Saturday, June 29, 2013

Sosialisasi @ China House, George Town: Food + Drink. Shopping . Art + Theatre

Lepas habis exam, kami berhajat untuk melepaskan kerinduan masing-masing dengan bersosialisasi di China House, George Town. Actually, hajat nak melepak kat sini dah lama sangat, belum sempat ditunaikan. Dari bulan april, sehingga may berakhir dan kemudian, jun menjengah ke hujungnya, baru la dan lepak kat sini dengan BFF tercayang.




China House ni letaknya in between of Beach Street & Victoria Street. Disebabkan kami pi pada malam minggu, tiada gambar yang cantik-cantik boleh dipersembahkan melainkan everything served on the table itself. Interior and exterior part of this outlet, foto-foto nya sangat menyedihkan. Full house. Susah nak capture siti situ sana sini.



The facade of Beach Street entrance

Menatang apa China House ni...? Tu..baca title... Food + Drink. Shopping. Art + Theatre.
Overall, if u asked me to conclude what is China House, I would say old and modern twist of "lepaking" corner. There is the Beach Street Bakery and Kopi C.Espresso next to each other. 


Foto ehsan Lebai Google. Nak jugak tayang pastries line-up, foto I tak menjadi malam tu.

If you wander ahead, you'll reach the Reading Room where you can see all the books and cd's collection, I guess, for sale lah of course kan. And you can see a lot of crayon and paintings where kids can spend their time menconteng whatever it is. Big kids pun bleh..hehehe. After the Reading Room, you can find the outdoor space with greenery pokok pelam and pond! Berharaplah agar tiada nyamuk menggigit ya kalau datang waktu malam..hehe..tapi romantik lah here. Makcik Wani sempat lagi berbisik suruh capture itu lampu romantik. So, the space is called Courtyard Cafe. And at the end is the bar, The Canteen where u can enjoy the live band. Upstairs pulak ada art gallery. Tak naik pun. Terlalu ramai manusia di malam itu. I'll wait for next visit. Terpesona with the eclectic touch furniture and deco.

The bakery from Beach Street entrance

Sebab malam tu full-house, kami ditempatkan kat sini, dekat bakery area, where all the cakes, pastries nampak begitu lazat sekali. Bukan nampak saja..memang lazat pun. And the best part, don't worry pasal pastries tu semua. Ia dilabel dengan begitu telus which one contains alcohol and which one is not. And we're here because of the cake recommendations by Kak Mawar. Kak Mawar kenal a few malay cooks and waiters here..itu yang membuatkan kami confident ja mai sini.


Chocolate Orange

Definitely, I would pay another visit di suatu hari, weekday maybe just for the cakes & coffee. And...just to play with my drawing talent...ekekek. Lama tak melukis kannn, so sangat tak sabar nak melukis atas kertas putih with crayon provided by them on the table itu. Lukis orang lidi will do!


Banana Coconut Upside Down


When u order Machiato here, please don't expect it to be the same version of Starbucks' Machiato. Ingat ya kakya!



Those present that night. Foto yang menulis dan Makcik Wani tidak ada, ini tidak adil..hukhuk :-(

This weekend nampaknya macam tiada program 'eat wind, wash eyes'..hehehehe. I ada program kelas memasak. Dan mungkin secara ad-hoc terpaksa ke Aloq Setaq atas beberapa urusan seri paduka baginda. 

I'll update soon. Meanwhile..I'm wishing all the readers, selamat berhujung minggu. Take care yo!

Love,
Murni Alfathunnisa

XOXO :D
Publish!



Thursday, June 27, 2013

Suria Pagi bersama Shake & Take

Sejak kelmarin seronok kemain lagi semua orang yer, haze condition is getting better. API reading declining. Langit semakin cerah. Pandangan semakin jelas. Alhamdulillah. Hujan walaupun tak lebat kat tempat I ni, tapi setidak-tidaknya memulihkan sikit keadaan. Nak bernapas pun ada rasa sikit syiok. Dan tido semalam adalah best. Telan ubat batuk. Cuaca sikit sejuk juga ada, sedap je I berselimut. Dua kali mak bonda dok jerit suruh bangun subuh. Owh setan...memang jahat, keja nya menyedapkan tido. Saat tu katil terasa 10x empuk dari biasa..haha. Alhamdulillah...setan menangis akhirnya.

Sesungguhnya tiada yang lebih baik dan indah dari melihat keindahan suria pagi....bila langit tak berjerebu lagi.


Mentari di Ufuk Timur..pagi kelmarin..



Dah menjadi kebiasaan, hampir setiap pagi dimulakan dengan meng'shake' dan menge'take' fruit juice and smoothies. Dapat bendalah 'shake & take' ni last two weeks. As usual, bought through Groupon. Nak kata berkesan sangat mesin ajaib ni mengisar buah, tak la jugak. But, sangat convenient, kecil and very on-the-go.

Di suatu pagi yang sesak, mujur ada bawak belimbing smoothies...dapat la breakfast smoothies dalam kereta...haha...mujur ada dari tak ada. Sampai ofis baru tibai breakfast kenyang-kenyang. Overall, puas hati beli natang alah ni. Rega murah je...tak sampai 70 hengget. 







Sedikit pesanan buat orang yang tuduh saya tunjuk baik tu, yang tiba-tiba suka baca entri kat blog ni lately...sapa makan cili dia rasa pedas, tak buat salah, tak payah gelabah. Mintak stop hantar mesej, call and don't drop any comment in my blog anymore. I tak suka. Dan tak payah jugak sibuk-sibuk nak recommend entry I kat google. Tak perlukan glamour. Tiada apa dalam blog ni untuk awak baca dan komen....sekadar coretan cerita dari perempuan yang nak tunjuk baik. Macam la lawak sangat bergurau menjatuhkan maruah orang. Don't spoil my day like u did. Bersyukur perempuan yang suka tunjuk baik ni masih ada kesabaran untuk tak menyebut nama sesiapa pun, apatah lagi nak mengaibkan orang lain. So, tolong. 

Pesanan full-stop. Hopefully, esok dan hari seterusnya I tak perlu lagi meraban benda yang sama. Makes me sick!

Sambung buat keja jom....


Love,
Murni Alfathunnisa

XOXO :D
Publish!




Tuesday, June 25, 2013

Gelisah Pasca Peperiksaan


3 minggu lamanya meninggalkan blog...rinduuuuuu sangat! Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulak tempat mengadu, menumpang kasih. :p Exam dah habis, hati tak lega. Apa lagi nak rasa selesa celebrate segala. Mungkin, dek kerana merasakan tidak cukup berusaha selama ini. Kalau lah..........dari awal, tak ada sifat pemalas dan 'baloq' nak menelaah ikut jadual, mungkin rasa bersalah dan tak puas hati tu tak seteruk ni. Last day exam 21st June hari tu. Disebabkan gigih mencari dan membina kekuatan, lambat la sikit nak meng'update' blog walaupun rindu tu membuak-buak. Orang kalau dah biasa membebel, sehari tak membebel macam tak complete je hidup ni kan.


Kebanyakan paper, sit kat dewan exam ni. Tengok pintu je dah nervous. 9 paper means 9 kali nervous. Alhamdulillah la soalan boleh dikatakan 90% berbentuk objektif except paper Bahasa Malaysia je kena mengarang. I, kalau bab mengarang huihhh....berjela-jela la kan. Isi nya entah betul, entah tak..haha. Janji I karang sepuas hati 500 patah perkataan! Paper soalan objektif yang 'killer' macam Sains Politik & Pendidikan Jarak Jauh dan Literasi, semuanya I tembak guna peluru tabur! Hahahaha....



  
Gelak, gelak jugak! Actually, lebih kepada gelak menutup ketakutan. Result hujung bulan depan. Harap takde la satu keja lagi nak me'repeat' bagai ye. Mudah-mudahan lulus. Amin.
Dah berusaha, malas kejap, rajin kejap...selebihnya kena tawakal lah kan..?

Dekat 3 minggu jugak memujuk hati, memujuk mata, memujuk kepala dan kesihatan tubuh badan secara keseluruhannya. Memang satu dugaan yang besar bagi kakitangan swasta macam I ni tak boleh nak cuti terus untuk exam. Even hari exam pun I kena kerja. Kalau exam petang, sebelah paginya di office. Kalau exam pagi, sebelah petangnya di office. Nasib menyebelahi kami student Social Science, sebab at least ada jugak gap sehari dua. Satu dua paper je yang berturut-turut. Sekurang-kurangnya ada masa persediaan. Dan nasib baik jugak kat office at the moment tak banyak working paper kena buat..dapatlah menelaah dengan kerjasama anak-anak buah kat opis tu. Cuma bab phone calls je nak tak nak tak boleh mengelak, kena jawab jugak.

Mentally, physically, letih. It is. Letih tak cukup rehat. Letih tak cukup tido. Letih mengharung kesesakan menyeberang pergi dan balik kampus. Apa pun..dok pujuk la hati ni.. "sabaq..ni semua la pengorbanan untuk dapatkan segulung ijazah". Rasanya, kalau I tak teringatkan arwah abah, tak terbayangkan wajah mak bonda, mungkin dah give-up kot.

Stress ni datang dalam pelbagai medium (ayat skema). Masa last minit scan-reading di luar dewan exam, tiba-tiba mai satu group dok menghafal teori, konsep, point-point segala kat sebelah kita... Ya Allah, hanya tuhan yang tau, betapa meredapnya hati ni. Memaki hamun dalam hati pun dah boleh menyebabkan ilmu yang kita dapat tu keluaq balik macam tu saja..hehe. Penat punya dok baca. Sat saja dah 'tirih' habih.

Dalam masa 'demam peperiksaan' tu jugak lah, berhujan airmata kerana seseorang yang membuatkan I feeling2 bodoh-bodoh remaja gitu. Nasib baik lah...one day saja yang dok 'kehujanan'..setelah tersedaq betapa membuang masanya menangis untuk seseorang yang dah of course tak pernah sekali pun 'teqeyak' untuk kita, maka hapuslah airmatamu itu. Chewaahhh..tiba meniba lagu kak sharipah aini pulak dok mai!

Allah tu maha Pemurah, maha Pengasih. Diberikan kita cukup kekuatan, selaras dengan apa yang terbaik untuk kita, maka, berjayalah jugak mengharungi 3 minggu tu dengan sebaik mungkin. Alhamdulillah. Apa sekalipun, terima dengan redha.


Love,
Murni Alfathunnisa

xoxo :D
Publish!

 



Friday, June 7, 2013

Saya Sombong, Saya Cuma Nak Tunjuk Baik

Negatifnya tajuk! Yup, dan yang menerima tuduhan sebegitu, sangatlah sulit menerimanya dengan fikiran yang positif. 

Ye, mengaku. I sombong. Dah orang nak tuduh I sombong, what can i do. Dia ada mulut untuk bersuara. Ada jari untuk menaip mesej. Benda bukan boleh nak simply erase. Kan? "Kalau tidak berada-ada takkan tempua bersarang rendah". Kalau tak bersebab, takkan suka-suka nak menyombong bagai. Lagi pula, tidak ada kewajaran lagi untuk beramah mesra. 

Sebab nombor 1, kalau dah namanya laki orang tu..selamanya dengan sikap "laki orang". Kalau mengayat, mesti ada maknanya. Kalau baik, mesti ada tujuannya. Tak payah disebut, dan tidak wajar disebut atau diungkit pun kata-kata beliau yang berkisah tentang isterinya, diburukkan di hadapan perempuan lain..(perempuan lain tu takde lain..yang menulis ni). Kalau diikutkan jahat hati ni, nak saja I pi mengadu kat si isteri tu, biar tahu belang atau tompok-tompok gatal sang suami.

Sebab nombor 2, tiada motif, tiada objektif, tiada misi mahupun visi, juga tiada kepentingan pun melayan lelaki berstatus "suami orang". Kau nak harap apa? Jadi bini nombor 2..?? Haha...lawak akhir zaman. Kalau betul nak dijadikan isteri, bertahun dulu dah buat. Dah lama I kasi green light. Takkan tak faham-faham lagi. Kata berpengalaman sangat, banyak makan garam. Bahasa tanpa kiasan..dah sound-direct pun kalau tak faham, tak dapek den nolong yer.

Sebab nombor 3, mesej yang tidak berbalas tu ibarat timbal balik. Apa yang pernah dibuat pada 'perempuan' ni suatu masa dulu, sekarang 'perempuan' ni buat balik kat dia. Bukan niat at the first place untuk balas dendam...naturally happens, tak berminat nak melayan mesej lagi. Sibuk. Dulu pun bagi alasan yang sama kannnnn.

Sebab nombor 4, "suami orang" itu sudah tiada dalam hati ini lagi. Di saat berada dalam hati, buat tak layan. Sekarang dah tak ada, tak perlu mengendeng lagi. Sedangkan pantai lagikan berubah. Habis cerita. 






Perempuan, at my age, terpaksa mengakui hakikat. Calon-calon jodoh yang datang bukan lagi dari kategori bujang. Yang ada cuma duda. Paling kerap suami orang. Sekarang...I kata sekarang...dua kali ditekan perkataan SEKARANG, I PUN TAK MAU SUAMI ORANG. Tak dinafikan, perasaan MELUAT itu tiba-tiba hadir. Putaran kisahnya sama. Tak berakhir ke mana. Fed-up. Give-up. Namun, siapa kita menolak ketentuan dariNya. Kan? DULU dengan SEKARANG....TIDAK SAMA.






Tak layan suami orang, sombong dan garang tak bertempat dengan lelaki....tiba-tiba ADA YANG BUKAN SUAMI ORANG YANG TAK ADA KENA MENGENA DENGAN INI CERITA menuduh kita nak tunjuk baik pulak. Susah kan. Mentang-mentang dia tahu sikit kisah hidup kita, diandaikan segenap ceruk kain sarung kita dia tau. Hebat. 

Begitu banyaknya ragam manusia yang serba tak sempurna ini. Bila kita layan, dikatanya perempuan miang, perempuan gatal, soooo cheap, mudah kena ayat, mudah digoda ayat manis, cepat cair, desperate. Semua lah yang tak baik. Bila tak layan, dikatanya kita sombong. Aik, sombong dengan yang "tak patut" pun salah.

I ni tengah exam week. Sebolehnya tak mau berpatah arang, berkerat rotan. Baru je mintak ampun dan maap segala. Tapi, di sebalik kesabaran dan 'kesenyapan' I ni, janganlah pulak dieksploitasikan dan cuba mengambil kesempatan. Jangan mengumpan I dengan komen provokasi. Ia tak pernah membuatkan I rasa kagum. Annoying ada la! Berhentilah melontarkan kata-kata tajam, manusia ni sabarnya ada limit. Kalau tak mahu diaibkan, jangan pulak membuka aib orang. "Tahu yang sedikit itu bukan cerminan seluruh diri." Berdakwah ada caranya. Komen pedas bukan sebahagian cara dakwah. Lain padang lain belalang, lain orang lain ragam. Apa pulak perasaannya kalau diri sendiri dituduh cuba nak "tunjuk baik"? Bagaimana rasanya? Pedih tak...? Kita tak mungkin tahu apa yang tersirat dalam hati orang lain...belajar lah jadi insan lembut hati dari terus menjadi insan yang tak putus dengan lontaran kata keji. Kita bukan maksum. Takkan lah yang silap tak boleh diperbetulkan. Yang buruk tak boleh diperelokkan. Tak ada ruang kah untuk insan berdosa cuba berhijrah untuk menjadi seorang yang lebih baik....??

Kesalan di hari jumaat. Memasukkan seseorang ke dalam senarai 'terlarang' adalah suatu perkara yang tak best..sangat tak best. Tapi, demi mengelakkan hati ini terus dicarik-carik, lebih baik begitu. Di hari jumaat ini...anda dimaafkan. Tapi, kata-kata sebegitu tak mungkin dilupakan. My mistake, kisah hidup yang hitam sebenarnya tak BOLEH diceritakan kepada SESIAPA sekalipun. Lesson learned.



Yang sedih,
Murni Alfathunnisa



 



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails