About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Thursday, May 9, 2013

Tanjung Dawai Revisited

Exhausted. Sangat-sangat. Bertabahlah Murni! Tiada yang lain hanyalah sedikit ujian dariNya. Sakit kepala tak mau hilang. Badan pun cepat ja layu. Getting older. Semoga Allah terus memberikan kekuatan. Chek nak berjuang ni...untuk study, untuk kerja, untuk keluarga. Permudahkanlah ya Allah.

Cerita pi Tanjung Dawai hari tu tak habis lagi kan...? Hehe...takdak apa cerita sangat pun. Gambaq pun tak banyak. Orang ramai di Tanjung Dawai masa hari cuti tu. Pekan yang kecik cinonet tu sesak dengan deretan kenderaan parking di bahu jalan. 

Mood nak capture gambaq banyak2 pun ke laut lah! So, tiada gambaq hasil laut yang diborong, hatta gambaq semasa memborong. Lepas teman mak bonda shopping kat kompleks jeti Tanjung Dawai, kami pi isi perut. Brunch. Masa tu jam lebih kurang 11 pagi. So..belum lunch time lah.


Menu..macam biasa...bihun sup. Simple. Tak heavy. Kopi o panas tak dilupakan. Mak bonda dengan laksa dan cendol pulut. Cendol pulut tak best kata beliau, too sweet. Terlebih gula merah..santannya kurang. Bihun sup okey. Just nice.
 


Laksa pun kureng pedas. Tak taste mak bonda. Dia suka kuah pedas. Apa pun..depan rezeki tak boleh merungut. Ni sekadar review. Citarasa masing-masing. Tepuk dada tanya selera.



Ni la gerai yang kami singgah 'brunch' hari tu. Jalan dengan mak ni, dia kira mudah ja. Malas nak pikir penat-penat..'nak makan tang mana'...dan sebagainya. Janji boleh alas perut, kedai bersih. Cukup dah. Hajat hati nak singgah makan kat Naim Gulai Semilang masa on the way balik, tapi apakan daya. Terbantut hajat tengok parking bersesak kat kedai tu. Ramai orang kata sedap makan nasi gulai panas kat situ...gulai semilang la of course.

 

Ni la kompleks Jeti Tanjung Dawai..tempat membeli-belah barangan hasil laut. Mak bonda beli belacan, stok ikan kering, udang kering dan keropok lekor. Chek tumpang sekaki, beli keropok belinjau. Kebetulan ada kat situ. Susah nak jumpa keropok belinjau. Bila nampak, terus beli!
 
 

Kali terakhir mai last year...jeti ni belum berbumbung. Alhamdulillah...dah ada penambahbaikan. Tak kena panas, tak kena hujan. Untuk kemudahan rakyat. 
 


Ini saja buah tangan dari Tanjung Dawai untuk uols semua...

Minggu ni chek busy sangat. Nak siapkan assignment, deadline minggu depan. Oleh itu, chek blogwalking slowly macam see-phoot...boleh noo...? Okeh.."lagu mana pun untuk hangpa...!" Jangan lupa dengaq pi mai fm..channel favorite buat masa ni..haha... *tiba-tibaaaa!




Love,
Murni Alfathunnisa


XOXO :D
Publish!
 

19 comments:

  1. Ohh Tanjung Dawai, belacanmu memang bestlah, I LIKE.

    Kalau jeti yg berdekatan dengan kompleks yg ada food court tu, sebelum ni memang dah ada bumbung dah pun, dik Murni. Tapi sekali tu akak pi dengan Che G, tengok takdak pulak bumbungnya. Akak rasa rosak akibat ribut kot. Kot la. Tapi tu dah bina baru dah bumbung tu. Cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak dinas,

      ohh...macam tu ka..sebab last chek pi memang tak nampak bumbung langsung. mungkin la kot..terbang dek ribut taufan.

      Delete
  2. kak murni stilla da asg lagi?zi alhamdulillah last asg bulan 4 lepas tu memang free.patutnya sedar2 la diri pi baca buku ni tak dok berjimba je hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. zie,

      ambik kursus apa..? kami yang ambik social sciences ni ada last assignment sains politik..deadline 15hb nanti. itu yang stress aje tu.

      Delete
  3. Dah lama sanga rasanya tak pi Tanjung Dawai, pi dulu masa zaman sekolah kecik2. Agaknya berubah dak Tanjung dawai dulu dan la ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak JunAina,

      dah berubah...tak drastik sangat. tapi boleh nampak la..banyak restoran dan kedai dibuka sepanjang jalan menuju tanjung dawai. tapi...yang best suasana kampung tu memang maintain. :-)

      Delete
  4. ituari wak pon dh sampey cinta Pantai Merdeka jugakks., Tanjung Dawai blom sampey tapii.,iHHikks

    ReplyDelete
    Replies
    1. wak gelas,

      nak sampai pantai merdeka tu perjalanannya memang agak 'bercinta' jugak la..hehe. tanjung dawai boleh naik bot je dari pantai merdeka...

      Delete
  5. Kenapalah nama dia Tanjung Dawai. Mesti ada sejarahnya.. cantik dipandang mata.
    Mak Murni macam kakak kalau makan laksa yg pedas lagi sedaplah pada kita org...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzakie,

      yang ini yang saya pernah baca di internet, tapi tak pasti sejauhmana kesahihannya. tanjung dawai berasal dari perkataan 'than wai'..perkataan siam yang membawa maksud..'pertahanan awal'.

      kalau ikut common sense, logik jugak lah. sebab lokasi dia di jalan masuk tamadun awal asia tenggara..lembah bujang. hehe...udah qope ahli sejarawan pulak saya ni.

      Delete
  6. akak pi san atak penah makan...tak tau apa yg best kat sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak kamsiah,

      kat sana yang selalu dengar dan famous, naim gulai semilang. restoran ikan bakar pun ada satu dua sepanjang jalan ke tanjung dawai tu yang katanya sedap jugak. popular waktu lewat petang dan makan malam. kalau kat arked jeti tu, ada satu kedai nasi melayu, segala seafood bakar pun ada. tapi, tak try la pulak kat situ hari tu.

      Delete
  7. Keropok belinjau tu feveret mak akak. Selalu pesan suruh beli kalau jumpa. Sekarang kalau akak jumpa, akak tak beli pun walaupun akak suka sebab nanti ingat sangat kat dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak aidah,

      biasanya macam tu lah kak. sebab orang yang suka makan dah tak ada. mak dulu pun sama..dengan kuih suji kegemaran abah. bertahun kuih tu tak ada dalam senarai hidangan raya.

      Delete
  8. Dec lepas cuti sekolah ada jgk jln2 belah utara..tanjung dawai ada jgk singgah tapi x sempat nk mkn2 kat situ...lain kali boleh cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ain,

      in shaa allah...ada rezeki singgah dan cuba ya kak ain..

      Delete
  9. telan ayaq lioq aihh tengok gambaq makanan :)

    ReplyDelete
  10. tanjung dawai dh berubah sekali pi jd macam jakun. tak kenal dh tempat suka lepak dulu. haih

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails