About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Tuesday, June 25, 2013

Gelisah Pasca Peperiksaan


3 minggu lamanya meninggalkan blog...rinduuuuuu sangat! Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulak tempat mengadu, menumpang kasih. :p Exam dah habis, hati tak lega. Apa lagi nak rasa selesa celebrate segala. Mungkin, dek kerana merasakan tidak cukup berusaha selama ini. Kalau lah..........dari awal, tak ada sifat pemalas dan 'baloq' nak menelaah ikut jadual, mungkin rasa bersalah dan tak puas hati tu tak seteruk ni. Last day exam 21st June hari tu. Disebabkan gigih mencari dan membina kekuatan, lambat la sikit nak meng'update' blog walaupun rindu tu membuak-buak. Orang kalau dah biasa membebel, sehari tak membebel macam tak complete je hidup ni kan.


Kebanyakan paper, sit kat dewan exam ni. Tengok pintu je dah nervous. 9 paper means 9 kali nervous. Alhamdulillah la soalan boleh dikatakan 90% berbentuk objektif except paper Bahasa Malaysia je kena mengarang. I, kalau bab mengarang huihhh....berjela-jela la kan. Isi nya entah betul, entah tak..haha. Janji I karang sepuas hati 500 patah perkataan! Paper soalan objektif yang 'killer' macam Sains Politik & Pendidikan Jarak Jauh dan Literasi, semuanya I tembak guna peluru tabur! Hahahaha....



  
Gelak, gelak jugak! Actually, lebih kepada gelak menutup ketakutan. Result hujung bulan depan. Harap takde la satu keja lagi nak me'repeat' bagai ye. Mudah-mudahan lulus. Amin.
Dah berusaha, malas kejap, rajin kejap...selebihnya kena tawakal lah kan..?

Dekat 3 minggu jugak memujuk hati, memujuk mata, memujuk kepala dan kesihatan tubuh badan secara keseluruhannya. Memang satu dugaan yang besar bagi kakitangan swasta macam I ni tak boleh nak cuti terus untuk exam. Even hari exam pun I kena kerja. Kalau exam petang, sebelah paginya di office. Kalau exam pagi, sebelah petangnya di office. Nasib menyebelahi kami student Social Science, sebab at least ada jugak gap sehari dua. Satu dua paper je yang berturut-turut. Sekurang-kurangnya ada masa persediaan. Dan nasib baik jugak kat office at the moment tak banyak working paper kena buat..dapatlah menelaah dengan kerjasama anak-anak buah kat opis tu. Cuma bab phone calls je nak tak nak tak boleh mengelak, kena jawab jugak.

Mentally, physically, letih. It is. Letih tak cukup rehat. Letih tak cukup tido. Letih mengharung kesesakan menyeberang pergi dan balik kampus. Apa pun..dok pujuk la hati ni.. "sabaq..ni semua la pengorbanan untuk dapatkan segulung ijazah". Rasanya, kalau I tak teringatkan arwah abah, tak terbayangkan wajah mak bonda, mungkin dah give-up kot.

Stress ni datang dalam pelbagai medium (ayat skema). Masa last minit scan-reading di luar dewan exam, tiba-tiba mai satu group dok menghafal teori, konsep, point-point segala kat sebelah kita... Ya Allah, hanya tuhan yang tau, betapa meredapnya hati ni. Memaki hamun dalam hati pun dah boleh menyebabkan ilmu yang kita dapat tu keluaq balik macam tu saja..hehe. Penat punya dok baca. Sat saja dah 'tirih' habih.

Dalam masa 'demam peperiksaan' tu jugak lah, berhujan airmata kerana seseorang yang membuatkan I feeling2 bodoh-bodoh remaja gitu. Nasib baik lah...one day saja yang dok 'kehujanan'..setelah tersedaq betapa membuang masanya menangis untuk seseorang yang dah of course tak pernah sekali pun 'teqeyak' untuk kita, maka hapuslah airmatamu itu. Chewaahhh..tiba meniba lagu kak sharipah aini pulak dok mai!

Allah tu maha Pemurah, maha Pengasih. Diberikan kita cukup kekuatan, selaras dengan apa yang terbaik untuk kita, maka, berjayalah jugak mengharungi 3 minggu tu dengan sebaik mungkin. Alhamdulillah. Apa sekalipun, terima dengan redha.


Love,
Murni Alfathunnisa

xoxo :D
Publish!

 



20 comments:

  1. in Shaa Allah lulus 9 subjek tu..huhu

    ReplyDelete
  2. semoga cemerlang dlm semua subjek..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak kamsiah,

      terima kasih. mudah2an amin.

      Delete
  3. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang dan gemilang. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakcik,

      terima kasih kakcik...harap pun begitu.

      Delete
  4. tunggu sajalah...., jgn berat2 kepala....
    life goes on.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. zonaku,

      penantian itu satu penyiksaan... huhu.

      Delete
  5. Ibaratnya bagaikan perenang handalan selesai membuat renangan di lautan luas. Lega bila dah tiba dipantai tapi bila merenung balik belakang tak sangka lautan luas pun boleh direnangi. Hebat kan... so kini debaran menanti result - tapi kakak have strong feeling that you can achieve the best:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzakie,

      saya berharap dan berdoa sangat-sangat naluri kakak tu tepat. amin ya rabbal aalamin. betul sangat analogi kakzakie bagi tu..

      Delete
  6. salam

    bapak dulu masa periksa kalau objektif main tikam je kalau tak jumpa jawapan hehehe

    kalau tak A pasti B, Kalau tak B pasti C ,kalau tak C pasti D jawapannya hehehe
    pengabis tikam jelah hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, bapak..

      lamanya chek tak pi melawat blog bapak. in shaa allah..malam nanti noo..rindu blogwalking.

      hehe..tu la yang chek buat..Nak kata A, B pun macam betul, tapi C lagi tepat, D pun lebih kurang sama...ate, nak buat camna lagi...pejam mata ajelah..hitamkan mana-mana suka je lah!

      Delete
  7. alhamdulillah dah lepas..macam zi kebanyakanya wat esei..memang haru.kalau tak tau alamatnya 'goreng' je la.tak pun hantar paper kosong hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. zie,

      pengurusan banyak paper kena karang mengarang eh..? gerun pulak. ate, camne nak pilih pengurusan as minor ni...huhu.

      akak hari tu dua paper selain bm yang kena karang..sains politik dan antropologi. Nasib baik satu dua soalan je.

      Delete
  8. Alhamdulillah dah selesai exam. Akak dulu major English Literature, takdak langsung objektif, semua nak kena karang.

    Tabik pada dik Murni yg sanggup sambung belajaq sambil keja. Berat tu.

    Baguih dik, tak payah tegheyak untuk dia. Buang karan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,

      dengar tajuk major je dah agak..mesti kena pandai mengayat..eh..pandai mengarang dan banyak mengarang. memang respek lah dengan student literature..termasuklah kak dinas. Diikutkan chek ni..chek lagi tabik pada mak2 buyung sekalian..adeh mulut jahat betul..hehe..betul, kesian diorang yang tengah preggy..lagi banyak dugaan. study. keja. baby dalam perut. rumahtangga. kesihatan diri. banyak tu.

      Delete
  9. Alhamdulillah dah habis exam. Semoga lulus dgn cemerlang, akak doakan. Akak pun nak tabik jugak dgn Murni. Akak dulu setakat nak sambung Dip Ed pun tak sanggup nak berkorban tinggalkan anak. Padahal setahun ja. Bukan mudah dan bukan semua boleh buat. You're one of the few yang berjaya buat, dik.
    Pasal orang tu, biarlah jerebu membawa dia pergi jauh. Hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Aidah,

      Harapan saya pun macam tu kak. eh2..semua pakat tabik ni...kena masuk ATM lah pasni..hehe.... :D

      Setuju statement kak aidah tu..tak semua orang boleh buat. saya ni pun masih dalam proses menyesuaikan diri. Ada 3 semester lagi kak...equal tu 3 tahun..itupun kalau saya dapat complete in 4yrs. Berdoa ketabahan dan kekuatan tu terus menjadi milik saya..in shaa allah.

      Delete
  10. gud luck dear..InsyaAllah moga kejayaan milik siti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nza,

      Terima kasih kak, atas doanya. :-)

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails