About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Thursday, May 30, 2013

Tips Bangun Awal Pagi


Final exam, another 3 days to go. Masa-masa genting macam ni lah baru tersedar dari mimpi yang panjang, banyak lagi yang tak sempat nak cover. Cuai. That is you, Murni. Sejujurnya, I need mom's support on this, I need to get up early, really early I mean. As early as 3.30am maybe. Meaning, I need to sleep early too, as early as 9.00pm. Tapi tak sanggup pulak nak mintak mak tolong kejutkan awal-awal pagi macam tu. Dah la dia bermasalah nak tido dengan nyenyak. Huhuhu...acaner ni..??

 
Gambar bukan pagi tadi, kat tempat keja bonda

Sedangkan pukul 6 pun ahkak ni teraba-raba je nak langkah meninggalkan katil yang nyaman lagi empuk itu. Nasib baik jeritan mak bonda yang begitu convincing sebenarnya sangat membantu....yes, disamping bingit telinga, begitu lah ber'hikmah'nya jeritan seorang ibu...hehe..terjegil bijik mata anaknya ni.

Semenjak adik cuti semester ni, cuai pulak si along nye nak menghantar mak bonda ke tempat kerja. Lebih seronok mengharapkan adik yang semacam je enjoy nya dapat bangun lambat. Dengki. Walhal..along nye ni memang suka sangat suasana pagi. Pagi tadi alhamdulillah, sempat menghantar mak bonda.

Gambar pagi tadi
Balik dari PSP, sampai rumah around 7.15am. Ambil masa 15min ala-ala Jamie Oliver, siapkan breakfast yang tak seberapa ni. Lapar sebenarnya. Semalam tak makan berat pun. Snacking je. So, kentang bakor with capsicum, butter, onion, meatballs, salt, pepper, mixed herbs....balut dalam itu kertas kaler silver. 15 minutes and done with semangkuk mee kari dari peti ais yang dipanaskan semula kuahnya. Okeh, I'm full. Alhamdulillah.

Now..12.00tgh..dah lapar semula. Masa untuk mencari makan lagi. Dalam kekalutan tak menyempat nak menelaah ni, semakin menjadi-jadi selera makan. Mudah-mudahan dapat inspirasi masa tengah lunch nanti, macammana nak bangun seawal jam 3.00am tanpa mengejutkan bonda.

Jom kite....




17 comments:

  1. Setting time di hp Murni. Kalau tak bangun memang tak patut. Moga exam dapat dilalui dgn baik. Kakak doakan dari jauh.

    Makan kenalah makan itu betullah tak boleh culas kalau tak sihat nak exam macam mana. Jaga kesihatan juga dik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzakie,

      haha...saya gelak besar dulu..sebab memang saya ni kalau henpon menjerit tepi telinga pun saya bangun untuk dismiss itu alarm je kak...haha...lepas tu..saya sambung zzzzzz....kaki tido betul anak dara ni kan...

      Delete
  2. zi alhamdulillah la kak murni.kepala macam dah set tiap kali nak exam mesti terjaga dalam kul 2@ 230..tido awal la.dalam kul 11 macam tu dah start menyulam mimpi..cuma pagi tadi terlewat sikit kul 430 baru terjaga.bangun2 tido cari makan dulu, isi perut kalau tak otak jem hehehe

    wah memang ala2 jamie la.nampak sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. zie,

      jeles okey..memang jeles dengan orang yang boleh bangun awal2 pagi utk study. perut wajib kena isi dulu...panas enjin..haha. malam ni....ahkak berazam akan bangun jam 3am. aminnnn..

      Delete
  3. Alah... apa nak risau... tiru macam uncle... esok nak peksa, malam ni baca buku...

    haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. uncle gedek,

      uncle takpa la...uncle terer...huhu....

      Delete
  4. Hehe tak tau nak bagi tips macam mana sebab akak kalau dah set alarm nak bangun pukui sekian2 tu, memang terjaga & bangunlah, alhamdulillah. Lagipun dah tua2 macam akak ni, tidoq tak banyak sangat macam masa muda2 dulu. Jadi akak doakan sajalah semoga Allah SWT bagi idea kat Murni camana nak bangun awai tanpa ganggu bonda :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak dinas,

      idea lain takdak dah kak dinas...chek akan terus mengumpulkan azam, bangun dengan serta merta lepas alarm bunyi. kena tekad sungguh2 ni..

      Delete
  5. ooo

    aku tak reti study pagi...

    aku lebih suka kalau dah bangun terus sampai pukul brapa habis...

    dh tidur nak bangun balik memang tak jalan la

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rapunzeel,

      dah cuba semalam...memang perit sekali. the best is....berjaga malam.huhu. betul komen cik rapunzeel tu..

      Delete
  6. Assalamulaikum Siti, tengah exam ke? Semoga dipermudahkan. Hndphone takde alarm ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkmsalam Yong Halima,

      belum lagi..isnin bermula lah imtihan. terima kasih yong. handphone alarm segala pun kalau dasar kuat mentido ni..memang tak jaga yong..hehe

      Delete
  7. wah!
    bangunan perda..
    okeyyyy
    sbnarnya nak tanya dh berapa tahun bonda murni kerja psp?

    rindunyaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ps: bila dh bkahwin rindu dikejutkan ibu kak. rindu dengar suaranya panggil. "kakak bangunnnn"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayu,

      kalau tak silap mak bonda kerja dekat psp dah 5 tahun dah, sejak 2006-2007.
      rindu nak mai psp yer....hehe..

      kan...murni yg tiap2 hari mak kejutkan ni pun dok rindu jugak...

      Delete
  8. Akak kat rumah ni selalu kena kejut dgn kucin.Pukul 3, 4 pagi tu waktu dia nak ke toilet. Nak tak nak akak pun bangun jugaklah.

    ReplyDelete
  9. Selain tido awal & set alarm, make sure tak makan terlalu kenyang the night before...

    Dan petua ayah saya: Pasang niat, betul2 berniat.
    Insya Allah..
    Selalunya, boleh bangkit/sedar 2-5minit lagi awal before alarm clock berbunyi...cuba lah :)

    ReplyDelete
  10. memang susah sebenarnya nk bgn pukoi 3pg...dulu suruh mak call masa subuh. itu pun berkali-kali.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails