakit tu jenuh jugak doktor tu nak define kan nanti...

      Delete
  4. Sentap ye nok?

    Selagi kita tak kena transfer pi Tanjung Rambutan or Tampoi kira oklah tu. Stress dengan kajian2 yg macam2 nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. JunAina,

      rasanya bila dah keluar artikel ni..baru la ada sikit kesan terhadap mental kita...stress woo bila dikatakan sakit mental.hehe...

      Delete
  5. I pun sentap gak 3-4 hari ni...lepas baca artikel tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. pendragon,

      tu la pasal...dan kesannya -- nak ambil gambar makanan pun kena fikir dua tiga kali...haisy...

      Delete
  6. hahahaha....
    motip entri ni pasal sentap dikata sakit mental or sebab org kaitkan x baca doa makan?

    rilekla... semua orang dalam dunia ni ada kegilaan masing2. dulu kalau cakap sorg2 dikata org gila, cuba tgk sekeliling, semua org senyum, gelak n cakap sorang2... guna phone, skype. even meeting pun dah meeting sorang2 skrg ni.

    peace :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. zonaku,

      secara jujurnya - kedua-duanya sekali. tajuk artikel agak keterlaluan. dan tak pasal2 nak kaitkan dengan doa makan...dah kenapa..?takde statement yang positif lagi dah..? tak ada langsung ruang perbincangan..itu dah dikira satu tuduhan.

      hormati kegilaan orang lain supaya kegilaan kita juga dihormati.

      always peace!

      Delete
  7. Kalau kira semua itu ramai yg sakit mental Murni. Kakak pun tergolong sama. Ah... tak adanya. Sebab kakak rasa kalau ada satu blogger dlm rumah semua isi rumah pun faham. Macam abang dan anak-anak kakak tahu bila nak makan aje akan tanya " mama nak ambik gambar dulu tak? SO.... takkanlah semuanya sakit mental ye tak:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzakie,

      sama la situasi nya dengan family saya, kakzakie. biasa kalau kita keluar makan2..siap adik dan mak tanya, tak nak ambil gambar dulu ke. diorang pun dah faham obsesi saya ni. setuju sangat dengan komen kakzakie. rata-rata orang pun buat perkara yang sama..tang mana yang mental nya saya pun tak tau la..

      Delete
  8. akak suka upload pic makanan tp akka still waras lagi hehe

    sbrnya akhbar tu yg silap translate...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak kamsiah,

      betul tu..suratkhabar ni yang silap translate, lain yang doktor tu cakap, lain yang diorang publish...

      Delete
  9. Akak suka google tempat makanan menarik kalau pi satu2 tempat tu. Kalau orang tak buat post pasal tempat tu, tak meriahlah journey tu nanti. Lagi pun kalau main hentam je pi restoran mana2 nanti membazir je kalau tak sedap kan. So tq so much pada yang suka buat entri pasal makanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak aidah,

      saya pun kalau sebelum nak ke mana-mana, mesti google dulu, makan apa yang best, restoran mana yang okey dan sebagainya. so..contents yang macam ni sebenarnya bagi manfaat untuk orang lain. saya tak nampak di mana salahnya.

      Delete
  10. utusan meloya hehehe

    ahad lepas mak itam masak mee rebus tulang,
    lagi pun bapak lama tak shoot gambar makanan dan dah berkira2 nak keluarkan dslr dalam dry cabinet tu yg dah sebulan terperuk, maka mak itam pun hidang atas meja dan lapo punya pasal terus ngap dan lupa sessi photo shot tu hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bapak,

      sebelum ni saya tak pernah gelarkan suratkhabar tu utusan meloya, tapi geram punya pasal...terus tertaip nama tu..hehe.

      situasi tu selalu jugak saya alami..biasanya bila dah terlalu lapar and the food was sooooo nice that we cant resist..rasa nak terkam ja kan...haha...terus terlupa camera.

      Delete
  11. artikal asal dalam english.. bia di terjemah jadi macam tu.. ada masaalah english education kata nya... so abaikan artikal terjemahan tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. abah zino,

      betul tu. translation dah tak sama maksud asal...hehe...

      Delete
  12. Tak peduli pun pasai artikel tu. Apapun yg kita buat, yg penting kita sendiri tau apa niat kita bila dok menembak gambaq tu ha. Kalau riak nak menunjuk2, memang la salah. Tapi kalau ikhlas nak berkongsi gambaq makanan sedap & tukang masaknya & kedainya (banyak pulak &), apa salahnya. Boleh jugak kawan2 pi cari kalau teringin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak dinas,

      pada chek orang tu nak riak ka nak apa ka..terpulang kat dia...bukan dia tak tau dosa pahala kan. yang kita ni..kalau tak suka, lebih baik tak payah dok ambik port sangat. kalau tak kita pun dapat share sama..haha. naya ja.

      Delete
  13. haa..betul tu. geram pulak baca utusan. suka2 hati melebel org sakit mental.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amanina,

      hehe...ramai yang marah..dan kita semua marah. sepatutnya kajian tu diperjelaskan dengan cara dan bahasa yang betul.

      Delete
  14. Sekurangnya menunjukkan kekuasaaanNya boleh buat makhluk banyka jenis,
    Normal shat, mental dan tak mental semua boleh..kalau buat makhluk yang sihat sahaj, tanda tak kuasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. zeq,

      tak kuasa nak layan artikel ni dah..

      Delete
  15. Kijam Kijam
    Tak patut tak patut
    *Sambil mgeleng kepala *
    Tak stuju dgn kajian ni....uwaaaa
    Tak kan ramai yg sakit mental..ish2

    ReplyDelete
    Replies
    1. kasihredha,

      kan akak kan....kejam sangat! sentap berhari-hari pasal artikel ni...

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails